Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 4 Mei 2011

312,338 ORANG RAKYAT SABAH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH


Minda KS : Satu jumlah yang ramai rakyat Sabah belum mendaftar sebagai pemilih. Parti-parti politik dicadangkan agar segera membuat pendaftaran pemilih agar rakyat Sabah tidak ketinggalan dan kehilangan hak mereka untuk menentukan masa depan negara.



KOTA KINABALU: Seramai 312,338 orang atau 26.9 peratus daripada 1.1 juta penduduk berumur 21 tahun ke atas di Sabah belum mendaftar sebagai pengundi, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Md Idrus Ismail. 

Beliau berkata, peratusan itu agak membimbangkan kerana ia melebihi peratusan nasional iaitu 25.2 peratus

Md Idrus berkata, sehingga 7 Mac tahun ini, jumlah yang layak mendaftar sebagai pemilih di Sabah ialah sekitar 1.1 juta orang dan jumlah mereka yang mendaftar setakat 31 Disember lalu hanya 848,473 orang.
"Ini bermakna masih ada 312,338 orang yang belum mendaftar sebagai pemilih," katanya di sini hari ini. 

Bagi peringkat nasional, jumlah mereka yang berumur 21 tahun dan layak mendaftar setakat 7 Mac lalu ialah seramai 15.7 juta orang manakala jumlah yang telah mendaftar sehingga 31 Disember lalu ialah 11.8 juta orang. 

Jumlah yang belum berdaftar ialah 3.93 juta orang atau 25.2 peratus. 

Md Idrus berkata, antara faktor utama yang menyumbang kepada keadaan itu ialah sikap mereka yang tidak berminat menyertai proses demokrasi. 
"Sebenarnya mereka yang berumur 21 tahun ke atas ini tahu di mana mereka perlu mendaftar tetapi mereka sengaja tidak mendaftar atau memandang ringan kepentingan atau peranan mereka dalam pilihan raya. 

"Selain itu, ada juga orang Sabah yang bekerja di Semanjung atau berlajar di luar negara...mereka rasa kalau mendaftar pun tidak dapat balik mengundi," katanya. 

Md Idrus berkata, SPR dengan kerjasama agensi kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus memperhebatkan kempen pendaftaran pemilih bagi menggalakkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum yang ke-13. 

Beliau berkata, SPR turut menyediakan kaunter mendaftar di kawasan tumpuan ramai termasuk di pejabat pos dan pusat memberi belah dan berharap orang ramai yang layak memanfaatkan kemudahan pendaftaran itu. 

Md Idrus juga meminta mereka yang sudah mendaftar membuat semakan dengan SPR bagi memastikan nama mereka ada dalam daftar pengundi selain membolehkan mereka membetulkan butiran yang tidak tepat.


--BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan