Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 30 Jun 2011

KEADILAN SABAH LANTIK 3 TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI


KEADILAN Sabah melantik tiga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) iaitu Datuk James Ghani, Christina Liew dan Datu Mustapha Tambuyong.
Manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Roland Chia Ming Shin dilantik sebagai Setiausaha Negeri.
Pelantikan itu diumumkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Interim parti di negeri itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Penampang 26 Jun lalu.
James Ghani dan Christina Liew, kedua-duanya merupakan peguam, selain masing-masing menjawat Ketua Cabang Papar dan Ketua Cabang Kota kinabalu.
Manakala Mustapha merupakan graduan dari Amerika Syarikat merangkap Ketua Cabang Kinabatangan serta Roland Chia adalah doktor di negeri itu.
Sementara itu, James yang dihubungi Suara Keadilan memberitahu, pelantikan itu berkuatkuasa serta merta dari tarikh pelantikan.
“Datuk Seri Presiden juga mengingatkan kami bahawa pelantikan ini harus disusuli dengan kerja keras dengan memperkuatkan parti diperingkat negeri dan cabang masing-masing.
“Saya menghargai kepercayaan yang diberi parti dan semasa mesyuarat itu juga, Datuk Seri Presiden akan terus memimpin parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang dengan setiap pimpinan yang hadir menyokong penuh keputusan itu,” katanya.
Menurut James, berkemungkinan selepas ini, KEADILAN Sabah akan membentuk bironya tersendiri.
“Pembentukan biro belum diputuskan, mungkin pada mesyuarat akan datang,” katanya yang pernah dilantik sebagai Timbalan MPN semasa parti itu mula mengembangkan pengaruhnya di Sabah pada 1998.

Jumaat, 24 Jun 2011

HERET UTUSAN KE MAHKAMAH

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam.
DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.
"Kami harap tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera kerana tindakan Utusan Malaysia jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam serta mempermain-mainkan hukum yang telah tersabit dalam Islam," kata beliau.
Memorandum tersebut diterima penolong pegawai tadbir bahagian khidmat pengurusan Jawi, Nasaruddin Mohd Zainal.
Karikatur yang dihasilkan pelukis yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.
Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.
Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.
Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.
Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.
Siti Zailah turut mendakwa tindakan Utusan Malaysia itu meletakkan akhbar milik Umno itu setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu DMPP mahu editor Utusan Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam al Quran dan sunnah serta hukum jenayah Islam.
"Tindakan ini berlandaskan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.
Tanggungjawab Jawi
Sementara itu, Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud menegaskan, mereka menunggu tindakan segera daripada pihak Jawi berhubung aduan dan memorandum yang diserahkan.
"Jawi bertanggungjawab menyiasat sebab kita dah buat aduan.
"Saya sebagai pengadu utama menunggu pihak Jawi memanggil saya untuk diambil keterangan.
"Kalau tak panggil saya untuk beri keterangan, saya mesti tahu kenapa (tak panggil)," katanya.
Tambahnya, tindakan Utusan Malaysia jelas mengelirukan fikiran rakyat khususnya orang Islam.
"Utusan Malaysia kata mereka pemangkin fikiran rakyat. Tapi kalau siarkan karikatur hina Islam ini,fikiran bagaimana yang mereka nak sebarkan?"katanya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Dalam pada itu, DMPP kata Zailah menyokong penuh kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.
"Dewan Muslimat menyeru setiap ahli DMPP memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total," katanya.
 

"UDAHLAH TU...BERSARALAH"


Parti Sosilis Malaysia (PSM) akan melancarkan kempen ‘Udahlah tu…Bersaralah’ mulai 24 hingga 26 Jun secara serentak ke seluruh negara. Dua lokasi pertama kempen ialah di Perlis dan Johor iaitu negeri di utara dan selatan semenanjung.
Perjalanan dari negeri-negeri di utara akan menjelajahi kawasan luar bandar menuju ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan berakhir di Sungai Siput.
Manakala kempen jelajah dari negeri selatan semenanjung bermula di Johor melalui pekan-pekan di Melaka, Negeri Sembilan dan berakhir di Kota Damansara, Selangor.
Menurut Setiausaha Agung PSM S Arutchelvam, kempen kesedaran nasional ini menuntut rakyat untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kempen ini akan mendedahkan amalan rasuah yang semakin parah, jurang kaya dan miskin semakin melebar dan mendedahkan taktik pemerintah menggunakan ketegangan kaum.
“Demokrasi di Malaysia semakin tenat. Jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum ke-13, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan di laksanakan.
“Aset awam akan hancur, dalam masa sama hakmilik persendirian akan terus dipertahankan. Polisi perkauman bermaharalela dan kaum marhaen dan rakyat akan merana,” kata Arul dalam kenyataannya berhubung program berkenaan.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, kempen ini melibatkan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat, kumpulan masyarakat dan jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Konsep kempen secara ‘Whiste-Stop’ dengan menggunakan bas dan peserta yang akan melalui beberapa destinasi selama 3 hari.
Risalah akan diedarkan dan poster dinaikkan sepanjang perjalanan bas tersebut. Ceramah kelompok dan umum akan diadakan pada waktu malam setiap hari sepanjang program dan kenyataan media akan dikeluarkan sebagai pemakluman perkembangan kempen.
“Kalau rakyat marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil untuk rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita.
“Cukuplah 54 tahun kita menderita dibawah pemerintahan satu parti. Sekarang adalah masa untuk perubahan. Kuasa di tangan anda. Jangan gadaikan harapan anak cucu kita di tangan rejim yang korup dan tidak demokratik,” kata Arul.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat perjalanan, kepada mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyertai program adalah digalakkan untuk menghubungi sekretariat program di talian 012-5061357 (bagi perjalanan utara) dan 019-2275982 (bagi perjalanan selatan)
Laman web Parti Sosialis Malaysia boleh dilayari di pautan http://www.parti-sosialis.org/

Selasa, 14 Jun 2011

DR.HASSAN KEKAL SEBAGAI EXCO SELANGOR

June 14, 2011

Datuk DrHasan Ali masih kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor buat masa ini walaupun telah digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri itu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dipetik Bernama Online, Khalid (gambar) berkata, pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia perlu dihormati.
“Saya menerima apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan dari PAS tetapi pada masa ini ia bukanlah masa yang sesuai untuk sebarang pembaharuan (pertukaran jawatan Exco),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembentangan Kertas Kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 di sini hari ini.
Hasan kini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Ahad lalu, Hasan digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai melengkapkan proses pemilihan parti seperti yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas seminggu berakhirnya Muktamar Tahunan PAS pada 5 Jun.
Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
Terdahulu, mengulas mengenai pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompk) 1960 atau GSA 1960, Khalid berkata ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan khas bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu.
Beliau berkata pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan itu telah beroperasi lebih setahun lepas mengkaji dan meneliti semula Akta GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini.
“Saya perlu menunggu pembentangan dan perbincangan ini selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan relevan pada akta ini pada masa kini, kita perlu membetulkannya dan mengetahui prosedur untuk melakukannya,” katanya.
Khalid berkata pembentangan itu perlu menjurus kepada pelan tindakan bukan perbincangan semata-mata termasuk memberitahu kerajaan pusat mengenai perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan hak dan nasib masyarakat Felda terbela.
Terdapat kira-kira 10,000 warga Felda di negeri itu terutamanya di kawasan Hulu Selangor.

--MI

Isnin, 13 Jun 2011

TERIMA KASIH DR.HASSAN,TAHNIAH DR.RANI

KUALA LUMPUR, 13 Jun: PKR Selangor senantiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati.
PKR Selangor sendiri, katanya sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca 2008 dan akan terus berubah demi rakyat.
Sehubungan itu, ujarnya PKR Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Abd Rani Osman kerana telah dilantik memikul amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang telah banyak menabur jasa kepada Pakatan Rakyat terutama semasa menghadapi PRU 12 yang lepas.
“Kecekapan Dr Hasan Ali menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar.
“Kepadanya PKR Selangor kalungkan penghargaan atas khidmat cemerlang dan jasa yang telah ditaburkan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, PKR Selangor percaya perlantikan Dr Abd Rani bakal memberikan satu 'mimpi ngeri berpanjangan' kepada seteru politik bersama iaitu, Umno Selangor.
“Sudah pasti mimpi ngeri ini berulangan hampir setiap malam kepada kepimpinan Umno hingga ke PRU 13 akan datang,” katanya yang juga Adun Sri Muda.
Tambahnya, perlantikan itu juga memberi impak yang sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor.
Katanya, komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen 'JELAS- Tawan Malaysia!' anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini.
Menurutnya, rombakan kepimpinan baru di dalam PAS Pusat mahupun PAS negeri merupakan kehendak akar umbi dan pembaharuan itu merupakan satu 'berita buruk' untuk Umno Selangor yang satu ketika 'gila talak' menghulur tangan 'perpaduan' yang keikhlasan sebenar mereka sudah dimaklumi rakyat.
“Perubahan ini bererti nothah penamat sudah dimeterai,” katanya.
Beliau menambah, PKR Selangor akan sentiasa menjaga amanah, hubungan perpaduan dan sokongan tidak berbelah bagi pada kepimpinan baru PAS Selangor agar hasrat bersama membenamkan Umno Selangor tercapai.
“Pada PKR Selangor, siapa juga yang di pilih, mereka adalah pemimpin yang sangat komited dalam agenda memertabatkan hak rakyat.
“Ia sama sekali tidak akan mengubah 'rasa' dalam Pakatan Rakyat, bahawa UmnoBN adalah seteru politik yang mesti dihapuskan, ditanam dan dikuburkan segera kerana 'bau yang ada sudah tidak tertahan!” katanya.
 
--HD

Sabtu, 11 Jun 2011

MEDIA PKR TIDAK BERBOHONG SEPERTI UMNO



Oleh : MEDIA PKR
HARI ini satu lagi fenomena perubahan apabila penduduk setempat di Tenom, sekali lagi beramai-ramai mengalihkan fahaman politik mereka daripada UMNO kepada PKR. Mereka yang hadir datang menyerahkan borang keanggotaan mereka di Pejabat Ketua Ranting Kg Sinalaung, Ulu Tomani, Kamiang Tumuh.
Paluan ‘Kulingtangan’, suatu penghormatan adat Murut menyambut ketibaan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, bagaikan menyatakan semaraknya semangat mereka untuk berjuang di bawah panji-panji PKR. Aura semangat mereka dapat di rasakan begitu membahang dan berkobar-kobar.
Dalam ucapan penghargaan Ketua Cabang, beliau menyatakan rasa bangga dengan semangat penduduk kampung yang ingin berubah dan bagi pihak Cabang PKR Tenom, Pakatan Rakyat berjanji akan membela nasib rakyat pedalaman yang gagal mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat UMNO/BN selama mereka menjadi Wakil Rakyat.
Menurut Halik, beliau merasa sedih dengan nasib penduduk pedalaman. Dengan kenaikan harga petrol, menandakan berlaku juga kenaikan harga barangan serta meninggikan lagi indeks kos sara hidup rakyat Sabah yang sukar ditangani oleh Kerajaan boneka UMNO/BN itu.
Bagi penduduk kampung di pedalaman, kenaikan kos sara hidup ini merupakan suatu bebanan bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan di tambah lagi berpendapatan yamg amat rendah.
"PKR mempunyai strategi dan manifesto yang baik bagi merakyatkan ekonomi selaras dengan hala tuju PKR yang mengutamakan pembelaan nasib rakyat jelata. Rakyat Sabah terutama di pedalaman mesti berani melakukan perubahan dalam PRU13 nanti,” kata Halik lagi.
Ucapan Ketua Cabang disambut dengan sorakan dan laungan ‘Lawan Tetap Sampai Menang’.
Mengulas mengenai seramai 68 orang ahli UMNO Tenom secara suka rela memohon untuk menyertai PKR Cabang Tenom, Setiausaha Cabang Tenom, Misery Raisimin berkata, pihaknya hanya menerima kemasukan 68 orang ahli UMNO, tidak mahu membohongi diri sendiri seperti Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR, Lampag Kurais, yang telah memperdaya pemimpin UMNO kerana hanya 8 orang sahaja yang menyertai UMNO dikatakan 250 orang.
"Kami jujur dalam menyatakan angka kemasukan ahli UMNO ke dalam PKR. Kami tidak pernah berbohong kepada rakyat. Pemimpin UMNO mungkin tidak mempercayainya, tapi dari gambar yang disiarkan ini," kata Misery.

Jumaat, 10 Jun 2011

GERAKAN PULAU PINANG AKAN HADIR PERHIMPUNAN BERSIH


Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

NONEMenurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat.

"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.