Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 30 Jun 2012

MARINA DAN AMBIGA ' BERTAMBAT BULU ' TUN M SUSAH HATI


30 JUN — Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir Mohamad dengan MobTV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu Umno serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau.
Dr Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.
Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Dr Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus.
Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Dr Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap “anti establishment” dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Tetapi jika Dr Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Dr Mahathir kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Dr Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Dr Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.
Tetapi nampaknya Dr Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang  reformasi pilihanraya itu.
Bagi Dr Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau.
Bagi Dr Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika Umno menurunkan anak emasnya itu bertanding disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.
Niat Dr Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Dr Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Dr Mahathir yang beliau membuat “bising” sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.
Dr Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Dr Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang  mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.
Itulah sebabnya Dr Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Dr Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.
Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.
Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.
Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga Sreenevasan yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang “bertambat bulu”. Itu kata orang tua-tua dahulu. — aspanaliasnet.blogspot.com

Jumaat, 29 Jun 2012

10 CARA TERBAIK MEMIKAT WANITA


..
Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.

Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.

Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah).   Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia.
 
1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh...). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.

2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.

4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.

5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!

6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.

7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.

8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.

9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.
 
10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.

11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda. 

Khamis, 28 Jun 2012

JANGAN TERIKUT ISU HUDUD CIPTAAN UMNO - LIM GUAN ENG

 Ehsan: Harakah Daily

SHAH ALAM: DAP meminta semua rakyat terutamanya penyokong parti-parti di dalam Pakatan Rakyat agar tidak terikut dengan persepsi Umno Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud.

"Walaupun isu hudud seringkali ditimbulkan oleh Umno-BN kita sebagai rakyat dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat jangan terikut dengan persepsi mereka tentang hudud.

"Umno-BN sering sahaja menggunakan isu ini untuk memecah belah perpaduan yang dibina dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tambahnya, persefahaman dan perpaduan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat perlu dipegang bersama agar matlamat untuk menjatuhkan Umno-BN dapat dicapai.

"Persepsi palsu akan terus dimainkan oleh mereka jika kita terikut dengan rentak mereka itu hanyalah akan menguntungkan mereka (BN) sahaja.

"Pihak lawan akan terus berusaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, perpaduan yang telah dibentuk ini perlu diperkemaskan sekuat-kuatnya," sambungnya.

Lim Guan Eng turut menyatakan Umno BN cuba menakut-nakutkan bukan Islam dengan PAS dan hudud dengan berharap bukan Islam akan menolak PAS.

"Seperti mana Umno-BN menakutkan orang bukan Islam tentang PAS dan hudud begitu jugalah orang Melayu bila mereka mengatakan DAP anti Islam.

"Namun sepanjang sejarah negara ini kita tidak pernah mendengar bahawa PAS mahupun DAP telah membunuh orang bukan Melayu ataupun orang Melayu tetapi peristiwa Memali membuktikan siapa yang perlu kita takuti," sambungnya lagi.

Katanya lagi, persepsi yang dibawa oleh Umno-BN itu perlu diketepikan sepenuhnya dalam usaha Pakatan mencari pentadbiran terbaru yang akan membanteras kemungkaran sepenuhnya.

"Kita mahu rakyat hidup dengan bermaruah tanpa ada perasaan takut, kita juga mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"DAP tidak pernah mengancam Islam malah kami menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Islam itu agama rasmi," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Lim Guan Eng bertindak sebagai panelis bersama pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek pada program wacana 'Benarkan Dasar DAP Mengancam Islam'.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS bertindak sebagai moderator.

Rabu, 27 Jun 2012

MEMBERI KERAKYATAN UNTUK RAIH UNDI ADALAH SATU PENDERHAKAAN - AMBIGA

Ehsan : The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari  selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung.
Peguam itu (gambar) yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut.
Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
“Mungkin kita seharusnya boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan terhadap Agong,” kata ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam tadi, dan menyebabkan berlakunya keganasan di ibu negara pada 28 April lalu.
Pemimpin yang sudah empat penggal berkhidmat itu turut membandingkan Ambiga dengan pemimpin Al-Maunah yang cuba menjatuhkan kerajaan pada 2000 dan telah dihukum gantung kerana “mengisytiharkan perang ke atas Raja”, individu pertama yang dijatuhkan hukuman tersebut.
“Gantung sahaja!!” Bunyinya seperti Alice in Wonderland!!,” kata Ambiga terhadap kenyataan tersebut.
“Namun, serius, saya ada soalan untuk ahli Parlimen, adakah saranan Bersih 2 akan di laksanakan sebelum PRU13?” soalnya, melalui satu emel kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan PRU13, yang telah dispekulasikan dengan meluas akan dilaksanakan sebelum hujung April depan, dilihat ditangguhkan oleh Najib perlu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
“Tawaran oleh rakyat untuk membantu membersihkan pilihan raya masih berjalan dan beliau selaku pemimpin yang dilantik saya percaya lebih berminat untuk tahu respon berkenaan soalan kritikal ini,” kata Ambiga.
Tambah beliau: “Berhubung penderhakaan, menuntut pilihan raya adil dan bersih bukanlah satu penderhakaan. Memberi kerakyatan untuk undi barulah sejenis penderhakaan.”


Ahad, 24 Jun 2012

BEKAS SPEAKER : ALI HAMSA TIDAK LAYAK JADI KSN

Ehsan : Harakah Daily
IPOH: Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan.

Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya.

Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka  membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.

Tetapi, beliau telah membuat  satu kenyataan yang bercanggah dengan  etika penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan  tanggungjawab beliau kepada rakyat.

"Oleh itu, saya menyeru beliau supaya  membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya.

“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner.  This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.

"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.

This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”

Dalam kenyataannya, Ali (gambar) telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

"Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar.

Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah  penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.

Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional.

Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna,"

Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya.

"Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya.

Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan  dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya.

Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang  desakan dan paksaan  daripada mana-mana pihak, tambahnya.

Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional.

"Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya.

Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar,  adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.

Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain.

“Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya.

Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan.

Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya.

"Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

“Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya.

Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang  ‘kurang arif’ itu.

Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.

Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan  melalui mandat yang diberi oleh rakyat.

Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah  membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak  layak memegang jawatan itu lagi.

"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.

Sabtu, 23 Jun 2012

JEEP TERPANTAS PERNAH DIBINA



WALAUPUN pasarannya tidak besar, Jeep masih mahu menawarkan produk terbaiknya kepada pengguna.



BERBELAS-BELAS tahun dahulu, jenama Jeep dari Amerika Syarikat (AS) banyak di atas jalan raya di Malaysia. Model paling popular ialah Cherokee dan Wrangler. Tidak bertahan lama, jenama tersebut nampaknya terus pudar. Apa yang tinggal sekarang hanyalah model-model terpakai di laman web jual-beli barang.
Mungkin kerana pengeluarnya yang hanya menfokuskan kepada enjin sesaran besar menyebabkan Jeep tidak mesra poket pembeli untuk mengisi minyak dan membayar cukai jalan tahunan.
Tambahan pula rakyat Malaysia lebih menggemari jenama Jepun berbanding jenama negara lain. Harus tahu, Toyota Hilux sudah lama menjuarai carta jualan jenama asing paling laris dalam negara.
Jenama Jeep di pasaran luar negara masih hidup. Pasarannya masih wujud untuk Jeep menawarkan model-model baharu. Varian terbaharu Jeep ialah Grand Cherokee SRT yang memiliki penampilan agresif dan maskulin.
Roda aloinya besar sungguh iaitu bersaiz 20 inci. Badannya direndahkan, manakala ruang dalamannya diinspirasikan daripada stail perlumbaan. Dakwa Jeep, Grand Cherokee SRT adalah varian yang paling mantap pengendalian dan pemanduannya.
Kualiti itu dapat dicapai hasil daripada penggunaan suspensi Active Adaptive dan sistem kawalan cengkaman (traction) Selec-Track dengan lima jenis mode dinamik.
Sistem pacuan empat rodanya (4X4) dikoordinasikan oleh transfer case Quadra-Trac Active on Demand dengan bahagian belakang dipasang Electronic Limited-slip Differential (ELSD). Untuk pemberhentian berkesan, Grand Cherokee SRT menggunakan khidmat brek Brembo dengan ABS pada keempat-empat rodanya.
Model SRT turut didatangkan dengan spesifikasi tinggi yang dijadikan sebagai peralatan standard. Cermin surianya terdiri daripada dua bahagian. Sementara sistem multimedia pula merangkumi sistem navigasi dan maklumat hibur (infotainment) Uconnect Navigation.
Sistem audio canggih surround sound system berkuasa 825 watt pula diambil daripada jenama Harman Kardon. Sistem audio tersebut disokong oleh 19 unit pembesar suara dan satu subwoofer yang juga daripada Harman Kardon.
Untuk pemanduan yang lebih selamat, turut dipasang ialah Adaptive Cruise Control yang berfungsi mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
Masih tidak cukup, Jeep memasang sistem Forward Collision Warning yang memberi amaran ancaman objek atau kenderaan di hadapan. Blind Spot Detection pula mampu mengesan objek pada kedua-dua sisi kenderaan.
Jimat minyak
Rear Cross-path Detection berperanan mengesan objek di belakang kenderaan yang sememangnya amat membantu sewaktu mengundur kenderaan untuk keluar atau masuk ke petak parkir.
Bab paling seronok apabila bercerita tentang kenderaan AS ialah saiz enjinnya. Jeep Grand Cherokee SRT dikuasakan oleh enjin serba baharu HEMI bersesaran 6.4 liter V8.




Cuba anda bandingkan dengan Perodua Kancil. Berapa kali ganda saiz enjin itu dan berapa pula penggunaan minyaknya?
Namun kata Jeep, enjin HEMI tersebut mempunyai teknologi Fuel Saver yang mematikan empat daripada lapan silinder apabila kuasa penuh tidak diperlukan demi memastikan penggunaan minyak yang efisyen dan pengurangan emisi.
Janaan kuasa enjin V8 itu pula adalah sebanyak 461bhp dengan 624Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan. Lagak jentera litar dan mengikut trend semasa, paddle shifter dipasang pada stereng.
Cerita kuasa enjin belum habis lagi tanpa data prestasi. Jeep Grand Cherokee SRT dikatakan mampu mampu mencapai pecutan dari titik pegun ke 100km hanya dalam masa lima saat sahaja. Sementara kelajuan maksimumnya pula mencecah 257.5 kilometer sejam (km/j).
Mungkin untuk lebih bertanggungjawab, Jeep turut memasukkan data prestasi brek iaitu dari kira-kira 100km/j hingga sifar hanya memerlukan 35.3 meter untuk dihentikan sepenuhnya.
Jeep Grand Cherokee SRT merupakan satu pakej yang menggabungkan gaya eksklusif, kefungsian, kemampuan meredah laluan normal dan off road dengan penampilan sporty serta berprestasi tinggi. Jentera tersebut dibangunkan oleh pasukan Street and Racing Technology (SRT) kumpulan Chrysler.
Suka untuk saya kongsi, falsafah SRT dalam membina kenderaan terdiri dari lima prinsip utama iaitu fungsi, stail dan ruang kabin yang diinspirasi daripada perlumbaan, pengendalian, pemanduan cemerlang, prestasi brek yang bagus dan akhir sekali enjin mengagumkan.
Menyentuh tentang harganya pula, Jeep Grand Cherokee SRT boleh dimiliki pada harga £58,995 di United Kingdom (UK) atau kira-kira RM293,000. Sebenarnya Grand Cherokee SRT bukanlah SUV yang pelik untuk kita kerana di Kuala Lumpur atau bandar bandar besar lain sudah ada Hummer. Itu pun dari AS dan spesis yang memiliki enjin besar!

Jumaat, 22 Jun 2012

PEMAIN SWITZERLAND DAN FULHAM PELUK ISLAM


Ehsan : Harakah Daily

LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya.

Rabu, 20 Jun 2012

ISU 3 BILION: SIAPA YANG COBA SONGLAP DAN SIAPA YANG SELAMATKAN WANG TERSEBUT

 Ehsan : Malaysian Digest.com

Ketika ramai orang melihat soal kawalan ke atas wang sebanyak RM 3 billion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid sebagai satu perbuatan yang salah, penulis pula melihatnya dari pandangan berbeza.
Pada penulis, ketika itu, di kala ekonomi negara sedang menghadapi masalah berikutan tekanan penyangak matawang dari luar, situasi ekonomi dalam negara pula menyaksikan projek-projek mega diserahkan kepada kroni-kroni Tun Dr. Mahathir, terutamanya kepada proksi paling rapatnya, Tun Daim.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamid, ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam perhimpunan Agung UMNO 1998.  Pendedahan yang menggegarkan negara itu menyaksikan satu persatu nama kroni Mahathir di dedahkan sebagai penerima terbesar kontrak kerajaan dengan Daim mengungguli carta.

Walaupun tidak ada kajian mendalam dibuat, tapi penulis sentiasa percaya bahawa semua pembaziran wang negara untuk projek-projek mega pada waktu itu turut menyumbang kepada kegawatan ekonomi negara – walaupun tidak menafikan spekulator wang asing sebagai punca utama.

Logiknya disini, kalau ratusan billion ringgit wang untuk pembinaan projek-projek mega ini kekal sebagai rizab emas negata, penulis percaya Bank Negara Malaysia mampu bertahan dari serangan spekulator asing ke atas matawang kita.

Itupun, penulis mendengar, salah satu dari projek mega tersebut iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil yang dibina Kumpulan Renong (kini UEM Berhad)untuk Sukan Komanwel 1998, kekal tidak dibayar kerajaan kepada syarikat yang membinanya dan dianggap sebagai ‘sumbangan ikhlas’ Tan Sri Halim Saad (proksi Daim) kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Mahathir.

Kalau Anwar tidak membawa keluar wang RM 3 billion ini dengan segera, percayalah, wang dalam negara kita akan habis dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroni Mahathir (konon atas nama pembiayaan projek mega), dengan rakyat dibawah hanya tinggal menganga sahaja.

Itu dari segi projek mega, dari segi ekonominya pula tindakan membawa keluar wang RM 3 billion itu juga mempunya kesan positif kepada ekonomi negara.
Seperti yang kita semua sudah tahu, sumber kepada RM 3 billion itu adalah datang dari not RM 500 dan RM 1,000 yang dihentikan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia pada akhir 1990-an sebagai sebahagian dari tindakan menyelamatkan ekonomi Malaysia dari krisis matawang serantau yang melanda negara pada ketika itu.

Dengan kejatuhan Ringgit yang sangat ketara pada ketika itu, tindakan membawa keluar wang ini dan menyimpannya di luar adalah sebenarnya tindakan yang patut dilakukan untuk memastikan nilai wang kita kekal kompetitif apabila kaedah tambatan matawang diperkenalkan.

Sekurang-kurangnya, Malaysia masih mempunyai wang untuk diniagakan di luar negara.  Perlu diingat Bank Negara telah mencairkan RM 30 billion dari rizab emas negara untuk mempertahankan ringgit pada 1997 sahaja dan beratus billion lagi telah dibelanjakan untuk projek-projek mega seperti KLIA, Putrajaya dan sebagainya.

Mana ada duit lagi yang tinggal?  Disinilah wang RM 3 billion itu memainkan peranan.

Pendek kata, pengambilan keluar wang ini punyai strategi yang akhirnya menguntungkan ekonomi negara, dilakukan oleh Anwar yang dianggap banyak pihak sebagai pengkhianat bangsa.  Sekarang kita tahulah siapa pengkhianat bangsa dan siapa yang tidak.

Selasa, 19 Jun 2012

ORANG KANAN RAZAK BAGINDA NAFI TERIMA SEPINA

Ehsan : Malaysiakini

Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi 'orang kanan' dalam pembelian dua kapal selam Scorpene, menafikan beliau telah menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis.

"Berikutan komen yang dibuat oleh Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel di majlis makan malam untuk mengumpul dana pada 15 Jun, dan kemudiannya dilaporkan oleh laman berita anda, saya ingin menjelaskan saya belum menerima sebarang sepina dari mana-mana badan kehakiman berhubung sebarang prosiding undang-undang," katanya dalam satu kenyataan dua perenggan kepada Malaysiakini.

Jasbir berkata ia adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh "seseorang yang saya tidak kenal dan tidak pernah berjumpa".

Beliau menyifatkannya sebagai rekaan semata yang didakwanya satu percubaan sengaja untuk menjejaskan reputasi dan kredibilitinya dan menggesa ia segera ditarik balik.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk Suram, Sabtu lalu, Gabriel (kanan) berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda dalam Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai saluran bagi perolehan kapal selam, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

"Ketika kita duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina sedang dalam perjalanan ke rumah Encik Jasbir Singh Chahl," katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa Jasbir bersedia untuk bekerjasama dengan Suaram dalam kes tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Jasbir enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Peguam saya menasihati saya mengeluarkan kenyataan ini sahaja," katanya.

Ahad, 17 Jun 2012

ANTARA RAFIZI DAN TEE KEAT SIAPA PILIHAN ANDA ?















Ehsan: Malaysian Insider


17 JUN — Awal minggu ini, kita digegarkan dengan desas-desus atau cakap-cakap bahawa Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rafizi Ramli akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Pandan. 
Sudah pasti, ada yang akan bertanya mengapa beliau memilih Pandan dan bukannya kawasan Parlimen yang lain. Apa yang menyebabkan Rafizi memilih untuk bertanding di Pandan, hanya beliau dan pucuk kepimpinan parti yang mengetahuinya. 
Dari satu perspektif, pemilihan untuk bertanding di Pandan dilihat sebagai satu percaturan strategik memandangkan P100 Pandan merupakan sebuah kawasan yang dikategorikan sebagai sebuah kerusi campuran atau mixed seat. 
Sekali imbas, komposisi penduduk bagi kawasan Parlimen P.100 Pandan agak seimbang dengan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Manakala selebihnya ialah orang India. Komposisi penduduk yang begitu seimbang inilah yang menjadi cabaran kepada semua wakil rakyat. Kepelbagaian keperluan menuntut strategi berbeza-beza. Pada beliau, kawasan Parlimen yang bersifat campuran inilah yang akan memberikan kelebihan kepada dirinya. 
Personaliti dan karisma Rafizi sebagai seorang pedebat yang handal (mungkin setanding atau lebih baik daripada Khairy Jamaluddin) dan orang yang bertanggungjawab membongkar skandal NFC, secara tidak langsung melonjakkan dirinya sebagai seorang pemimpin berani. Personaliti dan sikap sedemikian nampaknya lebih berjaya menambat golongan profesional dan berpendidikan tinggi kerana mereka mempunyai idealismenya yang tersendiri. 
Generasi belia atau dikenali dengan Gen Y lazimnya mempunyai pemikiran dan stail yang lebih terbuka dan sesungguhnya pencalona Rafizi adalah sesuatu yang ideal. Gen Y ini mahukan suatu kepimpinan yang berlainan dan ini mungkin masanya untuk melakukan perubahan. Rafizi bukannya bodoh. Beliau pasti akan menggunakan kelebihan sedia ada pada dirinya sebagai seorang yang lantang untuk memikat hati pengundi. 
Beliau juga tahu bahawa untuk menewaskan seorang gergasi politik seperti Tee Keat, ia memerlukan percaturan yang bijak dan masa yang sesuai. Itu sebabnya Rafizi ketika ini memilih untuk merendah diri dengan tidak menyerang Tee Keat dari sepak mula. Sebaliknya, pujian tetap diberikan kepada bekas Presiden MCA yang telah membina asas yang kuat di Pandan. 
Malah ketika memberi reaksi balas kepada kenyataan Tee Keat mengenai kemungkinan mereka berdua berdebat dalam satu temubual di sebuah stesen televisyen tempatan, Rafizi tidak memberikan komitmen kepada cabaran itu. Sekalipun berita yang diuar-uarkan itu hanyalah khabar angin dan tiada pengesahan dibuat, tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan perbualan hangat mengenai nasib dan masa depan penyandang kerusi Pandan itu. 
Persoalan yang paling hangat diperkatakan dalam media dan laman sosial sekarang cukup pelbagai. Antara yang dibangkitkan ialah apakah Tee Keat mampu menangkis pengaruh dan populariti Rafizi yang terkenal dengan kemahiran debatnya yang tinggi? Mungkinkah kehadiran Rafizi dan amarah keterlaluan kepada pihak pemerintah terlalu kuat untuk ditepis oleh Tee Keat? Mengapakah pengundi mahu menukar seorang wakil rakyat yang telah banyak berjasa kepada bumi Pandan dan penduduknya (jika itulah yang ditakdirkan berlaku)? Dan mungkin soalan cepu emas yang ingin diketahui oleh semua orang ialah apakah Tee Keat akan bertanding di bawah panji BN ataupun platform lain? 
Hingga ke hari ini, Tee Keat memilih untuk tidak mendedahkan perancangan beliau, sebaliknya hanya membiarkan media untuk terus berteka-teki. Mutakhir ini, masih awal lagi untuk meramalkan impak yang bakal ditinggalkan oleh Rafizi. 
Semua sedia maklum Rafizi merupakan orang baru dalam pentas politik negara. Beliau perlu menyedari bahawa berkecimpung dalam politik kepartian dan menjadi wakil rakyat yang memerlukan adalah dua perkara yang berlainan. Dalam dunia politik kepartian umpamanya, beliau boleh menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk meraih sokongan di mata rakyat. Namun sekadar membongkarkan skandal berprofil tinggi seperti NFC bukanlah tiket automatik sebagai calon ataupun menang. Bertanding dalam sebuah kawasan Parlimen yang telah dikuasai begitu lama oleh BN, tidak ada jaminan Rafizi akan memenangi PRU 13 dengan mudah seperti yang didakwa beliau sebelum ini. Lagipun, lawan beliau bukanlah calang-calang pemimpin tetapi lawannya ialah Ong Tee Keat. 
Selama 22 tahun Tee Keat berkhidmat untuk rakyat Ampang dan Pandan..namanya begitu sinonim di sana. Selama lebih dua dekad berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau telah membawa bersamanya keyakinan, pengalaman, dan suara hati rakyat. 
Menumbangkan beliau tidaklah semudah A, B atau C. Jika ada yang tidak percaya, mereka boleh merujuk kepada pilihan raya 1989 yang mana Tee Keat berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris walaupun tidak diberikan peluang pada awalnya. 
Kekalahan Harun Idris kepada Tee Keat sememangnya mengejutkan banyak pihak. Siapa sangka Tee Keat boleh menewaskan Harun Idris sedangkan beliau masih orang baharu dalam politik. Itulah indahnya politik. Sentiasa menjangkakan sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. 
Mungkin selepas ini, Rafizi boleh belajar daripada Tee Keat bagaimana untuk mengulangi kemenangan bersejarah itu jika mereka berdua benar-benar akan berentap pada PRU 13 nanti. Agak menarik juga, apabila Rafizi mendakwa Tee Keat tidak mungkin dapat mempertahankan kerusinya dalam gelombang tsunami kali ini. 
Di sini, jelas kelihatan bahawa Rafizi seolah-olah sudah memahami benar suara hati dan nadi penduduk Pandan. Bagaimanapun jika Rafizi menganggap dengan memainkan isu setempat akan mengubah sentimen penduduk di Pandan, beliau mungkin silap. 
Sentimen di Pandan dilaporkan masih kuat dan memihak kepada penyandangnya. Prestasi Tee Keat dilihat masih utuh dan khidmat yang diberikan kepada penduduk tidak mengenal bangsa mahupun agama. Sokongan oleh NGO-NGO tempatan di Pandan kepada kepimpinan turut menjadi faktor mengapa penduduk setempat di sana masih menyokongnya walaupun parti yang diwakilinya MCA sudah ditolak masyarakat Tionghua. 
Satu lagi perkara yang mungkin akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan Rafizi ialah isu calon tempatan. Bercakap mengenai soal ini, isu calon tempatan sering kali berbangkit dalam pilihan raya. Walaupun faktor ini tidaklah membabitkan kesemua 222 kawasan Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri, namun sesetengah penduduk menyifatkan calon tempatan sebagai faktor penting. 
Bagi penduduk, mereka berasa sangsi dengan kehadiran calon luar untuk bertanding di tempat lain. Pada hemat mereka, apakah yang calon luar ini tahu mengenai selok-belok kawasan Parlimen mereka? Bukan sekadar mengetahui selok-belok kawasan, bahkan untuk menjalin kerjasama, jaringan hubungan bukanlah sesuatu yang mudah. Sama ada bumi Pandan akan kekal bersama BN atau sebaliknya, pengundi Pandan sahaja yang akan dapat menentukannya.Tetapi apa yang pasti, pertembungan antara dua tokoh ini akan menjanjikan saingan yang hebat. Seorang gergasi politik dan seorang lagi pula seorang pemimpin dari generasi Y yang meningkat naik. 
Beranikah penduduk Pandan menaruh dan menggadaikan masa depan mereka kepada seorang pemimpin muda yang meningkat naik ataupun mereka memilih untuk kestabilan dan seorang wakil rakyat yang telah terbukti rekod perkhidmatannya? 

Sabtu, 16 Jun 2012

BERITA SEBERANG : KABUT ASAP SELIMUTI KUALA LUMPUR

Ehsan : tvOneNews


Kabut asap menyelimuti Kuala Lumpur dan wilayah sekitarnya dalam beberapa hari terakhir. Terjadinya kabut asap ini dipengaruhi oleh kebakaran hutan di Riau, Indonesia.
Kabut asap yang mulai terlihat di Kuala Lumpur ini semakin pekat sejak Jumat (15/6) petang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam pernyataannya mengemukakan bahwa kondisi tersebut diperkirakan akan berlangsung hingga beberapa hari ke depan karena cuaca kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Laporan pemantauan satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteoroligal Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, meningkat sejak Selasa (12/6).

Gambar satelit juga menunjukkan asap dibawa angin dari kawasan titik panas di wilayah Riau menuju pantai barat Semenanjung Malaysia.

Beberapa media lokal yang terbit di Kuala Lumpur melaporkan kualitas udara di beberapa daerah menurun terutama Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Cheras.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, di Shah Alam kawasan paya bakau di beberapa area juga terbakar sehingga menambah buruk kualitas udara.

"Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berhasil dipadamkan sementara di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami," kata seorang pejabat pemadam kebakaran Selangor, Mohamad Sani Harul.

Pihak JAS juga sudah mengimbau warga untuk tidak melakukan pembakaran terbuka serta meningkatkan program pencegahan kebakaran lahan gambut. (Ant)

Rabu, 13 Jun 2012

GANI BOCORKAN DOKUMEN SULIT KEPADA ANWAR ?


 Ehsan : Malaysiakini

Adakah Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

NONETerdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai "rahsia" kepada Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai ketua CID Kl selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas peguam negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Isnin, 11 Jun 2012

TIADA KEJUTAN DI SABAH SEMALAM TAPI TIADA PENAFIAN YANG KERAS DARI MEREKA. APA KATA LAZIM DAN BAMBURING ?

Ihsan: Malaysian Insider dan Malaysiakini

"TIADA APA YANG BERLAKU SEKARANG, SAYA AKAN BERITAHU BILA IA BERLAKU" - DATUK SERI WILFRED MOJILIP BUMBURING.

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mengalami sebarang tekanan walaupun spekulasi semalam, namun khabar angin di Sabah kerana pemimpin PKR meneruskan menawan keyakinan dalam kebarangkalian perubahan kuasa dalam landskap politik negeri itu.
Ahli Parlimen Tuaran itu turut menambah spekulasi itu sebagai “berpura-pura” apabila ditanya oleh The Malaysian Insider, ”tiada apa yang berlaku sekarang, saya akan beritahu bila ia berlaku.”
“Saya perlu berhati-hati dengan pemberita,” tambahnya.
Masih lagi tiada penafian daripada Timbalan Presiden Parti Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut  (UPKO), yang mana khabar angin telah merebak semalam di media tempatan dan menimbulkan kekeliruan.
“Macam ni. Spekulasi hari ini tidak benar. Tiada apa yang berlaku. Saya hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Tuaran.
“Saya tahu ramai orang menjangkakan perkara ini. Tapi saya tidak tahu kenapa media fokus kepada saya,” katanya.
Beliau dikatakan dijadualkan keluar BN pada 3.30 petang semalam di sambutan Pesta Kaamatan fdi Kota Belud bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun hujan lebat telah melewatkan Ketua Umum PKR itu hampir dua jam.
Bumburing (gambar) dikatakan akan bersama lima lagi akan menyertai PKR, yang dinamakan Naib Presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha dan bekas menteri Persekutuan Tan Sri Kasitah Gaddam, yang dikatakan akan melompat parti.
Namun selepas penerbangan ditunda, Anwar telah pergi ke lokasi majlis PKR yang lain di  Kota Kinabalu, hingga lewat malam, apabila beliau perlu menghadiri majlis di Star City Convention Hall.
Selepas tengah malam, selesai majlis makan malam, spekulasi itu didakwa hanya khabar angin.
Namun selepas kegagalan PKR pada 16 September, untuk menawan Putrajaya, pemimpin parti masih lagi tidak terkesan dengan perkara itu.
Apabila disoal berhubung perkara itu, Anwar tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu.
“Itu bukan kenyataan saya,” katanya apabila ditanya berkenaan enam pemimpin PKR yang didakwa akan melompat parti.
Anwar bagaimanapun mengakui pernah berjumpa sebahagian daripada individu tersebut yang dikatakan akan menyertai PKR namun tidak mendedahkan butiran pertemuan itu.
“Kami berjumpa dengan ramai orang, termasuk mereka yang disebut. Itu sahaja,” katanya.
Ditekan untuk menjawabsama ada beliau “menjangkakan” perkara itu, bahawa Bumburing akan menyertai PKR, Anwar berkata,”itu perlu tanya dia.”
Beliau bagaimanapun menegaskan dakwaannya pembangkang semakin selesa di Sabah dengan sokongan yang semakin meningkat, merujuk kepada masa “momentum berkembang.”
“Itu yang saya selalu kata, terutamanya keada rakan di semenanjung, Sabah sudah bersedia untuk berubah.” Katanya.
Chua Tian Chua yang dihubungi semalam berkata, Sabah bukan lagi “peti deposit” BN.
“Saya kekal dengan kenyataan saya hari ini, semuanya benar,” kata Naib Presiden PKR ini.
Semalam, Chua berkata kepada The Malaysian Insider momentum penentangan BN di Sabah telah meningkat.
“Saya fikir mana-mana ahli politik yang sensitif dengan perkara ini akan menerimanya,” katanya.
Ahli Parlimen Batu itu juga menolak khabar angin itu akan mengotori kredibiliti PKR, menunjukkan bahawa ia bukan pemimpin parti itu yang telah memainkan khabar angin.
“Ia adalah spekulasi oleh media. Kami tidak pernah mengumumkan, tidak pernah memberikan suatu tarikh atau masa. Malah Anwar tidak pernah mengatakan bahawa dia datang ke Sabah untuk itu,” katanya.

 APAPUN BOLEH BERLAKU KATA LAZIM

 Pemimpin Umno Sabah, Datuk Lajim Ukin menyangkal spekulasi pada hujung minggu lalu tentang lompat parti menyertai PKR, tetapi menegaskan 'apa saja boleh berlaku' dalam politik.

Katanya, itu hanya spekulasi yang disensasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

wilfred bumburing lazim ukin 100612Ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini, Lajim berkata  beliau adalah seorang ahli politik kanan, tetapi menegaskan apa saja boleh berlaku dan jika pengundinya mahu beliau berbuat demikian maka "beliau akan lakukan apa yang mereka mahu beliau lakukan."

Katanya, setiap kali menyuarakan kebimbangan rakyat yang diwakilinya, beliau mungkin kedengaran seperti pembangkang, tetapi tegasnya beliau perlu buat untuk kebaikan mereka.

Malah ahli Parlimen Beaufort (kanan) itu berkata, khabar angin tentang beliau lompat parti itu dicetuskan oleh mereka dalam partinya sendiri.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ketua PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini juga menganggap cakap-cakap tentang lompat parti itu semalam sebagai hanya satu spekulasi.


Ahad, 10 Jun 2012

KENAPA RON 95 TIDAK BOLEH DITURUNKAN SEPERTI RON 97 ?


Ihsan : Malaysiakini

ULASAN Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri bahawa harga RON95 masih disubsidi kerajaan dan harganya tidak akan dikurangkan merupakan kenyataan yang memesongkan rakyat.

Ini kerana harga RON95 masih boleh dikurangkan apabila RON97 masih belum dijual pada paras yang sepatutnya, iaitu RM3.38 seliter.

Ini selari dengan pengumuman Ismail di Bera Khamis lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON97, menjadikan bahan api ini dijual pada harga RM2.80 seliter.

Beliau juga berkata, sekiranya cukai jualan sebanyak 58 sen seliter dikenakan ke atas bahan api ini, maka harga jualannya ialah RM3.38 seliter. 

Harga ini masih lebih mahal daripada harga RON95 jikalau subsidi dihapuskan dan cukai jualan dikenakan (RM1.90 seliter + 58 sen cukai jualan + subsidi 70 sen = RM3.18 seliter).

Soalannya, mengapa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97 apabila kebanyakan pengguna RON97 pemilik kereta mewah?

Sekiranya kerajaan masih boleh mengurangkan harga RON95 dengan mengenakan cukai jualan terhadap bahan api RON97, mengapakah ini tidak dilakukan?

Apakah keperluannya untuk kerajaan menjaga kepentingan segelintir pemilik-pemilik kereta besar dan mewah sedangkan kebanyakan rakyat kelas bawahan bergantung kepada bahan api RON95?

Apa yang lebih mengecewakan, harga RON97 diturunkan lagi daripada RM2.90 seliter ke RM2.80 seliter dengan alasan harga minyak mentah antarabangsa telah merosot.

Apa yang aneh, semua bahan api termasuk RON97 dan RON95 ditapis daripada minyak mentah. 

Maka apabila harga minyak mentah turun, maka harga RON97 dan RON95 seharusnya turun. Mengapakah hanya harga minyak RON97 sahaja yang diturunkan?
Terdapat banyak percanggahan dan kecelaruan menteri-menteri BN semasa mereka menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Sabtu, 9 Jun 2012

24 BILION AKAN DITAMBAH UNTUK KEBAJIKAN JIKA PAKATAN MEMERINTAH


Ihsan : Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk kebajikan rakyat.


Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.



Beliau antara lain menggariskan sasaran:

  • Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
  • Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
  • Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
  • Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion


Katanya, jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di Petaling Jaya hari ini.

Jumaat, 8 Jun 2012

AMARAH RAKYAT TAK AKAN REDA WALAUPUN PEMBEKUAN PTPTN DITARIK BALIK


Ihsan : Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam 'permainan' politik kerajaan Umno-BN.

Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata kerajaan Umno-BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Saya menganggap percaturan politik Umno-BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa ADUN Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.

Perkiraan kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno-BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.

Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.

Khamis, 7 Jun 2012

GAMBAR CUBAAN MEMBELI WAKIL RAKYAT PAKATAN DIDEDAH

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.

Rabu, 6 Jun 2012

DAKWAAN PENJUALAN MAKLUMAT SULIT NEGARA TLDM ENGGAN ULAS

 Ihsan : Malaysiakini
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen sulit yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene, telah dijual kepada sebuah syarikat asing.
 Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.Ismail juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sebab pihaknya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut.

Pada 31 Mei lalu, NGO hak asasi manusia, Suaram mendakwa dokumen sulit telah dibeli DCNS - firma pembuat kapal yang berpangkalan di Paris - yang kemudiannya menjual kapal selam tersebut kepada Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 05Siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap DCNS yang difailkan di
Perancis DCNS telah mendedahkan dakwaan bahawa pembayaran telah dibuat kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, Terasasi.

Pengarahnya, Abdul Razak Baginda (kanan), merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang semakin didesak supaya menjelaskan penglibatan beliau dalam skandal tersebut.

Wang tersebut didakwa adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga antara syarikat-syarikat berkenaan, yang menyaksikan Terasasi didakwa menerima kira-kira 36 juta euro (RM142 juta) dari DCNS.

Sabtu, 2 Jun 2012

HARGA KESETIAAN AZMIN PADA ANWAR

Ihsan : malaysikini

WAWANCARA Timbalan presiden PKR Azmin berkata beliau tidak akan berganjak dari sokongannya kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau keluarganya sendiri "hancur" dan diaibkan.

Katanya beliau terpaksa berdepan perkara itu kerana tidak menyokong Umno dan konsisten dengan Pakatan Rakyat.

"Kalau ini harga yang perlu saya bayar untuk bawa perubahan, saya sanggup membayar, biar saya dihina diaib tapi rakyat dan negara mesti diselamatkan," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga sanggup mengharungi perkara itu demi mempertahankan Anwar, sedangkan beliau juga boleh menyokong Mahathir pada 2 September 1998 - ketika Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Saya kena pilih antara Dr Mahathir atau Anwar. Bukan pilihan mudah. Dua tokoh utama negara yang perlu saya pilihan maka saya pilih pertahan kebenaran.

"Walaupun saya lalui kesengsaraan, masuk lokap keluar lokap, saya didakwa, dihina, keluarga saya hancur kerana pilihan yang saya buat.

"Tapi bagi saya itu pilihan yang perlu saya buat untuk pertahan kebenaran," katanya.

'Isu keluarga jangan dipolitikkan'

Azmin berkata, beliau langsung tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan yang antara lainnya mempertikaikan hubungan darah beliau dengan anaknya.

"Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada isteri dan anak saya. Selepas 14 tahun masih ulang fitnah sama, sehingga hari ini.

"Apa yang anda mahu saya lakukan? Saya sudah buat bahagian saya. Saya sudah dapatkan keputusan dua ujian DNA.

"Adakah mereka berminat dengan kebenaran? Tidak. Mereka hanya berminat untuk mengulangi fitnah dan penipuan untuk memburukkan imej pemimpin Pakatan," katanya lagi.

Perkara itu juga yang mendorong anak perempuannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, setelah melalui dakwaan berkenaan sejak 14 tahun lalu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Umi Hafilda, adiknya yang kini giat mengadakan ceramah anti-Anwar, Azmin berkata beliau tidak mahu terlibat dalam kancah pertikaian dengan Ummi di media.

"Kalau dia pilih (ulas di media) tak apa lah, saya tak mahu terlibat. Saya yakin institusi keluarga ini wajar disejahterakan, diharmonikan, bukan diaibkan dalam media. Saya cukup tak bersetuju hal ini.

"Apa sahaja masalah keluarga, jangan dipolitikkan dan diaibkan dalam media," katanya.