Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 1 Mac 2013

UPDATE TERKINI DARI LAHAD DATU


Menurut laporan Philstar, sepuluh anggota tentera diraja Kesultanan Sulu terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan oleh pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi.

Hal ini dimaklumkan oleh jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada Kiram, saudara Sultan Jamalul Kiram III. Pertempuran yang turut mencederakan dua anggota keselamatan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bernama berlaku sekitar sekitar pukul 10:15 pagi.

Jurucakap Kesultanan Sulu berkata bahawa pegawai Kerajaan Filipina mahu "menutup kebenaran" apabila mendakwa tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu.

Walaupun ada yang terbunuh, namun pihak penceroboh akan meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah secara aman.

Menurut Idjirani, pihak Kesultanan Sulu bercadang membawa hal ini ke Persidangan OIC.

"Kesultanan Sulu ialah orang Islam dan Malaysia pula kerajaan Islam," kata Idjirani.-DCM

Laporan awal di sini.


Kemas Kini:

Bernama melaporkan dua anggota komando polis Malaysia meninggal dunia akibat terkena serangan mortar.
Laporan itu menyatakan:

 LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.


P/s: Menurut laporan beberapa blog, komando yang terbunuh itu ialah INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO. -Al fatihah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan