Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 4 April 2012

PAS DEDAHKAN PENDERHAKA YANG JUAL NEGARA

 MINDA KS : Bagaimana agaknya nasib rakyat Malaysia setelah kemasukan "Saudara Baru" yang tidak diundang in ? Bagaimana pula agaknya nasib Orang asli , bumiputera Sabah dan Sarawak yang terpaksa bersaing dengan "Orang Istimewa" ini?  Apa cerita di Sabah ini ? Siapa yang memegang ekonomi sekarang ? Siapa yang jadi penentu politik di Sabah sekarang ? Jawapannya...

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan  sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

--mk

Selasa, 3 April 2012

JAWAPAN BERTULIS RAJA LAWAK DI PARLIMEN MALAYSIA




Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...

Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????

Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 ????

tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan
17 dalam tahanan polis
18 tahanan depot imigresen
17+18=21 ????

Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!

Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak
ada pelajaran??? - Apek






Isnin, 2 April 2012

NAJIB TAKUT KALAH LAGI DI PERAK

Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Ahad, 1hb April 2012:

Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini. Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya 'dibeli' oleh Najib.
Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap, Najib, Zambry dan ADUN-ADUN ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.
Najib menyangka 'rakyat Perak mudah lupa'. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak. Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya. Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk.
Rakyat Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka kembali berkuasa melalui 'pintu belakang'. Rakyat Perak bersedia untuk 'ajar' Barisan Nasional dalam PRU13. Mereka sedang menunggu hari mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat. Najib dan kuncu-kuncunya sedar bahawa mereka telah hilang kepercayaan rakyat Perak. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak. Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.
Oleh kerana Najib takut akan kalah besar, beliau terpaksa 'turun padang' banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program, mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil hati rakyat Perak. Najib terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Dalam 'road show' Najib , Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam PRU13.
Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin ke seluruh negara baru-baru ini. Jumlah ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu telah ditaburkan di negeri Perak. Jelas bahwa Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Beliau tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Dulu Najib beli 'katak' di Perak, sekarang dengan konsep unggulnya 'I help you, You help me' beliau sedang bermati-matian untuk membeli rakyat Perak itu sendiri.

* V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

Ahad, 1 April 2012

ORANG INDONESIA JADI KUASA PENENTU PRU KE 13 - SUBKY LATIF

Oleh Subky Latif
SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.
Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.
Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan   tetap lagi.
Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.
Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di  Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.
Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka  tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat  Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.
Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia  dalam menentukan kerajaannya.
Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.
Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.
Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.
Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.
Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.
Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah,  tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.
Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.
Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.
Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta

Sabtu, 31 Mac 2012

NI CARA TANGANI PTPTN...

anwar ceramah at melaka
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

--mk

Rabu, 28 Mac 2012

ALASAN SPR TIDAK BOLEH DITERIMA

Tindakan Malaysia - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih.

Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.

"Selain itu, sistem komputer yang mengendalikan kemasukan (nama pemilih) sepatutnya dapat mengesan kesilapan mudah seumpama itu," kata pengasas Tindakan Malaysia, Wong Piang Yow  dalam satu kenyataan hari ini.

Jika tidak, tambahnya, program itu perlu dibuang dan syarikat perisian yang membekalkannya perlu disaman kerana kecuaian, jika ia boleh dibuktikan.

Wong mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today, yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai berkata kesilapan dalam daftar pemilih adalah disebabkan oleh "kesilapan manusia".

Wan Ahmad telah ditanya oleh portal berita tersebut tentang kes-kes di mana tarikh lahir dan nombor baru MyKad pengundi berdaftar tidak sama.

Beliau menjawab bahawa kakitangan sementara yang diambil untuk membantu SPR telah membuat kesilapan semasa mendaftar pengundi baru tersebut.

Katanya, pegawai SPR akan membuat pendaftaran berdasarkan apa yang telah diisytiharkan.
Menurutnya, mereka mempunyai beribu-ribu borang untuk diisi setiap hari dan oleh kerana SPR tidak membuat pendaftaran dalam talian, maka mungkin berlaku kesilapan manusia.

Wan Ahmad menggesa semua parti yang mempunyai apa-apa isu dengan daftar pemilih supaya menemui SPR secara terus, daripada mengelirukan orang ramai dengan menimbulkan perkara itu dalam akhbar.

Sabtu, 24 Mac 2012

WANITA PEROGOL

SUSAN Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya. Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.
Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
“Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita,” kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.
Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar ‘pemburu sperma’, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
“Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini,” kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
“Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam.”
Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
“Isu ini sukar untuk difahami,” kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
“Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam,” tambahnya.
Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.
Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.
Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
“Perkara ini telah lama berlaku,” katanya.
Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
“Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya,” kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.
Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. – AFP