Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 31 Mac 2012

NI CARA TANGANI PTPTN...

anwar ceramah at melaka
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

--mk

Rabu, 28 Mac 2012

ALASAN SPR TIDAK BOLEH DITERIMA

Tindakan Malaysia - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih.

Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.

"Selain itu, sistem komputer yang mengendalikan kemasukan (nama pemilih) sepatutnya dapat mengesan kesilapan mudah seumpama itu," kata pengasas Tindakan Malaysia, Wong Piang Yow  dalam satu kenyataan hari ini.

Jika tidak, tambahnya, program itu perlu dibuang dan syarikat perisian yang membekalkannya perlu disaman kerana kecuaian, jika ia boleh dibuktikan.

Wong mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today, yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai berkata kesilapan dalam daftar pemilih adalah disebabkan oleh "kesilapan manusia".

Wan Ahmad telah ditanya oleh portal berita tersebut tentang kes-kes di mana tarikh lahir dan nombor baru MyKad pengundi berdaftar tidak sama.

Beliau menjawab bahawa kakitangan sementara yang diambil untuk membantu SPR telah membuat kesilapan semasa mendaftar pengundi baru tersebut.

Katanya, pegawai SPR akan membuat pendaftaran berdasarkan apa yang telah diisytiharkan.
Menurutnya, mereka mempunyai beribu-ribu borang untuk diisi setiap hari dan oleh kerana SPR tidak membuat pendaftaran dalam talian, maka mungkin berlaku kesilapan manusia.

Wan Ahmad menggesa semua parti yang mempunyai apa-apa isu dengan daftar pemilih supaya menemui SPR secara terus, daripada mengelirukan orang ramai dengan menimbulkan perkara itu dalam akhbar.

Sabtu, 24 Mac 2012

WANITA PEROGOL

SUSAN Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya. Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.
Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
“Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita,” kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.
Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar ‘pemburu sperma’, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
“Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini,” kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
“Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam.”
Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
“Isu ini sukar untuk difahami,” kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
“Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam,” tambahnya.
Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.
Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.
Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
“Perkara ini telah lama berlaku,” katanya.
Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
“Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya,” kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.
Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. – AFP