Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 31 Disember 2012

BATU SAPI BERGEGAR LAGI...INI KALILAH !!





SERAH....Osman PBS Karamunting menyerahkan borang keahlian kemasukan PKR kepada Anwar.

KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat  beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan  ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian  mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.
Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.
Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian  Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah;  PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II  Manguna Hamzah.
Anwar berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen KeAdilan Rakyat Gabungan Cabatan Parlimen Libaran dan Batu Sapi dan majlis Penyerahan Borang-Borang  Keahlian kemasukan ke PKR yang dilangsungkan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan petang kelmarin.
Katanya, rakyat sudah bosan dengan janji-janji manis para pemimpin BN/UMNO yang banyak menabur janji tetapi yang ditunaikan tidak sampai 40 peratus itupun  hanya kroni-kroni mereka sahaja yang mendapat keistimewaan, yang selebihnya telah dianak tirikan.
“Seperkara lagi saya ingin tegaskan, sesiapa saja diletakan calon; sama ada di kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar; sama ada daripada PKR, DAP, PAS dan SAPP yang bertanding pada PRU 13 nanti;  semua anggota parti PR, wajib saling bantu membantu untuk mempastikan calon-calon daripada pembangkang memperoleh kejayaan dan  merampas semua kerusi milik BN/UMNO,” tegasnya.
Program yang dimulakan dari jam 1.30 dan berakhir jam 5.40 petang telah dihadiri seramai 4,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, DAP, PAS dan SAPP.
Turut Hadir ialah Tan Seri Ibrahim Ninuddin, Zuraidah Kamaruddin Ketua  Wanita KeAdilan Malaysia  dan Ketua Sri Kandi Cabang Semporna Nazmahwati Walli.

Jumaat, 28 Disember 2012

SIAPA USTAZ AZHAR IDRUS ?


 Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.
Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.


Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

Sumber: Majalah Anis

Rabu, 26 Disember 2012

KEMBAR SEIRAS BERAKSI

Agaknya suka suka je kot.. leh kena kan orang lain.. hehe






kalau kali pertama nampak camni mst rasa keliru gak memula.cehh cehh

Selasa, 25 Disember 2012

PATI DAN SUASANA KRISMAS DI LAHAD DATU

Sumber : Sabahkini



BEBAS.....Penjaja haram bebas berniaga pada Hari Krismas dan hari-hari biasa; manakala pembeli tidak segan silu walaupun diperhati dan dengan megah memakai baju berlogo UMNO membeli daripada PATI di khalayak ramai.

Oleh : MUTALIB M.D
PERAYAAN Hari Krismas seolah-olah tidak memberikan sebarang makna kepada warga Lahad Datu kerana masing-masing sibuk dengan urusan; terutama Warga Penyu yang berniaga di sekitar Pasar Ikan Lahad Datu; melainkan beberapa penganut agama Kristian tempatan, tetapi sebahagian besarnya warga Indonesia dan Filipina yang sibuk berbelanja di awal pagi.
Kemeriahan Krismas tidak langsung dirasa di Lahad Datu kerana dipenuhi Warga Penyu yang begitu sibuk menjual segala barangan terlarang, daripada rokok sehinggalah kepada syabu tanpa sebarang larangan.
Paling menarik, walaupun RCI Sabah sudah ditubuhkan, namun seolah-olah tidak memberikan sebarang makna atau kesan kepada Warga Penyu; ada di antaranya masih memegang IMM13, MyPR (IC Merah), MyKad Projek, MyKAS, MyKad Palsu dan majoritinya tidak memegang sebarang dokumen.
Namun mereka hidup dengan bebas di Sabah dan boleh berniaga kerana mendapat galakan dan suaka politik daripada Yang Berhormat dan koloni mereka dalam Majlis Daerah Lahad Datu serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tanpa segan silu kepada pihak berkuasa. 
RELA......Anggota Rela ini secara selamba berjalan di hadapan penjaja haram di Pasar Ikan Lahad Datu.



CANGKUNG.....Tanpa segan silu, Anggota Rela ini duduk mencangkung di hadapan PATI dan memilih pakaian di kaki lima Pasar Lahad Datu. Di sebelahnya penjual rokok.


 HEBAT.....Mereka berlagak samseng di atas Hilux selepas keluar daripada gereja di Batu 1, Lahad Datu dengan berdiri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Suatu kejadian yang agak menakjubkan, ketika menunggu ibu mertua saya membeli ikan dan sayur di Pasar Ikan dan Pasar Besar Lahad Datu; mata saya terpaku melihat seorang ahli RELA yang sambil lewa sahaja melintasi penjaja haram yang 'berkrismas' di kaki lima, lalu duduk dan membelek pakaian kanak-kanak dan terus membelinya.
Ahli Rela berkenaan kemudiannya bersama tiga anggota polis, seorang anggota Pertahanan Awam beredar daripada bilik gunasama di hadapan Pasar Ikan Lahad Datu untuk menjalankan rondaan biasa di Bandar Lahad Datu.
Penjaja Haram berpesta sakan di Lahad Datu kerana Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu bercuti Krismas; sehingga mereka tidak segan silu menjual barang dagangan mereka termasuk buah-buahan, pakaian dan sayur-sayuran dari tangga pasar sehinggalah ke dalam pasar.
Dengan bangganya seorang lelaki memakai baju-T merah berlambang UMNO membeli langsat daripada penjaja haram yang berniaga di hadapan Pasar Lahad Datu seolah-olah tidak mempedulikan bahawa Era RCI sedang berada di kemuncaknya dan tidak merasa bersalah membeli buah daripada PATI dan terus memakmurkan PATI.
Dalam perjalanan pulang, saya melihat sekumpulan Warga Indonesia berbangsa Timor merayakan Krismas dalam keadaan paling berbahaya dengan berdiri di atas pick-up yang sedang laju dan hampir terpelanting ke atas jalan raya ketika pemendu membrek kenderaan jika tidak berpaut antara satu sama lain.
Jika pada hari ini 25 Disember 2012, Warga asing masih mendominasi Lahad Datu, maka pada masa 10 tahun daripada sekarang Lahad Datu akan menjadi FIJI dan ketika itu anak negeri sudah kehilangan tanah untuk berdiri; apatah lagi jika RCI membolehkan mereka melakukan 'Reverse Take-Over'.
Selamat Hari Krismas!

Isnin, 24 Disember 2012

DAP TUNTUT NGEH BERI PENJELASAN DAKWAAN TERIMA SOGOKAN TANAH


Ngeh dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu. 
 SUMBER : Malaysian Insider
GEORGE TOWN, 23 Dis — Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.
Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya.
“Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti,” kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.
“Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku,” kata peguam dan ahli parlimen itu.
Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.
ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.
DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.
Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.
Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.
Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.
Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.
Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.

Jumaat, 21 Disember 2012

APA UNTUNGNYA MELAYA JIKA UMNO TEWAS BUKAN APA RUGINYA MELAYU JIKA UMNO TEWAS

Sumber : Malaysian Insider

21 DIS — Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan Umno tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. Umno pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan Umno yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada Umno? Umno hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa Umno, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada Umno.
Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh Umno hanya perlu bertanya — adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah Umno? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika Umno tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh Umno dan ditakutkan oleh Umno supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini — kita tetap Melayu — yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini — berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih — yang penting kita hendak lawan Umno. Umno yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata — Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam Umno? Half past six punya orang.
Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam Umno. Orang Umno tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.
Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika Umno kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh Umno. Dalam pada jaga itulah pemimpin Umno ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting — boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan Umno. Umno tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak Umno.
Kalau Umno utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau Umno utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau Umno sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan  dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. Umno biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut Umno, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? Umno!
Orang Umno selalu bertanya — bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau Umno kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika Umno kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat? Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau Umno kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau Umno kalah. Umno bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau Umno tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh Umno dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah Umno — pemimpin Umno sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1,500 kebawah. Itu 47 peratus dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70 peratus adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh Umno? — sakmongkol.blogspot.com
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Kembar Seiras blogspot.

Selasa, 11 Disember 2012

CADANGAN TAJUK BUKU ROSMAH MELETUP DI TWITTER

Sumber : HarakahDaily

KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik  paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:




Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).

Isnin, 10 Disember 2012

AHLI PARLIMEN JERANTUT KELUAR UMNO

Sumber : MIMPI SENJA.Blogspot.com





Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umnoyang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang

Jumaat, 7 Disember 2012

MENTERI SUKAN INDONESIA LETAK JAWATAN KERANA RASUAH..MENTERI KITA ADA BERANIKAH ??


Sumber : Berita Harian


Mallarangeng adalah menteri pertama meletakkan jawatan kerana dakwaan skandal rasuah di negara itu sejak Indonesia menubuhkan Suruhanjaya Antirasuah (KPK) pada 2003.
Kes itu memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang menang dengan majoriti besar pada penggal 2009 berikutan perjuangannya menentang rasuah. Beliau akan menghadapi pilihan raya pada 2014 nanti.

KPK lewat semalam mengumumkan bahawa Mallarangeng adalah salah seorang suspek yang ada kaitan dengan projek pembinaan pusat sukan bernilai 2.5 trilion rupiah (AS$261 million).

“Berikutan pengumuman KPK, saya menemui Presiden dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sukan berkuat kuasa hari ini," kata
Mallarangeng kepada pemberita.

Beliau berkata, Yudhoyono menerima peletakan jawatannya itu. Mallarangeng juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Parti Demokratik, iaitu jawatan ketika tertinggi. - AFP