Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 22 Januari 2013

SENARAI BIJAK PANDAI YANG MEMELUJK ISLAM MELALUI KAJIAN

1. Maurice Bucaille, masuk Islam kerana jasad Fir’aun


 
Dalam pengkajiannya, dia terkejut setelah menemukan sisa-sisa garam yang melekat pada tubuh jasad mumia firaun adalah bukti terbesar bahwa dia telah mati kerana tenggelam. Sedangkan berita ini telah dibicarakan kaum muslimin sejak dahulu lagi, bagaimana ianya boleh berlaku..??
 
 
2.Jacques Yves Costeau, Jumpa Islam Dalam Lautan

Seorang ahli selam Perancis untuk suatu dokumentari. Saat-saat pelik apabila dia menemukan mata air di dasar laut dimana ianya bersifat tawar dan sedap. Apa yang peliknya, air tersebut tidak bercampur dengan air masin dan seolah-olah ada dinding yang memisahkan kedua-dua air tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim dan menceritakan fenomena ganjil itu kepadanya. Profesor tersebut lalu teringat ayat Alquran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing”.

Kemudian dibacakan surat Al-Furqan ayat 53 : “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
3. Demitri Bolykov, saat yakin matahari akan terbit dari Barat
 
Dari hasil kajiannya sebagai seorang ahli fizik, dia mempercayai bahawa suatu masa nanti metahari akan terbit melalui barat.
4. Dr.Fidelma O’Leary, menemukan rahsia sujud dalam solat
 
Dalam penelitian sebagai seorang doktor berkenaan fungsi otak:
Akhirnya dia menemukan bahwa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut melakukan sujud dalam solat. Bererti, kalau manusia tidak menunaikan ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

5. Profesor William, menemukan tumbuhan yang bertasbih 
 
Ringkasan:
Menemui getaran halus ultrasonik yang tertransfer dari alat perakam menggambarkan garis-garis yang membentuk lafaz Allah dalam layar. Para ilmuwan Inggeris ini lantas terkagum-kagum dengan apa yang mereka saksikan.

Ahad, 20 Januari 2013

WAHAI ORANG SABAH ! KATAKAN TIDAK KEPADA IC PROJEK !!

 
 
TINDAKAN Tun Dr Mahathir mengakui 'IC Projek' itu berlaku adalah disebabkan dia tidak mampu lagi untuk berselindung daripada salahlaku atas tindakan pemberian IC secara haram itu yang telah dihalalkan dan diluluskan secara bersindiket melalui agensi JPN.

Terlalu ramai orang yang menjadi saksi atas perbuatannya yang terkutuk. Kini dia sedang mencari alasan untuk menampakkan tindakannya itu sesuatu yang tidak salah dan sah di sisi undang-undang.
Wahai saudara saudari sekalian, kini dia sedang menggunakan alasan mengenai pemberian satu juta kerakyatan di Malaya untuk disamakan dengan IC Projek di Sabah. Perlu diingat bahawa sejarah pemberian kerakyatan itu sungguh jauh sekali tujuannya.

Pemberian IC di Malaya itu dilakukan sebelum Malaya mencapai kemerdekaan yang merupakan satu tindakan yang sah di sisi undang-undang melalui prinsip kerakyatan Jus Soli sebagai prasyarat kemerdekaan Malaya.

Berlainan pula isu pemberian kerakyatan di Sabah. Ia dilakukan bukan untuk kemerdekaan, tetapi adalah bermotifkan politik 100% untuk mengukuhkan parti-parti malaya di bawah pimpinan parti UMNO-BN.

Mahathir menegaskan bahawa dia mengikuti lunas undang-undang dalam pemberian IC, tetapi apakah yang dia gunakan sebagai panduan dalam pemberian IC tersebut?

Adakah apabila orang asing itu pandai bercakap bahasa 'Melayu' dan beragama 'Islam' maka boleh terus menjadi Malaysia tanpa tapisan keselamatan?

Adakah mereka ini sudah mencapai pemastautin tetap selama 12 tahun (minimum)? Setahu saya, pemberian IC Projek ini sangat canggih. Hari ini PATI itu sampai ke Sabah, kelmarin lagi IC itu sudah disiapkan untuk mereka. Apa lagi alasan yang digunakan olehnya?

Inilah yang terjadi jika orang asing (bapanya adalah orang India dari Kerala) yang telah diberikan kerakyatan dan dibenarkan menjadi pemimpin. Hasilnya adalah seperti yang anda dapat lihat daripada kerja dia selama bergelar pemimpin Malaysia/Malaya.

Saya ingin menyeru kepada semua Warga Sabah, Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat untuk berdiri teguh dalam isu ini dan menentang tindakannya habis-habisan yang kotor dan sungguh menjijikkan agar keselamatan dan kesejahteraan Sabah dipelihara selamanya!

Salam Hormat,

BORNEON

Khamis, 10 Januari 2013

ANALISIS : MAMPUKAH PAKATAN MERAIH 123 KERUSI DALAM PRU 13 ?

Sumber : Pencacai SeMalaysia

Tahun 2013 dianggap tahun penentu bukan setakat Barisan Nasional (BN) tetapi juga Pakatan Rakyat dalam melaksanakan misi masing-masing setelah BN tidak mengadakan pilihanraya umum tahun lalu seperti yang diramal pelbagai pihak.
Bagi BN, peluang untuk mempertahankan kuasa mungkin kini dianggap mustahil berdasarkan kiraan semasa jumlah kerusi yang bakal dimenangi rejim itu sejak berkuasa 55 tahun lalu.
Manakala Pakatan Rakyat yang mencatat sejarah menafikan majoriti dua pertiga BN buat kali pertama empat tahun lalu kini optimis mampu menakluk Putrajaya juga berdasarkan anggaran semasa yang dilakukan beberapa pemimpin dari pakatan itu.
Imbas kembali pilihanraya umum ke-12 pada 2008, BN cuma memperolehi 140 kerusi, jauh daripada prestasi terbaiknya pada 2004 apabila menyapu 198, kehilangan sebanyak 58 kerusi semasa tempoh 100 hari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan dari Mahathir Mohamad.
Manakala Pakatan Rakyat berjaya merampas 82 kerusi parlimen dengan hanya dua kerusi masing-masing dapat diperolehi dari Borneo iaitu Kota Kinabalu dan Bandar Kuching, kedua-duanya menerusi DAP.
Secara keseluruhannya, terdapat 165 kerusi berada di Semenanjung Malaysia dan 25 di Sabah serta 31 kerusi di Sarawak dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan keseluruhannya 222 kerusi.
Secara matematik, jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kesemua 80 kerusi di Semenanjung, mereka masih memerlukan 32 kerusi lagi untuk memerintah Putrajaya, itu pun cuma memperolehi majoriti mudah 112 kerusi, dan masih belum dianggap selesa.
Persoalannya, mampukah 32 kerusi ini sekurang-kurangnya dicapai?

Jawapannya, mustahil dan tidak mustahil.
Dengan anggaran semasa pecahan kerusi parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mesti memperolehi kerusi di Johor, Pahang, Perak, Terengganu, dan Negeri Sembilan untuk menyokong sebarang kemungkinan yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menang 13 daripada 24 kerusi di Perak, dua daripada 14 kerusi di Pahang, tiga daripada lapan kerusi di Negeri Sembilan, satu daripada lapan kerusi di Terengganu dan satu daripada 26 kerusi di Johor.
Negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah dianggap tepu kerana peluang untuk menambah kerusi parlimen dianggap sukar kerana ia merupakan kubu kuat mereka secara tradisinya.
Cuma beberapa kerusi BN yang bermasalah seperti Sabak Bernam, Temerloh dan Lumut boleh dianggap mempunyai peluang terbaik untuk dirampas berdasarkan perkembangan semasa.
Pakatan Rakyat mesti menambah sekurang-kurangnya lima kerusi di Perak, tiga di Pahang, dua dari Negeri Sembilan, tiga dari Terengganu dan lapan di Johor bagi menjadikan jumlah keseluruhannya 21 kerusi.
Namun itu masih belum cukup kerana jumlahnya cuma 101 sedangkan mana-mana pihak memerlukan 112 kerusi bagi membentuk kerajaan secara majoriti mudah.
Dari mana datangnya baki sekurang-kurangnya 11 kerusi itu?
Pastilah dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai 56 kerusi parlimen keseluruhan dengan pecahan sasaran Pakatan Rakyat pula adalah tujuh dari Sabah dan empat dari Sarawak, tidak termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.
Apakah sasaran tersebut kini mustahil?
Jawabnya tidak, malah Pakatan Rakyat kini boleh memperkukuhkan jumlah kerusi yang dmenangi kepada 123 seperti yang disasarkan lebih tiga bulan lalu.
Ini bermakna, Sabah akan menyumbang tambahan lima lagi kerusi menjadikan 12 manakala Sarawak pula menambah enam lagi menjadikan 10 keseluruhan.
Soalan seterusnya, dari mana datangnya kerusi-kerusi tersebut?
Senarai terbaru yang dikeluarkan sekretariat BN melalui sumber dari Cawangan Khas menyebut, kerusi-kerusi yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat di Sabah adalah Kudat, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Beaufort, Keningau, Tenom, Pensiangan, Sandakan, Kinabatangan, Tawau dan Kalabakan.
Manakala di Sarawak pula, parlimen Mas Gading, Stampin, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Julau, Kanowit, Bintulu, Miri dan Limbang sudah dianggap kerusi kelabu untuk BN ekoran pertelagahan dalaman antara parti komponen yang semakin parah.
Saya mendapat maklumat minggu lalu, sembilan ahli parlimen dari Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang ketuanya adalah ketua menteri sendiri, Taib Mahmud, bakal digugurkan menyebabkan krisis BN negeri makin ketara walau disenyapkan dari media arus perdana.


Kesemua kerusi-kerusi yang disenaraikan di atas merupakan kerusi yang seharusnya dimenangi Pakatan Rakyat dengan syarat meletakkan calon yang boleh diterima majoriti penduduk setempat bagi menafikan peluang penyandangnya dari BN untuk kekal sekurang-kurangnya sepenggal lagi.
Itulah sebabnya mengapa perdana menteri Najib Altantuya enggan memanggil pilihanraya umum tahun lalu kerana data-data di atas diperolehi awal bulan Disember tahun lalu dan perkiraannya Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) diharap akan menterbalikkan keadaan itu.
Namun apakah Pakatan Rakyat boleh 'bernafas lega' buat masa ini?
Saya anggap ia bukanlah penamat kepada usaha menarik seberapa banyak sokongan terhadap Pakatan Rakyat malah ia mesti dijadikan pembakar semangat untuk terus merealisasikan data yang terhidang di depan mata kini menjadi realiti buat kali pertama dalam sejarah negara.
Tiada yang mustahil asalkan bekerja kuat dari sekarang sehinggalah semboyan pilihanraya dilaung Najib Altantuya yang kini berdepan situasi sebagai perdana menteri pertama dalam sejarah gagal memperolehi mandatnya sendiri.

Rabu, 9 Januari 2013

KISAH PUNK MENCARI TUHAN


"Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial dan masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahaminya yang berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang dan harta sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami umum di barat. Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya.

Suatu hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan dalam komuniti Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain.

Beliau mula mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya " Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'. Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..". Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?". Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa.

Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.

Pencariannya mencari Tuhan diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya.

Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan sang Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.

Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki keatas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini.

Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam. Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ,para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu.

Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.


Selasa, 8 Januari 2013

AWAS !! SINDIKET PENIPUAN INI


[Satu sindiket penipuan dengan cara 'memeluk Islam' oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073-02-5484, kini sudah terbongkar! Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini. Kronologi sindiket : Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, SelangorKali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, SelangorKali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, SelangorKali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor. Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13. Caranya: Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam. Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini. Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid/surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan..].  sumber

Ahad, 6 Januari 2013

KISAH BENAR: BEKAS PEMBUAT TATOO YAKUZA JADI IMAM


Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.-DI