Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 19 April 2011

SELEPAS PRN SARAWAK SUPP DILANDA BADAI DALAMAN

Ribut politik melanda SUPP yang bertegas bahawa parti itu tidak memperakui supaya ADUN Bawang Assam, Wong Soon Koh dilantik menganggotai kabinet baru Sarawak.

NONEDalam satu kenyataannya, sekretariat parti itu berkata, penerimaan Wong (kanan) memegang jawatan menteri adalah keputusan peribadinya sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan hari ini sebagai menjawab banyak pertanyaan dari cawangan parti itu berhubung kedudukan Wong tersebut.

SUPP mengakui telah gagal memperoleh mandat dari masyarakat Cina semasa pilihan raya negeri Sabtu lalu, dan bahawa sokongan bumiputera kepada BN telah meningkat.

Oleh itu, ia telah mengesyorkan supaya lebih banyak wakil bumiputera dilantik sebagai menteri dan menteri muda dalam kabinet baru negeri.

Presiden SUPP Dr George Chan (kiri) telah menyampaikan keputusan parti itu kepada kepimpinan BN negeri di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, katanya.

NONESUPP mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri apabila
tewas di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya. Dua belas kerusi dimenangi DAP, manakala satu kerusi lagi jatuh ke tangan PKR.

Parti itu kini tinggal dua ADUN Cina - Wong dan Lee Kim Shin (Senadin) - dan empat ADUN Dayak. Mereka ialah Francis Harden (Simanggang), Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Johnical Rayong (Engkilili).

Akhbar Harian Sin Chew melaporkan tindakan Wong menerima jawatan menteri dalam kabinet negeri, telah mencetuskan keributan di kalangan pemimpin SUPP yang menuntutnya keluar parti.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini berkata, ADUN Cina dari SUPP tidak sepatutnya menganggotai kabinet negeri, kerana pengundi Cina telah menolak parti itu.
Langkah itu, kata Dr Chua, akan membuktikan yang wakil rakyatnya tidak 'dahagakan' jawatan kerajaan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, ahli jawatankuasa kerja pusat SUPP Datuk Lee Kim Shin menyerahkan kepada Ketua Menteri Tan
Sri Abdul Taib Mahmud mengenai pelantikan wakil parti itu dalam kabinet negeri.

Lee yang merupakan seorang daripada dua calon Cina SUPP yang memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri Sabtu lepas, berkata beliau juga tidak mahu mengulas lanjut kerana kuasa melantik di tangan ketua menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan presiden MCA agar SUPP tidak menerima pelantikan ke kabinet bagi mewakili masyarakat Cina Sarawak kerana parti itu telah kehilangan sokongan mereka.

Lee sebelum ini memegang jawatan menteri muda bagi dua portfolio iaitu Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan serta Belia dan Sukan.

Pada pilihan raya negeri yang baru berakhir, Lee mempertahankan kerusi Senadin yang diwakilinya sejak 1996 dengan majoriti tipis 58
undi. Beliau mendapat 7,344 undi mengatasi calon PKR, Dr Michael Teo Yu Keng yang menerima 7,276 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan