Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 14 September 2011

PRU KE 13 - SATU ANALISIS : BN BAKAL TUMBANG



"Selepas PRU12 hinggalah sekarang banyak isu yang telah dimainkan baik dari UMNO/BN maupun dari PR,terkini isu yang dimainkan oleh akhbar arus perdana maupun TV berkaitan isu kemerdekaan yang berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong termasuk Mat Indera yang diutarakan oleh Timbalan Presiden PAS,Saudara Mat Sabu..Akhirnya isu tersebut telah memakan diri UMNO/BN dengan sendirinya..Lagi lama isu ini dimainkan oleh akhbar maupun TV..lagi ramai rakyat Malaysia akan mendapat cerita yang sebenarnya..

Terkini sejarah penubuhan Malaysia dan juga kemerdekaan telah diputarbelit oleh kebanyakan Profesor  yang membabi buta membuat komen yang tidak mendatangkan hasil kepada UMNO/BN.Pada hujung bulan September ini seluruh dunia akan tertumpu dengan kes mahkamah di Perancis berkaitan kes komisyen kapal selam yang berakhir dengan kematian warga Mongolia..Dunia akan bertanya kenapa diMalaysia kes ini tidak dibicarakan .kemana hilangnya taring Polis Malaysia dan SPRM..?
Dengan isu2 rasuah,salah guna kuasa,penindasan,penjawat awam yang berpihak kepada UMNO/BN termasuk polis,SPRM,badan kehakiman,NGO2 yang membuat serangan tanpa selidik terlebih dahulu  dan juga dengan kos sara hidup yang tinggi maka tidak dinafikan PRU13 nanti kebanyakan pengundi2 muda akan menghukum UMNO/BN.Kebanyakan rakyat dan juga pengundi2 muda sudah muak dengan permainan dan janji2 UMNO/BN.
PRU13  UMNO/BN akan kehilangan kuasa sekiranya keputusan PRU12 diambil kira analisis yang dibuat ini berkaitan keputusan PRU12 yang mana kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO/BN bawah majoriti 6,000 sahaja diseluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
         KERUSI PARLIMEN UMNO/BN YANG MENANG BAWAH 6,000 UNDI

KAWASAN PARLIMEN
MAJORITI
1.
P1-PADANG BESAR
5,348
2.
P3-ARAU
300
3.
P4-LANGKAWI
4,970
4.
P5-JERLUN
2,205
5.
P9-ALOR STAR
184
6.
P30-JELI
4,436
7.
P32-GUA MUSANG
4,394
8.
P35-KUALA NERUS
1,341
9.
P39-DUNGUN
4,994
10.
P42-TASEK GELUGOR
4,547
11.
P54-GRIK
5,573
12.
P55-LENGGONG
4,919
13.
P56-LARUT
1,911
14.
P61-PADANG RENGAS
1,749
15.
P63-TAMBUN
5,386
16.
P67-KUALA KANGSAR
1,458
17
P69-PARIT
2,873
18.
P70-KAMPAR
2,697
19.
P72-TAPAH
3,020
20.
P73-PASIR SALAK
2,688
21.
P74-LUMUT
298
22.
P75-BAGAN DATOK
2,692
23.
P77-TANJONG MALIM
5,422
24.
P78-CAMERON HIGHLANDS
3,117
25.
P79-LIPIS
4,137
26.
P80-RAUB
2,752
27.
P81-JERANTUT
1,946
28.
P87-KUALA KRAU
5,265
29.
P88-TEMERLOH
2,441
30.
P90-BERA
4,313
31.
P92-SABAK BERNAM
1,335
32.
P93-SUNGAI BESAR
5,009
33.
P95-TANJONG KARANG
3,820
34.
P100-PANDAN
2,961
35.
P113-SEPANG
4,849
36.
P125-PUTRAJAYA
2,734
37.
P131-REMBAU
5,746
38.
P137-BUKIT KATIL
1,758
39.
P140-SEGAMAT
2,991
40.
P142-LABIS
4,094
41.
P146-MUAR
4,661
42.
P152-KLUANG
3,781
43.
P168-KOTA MARUDU
4,198
44.
P169-KOTA BELUD
3,020
45.
P174-PENAMPANG
3,063
46.
P176-KIMANIS
5,453
47.
P180-KENINGAU
4,264
48.
P183-BELURAN
4,352
49.
P185-BATU SAPI
3,708
50.
P186-SANDAKAN
176
51.
P190-TAWAU
4,867
52.
P192-MAS GADING
4,301
53.
P196-STAMPIN
3,070
54.
P200-BATANG SADONG
5,425
55.
P202-SRI AMAN
4,252
56.
P203-LUBUK ANTU
1,610
57.
P208-SARIKEI
51
58.
P211-LANANG
4,864
59.
P216-HULU RAJANG
2,164
60.
P218-SIBUTI
3,648
61.
P219-MIRI
5,216
62.
P220-BARAM
4,044
63.
P221-LIMBANG
676
Mengikut pecahan negeri kerusi parlimen yang akan tergugat adalah Perlis 2 kerusi,Kedah 3 ,Kelantan 2 ,Trengganu 2,P.Pinang 1,Perak yang paling banyak iaitu 13 kerusi,Pahang 7,Selangor 5,Putrajaya(K.L) 1,N.Sembilan 1,Melaka 1,Johor 4,Sabah 9 dan Sarawak dengan 12 kerusi parlimen.Sekiranya keputusan PRU12 kesemua kerusi parlimen yang dimenangi  oleh Parti PAS,DAP dan Parti Keadilan Rakyat dapat dikekalkan pada PRU13 ini bermakna UMNO/BN akan kehilangan 63 lagi kerusi parlimen.Keputusan PRU12 ini tidak termasuk pilihan raya kecil(PRK) dan juga wakil rakyat yang melompat..  UMNO/BN mempunyai 140 kerusi parlimen.
Untuk rekod,dalam PRU 2008,UMNO melalui BN hanya bertanding117 kerusi daripada 222 kerusi, menang 79 (kalah 38) dan parti komponen yang lainnya  bertanding 105, menang 61(kalah 44). BN membentuk kerajaan dengan jumlah keseluruhan 140 kerusi.
Berdasarkan kepada 63 kerusi BN yang diramal akan tewas,32 kerusi daripada UMNO dan 31 kerusi daripada parti gabungan lain.

Khamis, 8 September 2011

PEMEGANG IC HIJAU JADI PENGUNDI

Dewan Pemuda PAS turun padang menjejaki penduduk sementara (pemegang kad pengenalan hijau) yang didakwa menjadi 'pengundi hantu' di DUN Bangi baru-baru ini.

Timbalan pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Mohd Adram Musa berkata, berdasarkan semakannya, tiga penduduk berstatus itu didaftarkan sebagai pengundi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohd Adram berkata, dua kes dikesan di Selangor dan satu lagi di Terengganu.

Bahkan, menceritakan usaha menjejaki seorang daripadanya - Jamaluddin Tahir di Bangi - mendapati alamat yang didaftarkan itu tidak wujud.

Mohd Adram Musa mendakwa, menurut rekod, individu berkenaan mendaftar menggunakan alamat di Jalan Pintar 11, Taman Universiti, tetapi berdasarkan pemeriksaan, taman itu
sehingga Jalan Pintar 5 sahaja.

"Ini satu persoalan," kata Mohd Adram Musa yang juga ketua Pemuda PAS Kajang.

"Ini yang saya nyatakan hantu-hantu yang ditanam di DUN-DUN yang mereka fokus," katanya sambil menunjukkan 'bukti' bergambar pemeriksaan di lokasi tersebut.

Katanya, penemuan ini membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud'senarai pemilih kotor' yang boleh menjatuhkan kerajaan Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Dua individu lagi yang didakwa pemegang kad pengenalan hijau tetapi didaftar sebagai pengundi bernama Numi Syukri dari Terengganu dan Hasmidah Surahbil (Selangor).

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan perkara ini.

KAJIAN ILMIAH PELAJAR UM - MAT INDERA BUKAN KOMUNIS

KUALA LUMPUR, 8 Sept — PAS pusat meneruskan usaha membawa bukti mengenai Ahmad Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong dengan menegaskan kajian ilmiah seorang pelajar universiti menunjukkan beliau bukan seorang ahli komunis.
Kajian itu dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera.
Ahmad Zuhdi berkata, kajian itu bertujuan meneliti keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Ahmad yang turut dikenali sebagai “Mat Indera” dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.
Dalam kenyataan terbaru semalam, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman merumuskan Mat Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan, tetapi ahli PKM.
Ahmad Zuhdi menambah, meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Nawi Idrus iaitu Ketua Pengawal Kampung dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.
“Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.
“Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kajian tersebut, kata Ahmad Zuhdi, pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama iaitu “Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”
Selain itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.
“Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya.
Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad iaitu bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.
Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.
Malah katanya, menurut pengkaji lagi pada muka surat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanah air, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.
Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
“Fakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya.
Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.
Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.
Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, katanya,  Pusat Penyelidikan PAS berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal.
Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya “25 Tahun Merdeka” muka surat 357-358: “Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.
“Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu.”
Justeru, tegas Ahmad Zuhdi,  Pusat Penyelidikan PAS melihat kenyataan Samad itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.

Sabtu, 3 September 2011

BEKAS PEGAWAI POLIS BESERTA 150 ORANG SERAH BORANG KEADILAN KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR DI LAHAD DATU


  Ketibaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor diiringi oleh Ketua Cabang Tawau Datuk Kong Hong Meng.


 

 Kehadiran sekitar 150 orang, sedarhana tapi meriah. Menurut sumber permit tidak dapat diperolehi kerana alasan pihak polis permohonan permit terlalu singkat. Majlis tersebut terpaksa dibuat di dalam kawasan rumah seorang ahli PKR. Turut hadir adalah wakil-wakil dari Pas,DAP dan SAPP. Dalam majlis tersebut Datuk Sri Khalid telah menerima kemasukan ahli baru seramai 150 orang yang diketuai oleh seorang bekas pegawai polis, Tn.Hj.Dummi.


 

 Turut hadir dalam majlis itu juga ialah Ketua Cabang Parlimen Silam,En.Johani Abd.Halim dan Ketua Angkatan Muda Cabang Parlimen Silam,En.Blision Zainuddin



Tan Sri Khalid juga sempat menyampaikan duit raya kepada beberapa orang kanak-kanak sebelum majlis berakhir.

Jumaat, 2 September 2011

KISAH SCORPENE AKAN KE LONDON PULA

NGO hak asasi manusia, Suaram, yang memfailkan kes ke atas firma gergasi pembuat kapal perang Perancis, DCNS kerana didakwa memberi sogokan jutaan ringgit kepada pemimpin kerajaan Malaysia, akan ke London pada Oktober ini bagi menganjurkan majlis mengutip dana.

azlanPeguam 'Sherpa' - sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berurusan dengan isu-isu perundangan hak asasi manusia - yang berpangkalan di Perancis dan mewakili Suaram dalam kes itu, akan juga hadir bagi memberi taklimat berhubung isu kontroversi berkenaan.

Skandal itu didakwa berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Ia membabitkan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene bernilai RM7.3 bilion pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia.

NONEKetika dihubungi, peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham yang berpangkalan di Paris berkata beliau akan berada di London untuk menghadariri acara pada Oktober itu. Setakat ini, hanya beliau seorang yang akan terbabit dengan majlis amal bagi mengumpul derma itu.

Namun, Breham berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang perkembangan terbaru berhubung kes itu seperti yang telah diterangkan oleh rakan sejawatannya, William Bourdon semasa melawat Malaysia dan berucap di Pulau Pinang semasa majlis amal Suaram yang pertama pada Julai lalu.

Bourdon kemudiannya ditahan pihak berkuasa dan diusir pulang semasa meninggalkan Pulau Pinang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menghadiri dua lagi acara yang sama di Petaling Jaya dan Ipoh.

Ditanya sama ada beliau akan mendedahkan butiran mengemparkan mengenai urusan Scorpene, Breham berkata tidak ada.

azlan"Tidak ada unsur baru yang tidak dilindungi oleh keistimewaan profesional dalam kes itu buat masa ini, " katanya kepada Malaysiakini.

"Saya akan ke London pada Oktober depan, sama ada Bourdon akan menyertainya, buat masa ini, tidak pasti lagi,” katanya.

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui pasukan peguam Perancis itu.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

anwar ibrahim najib tun razak baginda scorpene submarine murder fiascoBayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah. 

--MK