Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 30 April 2011

KRISIS UMNO SABAH MEMBADAI LAGI

Minda KS : Aku petik dari Sabahkini.net tentang beberapa perkara yang melibatkan UMNO Sabah.



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
BEBERAPA siri kudita (coup-de-taat) yang dilancarkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak semakin menjadi, apatah lagi setelah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memecat Mantan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Azman Ruslan yang mengubah haluannya menyokong Shafie melalui ‘rasuah politik’ iaitu perlantikan Azman sebagai Pengerusi Felcra Plantation, sebuah GLC Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Ramai pemerhati politik menyifatkan pemecatan Azman yang didakwa muslihat Shafie untuk membunuh karier Musa Aman yang berhadapan dengan Krisis LDP di Sabah dengan melakukan provokasi sehingga akhirnya Khairy memecat Azman kerana berseteru dengan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Dalam kesempatan ini, Azman bertindak balas dengan mendedahkan masalah peribadi penggantinya, Haji Awang Kadin Tang yang dari segi teknikalnya seorang ‘Bankrap’ kerana masih berhutang RM4 juta dengan kerajaan negeri Sabah melalui kontrak sarang burung dan segala dakwaan caca merba untuk membalas dendam kepada Musa Aman yang dituduh mendalangi pemecatan beliau tanpa alasan munasabah.
Sebelum ini, kes Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang memecat seorang Ketua Puterinya memasuki fasa yang membimbangkan apabila berlaku campurtangan pihak tertentu yang tidak puas hati dengan tindakan Rosnah yang disifatkan sebagai ‘Immelda Marcos’ yang membuat keputusan tanpa usul periksa atau tanpa mendapat persetujuan AMT Puteri UMNO; sebelum memecat Ketua Puteri berkenaan.
Akibatnya, Ketua Puteri tersebut mendedahkan salah laku dan kes rasuah Rosnah kerana meluluskan atau memainkan peranan penting sehingga suaminya mendapat kontrak di Kementerian Kesihatan; yang sekaligus menyalahi Akta Pencegahan Rasuah.
Krisis ini walaupun kecil dan dianggap terpencil, namun mula membadai dan dijangka akan menyebabkan ramai calon yang sebelum ini mewakili pemuda dan puteri akan digugurkan dalam pilihanraya umum akan datang yang dijadualkan pada November 2011.
Bagaimanapun, persengketaan antara Musa Aman dengan Shafie semakin memuncak ekoran ‘Orang Suruhan’ (OS) Shafie, Chin Su Phin bertindak ‘membakar kayu api dalam kelambu’ BN sehingga LDP dijadikan sasaran pemimpin politik yang Pro-Musa.
Mampukah Shafie menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang setelah pemimpin tertentu di Semenanjung gagal dalam percubaan menjatuhkan Taib Mahmud di Sarawak dengan memasang Datuk Salleh Jafaruddin sebagai calon bebas; bagi mengulangi apa yang mereka lakukan terhadap Harris Salleh sebelum ini?

Jumaat, 29 April 2011

KETUA PEMUDA UMNO SABAH DISINGKIRKAN SERTA MERTA

Sekumpulan naib ketua Pemuda beberapa bahagian Umno di Sabah menuntut penjelasan berhubung rasional di sebalik penyingkiran serta-merta ketua Pemuda Umno negeri, Azman Roslan.

Ketua kumpulan itu, Mohd Razali Razi, yang juga naib ketua Pemuda Umno bahagian Sepanggar, menyuarakan rasa terkejut berikutan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat untuk menggantikan Azman.

Beliau berkata Azman, seorang peguam, merupakan pemimpin Pemuda yang berwibawa dan diterima oleh Pemuda Umno negeri.

"Pengaturan masa membabitkan penyingkiran beliau tiada kewajarannya jika mengambil kira hakikat bahawa kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan dalam usaha mendekatkan parti untuk memenangi kepercayaan rakyat.

"Jika tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung penyingkiran ini, kami menggesa agar Azman diberi semula jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Mohd Razali berkata penyingkiran itu akan mewujudkan kesimpulan bahawa kedudukan Ketua Pemuda Umno Sabah adalah perkara eksklusif yang terletak pada budi bicara Ketua Pemuda Umno, tanpa perlu berunding terlebih dahulu dengan Pemuda Umno Sabah.

Sementara itu, Azman mengesahkan mengenai penyingkiran beliau dan berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pada Isnin lepas melalui sepucuk surat yang dihantar menerusi faks ke pejabat Umno Sabah.

Kata Azman, beliau akur dengan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat dan berikrar untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam Umno.

Beliau turut mengesahkan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan Pemuda Umno Sabah, dan menambah naib ketua Pemuda Umno negeri Awang Kadin Tang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pergerakan itu di negeri ini.

- Bernama

Khamis, 28 April 2011

POLIS LAHAD DATU TEMBAK MATI " OYUNG "

TAWAU: Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai "Oyong" selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.
"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.

"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.

Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan satu kelongsong peluru di tempat kejadian.
Hamza berkata polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.

Selasa, 26 April 2011

RUMAH MAMPU MILIK RM 220 RIBU...MURAH TUUU..

Ahli Dewan Negara PKR hari ini menuntut supaya kerajaan menyatakan kriteria yang lebih jelas untuk rumah mampu milik bagi mengelakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam kebankrapan.
Senator Zamri Yusof berkata, kriteria harga rumah tidak lebih dari RM220,000 itu "masih terlalu mahal" dan tidak mampu dibeli oleh golongan berkenaan.
"Pendekatan sekarang tidak berjaya. Walau ada (dasar supaya tidak perlu bayar) wang pendahuluan 10 peratus, mereka masih tidak mampu bayar secara berterusan," katanya.
Katanya lagi, pinjaman perumahan merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kebankrapan di kalangan golongan muda yang berpendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Pada 2010 sahaja, kadar kebankrapan itu meningkat tiga kali ganda sehingga melibatkan lebih 3,000 orang peminjam.
Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah peminjam yang muflis ialah seramai 1,022 orang, katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang memperkenalkan skim pinjaman perumahan 100 peratus pada tahun lalu.
Skim yang diumumkan perdana menteri ketika pembentangan Bajet 2011 itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Sabtu, 23 April 2011

GAMBAR PROTOTAIP PRODUA BEZZA...

Minda KS: Aku petik dari Malaysiasensasi..Cantik dan anggun

KENAPA UMNO-BN TERUS MENERUS MENYERANG ANWAR ? BACA SINI..

TV3 dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.

nallakarupan interview 231107 respondLaporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.

NONEWalaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.
Terbukti benar
Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

NONEJusteru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.

Semua “fakta-fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

NONEPerkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video Datuk T.

Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?

Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.

NONEPara strategis Umno menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.
Saingan Muhyiddin

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

NONEPengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

azlanKunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

azlanHanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu , Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.

ANALISIS ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kembar seiras.

--MK

Jumaat, 22 April 2011

SURAT DARI KANDANG MAUT...

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian yang dikasihi,

Terima kasih atas surat anda dan terima kasih juga kerana memberi saya peluang dan kekuatan untuk menceritakan kisah saya. Ini surat pertama. Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kehidupan di penjara.

Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Yong Vui Kong. Pada awal 2011, saya meraikan hari jadi ke-23 di penjara. Saya tidak keseorang menyambut hari kelahiran saya. Ramai kawan-kwan di luar yang turut menyambutnya bersama saya.

Kenapa saya di penjarakan? Ini kerana saya membantu mengedar dadah di Singapura. Saya ditangkap ketika berumur 19 tahun. Beberapa tahun sudah berlalu. Saya kini cuma menunggu hukuman gantung dijalankan. Saya sepatutnya sudah lama mati, tetapi ramai orang yang membantu sebab itu sehingga hari ini saya masih hidup. Jika tidak kerana bantuan mereka, saya sudah lama meninggalkan dunia ini.

Ibu saya tidak tahu saya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Saya beritahunya saya akan pergi tempat yang jauh bagi mencari 'kebenaran' hidup. Dia percaya saya.

Biar saya ceritakan mengenai hidup dalam penjara.

Saya bangun sekitar jam 4 pagi setiap hari. Saya tidak mempunyai jam loceng dan saya tidak memerlukannya. Saya sudah biasa dengan kelaziman ini dan ia tidak pernah berubah sejak kebelakangan ini. Malah warden penjara juga sudah masak dengan tabiat ini. Mereka lihat saya bangkit awal setiap pagi menerusi CCTV di sel penjara saya.

Selepas membersihkan diri dan menggosok gigi, saya akan membaca ayat-ayat suci (Budha) sehingga jam 7 pagi. Selepas itu, saya akan bertafakur secara senyap sehingga jam 9 pagi. Ada yang berpendapat saya cuma ingin menghabiskan masa tetapi dalam hati saya percaya adalah lebih baik menggunakan masa itu melakukan sesuatu daripada membazirkannya.

Saya tak gentar kematian
Pada jam 9 pagi, saya bersarapan. Saya tidak makan makanan yang sama dengan tahanan yang lain. Warden-warden mengetahui perkara ini dan akan hanya menyajikan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada saya.

Memakan sayur telah menjadi tabiat saya. Kelebihan makan hanya sayur adalah sesuatu yang perlu anda alami sendiri. Saya boleh bagi tahu ia perkara yang baik tetapi anda mungkin tidak percaya kepada saya. Saya galakkan semua orang untuk mencubanya.

Dulu, apabila saya tahu bahawa saya akan mati tidak lama lagi, saya tidak henti menangis kerana saya takut. Tetapi sami Budha yang melawat saya setiap minggu telah mengajar saya supaya tidak takut dengan kematian itu.

Awal tahun ini, seorang rakan yang dalam tahanan telah 'meninggalkan' kami. Sebelum pergi saya sempat bertafakur dan mendoakannya. Dia pergi dengan aman.

Sebelum giliran saya mati, saya akan gunakan masa dengan bijak bagi memberi nasihat kepada orang ramai dan memberitahu mereka supaya tidak memilih dadah.

Sejak beberapa tahun lalu, hubungan saya dengan abang saya Yun Leong, semakin rapat. Kami sebelum ini sering kali bertengkar mengenai pelbagai perkara.

Tetapi sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Jika bukan kerana bantuannya, anda mungkin tidak dapat membaca surat ini, sekarang. Saya terhutang budi kepadanya. Dia melawat saya setiap Isnin. Kami akan bersembang dan dia akan mendengar cerita saya mengenai ajaran Budha.

Berapa lagi hari Isnin yang dapat dilalui bersama?

Pada masa lalu, kedegilan dan sikap melawan saya menyebabkan abang-abang saya sedih. Sekarang, saya adalah manusia yang berbeza dan mereka rasa lebih gembira. Saya rasa ini adalah paling kurang yang mampu saya lakukan.

Tidak cukup masa untuk belajar segala-galanya!

Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam penjara. Warden-warden juga menghormati saya. Apabila abang saya melawat, rantai dan gari akan ditanggalkan dan kami akan tunduk kepada satu sama lain.

Pada masa lapang saya mempelajari ayat-ayat suci (Budha). Saya bimbang masa tidak mencukupi bagi mempelajari segala-galanya. Saya rasa masa dalam sehari juga tidak cukup untuk saya belajar. Ramai yang mungkin beranggapan adalah menyiksakan untuk saya menghabiskan masa di penjara tetapi saya gembira kerana boleh menggunakan masa itu untuk belajar.

Saya suka bertafakur. Tetapi kerana undang-undang penjara yang ketat, saya tidak dibenar menggunakan manik-manik tafakur yang biasa. Ini kerana mereka khuatir saya akan menajamkan manik krystal berkenaan dan menggunakannya bagi membunuh diri sendiri. Sami saya menggunakan tepung bagi membuat manik-manik kecil dan memberikannya kepada saya.. Saya gunakannya ketika bertafakur.

Bunuh diri? Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Hidup mesti dinikmati dan bukannya untuk disia-siakan.

Yetian, terima kasih. Saya berhenti di sini hari ini. Amitaba.

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 Apri lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Dia akan digantung dalam tempoh tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

Khamis, 21 April 2011

SIASATAN KEMATIAN SARBANI SUDAH SELESAI

Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

NONE"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

NONE"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.

- Bernama

Rabu, 20 April 2011

HAHAHA SEGALA MACAM 1 DA...UTUSAN CADANG 1 MELAYU PULA

PENDAPAT Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

NONEDalam membuat cadangan berkenaan yang dilihat memperlekehkan gagasan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, akhbar kawalan Umno itu berkata kemenangan DAP di 12 daripada 15 kerusi di Sarawak membuktikan “orang Cina telah bersatu, malah orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi".

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi,” tulis timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan, dalam kolumnya, Cuit.

NONE“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini (kanan).

Beliau membuat saranan itu sehari selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan Utusan menggesa BN mengabaikan pengundi Cina berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang memihak kepada DAP.

Walaupun Utusan dibidas oleh pelbagai pihak kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata cadangan akhbar itu tidak keterlaluan.
Pertahankan kuasa politik

Dalam serangan terbaru terhadap keputusan pengundi Sarawak memilih DAP dan bukannya SUPP sebagai wakil rakyat mereka, Utusan berkata masa sudah sampai untuk orang Melayu mempertahankan kuasa politik mereka.

utusan datuk t 200411 02“Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu 'Undi untuk Ubah', 'Enough is Enough' (Cukuplah) dan 'Selamatkan Malaysia'.

“Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru,” tulis Zaini.

university convocation 090507 03“Orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.” tambahnya.
1Melayu perlu diutamakan

“DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas,' Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka (pengundi Cina),” tambahnya.

Zaini berkata Umno perlu melancarkan gerakan 1Melayu, IBumi dan bergabung dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini.

perkasa first agm 270310 keris“Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. Umno harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini,” kata beliau.

Akhbar itu berkata gerakan 1Melayu harus diwujudkan sekali pun jika tidak disokong oleh PAS.

Menurut Utusan, keperluan menubuhkan gerakan 1Melayu harus menjadi keutamaan berbanding 1Malaysia yang lebih merupakan dasar jangka panjang negara.

penang bukit bendera umno division agm 080810 silat performanceZaini mendakwa parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka “orang Cina telah pun bersatu” (di bawah DAP).

Menurut beliau Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera bagi memastikan kaum Melayu “menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.”

“Oleh itu menjadi kewajipan Umno…lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.” tulis Zaini.

Susulan keputusan pilihanraya negeri Sarawak, Zaini berkata “kini terletak dalam tangan Umno untuk menentukan hidup atau mati bangsa (Melayu) ini," tambahnya.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kembar seiras

Selasa, 19 April 2011

SELEPAS PRN SARAWAK SUPP DILANDA BADAI DALAMAN

Ribut politik melanda SUPP yang bertegas bahawa parti itu tidak memperakui supaya ADUN Bawang Assam, Wong Soon Koh dilantik menganggotai kabinet baru Sarawak.

NONEDalam satu kenyataannya, sekretariat parti itu berkata, penerimaan Wong (kanan) memegang jawatan menteri adalah keputusan peribadinya sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan hari ini sebagai menjawab banyak pertanyaan dari cawangan parti itu berhubung kedudukan Wong tersebut.

SUPP mengakui telah gagal memperoleh mandat dari masyarakat Cina semasa pilihan raya negeri Sabtu lalu, dan bahawa sokongan bumiputera kepada BN telah meningkat.

Oleh itu, ia telah mengesyorkan supaya lebih banyak wakil bumiputera dilantik sebagai menteri dan menteri muda dalam kabinet baru negeri.

Presiden SUPP Dr George Chan (kiri) telah menyampaikan keputusan parti itu kepada kepimpinan BN negeri di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, katanya.

NONESUPP mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri apabila
tewas di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya. Dua belas kerusi dimenangi DAP, manakala satu kerusi lagi jatuh ke tangan PKR.

Parti itu kini tinggal dua ADUN Cina - Wong dan Lee Kim Shin (Senadin) - dan empat ADUN Dayak. Mereka ialah Francis Harden (Simanggang), Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Johnical Rayong (Engkilili).

Akhbar Harian Sin Chew melaporkan tindakan Wong menerima jawatan menteri dalam kabinet negeri, telah mencetuskan keributan di kalangan pemimpin SUPP yang menuntutnya keluar parti.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini berkata, ADUN Cina dari SUPP tidak sepatutnya menganggotai kabinet negeri, kerana pengundi Cina telah menolak parti itu.
Langkah itu, kata Dr Chua, akan membuktikan yang wakil rakyatnya tidak 'dahagakan' jawatan kerajaan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, ahli jawatankuasa kerja pusat SUPP Datuk Lee Kim Shin menyerahkan kepada Ketua Menteri Tan
Sri Abdul Taib Mahmud mengenai pelantikan wakil parti itu dalam kabinet negeri.

Lee yang merupakan seorang daripada dua calon Cina SUPP yang memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri Sabtu lepas, berkata beliau juga tidak mahu mengulas lanjut kerana kuasa melantik di tangan ketua menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan presiden MCA agar SUPP tidak menerima pelantikan ke kabinet bagi mewakili masyarakat Cina Sarawak kerana parti itu telah kehilangan sokongan mereka.

Lee sebelum ini memegang jawatan menteri muda bagi dua portfolio iaitu Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan serta Belia dan Sukan.

Pada pilihan raya negeri yang baru berakhir, Lee mempertahankan kerusi Senadin yang diwakilinya sejak 1996 dengan majoriti tipis 58
undi. Beliau mendapat 7,344 undi mengatasi calon PKR, Dr Michael Teo Yu Keng yang menerima 7,276 undi.

Ahad, 17 April 2011

TAIB ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI

Minda KS : Tahniah di atas kejayaan BN Sarawak mengekalkan kemenangan dengan majoriti 2/3. Semoga Sarak akan bertambah maju dan semoga semua rakyat Sarawak akan dapat menikmati arus pembangunan dengan sama rata. Kejayaan ini adalah satu amanah yang perlu dijaga dengan saksama dan adil.



Oleh : BERNAMA
TAN SRI Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di Astana Negeri malam semalam selepas Barisan Nasional (BN) memenangi dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.
Taib, yang memakai baju Melayu warna ungu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis ringkas.
Pada pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Ini adalah penggal kelapan Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981.
Beliau mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan dua pencabarnya, iaitu calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan calon PKR Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.
Pada pilihan raya negeri 2006, Taib telah mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu.
Taib sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan ini adalah pilihan raya terakhir yang diketuainya.

KENAPA BORANG 14 TU TERLALU SULIT BAGI SPR ?

KUCHING: Satu penipuan terancang sedang dilakukan oleh SPR bagi mengubah keputusan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan enggan memberi salinan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.
Borang 14 ialah borang jumlah pengiraan di peti-peti undi. Menurut undang-undang, salinan borang yang ditandatangani itu mestilah diserah kepada petugas parti-parti yang
bertanding.
Hak utk mendapatkan Borang 14 adalah mengikut peraturan 25 (12) (B) ii undang2 perjalanan pilihanraya 1981.
“Kami banyak menerima laporan bahawa pegawai-pegawai SPR enggan menyerahkan Borang 14 kepada kebanyakan petugas-petugas KEADILAN dan DAP. Ini tidak mustahil adalah satu bentuk penipuan bagi mengubah keputusan awal,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin, motif ini semakin jelas apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat kenyuataan bahawa jangan mempercayai laporan SMS dan Twitter.
“SMS dan Tweeter melaporkan jumlah pengiraan undi berdasarkan perkiraan dari peti-peti undi yang didapati dari petugas-petugas. Kenapa beliau harus bimbang dengan laporan SMS ini jika beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah keputusan?” tanya Saifuddin.
Tambahan pula malam tadi, Aziz memberi amaran melalui berita TV supaya petugas-petugas parti tidak mengganggu tugas SPR.

--keadilan

Sabtu, 16 April 2011

KEPUTUSAN RASMI PRN SARAWAK SETAKAT JAM 8.00 MALAM

KUCHING: Berikut adalah senarai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang diumumkan pada Sabtu:
Penyandang Pemenang Majoriti
N1 Opar SUPP
N2 Tasik Biru SPDP
N3 Tanjong Datu PBB
N4 Pantai Dalam PBB
N5 Demak Laut PBB
N6 Tupong PBB
N7 Samariang PBB
N8 Satok PBB
N9 Pandungan PKR
N10 Pending DAP
N11 Batu Lintang DAP
N12 Kota Sentosa DAP
N13 Batu Kawah SUPP
N14 Asajaya PBB
N15 Muara Tuang PBB
N16 Bengoh SUPP
N17 Tarat PBB
N18 Tebedu PBB Michael Manyin Jawong 4,066
N19 Kedup PBB
N20 Sadong Jaya PBB
N21 Simunjan PBB Mohd Naroden Majais (BN) 4,048 undi
N22 Sebuyau PBB
N23 Lingga PBB
N24 Beting Maro PBB Razaili Gapor (BN) 391 undi
N25 Balai Ringin PRS
N26 Bukit Begunan PRS
N27 Simanggang SUPP
N28 Engkelili SNAP
N29 Batang Ai PRS
N30 Saribas PBB
N31 Layar PBB
N32 Bukit Saban PBB Robert Lawson (BN) 2774
N33 Kalaka PBB
N34 Krian SPDP Ali Biju (PKR) 2,090 undi
N35 Belawai PBB Len Salleh (BN) 4,546 undi
TALIF @ LEN BIN SALLEH
N36 Semop(Serdeng) PBB
N37 Daro PBB Murni Suhaili (BN) 3,197 undi.
N38 Jemoreng PBB Abu Seman Jahwie 2,926 undi
N39 Repok SUPP
N40 Meradong DAP
N41 Pakan SPDP William Ikom (BN) 1,197 undi
N42 Meluan SPDP
N43 Ngemah SNAP
N44 Machan PBB Gramong Juna (BN) 1,629 undi
N45 Bukit Assek DAP
N46 Dudong SUPP
N47 Bawang Assan SUPP Wong Soon Koh (BN) 1,808
N48 Pelawan SUPP
N49 Nangka PBB
N50 Dalat PBB
N51 Balingian PBB
N52 Tamin PRS
N53 Kakus PRS
N54 Pelagus PRS
N55 Katibas PBB Datuk Ambrose Blikau (BN) 2,256 undi
N56 Baleh PRS James Jemut Masing (BN) 3,898 undi
N57 Belaga PRS Liwan Lagang (BN) 2,928 undi
N58 Jepak PBB
N59 Kidurong DAP
N60 Kemena PBB
N61 Bekenu SPDP
N62 Lampir PBB
N63 Piasau SUPP
N64 Pujut SUPP
N65 Senadin SUPP
N66 Marudi SPDP
N67 Telung Usan PBB
N68 Bukit Kota(Limbang)PBB
N69 Batu Danau SPDP Palus Anak Gumbang (BN)2,319 undi

N70 Ba'kelalan SPDP Baru Bian (PKR) 473 undi
N71 Bukit Sari (Lawas) PBB

WANITA UMNO KELANTAN DI"EKSPORT" KE SARAWAK BANTU KEMPEN BN


       (Gambar: Suasana yang tidak akan dapat dilihat di Semenanjung)
BETING MARO, 15 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak terpaksa menggunakan khidmat wanita Umno dari Kelantan untuk menghadapi kempen PAS yang semakin diterima penduduk di Beting Maro.

Keadaan serupa juga berlaku di empat lagi Dun ditandingi parti itu. Difahamkan arahan bagi mendapat khidmat wanita Umno Kelantan dibuat ekoran lawatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ke Pusa kelmarin.

Ekoran itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan menghantar segera 30 wanita Umno dari Kelantan dan ditempat di rumah penduduk di Kampung Pusa.

Satu sumber memberitahu tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS di Beting Maro.

“Wanita Umno terbabit ditempatkan di tiga rumah penduduk di Pusa Hilir dengan peruntukan lebih RM10,000,” katanya di sini.

Ketika kedatangan Perdana Menteri ke Pusa pada Rabu lalu beliau turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hanya kira-kira 50 penduduk Pusa yang hadir pada ceramah di pekan tersebut pada hari yang sama. Malah mungkin Perdana Menteri melihat sendiri bendera PAS lebih banyak berkibar di Pusa.

“Kedatangan Najib ke Pusa disambut penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera Bulan di jeti Pusa Hilir.

”Keadaan itu menyebabkan Presiden Umno terpaksa berpatah balik sebelum mengadakan lawatan ke Kampung Pusa,” kata petugas media maya dari
Kelantantv di sini.

Menurut petugas terbabit juga BN mula mengagihkan wang kepada penduduk di Pusa dan malam semalam dikesan dua lori sarat dengan hamper dipercayai dihantar ke Pusa.

Ahli PBB keluar parti

Dalam perkembangan lain, seramai 20 anggota PBB di Beladin Tengah dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon PAS malam kelmarin.

Pengisytiharan tersebut dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Keadaan itu menyebabkan BN meningkatkan tekanan terhadap PAS di Beting Maro dengan menabur wang bagi membeli undi.

Petugas pilihan raya PAS dari Kelantan kini mempertingkatkan lagi keselamatan bagi menghalang cubaan menyogok pengundi di saat-saat akhir.

Semalam juga jentera Pemuda Kelantan yang disertai sama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nassruddin Hassan Tantawi mengadakan kempen di Pusa Hulu bagi menarik lebih ramai sokongan pengundi muda.

Nasharudin dan Husam

Turut berada di Beting Maro hari ini Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Malam tadi diadakan ceramah di Dun Tanjung Datu. Hari ini mereka berkempen di Beting Maro.

Manakala calon PAS Beting Maro, Abang Mat bersama jentera petugas muslimat terus berkempen di saat-saat akhir menjelang pengundian pagi esok.

Semalam, Abang Mat bersama jentera muslimat dan seorang doktor menziarahi penduduk di Kampung Batang Maro dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro.
Batang Maro terletak di kuala Sungai Batang Saribas dan hanya boleh dihubungi melalui sungai, mengambil masa lebih sejam perjalanan dari Kabong, sebuah pekan terletak dalam Dun Kalaka.

Malam semalam Husam bersama bersama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut menyampaikan ceramah di Pusa.

Ceramah PKR diganggu


Di Mukah malam tadi ceramah PKR diganggu petugas BN sehingga menyebabkan terpaksa dikawal anggota FRU yang berkawal sehingga program selesai.

Setiausaha AMK Kelantan, Tarmizi Mohd Yusof berkata, petugas BN tidak menghiraukan arahan polis supaya tidak mengganggu ceramah Pakatan
Rakyat.

”Ini merupakan perbuatan tidak bermoral selepas mereka panik apabila rakyat mulai meninggalkan BN,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tarmizi juga berkata, petugas PKR yang datang dari Semanjung menghadapi masalah untuk bermalam kerana hotel yang ditempah dibatalkan pemiliknya.

Katanya beliau hotel terbabit yang pada awal bersetuju, menarik balik difahamkan hasil tekanan pemimpin SUPP.

Beliau juga menasihatkan jentera Pakatan Rakyat lebih berhati-hati di saat-saat akhir sekarang memandangkan pihak lawan difahamkan mahu mengguna samseng bagi menakutkan petugas Pakatan.

Beliau juga menjangka keputusan luar jangka berlaku esok apabila dilihat kesedaran tinggi penduduk terhadap isu tanah adat bumiputera dan sikap muak terhadap Tan Sri Taib Mahmud.

”Ramai penduduk tempatan yang kami temui bercakap mengenai NCR dan Taib Mahmud. Kata mereka Tok Uban (Taib) sudah lama kaya raya, namun rakyat hidup merempat,” katanya.

Jumaat, 15 April 2011

APA NI RPK? LU BIKIN GUA BINGUNGLAH...

April 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.
Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.
Respons penuh adalah seperti berikut:
TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?
RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.
Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?
Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?
TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?
RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.
Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.
(Nota: The Malaysian Insider tiada apa-apa kaitan dengan Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Kalimullah Hassan)

Khamis, 14 April 2011

DAYAK BANGUN MEMBERONTAK

(Oleh Hishamuddin Rais)
Kota Miri kota di pesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunei. Besih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunei ‘melepas geram’. Cukup jelas watak kota sempadan ini.
Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah di sekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.
Aku menjadi tamu KEADILAN di Miri. Menginap di hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerakan Pusat. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak – Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak suku bangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.
Kalau anak kecil – aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan – agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.
Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampungan Kedayan – Kampung Sungai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis PAS dari Klang dan seorang jurutera aktivis KEADILAN anak tempatan. Aku diberitahu kampung ini dua jam perjalanan ke luar kota.
Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan-kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah – sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang – seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.
Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah-rumah ini. Pemandu kami – juga aktivis KEADILAN – tanpa segan silu telah berkata, semua ini adalah rumah-rumah ‘China Kaya’. Jelas unsur politik Semenanjung di sini.
Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali  aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berselisih. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampung ini.
Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik begini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampung Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan – tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pedalaman. Hendak tahu erti pedalaman datanglah ke Sarawak.
Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri – terutama di daerah rumah orang kaya-kaya.  Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampung yang dituju.
Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada di hadapan mata. Tadi aku melihat Istana, sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrak bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampungan sukubangsa Kedayan. Nah! Inilah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.
Untuk orang di Semenanjung jangan tersilap faham – ini bukan ceramah kelompok – ini juga bukan ceramah umum – bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi muzik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.
Cahaya hanya datang dari lampu rumah – justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang-bayang hitam.
Mata aku mencari arah muzik. Wah! Empat  perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi – mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun-pantun mereka ada pantun perjuangan:
Adik bergendang abang menari,
Jangan lupa kepada kami,
Bila KEADILAN telah pergi,
Adik tinggal seorang diri.
Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati  semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.
Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah suku bangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.
“Darik manak?” Perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya-tanya kerana tidak faham buah butir.
“Apa Keadilan ini?” Soalan ini datang dari Shahrulnizan, anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang ‘kawan saya main futsal’. Nah! Jelas  anak muda di Sarawak perlu disedarkan.
Gendang terus dipalu. Pantun berbalas-balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.
Sebelum hadiah diberikan ada sedikit ucapan dari aktivis KEADILAN – memohon sokongan untuk calon KEADILAN yang juga dari suku bangsa Kedayan. Si penceramah berucap dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali.

Dua individu politik yang liat meninggalkan tampuk kuasa. Gambar Hiasan
Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Dr Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua-dua dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.
Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampung mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampung mereka ialah tempat  pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Nampaknya Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampung mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.
Tengah hari esoknya, aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan kumpulan perubatan percuma KEADILAN yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Kumpulan ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin – empat jam perjalanan dari Miri.
Kami meninggalkan Kota Miri sebelum jam 1.00 – siang terang-benderang. Kami mengambil jalan di persisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul iniah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut.
Rupa-rupanya di sinilah rumah para elit balak dan tokei China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayan telah dihalau tidak pula aku ketahui.
Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampung-kampung kecil, kampung nelayan. Lagi jauh kami berjalan -  jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasional telah terpasang.
Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar – poster BN – telah terpasang. Ertinya pekerja  parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.
Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada satu lagi dunia yang baru. Kumpulan Perubatan Percuma dari Tuaran amat profesional. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubat-ubatan percuma. Ketika kumpulan perubatan membuat tugas amal , aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Seperti rumah mereka, kemiskinan mereka juga sentiasa berpanjangan
Ini kawasan yang subur di tepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur – seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun.
Sahih! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.
Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawit. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian.
Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan. Ketika aku mundar-mandir di balkoni rumah seorang laki-laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar.
Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.
Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya, dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidud berkhidmat setia pada bumi. Jenau berkisah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka. Pada tahun 1963 mereka dipaksa pindah.
Tanah adat mereka telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini. Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka – semua gagal.
Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap-senyap Rumah Panjang inikan menyokong KEADILAN. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.
“Ini poleeeteek…ini poleeteek Iban”. Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkinan Taib Mahmud akan kalah amat jelas.
“Sampai hari ini, Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami”, inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat dan aku ternampak tatoo di pahanya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.
“Ini kail.. tanda aku berani…” Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun-termurun kisah-kisah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat.
Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak Dayak memberontak tidak dapat dikafankan lagi.
Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak belang. Anak Belang bermakna anak harimau yang berani.
* Penulis adalah aktivis dan merupakan kolumnis Suara Keadilan

Rabu, 13 April 2011

PEKERJA SEKS LELAKI - SATU REALITI

Kita biasa mendengar kisah pekerja seks perempuan tetapi bagaimana pula dengan pekerja seks lelaki?

Mungkin ramai yang akan menggeleng-gelengkan kepala, mengaku tidak tahu, kurang tahu atau berpura-pura tidak tahu malah mungkin ada juga yang tidak mahu ambil tahu.

Realitinya memang ada segelintir lelaki yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan memperdagangkan dirinya dan lorong-lorong belakang antara lokasi popular di mana berlaku transaksi ini.

Ini yang dikongsi Roslan Hamzah, 52, yang memperkenalkan dirinya sebagai mak nyah dalam wawancara dengan Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lorong-lorong belakang di sekitar Kuala Lumpur termasuk Lorong Haji Taib bukan asing bagi Roslan atau mesra membahasakan dirinya "atuk".

Sebahagian besar usia atuk antaranya dihabiskan di lorong-lorong belakang yang menjadi lubuk sumber pendapatannya.

Di lorong-lorong belakang jugalah atuk kemudian kembali menjejak insan-insan yang menjalani kehidupan yang pernah dilaluinya.

Tujuannya tidak lebih daripada memberi khidmat nasihat dengan harapan mereka dapat mengubah cara hidup mereka ke arah kebaikan yang lebih berinformasi jika pun ini mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat.

Kerana terdesak
Desakan hidup dan penyalahgunaan dadah antara punca yang mendorong golongan lelaki tersebut mencampakkan keegoan dan kehormatan diri serta agama dan dengan sengaja menjerumuskan diri ke lembah kealpaan.

Ada yang telah banyak kali memohon kerja tetapi tidak berjaya dan akhirnya menjadi pekerja seks untuk meneruskan kesinambungan hidup di Kuala Lumpur.

Dari segi pendapatan, ini kata atuk, "purata kalau muka handsome dengan tubuh badan muda, masih 'anak ikan', tak mustahil boleh dapat dua tiga ratus ringgit satu malam, satu pelanggan ke dua pelanggan, mungkin tiga?"

Usia mereka? Kata atuk ada yang semuda 14 tahun hingga 30 tahun!

"Mereka tak akan lebih daripada 30 tahun. Mereka juga lelaki tulen dan ada yang sudah berkahwin.
"Ada seorang lelaki yang atuk kenal, teman wanitanya yang dianggap sebagai isteri baru melahirkan anak dan dia masih buat kerja seperti itu. Tak kah berisiko apa yang dilakukannya?" soal atuk.

Menurut atuk sebahagian besar daripada mereka juga tidak akan melayan pelanggan mereka dalam keadaan normal.

"Dalam 50 orang, kita boleh kata 48 orang akan melayan kita dalam keadaan tidak normal," kata atuk.

Pekerja-pekerja seks lelaki, tambahnya akan mengambil dadah terutama syabu (ice) dan heroin atau setidak-tidaknya akan minum arak.

Ice adalah nama jalanan untuk dadah jenis methamphetamine yang popular di kalangan penagih dadah.

Menjadi mangsa
Bukan semua lelaki yang menjadi pekerja seks ini merancang berbuat demikian.

Seperti kata atuk, ada yang termakan bujukan kawan-kawan dan ada juga yang datang ke kota dari kampung untuk mencari pekerjaan.

Ada juga yang mungkin berfikir mereka masih muda dan itulah cara yang cukup mudah untuk mendapat duit.

Kebanyakan juga berkata mereka buat kerja itu secara suka-suka.

"Ini kisah yang atuk pernah dengar. Budak ini bila sampai di Pudu Raya, dia bertanya kepada orang yang salah, orang yang melakukan kerja-kerja itu.

"Mereka akan kata kalau nak senang hidup, nah ini caranya. Kau ada rupa....

"Mereka yang datang dari kampung ikhlas mahu mencari pekerjaan tetapi bila mereka dah dapat peluang buat macam tu, cara yang lebih senang dapat wang, tak payah buat kerja berat, hanya perlu melayan lelaki gay, mak nyah dan perempuan.

"Mereka ini lelaki biasa yang mempunyai naluri untuk berkahwin dan berkeluarga atau mahu mempunyai pasangan hidup secara sah atau tidak," kata atuk.

Siapa mereka?
Mungkin ada yang ingin tahu siapa pekerja seks lelaki ini, secara khususnya dari segi kaum? Menerusi kerja-kerja 'outreach' dan interaksi atuk dengan pekerja seks lelaki ini, jangan terperanjat jika dia menjawab "majoritinya Melayu"!
Menurut atuk, daripada pergaulannya dengan pekerja seks lelaki di sekitar Kuala Lumpur, dia mendapati ramai juga dari luar Semenanjung Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Thailand dan China terutama di pusat sauna.

Kalau pekerja seks tempatan, kata atuk ramai datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan.

Atuk berkongsi kisah dua pekerja seks lelaki terdiri daripada adik beradik yang berasal dari Kelantan.

"Atuk kenal adik-beradik ni. Si abang positif HIV berkongsi jarum suntikan dengan adiknya dan adiknya juga kemudian positif HIV. Masa atuk kenal mereka, umur abang 15 dan adik 14 tahun.

"Itulah realitinya dan atuk tengok si abang bersilih-ganti perempuan sedangkan dia positif HIV, " katanya.

Bimbang penyakit
Ditanya tentang bilangan pekerja seks lelaki itu, atuk berkata setakat yang dia tahu lebih daripada 100 orang.

Bagi atuk isu pekerja seks lelaki ini amat merisaukan.

Kata atuk, dia tidak bermaksud untuk membuka aib mereka tetapi golongan itu, perlu ingat bahawa tindak-tanduk tanpa informasi akan memberi kesan kepada orang di sekeliling.

"Pasangan mereka, pelanggan mereka, ibu bapa mereka, masyarakat sekeliling? Kalau dia berkahwin, apakah impak kepada anak mereka?

"Ramai yang atuk jumpa kemudian muka-muka baru, yang atuk tidak pernah kenal dulu dan atuk tak pasti dari mana mereka datang. Ke mana pula mereka yang atuk pernah jumpa? Ke mana mereka?

"Yang membimbangkan kita tak tahu status kesihatan mereka, siapa yang peduli akan keadaan ini? Inilah antara isu yang sering atuk bangkitkan jika ada perjumpaan seperti perbincangan berkaitan HIV/Aids," tambahnya.

Atuk turut berkata, dia pernah berkawan dengan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut memperdagangkan tubuhnya untuk mencari wang tambahan.

Atuk juga pernah mengenali seorang tentera yang sudah beristeri dan melakukan kerja yang sama untuk mencari wang saku.

"Dia kata tak cukup dengan gaji," kata atuk.

Hulur bantuan
Semasa berkhidmat dengan PT Foundation, pertubuhan berasas komuniti terbesar yang memberi khidmat kepada golongan yang dikatakan berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV di Kuala Lumpur, atuk berkata sasaran kerja-kerja outreachnya tertumpu kepada pekerja seks lelaki.

Menurut atuk apa yang dilakukannya ketika itu lebih kepada usaha memberi penerangan untuk mencegah penularan penyakit kelamin dan penyakit HIV/Aids.

Pekerja seks lelaki itu juga diberi kondom percuma.

Ada satu kesalan yang masih menghantui diri atuk. Katanya masih kurang usaha untuk membantu pekerja seks lelaki ini.

"Setiap kali ada mesyuarat atuk akan bangkitkan perkara ini. Atuk melihat isu mereka lebih luas. Jika dia positif HIV, impak kepada pasangan dia? Kalau dia berkongsi jarum suntikan dan mendapat Hepatitis C, impak kepada anak? kepada isteri?

"Kita tahu semakin ramai isteri yang dijangkiti HIV, mendapat penyakit ini daripada suami.

"Dalam konteks pencegahan HIV, seboleh-bolehnya kita akan memberi maklumat supaya mereka dapat dilindungi daripada dijangkiti penyakit HIV atau penyakit kelamin.

"Tetapi selepas diberi nasihat dan penerangan dan kalau mereka mahu kembali ke pangkal jalan, ia adalah sesuatu yang cukup baik, syukur alhamdulillah," kata atuk.

Risiko penyakit
Atuk berkata, ada pekerja seks lelaki yang beranggapan mereka tidak berisiko untuk dijangkit penyakit. Tidak terfikir di benak mereka HIV/ Aids, penyakit kelamin atau hepatitis C.

Menurutnya, meskipun apabila mereka tidak melakukan lagi kerja-kerja itu tetapi mereka tidak tahu status kesihatan mereka.

"Simptom HIV bukan nampak hari ini, atuk sendiri simptomnya mungkin 7 atau 8 tahun baru nampak. Atuk boleh mengagak atuk dijangkiti HIV 17 tahun lepas kerana pergaulan atuk. Bila atuk jalani ujian pada 1996, atuk sah positif HIV," katanya.

Atuk turut melontarkan kebimbangan apabila pekerja seks lelaki yang positif HIV tetapi menyembunyikan keadaan kesihatannya.

Pengalaman peribadinya menyaksikan perkara ini banyak berlaku.

"Mereka ini takut kehilangan pasangan yang dicintai. Orang yang macam ini pada atuk amat tidak bertanggung jawab meskipun dia tidak lagi mengambil dadah atau memperdagangkan tubuh.

Ada nasihat
Perit dengan apa yang telah dilaluinya selama ini, atuk kini ingin menghabiskan sisa-sisa usia yang masih ada untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

Bagi atuk dia akan meneruskan khidmat baktinya sehingga ke hujung nyawa meskipun ada kalanya dia merasa sudah terlalu penat dengan apa yang dilakukannya.

"Atuk berpegang kepada ajaran Islam bahawa ajal itu sesuatu yang pasti. Kalau masanya sudah sampai ia tidak akan dipercepatkan satu saat atau diperlewatkan satu saat.

Bagi atuk tidak terlalu lambat untuk mereka yang dikatakan tersasar untuk kembali ke fitrah pengetahuan.

Golongan remaja, katanya mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi yang sukar dibendung kecuali mendapat pendidikan kuat daripada ibu bapa.

Atuk memberi contoh minum arak. Di Kedah atuk lihat remaja umur 17, 18 tahun tonggak botol bir yang dibalut suratkhabar sambil memandu kereta.

"Jadi apa juga yang kita cuba di usia muda, kalau kita tahu benda-benda itu tidak baik, kita jangan sekali-kali mencubanya.

"Dan apabila kita menemui jalan kebaikan, carilah ilmu untuk mencari kebaikan itu. Jangan kita mencari jalan kejahatan.

"Atuk percaya jika kita masuk kelompok yang baik kita akan jadi baik. Jika kita masuk kelompok yang jahat, jadi jahatlah juga kita," tegasnya.

- Bernama

Selasa, 12 April 2011

SIAPA KATA TAIB AKAN BERUNDUR ? LIHAT APA KATA TAIB....

Berbanding dengan kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar bertarikh 7 November 1995 iaitu Taib berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam masa lima tahun dari tarikh tersebut.

Hari ini Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak dialah yang berkuasa bukannya Najib apatah lagi Muhyiddin Yassin dengan berkata “Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,”

Taib sama sekali tidak memberikan tarikh beliau akan meletakkan jawatan, ini secara tidak langsung menunjukkan kata-kata Najib semalam iaitu “Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” adalah satu janji atau gula-gula pilihanraya..


Taib juga menunjukkan kepada kita kata-kata Najib itu bukanlah satu perintah yang perlu diturutinya kerana “beberapa tahun lagi” pendirian yang ditegaskannya itu bukanlah satu waktu terdekat selepas pilihanraya negeri seperti yang dinyatakan Najib semalam.

Jika benar Najib berkata telah ada perancangan untuk Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri itu sepatutnya bukanlah menjadi satu masaalah kepada Taib untuk menyebutkan tarikh atau jangkamasanya dikhalayak ramai.

Bila tiada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Taib, jelas kata-kata Najib itu iaitu “Taib akan undur” hanyalah cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Sarawak terhadap Taib yang telah 30 tahun menjarah harta milik rakyat Sarawak.

Secara tidak langsung Taib juga telah menunjukkan kepada kita tiada sebarang perancangan untuk beliau berundur sebagaimana dinyatakan Najib semalam iaitu dalam masa terdekat selepas pilihanraya, kerana perancangan tanpa tarikh bukanlah satu perancangan dan ia adalah satu omong kosong..

Taib juga membuktikan kepada kita semalam Najib telah berbohong kepada rakyat Sarawak kerana 'Beberapa tahun lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat..

Jadi jika Taib tidak meletakkan sebarang tarikh untuk meletakkan jawatan.. segalanya kini berada ditangan Rakyat Sarawak..

Tetapkan tarikh buat Taib pada 16 April ini atau biarkan dia terus menjarah hasil bumi Sarawak..


Taib Mahmud hanya berundur dalam ‘beberapa tahun lagi’

KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang.


The Malaysian Insider

Isnin, 11 April 2011

PAS DAPAT TEMPAT DI KALANGAN ORANG IBAN

(Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah [tengah] di kelilingi penyokong beliau dari kalangan orang Iban)
KOTA SAMARAHAN, 11 April: Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah (Kak Ani) diberi sambutan luar biasa oleh masyarakat Iban ketika berkempen di Kampung Merang Lama dan Merang Baru dalam daerah mengundi Semarang, di sini Ahad 10 April.

Lebih 150 orang penduduk tempatan berkumpul di perkarangan rumah bekas Ketua Pemuda PBB, Empawi Anak Adang yang telah meninggalkan parti tersebut hujung tahun lalu.

Kak Ani, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua penduduk yang meraikan kehadirannya.

Beliau menyeru para pengundi supaya mengundi PAS pada hari pengundian 16 April depan untuk membuat  'satu perubahan'.

"Saya minta semua undilah PAS, kita buat perubahan, sudah lama kerajaan BN memerintah kitak, sudah 30 tahun, (tetapi) tidak ada apa-apa perubahan, air tidak ada, apa pun tiada.

"Saya harap dapat mengundi PAS,  kita mau perubahan,"katanya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, sekiranya diberi mandat dan menang dalam pilihanraya negeri Sarawak, beliau akan berjuang menuntut hak rakyat terutama keperluan air yang dihadapi oleh penduduk kempung tersebut

Turut hadir adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

--HD
 

20 FAKTA TENTANG ISRAEL YANG TERSEMBUNYI

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :
1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel

Sumber: Klik