Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 22 Ogos 2013

AL SISI MENINGGAL AKIBAT SAKIT JANTUNG ( BELUM DAPAT DISAHKAN )


Dia dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir.

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.
Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.
Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.
Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.
Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.
Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. (TMI)

Ahad, 5 Mei 2013

SIDANG MEDIA PAKATAN DI ONE WORLD HOTEL

Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemengan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini.

Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut.

Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini.

Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat. Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini.
Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini.

Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu.

Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam  5.30 petang.

Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang.

Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang.

RAKYAT MALAYSIA MULA MEMBUAT PILIHAN

Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah -  manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus -  sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.
LAPORAN LANGSUNG
9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.
9.33am: Pekan, Pahang: Star Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah.

Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.

Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.
9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."
9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariKatanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.
9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.
9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.
NONE
Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.
8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.
8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

NONE"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.
8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.
NONE
Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang. Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.
8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

NONEKira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi. Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

GRAND FINALE PAKATAN RAKYAT


Pakatan Rakyat Grand finale at MPSP,Bukit mertajam.At least 60,000 
people where some came as early as 4pm.


30,000 strong crowd in Seberang Jaya.


Grand Finale of PR in Kuantan !


Crowd of no less than 50,000 people filling up MBPJ Stadium, Kelana Jaya for a grand finale before GE13.



Full house di Segamat. 'Selepas mengundi awal, jangan balik dulu; jadi pemerhati kepada warga asing yang akan turun mengundi. Dan selepas menang, jangan berarak, kerana ada pihak akan ambil kesempatan.' - Dr Chua Jui Meng, calon parlimen Segamat untuk PR.



SAMBUTAN RAKYAT TERHADAP PR DI BENTONG MALAM NI....SEBELUM PRU ESOK




: Belumpun PRU13, Rakyat Lembah Pantai Jelmakan Nurul Izzah Sebagai Bakal MP Mereka Menjelang Hari Pengundian Hari Ini... Puluhan Ribu Rakyat Lembah Pantai Hadir Ceramah Nurul Izzah. Ini Kalilah!!!




Thousands turn up in Kota Raja,Klang for Pakatan Rakyat ceramah.

Sabtu, 4 Mei 2013

LANGKAH KE PUTRAJAYA MAKIN GAGAH. PAKATAN SUDAH MENANG DI 7 NEGERI

KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran  dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.

(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.

Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.

Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.

Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.


Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan.

Kenderaan penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut untuk balik mengundi mulai malam tadi.

Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka.

"Orang atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini.

Menurut beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu.

Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno.

Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal.

Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau.

Dalam pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno dalam pilihan raya ini.

"Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik.

Jumaat, 3 Mei 2013

"SUPER FRIDAY" MINGGU DEPAN TIADA TOL

Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

NONEKehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam riuh vuvuzela, Lim berucap menegaskan janji Pakatan, antaranya akan menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan dengan segera - seminggu selepas pilihan raya.

"Kamu mahu tunggu ka? Mahu sokong BN? Saya tidak boleh tunggu, atau mungkin tak ada lagi. Kamu mahu tunggu?.

"Kalau 5 Mei ini, kamu pilih Pakatan Rakyat, minggu depan lebuh raya percuma... Mari kita undi beramai-ramai, tumbangkan BN, baru kita selamat ," kata Lim sambil diiringi tepukan dan laungan "Ubah".

'ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing'
Katanya, tol itu tidak perlu dipertahankan lagi kerana syarikat konsesi didakwanya telah pun untung banyak dan perjanjian konsesi juga dibuat sehingga 2038.

Sementara itu, menyentuh isu 13 Mei yang dimainkan dengan kemaraan DAP, Lim menjelaskan bawah kepimpinan pemimpin utama Pakatan, termasuk Penasihat DAP Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang peristiwa itu tidak akan berulang.

"Kalau Mat Sabu, Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Karpal Singh atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (menang), kamu ingat kita mahu gaduh? Tak ada. Kita nak sama-sama masuk Putrajaya. Betul tak," katanya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

NONESementara itu, Mohamad - 'ayam sabung' PAS - pula berkata hari ini sekali lagi mengulangi keyakinan mereka untuk menawan Putrajaya.

Beliau juga memperkenal slogan baru kepada penonton sebagai 'panduan' mengundi pada hari minggu ini ala slogan Asal Bukan Umno (ABU) yang popular sebelum ini.

"ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing," katanya yang terkenal dengan kelucuan ketika berceramah itu.

Calon-calon Pakatan di kawasan berdekatan turut hadir ke program itu, termasuk Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar), Mohd Eekmal Ahmad (PKR-Bakar Bata), Tan Kok Yew (DAP-Derga ) dan Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darul Aman).

Khamis, 2 Mei 2013

NALURI WANITA SUKAKAN LELAKI GANTENG

Merima telefon dari seorang pejawat awam di Putrajaya, pangkat ketua jabatan, bertanya seputar senario politik di Kelantan.

Perbualan semakin rancak, sehingga akhirnya saya bertanya tentang situasi dan kondisi politik di Putrajaya.

Apakah benar seperti dipaparkan lewat facebook, youtube dan akhbar oposisi sambutan yang diberikan warga Putrajaya kepada calon parlimen bagi kawasan itu, Datuk Husam Musa luar biasa sekali sehingga mengkhuatirkan Umno/BN.

Pejawat awam itu tak menjawab dari perspektif  politik, dan saya pun tak mengharapkan ia menjawab demikian kerana saya tahu beliau bukan politikus.

Tetapi jawapan yang diberikan walaupun  sedikit lucu,  tetapi amat  menyakinkan.

Jawapannya berdasarkan; 60 peratus karyawan yang layak mengundi di Putrajaya adalah wanita termasuk suri rumah: Naluri wanita suka memilih lelaki ganteng (kacak), dan Husam Musa termasuk dalam katogeri ini,  dengan badannya tinggi lampai, dan mulut sering menguntum senyum,  ia mampu meraih  undi wanita berbanding lawannya dari Umno/BN.

Saya teringat, malam semalam, ketika ceramah di Peringat,   mantan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh juga ada menyebut tentang keistimewaan lelaki ganteng menjadi calon.

Ia punya kelebihan tersendiri untuk menarik sokongan wanita dan  surirumah yang tak mahu berfikir panjang lebar tentang politik, lantas memilih calon berdasarkan apa yang dilihatnya sepintas lalu.

Hal ini pernah berlaku di Dun Melor dan Parlimen Ketereh suatu masa dulu bila pengundi wanita  memangkah Tan Sri Anuar Musa yang dianggap ganteng saat mudanya.

Itu adalah antara faktor kemenangan yang dianalisis secara umum bercampur kelakar, tetapi faktor kemenangan sebenar bukan itu satu-satunya.

Masyarakat kelas elit dan menengah di Putrajaya tentu lebih arif dalam soal memilih parti mana yang ia suka.

Kalau kota Konstantinopel boleh ditawan kesatria Othmaniyyah, Muhammad Al-Fatih (1453), kota Putrajaya, insyaallah akan dapat ditawan Husam Musa pada 5 Mei ini!

Sumber : Harakah.