Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 8 Jun 2012

AMARAH RAKYAT TAK AKAN REDA WALAUPUN PEMBEKUAN PTPTN DITARIK BALIK


Ihsan : Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam 'permainan' politik kerajaan Umno-BN.

Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata kerajaan Umno-BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Saya menganggap percaturan politik Umno-BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa ADUN Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.

Perkiraan kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno-BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.

Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.

Khamis, 7 Jun 2012

GAMBAR CUBAAN MEMBELI WAKIL RAKYAT PAKATAN DIDEDAH

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.

Rabu, 6 Jun 2012

DAKWAAN PENJUALAN MAKLUMAT SULIT NEGARA TLDM ENGGAN ULAS

 Ihsan : Malaysiakini
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen sulit yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene, telah dijual kepada sebuah syarikat asing.
 Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.Ismail juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sebab pihaknya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut.

Pada 31 Mei lalu, NGO hak asasi manusia, Suaram mendakwa dokumen sulit telah dibeli DCNS - firma pembuat kapal yang berpangkalan di Paris - yang kemudiannya menjual kapal selam tersebut kepada Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 05Siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap DCNS yang difailkan di
Perancis DCNS telah mendedahkan dakwaan bahawa pembayaran telah dibuat kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, Terasasi.

Pengarahnya, Abdul Razak Baginda (kanan), merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang semakin didesak supaya menjelaskan penglibatan beliau dalam skandal tersebut.

Wang tersebut didakwa adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga antara syarikat-syarikat berkenaan, yang menyaksikan Terasasi didakwa menerima kira-kira 36 juta euro (RM142 juta) dari DCNS.

Sabtu, 2 Jun 2012

HARGA KESETIAAN AZMIN PADA ANWAR

Ihsan : malaysikini

WAWANCARA Timbalan presiden PKR Azmin berkata beliau tidak akan berganjak dari sokongannya kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau keluarganya sendiri "hancur" dan diaibkan.

Katanya beliau terpaksa berdepan perkara itu kerana tidak menyokong Umno dan konsisten dengan Pakatan Rakyat.

"Kalau ini harga yang perlu saya bayar untuk bawa perubahan, saya sanggup membayar, biar saya dihina diaib tapi rakyat dan negara mesti diselamatkan," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga sanggup mengharungi perkara itu demi mempertahankan Anwar, sedangkan beliau juga boleh menyokong Mahathir pada 2 September 1998 - ketika Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Saya kena pilih antara Dr Mahathir atau Anwar. Bukan pilihan mudah. Dua tokoh utama negara yang perlu saya pilihan maka saya pilih pertahan kebenaran.

"Walaupun saya lalui kesengsaraan, masuk lokap keluar lokap, saya didakwa, dihina, keluarga saya hancur kerana pilihan yang saya buat.

"Tapi bagi saya itu pilihan yang perlu saya buat untuk pertahan kebenaran," katanya.

'Isu keluarga jangan dipolitikkan'

Azmin berkata, beliau langsung tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan yang antara lainnya mempertikaikan hubungan darah beliau dengan anaknya.

"Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada isteri dan anak saya. Selepas 14 tahun masih ulang fitnah sama, sehingga hari ini.

"Apa yang anda mahu saya lakukan? Saya sudah buat bahagian saya. Saya sudah dapatkan keputusan dua ujian DNA.

"Adakah mereka berminat dengan kebenaran? Tidak. Mereka hanya berminat untuk mengulangi fitnah dan penipuan untuk memburukkan imej pemimpin Pakatan," katanya lagi.

Perkara itu juga yang mendorong anak perempuannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, setelah melalui dakwaan berkenaan sejak 14 tahun lalu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Umi Hafilda, adiknya yang kini giat mengadakan ceramah anti-Anwar, Azmin berkata beliau tidak mahu terlibat dalam kancah pertikaian dengan Ummi di media.

"Kalau dia pilih (ulas di media) tak apa lah, saya tak mahu terlibat. Saya yakin institusi keluarga ini wajar disejahterakan, diharmonikan, bukan diaibkan dalam media. Saya cukup tak bersetuju hal ini.

"Apa sahaja masalah keluarga, jangan dipolitikkan dan diaibkan dalam media," katanya.

Rabu, 30 Mei 2012

KESIAN DENGAN MANTAN IGP NI. TOLONGLAH PERCAYA

 Ihsan : Malaysiakini

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan mereka yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap sewaktu beliau masih berkhidmat cuba merosakkan nama baiknya.

Musa percaya ia dibuat kerana beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes Liwat 1 melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

musa hassan mahmood adam ismail omar 080910 igp"Mereka ingin merosakkan reputasi saya. Ini juga ada kaitan dengan
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila reputasi saya rosak Anwar boleh kata saya menganiaya dia," katanya.

Musa bagaimanapun tidak mengesahkan yang pegawai-pegawai kanan polis yang dimaksudkannya itu mempunyai kaitan secara langsung dengan Ketua Pembangkang itu.

Dua pegawai tertinggi polis, Datuk Ramli Yusuff dan Mat Zain Ibrahim sebelum ini dilaporkan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tribunal itu bertujuan menyiasat kebenaran dakwaan bahawa Musa bertanggungjawab membebaskan seorang ketua kongsi gelap Johor, dikenali sebagai Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

Dalam temubual dengan Malaysiakini, Musa mengaku mengetahui tuduhan terhadap Tengku Goh namun beliau tidak mengenalinya secara individu.

"Saya tak kenal Tengku Goh pun. Masa di Johor saya tahu dia terlibat dengan ekor haram.

"Masa itu saya dimaklumkan Tengku Goh ditangkap Commercial Crime (jenayah perdagangan) kerana terlibat dengan judi.

"Saya putuskan semasa mesyuarat Commercial Crime (jenayah perdagangan) hanya ambil tindakan terhadap along (sindiket wang haram), bukan judi. Judi (di bawah kendalian) D7. Kenapa dia (Ramli)
pula yang pergi menyiasat?" katanya.

Ramli yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebelum ini mendakwa ditugaskan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharom untuk membanteras sindiket pinjaman wang haram di Johor.

Dalam siasatannya, Ramli mendakwa menemui perkaitan di antara Tengku Goh dan Musa.

Ramli mendakwa, bagi melindungi dirinya, Musa kemudian berpakat dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menganiaya pasukannya yang menyiasat Tengku Goh.

Jabatan Peguam Negara dilaporkan mendakwa enam orang pegawai penyiasat pasukan Ramli atas tuduhan memalsukan bukti, namun semua tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Sewaktu ditanya tentang tuduhan yang beliau menghapuskan rangkaian kongsi gelap lain di Johor bagi membolehkan ia ditadbir Tengku Goh sahaja, Musa menjawab tindakan itu, jika benar, adalah 'tindakan yang bodoh'.

"Kenapa saya hendak buang network (rangkaian)  ini dan ambil orang baru jadi ketua dan buat network lain.

"Bukan senang nak ada network (rangkaian). Kalau saya nakkan duit, baik saya ikut network (rangkaian) lama. Jadi saya rasa tak logik," katanya.

NONEDalam wawancara sama, Musa turut mendedahkan yang tindakan
terhadap Ramli (kiri) adalah kerana satu laporan yang dibuat Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa Ramli memiliki tanah seluas 200 ekar di Sabah.

"Saya dikatakan menganiayai seseorang. Padahal yang buat report (adalah) Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa dia (Ramli) ada tanah 200 ekar di Sabah. Sebab itu SPRM siasat. Ia kemudian membawa kepada siasatan akaun beliau," katanya.

Ramli sebelum ini dituduh tidak mengisytiharkan hartanya sebanyak RM27 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga dakwaan menggunakan pesawat Cessna milik polis untuk meninjau tanah miliknya di Sabah, sewaktu bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Ramli kemudian dibebaskan Mahkamah Sesyen sehingga ke Mahkamah Rayuan yang memutuskan beliau tidak perlu dipanggil membela diri.

Tidak kenal BK Tan

Dalam wawancara yang sama, Musa turut ditanya tentang dakwaan bahawa beliau meminta nasihat seorang lagi individu dalam kongsi gelap, dikenali sebagai BK Tan dalam memutuskan kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan polis.

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Menjawab soalan itu, Musa berkata beliau mengenali ramai BK Tan dan kenaikan pangkat pegawai kanan polis turut disaring Perdana Menteri serta jawatankuasa tatatertib polis.

"Semua nama untuk kenaikan pangkat saya serahkan kepada Perdana Menteri. Bukan saya seorang naikkan pangkat orang," katanya.

Menjawab dakwaan bekas pembantunya (aide de camp), Noor Azizul Rahim yang membuat pengakuan bersumpah dan mengaku melihat sendiri perkara itu berlaku, Musa mengatakan yang beliau bebas meminta nasihat sesiapa sahaja dalam perkara itu.

"Saya naikkan pangkat orang yang perform dan tidak terlibat dengan rasuah," katanya.

Di sebalik semua dakwaan itu, Musa berkata beliau tidak pernah menyesal memimpin pasukan polis selama empat tahun kerana beliau tetap mendapat sokongan sebahagian daripada mereka yang berada dalam pasukan itu.

Namun, beliau simpati dengan mereka yang menyokongnya dahulu tetapi kini 'dipinggirkan' dalam pasukan polis.

"Tidak mengapa. Saya terima kerana saya tahu saya buat yang terbaik untuk pasukan.

"Memang ada yang bersama (saya) tetapi apabila (saya) pencen, nama mereka susah nak 'naik' (dipertimbang untuk kenaikan pangkat)," katanya.

Selasa, 29 Mei 2012

SIAPA PENGANUT AJARAN SESAT ??

IHSAN : HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku bagi menjawab tuduhan Umno bahawa PAS parti ajaran sesat.

Buku bertajuk 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' itu memuatkan ucapan penuh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984.

Beliau ketika itu ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang merangkap Ketua Pembangkang di Dun Terengganu.

Dalam ucapan itu beliau antara lain menyentuh perbezaan ketara PAS dan Umno seperti dinyatakan dalam perlembagaan parti masing-masing.

"Fasal 7, Perlembagaan PAS menyatakan bahawa kuasa tertinggi di dalam PAS ialah al Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.

"Fasal 3 Perlembagaan Umno menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang progresif, berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan," katanya.

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengemukakan bukti satu kenyataan yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27 Julai 1984.

Kenyataan itu antara lain berbunyi; "Bahawa negara Malaysia memakai-undang-undang sekular iaitu sistem undang-undang Barat yang tidak berasaskan agama bahkan berasaskan kepada kepintaran akal manusia sahaja".

Buku setebal 42 muka surat itu turut merekodkan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Islam.

Ianya termasuk kenyataan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perlaksanaan hudud.

"Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama menyatakan dalam ucapan menyambut salah satu hari jadinya, Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan ini hendaklah mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular," katanya.

Buku ini antara lain bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dalam siri ceramanya di negeri itu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ianya akan dilancarkan pada 1 Jun ini sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Isnin, 28 Mei 2012

PEMUDA PAS: KERAJAAN ANJUR ' MAKSIAT '

 Ihsan : Malaysiakini

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

NONEKetua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

NONESambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah.