Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 13 Oktober 2012

APABILA KAPAL PERANG AMERIKA BERLABUH...

 
 
Sumber : malaysiakini
Rejim BN cuba mengalihkan isu polisi, kepayahan hidup rakyat, rasuah dan penyelewengan dengan isu tuduhan agen asing dan alat Amerika Syarikat (AS).

Secara senyap rejim BN membenarkan tiga kapal perang bertenaga nuklear milik AS berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor dan Pelabuhan Teluk Sepanggar, Sabah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan bantahan terhadap kebenaran kepada kapal perang ini, antaranya ialah kapal induk utama armada perang Amerika Syarikat USS George Washington.

SAMM mengecam sikap hiprokrasi regim BN dalam perkara ini.

Kebenaran berlabuh secara sulit ini akhirnya terbongkar juga. Apabila terbongkar ahli parlimen Pakatan Rakyat Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) membawa usul tergempar dalam parlimen bagi membincangkan perkara ini.

Namun sekali lagi BN yang kononnya bersikap anti-Amerika Syarikat dan menuduh lawan politik agen negara itu menolak usul tersebut melalui speaker yang jelas membuat keputusan berat sebelah.

Mereka sudah tentu gusar jika dibenarkan usul tersebut dibahaskan. Sudah tentu bukan sahaja terbongkar perihal kapal AS berlabuh tetapi banyak lagi data perselingkuhan negara ini bersama kuasa besar dunia itu akan terdedah.

Jika dibenarkan berbahas usul tersebut juga maka akan terbongkar sikap hipokrasi regim BN.

Sudah tentu tidak akan seorang pun yang akan berani mengutuk persinggahan kapal tersebut kerana AS pasti akan menghentikan talian hayat kepada BN.

Lebih penting, terbongkarlah sikap yang hanya berani berkokok di kampung sahaja mengenai anti-ASsedangkan di pentas antarabangsa dan pentas rasmi rejim ini kecut.

SAMM tidak menolak sebarang hubungan antara negara ini dengan AS, namun membenarkan pelabuhan negara untuk aktiviti ketenteraan sesuatu yang melampau.

Dengan membenarkan kapal berkuasa nuklear ini juga jelas rejim telah melanggar dasar negara (rantau ini) zon bebas senjata nuklear.

Setelah diteliti maka disedari sememangnya Malaysia bukan sahaja membenarkan pelabuhan Malaysia untuk AS mengadakan aktiviti ketenteraan.

Malah ada latihan ketenteraan di mana kumpulan tentera AS dibenarkan menggunakan negara ini sebagai latihan, termasuk latihan berskala besar.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia secara sulit menandatangani perjanjian yang membenarkan AS untuk punya akses untuk menggunakan fasiliti pertahanan negara.

Sememangnya negara ini berada bawah telunjuk AS kerana kelemahan BN. Maka tidak hairan kerana hingga kini Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan Hamas di Palestin serta berdagang membantu ekonomi Israel.

SAMM sekali lagi meminta rakyat membuka mata sikap hipokrasi rejim BN, yang berkokok menuduh orang itu dan ini rakan AS.

Ssedangkan mereka lupa ekor bergelumang tahi kerana merekalah sebenarnya lemah sehingga membenarkan AS menjalankan aktiviti ketenteraan dalam negara.

Khamis, 11 Oktober 2012

ISU JUMPA SOROS NAJIB DIMINTA BERI PENJELASAN

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing George Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail).
“Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.”
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Ahad, 23 September 2012

6 TEMPAT SENSITIF UNTUK DICIUM BAGI WANITA

SELAIN sentuhan, wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium.

Berikut ini enam bahagian tubuh tersebut:
1. Telinga

Telinga kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido wanita. Cubalah mencium perlahan telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang akan diperolehi.

2. Belakang Leher

Salah satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak disangka, seperti ketika dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.

3. Wajah

Semasa mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.

4. Tulang Selangka

Semasa pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.

5. Punggung

Anda tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda ingin datangi.

6. Payudara

Mencium payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu. (MyTabloid)

Rabu, 19 September 2012

PEMBERIAN TUNAI OLEH NAJIB MENGHAMPIRI KEPADA MEMBELI UNDI - MAHATHIR


KUALA LUMPUR, 19 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui hari ini bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.

Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.
“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.
“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ahad, 16 September 2012

18 TAHUN BN PERINTAH SABAH DAPAT JAMBATAN AJAIB - LAZIM


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.

"Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama.

"Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi.

Selasa, 4 September 2012

LEMBU LEBIH BIJAK DARI WANITA-WANITA INI- BERGAMBAR


Anda pasti berfikir apa kaitan dengan gadis-gadis bikini ini dengan lembu susu. Kaitannya adalah gadis-gadis ini diupah oleh pihak kuasa untuk mempromosikan susu lembu mereka. Pasti anda semua tahu apabila sesuatu produk terlibat dengan perempuan seksi begini dalam publisiti, sudah pasti hasil jualan dia akan meningkat.


Sabtu, 1 September 2012

AKSI CEMERLANG BAKAL PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN


Apa nak jadi kepada anak-anak muda kita kini, lagi malang ia berlaku kepada budak-budak sekolah dan lagi walang kerana aksi ghairah dalam keadaan masih berpakaian sekolah. Nasib baik lencana sekolah tak kelihatan.
Yang lelakinya kencing masih belum ‘berbuih’ tetapi ‘hebat’ menjahanam perempuan juga atas kerelaan perempuan sendiri. Dua-dua punah-ranah. Kononnya dialah ‘heroku’ kini.
Gambar berikut tersebar luas di internet. Usia dalam lingkungan 13, 14 tahun tetapi nafsu mengalahkan orang nak berbini kerana mereka sendiri mengasuh nafsu menjadi begitu.
Kepada adik-adik kita di atas, anda berdua masih belum dimalukan kerana muka comel anda belum kelihatan. Ingatlah, anda diperhatikan!! -SiniKini.com


Read more: http://www.sinikini.com/rosak-aksi-raba-budak-sekolah/#ixzz25GbKefVw