Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 5 Mac 2013

KEADAAN BELUM STABIL,ADA SAKI BAKI PENCEROBOH BERSEMBUNYI DI KG.TANDUO

LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugatketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

SERANGAN UDARA DILANCARKAN SELEPAS ITU PERTEMPURAN PENUH BERMULA (GAMBAR JET DISERTAKAN )

 F 18

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
 Hawk

LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.




Salah satu pesawat yang dilihat di Kg Tandou, Lahad Datu, Sabah. Pic: NSTSalah satu pesawat yang dilihat di Kg Tandou, Lahad Datu, Sabah. Pic: NSTKUALA LUMPUR: Sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal jam 7 pagi tadi, pihak tentera melancarkan serangan ke kawasan penceroboh dalam Kampung Tanduo, Felda Sahabat, di Lahad Datu.
Menurut laporan The Star Online, pertempuran bermula antara penceroboh bersenjatan dan pasukan keselamatan sejak awal pagi tadi.
Bunyi tembakan dan jet pejuang dilihat berkeliaran sekitar kawasan Felda Sahabat. Empat letupan juga kedengaran di Kampug Tanduo, lapor akhbar harian tersebut.

Kumpulan 200 orang bersenjatan tersebut yang mendakwa diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mendapat pada 9 Februari untuk menunaikan hajat tuntutan sultan mereka keatas negeri Borneo tersebut.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam berkata tujuh lagi batalion askar telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu lalu, dengan lima di Lahad Datu dan setiap satu lagi di Sandakan dan Tawau.

Zulkifli berkata walaupun pengganas Filipina tersebut hanya kelihataan di Kampung Tanduo, Lahad Datu serta juga di Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama sekitar Kunak, pasukan keselamatan dihantar ke Sandakan dan Tawau untuk menjaga keselamatan penduduk dikawasan tersebut.

“Kita bekerjasama dengan polis dan pasukan keselamatan mereka untuk menjaga negara kita,” kata beliau.

Trak tentera yang berderet membawa anggota tentera kelihatan menuju ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat, yang dikatakan dua kali saiz negara Singapura dengan 57 perladangan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab pula memberitahu New Straits Times peningkatan anggota daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin, tentera lalu dan tentera udara yang mengawal dan menjalankan pemantauan sejak dua hari lalu.


Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

KG TANDUO: Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.
Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.
Tiada letupan didengari lagi.
Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.
Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.
Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.
Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.
Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.
Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

Isnin, 4 Mac 2013

DUA KAMPUNG DI LAHAD DATU ADALAH "KAWASAN MERAH" 30 PENDUDUK JADI TAWANAN PENCEROBOH

LAHAD DATU: Tanjung Labian dan Tanjung Batu di Felda Sahabat, di sini kini diisytiharkan sebagai zon merah oleh pihak berkuasa keselamatan selepas lelaki bersenjata dilihat berada berdekatan perkampungan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkembangan terbaru itu dan menambah kedudukan kedua-dua perkampungan itu adalah berhampiran di antara satu sama lain. Kampung itu juga terletak antara 5 kilometer (km) dan 6 km dari Kampung Tanduo di mana kumpulan penceroboh bersenjata sedang dikepung. - NST





TERKINI LAHAD DATU : 30 penduduk Tanjung Batu di tawan pemberontak

Oleh : MUTALIB M.D

TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.

"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.
Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,
Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKINI

SENARAI ANGGOTA POLIS YANG GUGUR DI SEMPORNA

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TEMPAT BERSAMA PARA SHUHADA. ANDA GUGUR SEBAGAI BUNGA BANGSA YANG AKAN TERUS MEKAR SELAMANYA. KEPADA PARA PENGUNJUNG BLOG INI MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT YANG BERAGAMA ISLAM. KEPADA SEMUA WIRA YANG GUGUR...KAMI TERHUTANG NYAWA KEPADA ANDA.



Pegawai dan anggota Polis yang terkorban di Semporna Mereka adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
 2. Asisten Superitendan Michael Padel 3.36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

3. Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

4. Sarjan Aziz Sarikun, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

5. Koperal Salam Tongiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.

SENARAI NAMA ANGGOTA DAN PEGAWAI POLIS YANG GUGUR DI SEMPORNA

LAHAD DATU: Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu.

Mereka adalah:
1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar 2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel 3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit


4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun
5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran
6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran.

Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Jenazah pegawai dan anggota polis yang gugur akan di terbangkan ke kampung masing-masing .

TAWAU: Jenazah enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam Sabtu lalu akan dibawa pulang ke kampung masing-masing hari ini.

Mayat mendiang Asisten Superitendan Micheal Sk Padel, Ketua cawangan khas daerah Semporna dan Sarjan Baharin Hamit dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah akan diterbangkan ke Kuching pada jam 1 petang ini.
Jenazah Sarjan Abd Aziz Sarikon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau akan dikebumikan di daerah Semporna dan Koperal Salam Tongiran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau akan dikebumikan di daerah Tawau hari ini.

6 ORANG POLIS GUGUR DI SEMPORNA


Anggota polis mengawal ketat perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis yang terbunuh. Kumpulan bersenjata Sulu itu melakukan serangan hendap di Kg Simunul Semporna pada pukul 7 petang Sabtu, dalam insiden itu enam anggota polis terkorban ketika berbalas tembakan untuk mempertahankan diri. AZHAR MAHFOF/The Star
 
LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.
Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.
Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.
"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.
Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA

Ahad, 3 Mac 2013

PENDUDUK SEMPORNA PUKUL PENCEROBOH HINGGA MATI


..
Sumber : malaysian digest

SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun
daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak
polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.
- Bernama