Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 21 Disember 2012

APA UNTUNGNYA MELAYA JIKA UMNO TEWAS BUKAN APA RUGINYA MELAYU JIKA UMNO TEWAS

Sumber : Malaysian Insider

21 DIS — Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan Umno tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. Umno pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan Umno yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada Umno? Umno hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa Umno, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada Umno.
Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh Umno hanya perlu bertanya — adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah Umno? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika Umno tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh Umno dan ditakutkan oleh Umno supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini — kita tetap Melayu — yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini — berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih — yang penting kita hendak lawan Umno. Umno yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata — Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam Umno? Half past six punya orang.
Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam Umno. Orang Umno tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.
Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika Umno kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh Umno. Dalam pada jaga itulah pemimpin Umno ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting — boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan Umno. Umno tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak Umno.
Kalau Umno utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau Umno utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau Umno sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan  dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. Umno biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut Umno, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? Umno!
Orang Umno selalu bertanya — bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau Umno kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika Umno kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat? Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau Umno kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau Umno kalah. Umno bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau Umno tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh Umno dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah Umno — pemimpin Umno sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1,500 kebawah. Itu 47 peratus dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70 peratus adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh Umno? — sakmongkol.blogspot.com
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Kembar Seiras blogspot.

Selasa, 11 Disember 2012

CADANGAN TAJUK BUKU ROSMAH MELETUP DI TWITTER

Sumber : HarakahDaily

KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik  paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:




Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).

Isnin, 10 Disember 2012

AHLI PARLIMEN JERANTUT KELUAR UMNO

Sumber : MIMPI SENJA.Blogspot.com





Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umnoyang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang

Jumaat, 7 Disember 2012

MENTERI SUKAN INDONESIA LETAK JAWATAN KERANA RASUAH..MENTERI KITA ADA BERANIKAH ??


Sumber : Berita Harian


Mallarangeng adalah menteri pertama meletakkan jawatan kerana dakwaan skandal rasuah di negara itu sejak Indonesia menubuhkan Suruhanjaya Antirasuah (KPK) pada 2003.
Kes itu memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang menang dengan majoriti besar pada penggal 2009 berikutan perjuangannya menentang rasuah. Beliau akan menghadapi pilihan raya pada 2014 nanti.

KPK lewat semalam mengumumkan bahawa Mallarangeng adalah salah seorang suspek yang ada kaitan dengan projek pembinaan pusat sukan bernilai 2.5 trilion rupiah (AS$261 million).

“Berikutan pengumuman KPK, saya menemui Presiden dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sukan berkuat kuasa hari ini," kata
Mallarangeng kepada pemberita.

Beliau berkata, Yudhoyono menerima peletakan jawatannya itu. Mallarangeng juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Parti Demokratik, iaitu jawatan ketika tertinggi. - AFP
 

Khamis, 22 November 2012

PAS HENTIKANLAH DAKWAH DAP TENTANG HUDUD

Sumber : Siasah Daily
 
Dalam satu tindakan yang dilihat sebagai usaha menunjukkan satu bentuk kejayaan dalam kerjasama dengan sekutu Pakatan Rakyat, PAS telah beberapa kali mendakwa DAP telah mula lunak terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Terkini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ketika muktamar parti di Kota Bharu, Kelantan membuat dakwaan yang hampir sama, dan segera disusuli penafian oleh Karpal Singh, veteran DAP yang berpengaruh.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan dalam sebuah forum mengatakan bahawa Karpal telah mula menerima hudud, walaupun hebat menentangnya sebelum itu.

Dakwaan Nasrudin itu merujuk kepada kenyataan Karpal di sebuah Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada Disember, 2010, yang sering dibaca PAS sebagai bukti bahawa Karpal yang pernah membuat kenyataan ofensif berhubung hudud itu telah mula lunak terhadap hukum tersebut.

Hakikatnya, Karpal dalam ucapan di konvensyen itu tidak menyatakan dengan jelas penerimaan DAP terhadap hudud, tetapi sekadar menyampaikan mesej sedia berkompromi demi kerjasama dalam hal dipersetujui bersama, yang disampaikan dengan tidak menyebut sebarang komitmen secara jelas.

Pakatan bersama PAS, DAP dan PKR telah bersetuju meletakkan dokumen dikenali Buku JIngga sebagai dasar bersama, yang tidak meliputi hukum hudud.

Secara bersama, PR tidak dapat dilihat menerima sebarang dasar Islam lebih daripada apa yang sedia terlaksana, kerana perlaksanaan Islam seperti yang diperjuangkan PAS tidak diterima sebagai agenda bersama, disebabkan sifat Buku Jingga yang sekular.

Kerjasama parti-parti PR juga dihadkan oleh ideologi berbeza setiap parti, dan ideologi DAP sama sekali tidak akan menerima hudud, kecuali sekiranya terjadi keperluan realpolitik untuk mengubah pendirian secara drastik.

DAP memperjuangkan Malaysia yang sekular, dan tidak keterlaluan apabila mengatakan parti ini memegang ideal negara yang lebih sekular daripada yang ada pada hari ini.

Ini disebabkan oleh ideologi parti dan juga konstituensinya yang paling utama ialah masyarakat bukan Melayu.

Sejarah telah menunjukkan DAP memberi respons segera kepada suara konstituensinya, terkini semasa memutuskan hubungan dalam kerjasama dengan Semangat 46 yang mempunyai hubungan dengan PAS dan selepas itu selepas pertikaian semasa dalam Barisan Alternatif.

Isu utama yang mendorong tindakan DAP meninggalkan pakatan-pakatan tersebut ialah hukum hudud yang dibawa PAS.

PAS, selain tersilap baca kenyataan Karpal itu, juga didorong oleh persaingannya dengan Umno.
PAS mengaitkan sebarang tindakan sekutu Umno, seperti MCA dan Gerakan yang salah faham atau bersangka buruk terhadap Islam dengan kegagalan Umno "mendidik" parti terbabit.

Hampir setiap kali pemimpin MCA membuat kenyataan yang mengkritik atau menghina Islam, hujah yang biasa diberikan ialah kegagalan Umno yang telah bersekutu dengan parti tersebut lebih 50 tahun untuk memberi penerangan tentang Islam.

PAS mahu menunjukkan yang ia berjaya memberi penerangan atau mempengaruhi sekutu dalam PR, lalu memberi gambaran bahawa Islam, termasuk hukum hudud, semakin diterima oleh sekutunya.

Hal ini ditegaskan untuk menunjukkan yang PAS lebih berjaya dalam memperjuangkan Islam berbanding Umno, dan kerjasama PAS dengan sekutu politik mempunyai dasar yang lebih murni berbanding kerjasama Umno dan sekutu Barisan Nasional.

Tindakan PAS memberi gambaran DAP menerima hudud sebenarnya meningkatkan dan menyebarkan salah faham dalam kalangan ahli, dan seperti dilihat selama ini, hanya sekadar mampu mencetuskan pertikaian yang mudah dieksploit oleh seteru politik.

PAS sewajarnya lebih memahami dan menginsafi realiti politik pakatan yang disertainya bersama parti-parti berbeza ideologi, dan tidak memberi gambaran salah yang tidak membantu perjuangannya dan memperbaiki hubungan dengan parti-parti sekutu.

Ahad, 4 November 2012

JIKA HADI BERANI TENTANG NAJIB,SALAHUDDIN SEDIA TENTANG MB JOHOR


Sumber : Malaysia Today
(Sinar Harian) - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Serom pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang kini disandang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Menurutnya, beliau kini bersedia untuk menentang pemimpin nombor satu di negeri ini sekiranya pucuk pimpinan parti mengarahkannya untuk bertanding di Dun berkenaan.

“Siapa pun di dalam parti tidak kira memegang jawatan Presiden atau sebagainya perlu ikut arahan diberikan.

“Sebab itu bila parti mengarahkan saya untuk pulang ke Johor dan bertanding di sini, saya patuh dan meninggalkan Kelantan.

“Jika parti arah saya untuk lawan Menteri Besar di Dun Serom, saya akan patuh,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan dan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13, yang kini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesediaannya untuk bertanding di Dun Serom itu selari dengan nada yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi).

“Saya akan patuh seperti mana Presiden Pas sendiri. Ia akan berlaku sekiranya parti memutuskan ia kelak,” katanya.

Ditanya persiapan jentera parti sekiranya beliau bertanding di Dun Serom, beliau berkata, semua jentera Pas di negeri ini sudah bersedia untuk memastikan kemenangan Pas dan calon-calon pakatan pembangkang di setiap kerusi yang ditandingi.

“Jentera tidak mempunyai masalah. Jika pemimpin (calon) sendiri sudah bersedia untuk berkorban, jentera Pas juga akan berjuang seperti mana dilakukan sebelum ini.

“Mereka (jentera) sentiasa taat dan patuh kepada parti serta kepimpinan,” katanya.
Selain itu, Salahuddin berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini sudah 95 peratus selesai sekali gus tidak timbul dakwaan berlakunya masalah berhubung perkara berkenaan.

Khamis, 1 November 2012

TOLAK ROYALTI 20% PAS SABAH BIDAS SHAFIE APDAL

 Sumber : Harakah Daily

KUALA LUMPUR: Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.

Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.

"Justeru, untuk mengagihkannya (hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.

Katanya, Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.

"Kenapa hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu?  Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.

Sambil menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak sedar apa yang mereka ucapkan.

Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.