Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 16 Ogos 2012

AHLI PARLIMEN TUMBUK LELAKI DISYAKI PERAGUT


fong kui lun
Seorang lelaki yang disyaki peragut berjaya ditangkap semasa cuba melarikan diri selepas ditumbuk di bahagian bahu oleh ahli Parlimen berusia 66 tahun.

Ahli parlimen tersebut ialah wakil rakyat DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Insiden itu berlaku semalam di jalan berhampiran Shaw Parade, Pudu, Kuala Lumpur ketika Fong sedang berjalan menuju ke keretanya selepas makan tengah hari.

"Saya melihat beberapa orang mengejar seorang lelaki," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tanpa teragak-agak, Fong (kanan) menumbuk lelaki itu ketika berlari melepasinya.

"Saya cuba tumbuk mukanya tetapi hanya sempat mengenai bahu kirinya," kata Fong.

Tumbukannya itu berjaya melambatkan lelaki itu dan berjaya ditangkap oleh mereka yang mengejarnya.

Fong berkata suspek itu, bersama seorang rakannya, cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas didakwa meragut telefon mudah alih seorang wanita.

Sumber : malaysiakini

Rabu, 15 Ogos 2012

USTAZ AZHAR IDRUS SMASH ABBY TERMAKAN CILI


Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak

Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah. Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.

Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Ehhh.. kenapa Abby ‘yang malu’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu. Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’. Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu. Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah. Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri? Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI. Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak  seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel. Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.


**Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik.

Sumber : Informasi MY

Selasa, 14 Ogos 2012

PAS,UST.AZHAR IDRUS DAN ARTIS

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda. 


Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.

Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.

“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat. 

"Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”, kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.

Majlis berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik.

Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.

Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.

Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama.

“Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam. 

"Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi.

Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.

Sumber : HD

Isnin, 13 Ogos 2012

TERMA RCI DI SABAH TIDAK BERTARING



ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat gejala pendatang asing dan peningkatan populasi yang mencurigakan selama dua hingga tiga dekad yang lalu. 

RCI tersebut akan dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah, dan sama ada mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

azlan
RCI Sabah yang baru ditubuhkan ini merupakan satu penipuan semata-mata serta wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot di BN Sabah ekoran pembelotan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen dan seorang senator yang tidak puas hati kerana ditipu BN selama 25 tahun.

Namun begitu, jelas bahawa terma panel tersebut terlalu terhad kerana ia tidak menyebut tentang kuasa untuk mengenal pasti kenapa ia dilakukan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kerakyatan secara tidak sah, tiada kuasa untuk membuat cadangan hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ini bermakna bahawa RCI Sabah untuk pendatang asing ini tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah yang sudah pun ditipu selama 25 tahun. 

Masa penubuhan RCI Sabah ini juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya. Sekiranya merdana menteri betul-betul ikhlas, RCI ini sepatutnya sudah lama ditubuhkan. 

Tindak balas pada MP tinggalkan BN

Setelah enggan selama bertahun-tahun dan kemudiannya melengah-lengah lagi selepas pengumumannya awal tahun ini, penubuhan RCI secara tergesa-gesa ini di ambang pilihan raya umum menimbulkan persoalan. 

Tambahan, jelas bahawa pengumuman RCI oleh Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti. 

maijol mahap anwar sabah 120812
Dalam beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan BN Sabah seperti ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap (kiri) meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. 

Sebab utama mereka meninggalkan BN adalah kerana kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah.

Unjuran jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390 peratus daripada 651,304 pada tahun 1970 - peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200 peratus di Semenanjung Malaysia. 

Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut.

Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata.


Sumber : malaysiakini

Ahad, 12 Ogos 2012

WAJARKAH LEE CHONG WEI BERTANDING PRU 13 ?


SHAH ALAM - Sebahagian besar peminat Datuk Lee Chong Wei, yang mengharumkan negara dengan dua pingat perak dalam Sukan Olimpik, berpendirian bahawa bintang badminton itu tidak wajar menyertai politik dan tidak harus diperalatkan oleh mana-mana parti sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu disuarakan menerusi bancian online yang diadakan oleh Sinar Harian Online dan juga respons kepada berita bertajuk Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?' yang diposkan lewat petang semalam.

Kepada soalan online, "Datuk Lee Chong Wei" wajar diberi peluang tanding PRU13?", respons setakat 6 pagi tadi menunjukkan, 83 peratus tidak bersetuju.

Semalam, beberapa peminat termasuk artis terkenal menyuarakan pandangan bahawa mereka akan mengundi Chong Wei jika bertanding dalam PRU13.

Sementara itu, analisis ke atas respons pembaca berita berkaitan menunjukkan ramai tidak mahu imej 'bersih' Chong Wei tercemar kerana politik.

Ada pembaca yang bimbang bahawa sebagai orang yang tidak berpengalaman, beliau tidak wajar menyertai politik.

Ada pembaca berkata mereka menyokong Chong Wei kerana sukan, bukan kerana sentimen politik dan tidak wajar dijadikan calon PRU13.

Berikut pandangan beberapa pembaca:

Lan XCassanova: "Chong Wei bertanding atas tiket MCA... haramjadah, saya tidak akan undi dia."

Akira Bakhtiar: "Chong Wei kalau tanding atas tiket BN jawabnya Chong Away le. Pandai orang Malaysia dalam berpolitik... orang yang tak ada pengetahuan tentang politik di berikannya jadi calon."

Shaz Hafizi: "Saya cadangkan beliau bertanding di kawasan (Adun Kota Alam Shah) Manoharan, tengok macam mana."

Farouq Omar: "Itu betul... baru panas..."

Mohd Fuad: "Saya sangat setuju di atas jasa serta sumbangan beliau yang telah mengharumkan nama negara. Beliau adalah seorang yang sangat komited terhadap apa yang beliau lakukan sementara disiplin diri yang telah membawa kepada kejayaannya akan menjadi kayu pengukur kepimpinan beliau terhadap masyarakat sejagat."

Ari Zain: "Tidak usahlah masuk politik, politik Malaysia ini banyak sangat mengarutnya baik PR or BN."

Ahmad Nordin: "Kalau (artis) Adibah yang masuk, boleh ke pangkah dia? Datuk LCW elok kekal je dengan badminton kerana itu kepakarannya tersendiri."

Shaikh Mohamed Noordin: "Aku tidak setuju Chong Wei dijadikan 'winnable candidate' oleh mana-mana parti politik lebih-lebih lagi jika beliau masih ingin berkecimpung dalam bidang sukan. Ini adalah kerana ahli sukan sama saja kedudukannya dengan artis, mereka seharusnya tidak dijadikan hak milik oleh mana-mana parti politik kerana mereka adalah hak rakyat. Rakyat tampa mengira latar belakang politik seharusnya memberi penghormatan dan sokongan di atas bakat dan sumbangan mereka terutama yang sudah mengharumkan nama negara. Jika mereka mengambil sikap berpihak, sudah tentu mereka akan dikritik oleh pihak lawan lebih-lebih lagi tak kala prestasi mereka sudah menurun. Akhirnya diri mereka sendiri yang menjadi mangsa kerana diperalatkan oleh parti politik berkenaan. Bagaimanapun secara peribadi mereka berhak untuk sokong siapa saja yang mereka suka tetapi sokongan mereka itu hendaklah disimpan sebagai hak peribadi mereka saja. Kecualilah bila mereka sudah bersara dari bidang sukan dan mempunyai minat pula dalam bidang politik, ketika itu tidak ada siapa lagi yang boleh membidas mereka sekali pun mereka mahu menyokong mana-mana parti secara terbuka atau berhajat menjadi wakil rakyat untuk parti berkenaan."

Zayyadi Salleh: "Jangan diberi amanah kepada yg bukan kepakarannya"

Pakatan Gemilang: "Elok elok sekarang ni disanjung, kalau masuk politik ramai yang menyampah... baik jadi jurulatih...bantu anak Malaysia lagi bagus..."


Sumber : melayukini

Sabtu, 11 Ogos 2012

PEMBERONTAKAN DAN GERAKAN ANTI BARISAN NASIONAL DIKALANGAN KDM DI SABAH



Wilfred Bumburing: “Saya akan buktikan pelan kerajaan sengaja untuk menukar demografi Sabah.” 

KOTA KINABALU, 11 Ogos — Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini penting untuk survival Barisan Nasional (BN) di Malaysia Timur dikala cakap-cakap dikalangan masyarakat bukan Melayu negeri ini telah bertukar menyokong pembangkang.
Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram Sabah pada petang ini.
Ini adalah isu kritikal yang boleh memutuskan keputusan pilihan raya akan datang bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.
Kerusi di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dianggap penting bagi BN untuk mengekalkan kuasa persekutuan oleh kerana tanpa memenangi 55 kerusi parlimen di kedua-dua negeri pada pilihan raya umum 2008, pemerintahan gabungan tersebut selama setangah abad di negara ini mungkin telah berakhir.
Penganalisis  politik Dr Arnold Puyok, berasal dari negeri Sabah, memberitahu The Insider Malaysia dalam satu temu bual di sini bahawa walaupun BN tidak mungkin kehilangan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, kebencian semakin meningkat terhadap gabungan itu di kalangan orang Cina, komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM) di negeri ini - majoritinya adalah beragama Kristian.
Beliau meramalkan bahawa BN akan bermasalah dalam sekurang-kurangnya 13 daripada kerusi 25 Parlimen di negeri ini, yang yang kini dipegang parti yang berasaskan KDM dalam BN seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko).

Dr Arnold Puyok: Meramalkan BN akan kehilangan kerusi di Sabah.
Kerusi-kerusi marginal ini termasuk Kota Marudu, Tuaran, Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Penampang, Beaufort, Ranau, Keningau, Tenom, Beluran, Batu Sapi dan kerusi Tawau.
“Ini adalah kerusi yang kini dikuasai oleh pihak KDM dan jika anda lihat mereka, mereka dilihat sebagai sangat lemah; bahawa mereka tidak berjuang cukup keras untuk hak-hak negeri menyebabkan KDM tidak berpuas hati.
“Pergi ke bawah dan tanya pada orang ramai.- sangat jelas pengundi kecewa dengan pemimpin-pemimpin seperti (Presiden PBS, Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan,” katanya.
Bagi pembangkang pula, Puyok meramalkan kemenangan selamat di tiga kerusi parlimen — Pensiangan, Sandakan dan Kota Kinabalu — kini dipegang oleh DAP Hiew King Cheu, ahli parlimen pembangkang tunggal di Sabah.
Kabinet Najib telah bersetuju untuk membentuk RCI pada 8 Febuari lalu. Akan tetapi hampir enam bulan perkara tersebut senyap tanpa berita menyebakan BN kehilangan dua ahli parlimen kanan di Sabah — ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, timbalan presiden Upko itu, dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, timbalan menteri persekutuan dan ahli majlis tertinggi Umno.
Kedua-dua ahli parlimen menyatakan tidak yakini terhadap Najib dan keikhlasan BN untuk membentuk RCI, permintaan utama parti Sabah selama beberapa dekad.
Beberapa hari selepas berlepas kedua-dua ahli parlimen tersebut keluar BN, Najib memberitahu sidang akhbar bahawa beliau akan mengumumkan terma RCI hari ini di Sabah, satu langkah yang dilihat sebagai usaha untuk mengawal kerosakan.
Pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga akan berada di Sabah pada hujung minggu ini dan dijangka mengumumkan lagi penghijrahan politik dari BN dalam satu majlis besar-besaran di Kota Marudu, kira-kira dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu.
Kota Marudu adalah kerusi parlimen kepada timbalan presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Seorang pemimpin UPKO memberitahu The Malaysian Insider bahawa usaha Najib mungkin terlambat untuk Sabah, bersetuju bahawa sikap sambil lewa kerajaan dalam menyelesaikan isu pendatang haram telah berusia lebih empat dekad ini menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan di sini.
“Ia akan dilihat sebagai satu langkah politik yang tidak ikhlas. Tetapi apa yang perlu dilakukan? Apa yang penting sekarang iadalah isu ini perlu diselesaikan.
“Terma RCI mestilah menyeluruh dan benar-benar menyelesaikan masalah itu kerana kini, walaupun pengundi KDM percaya, kita telah melakukan apa yang harus kita lakukan, keputusan yang mereka buat adalah — kalian tidak cukup berkesan,” kata pemimpin tersebut.
Kemarahan terhadap RCI dan tergelincirnya sokongan terhadap BN di kalangan bumiputera bukan Islam di Sabah dan  kaum Cina, adalah dipercayai bahawa barisan pembangkang yang terlalu banyak di negeri ini boleh menjejaskan peluang mecabar penguasaan gabungan pemerintah itu ke atas negeri Sabah.
Puyok berkata pembangkang perlu bekerjasama dan memastikan perlawanan satu lawan satu di semua kerusi bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah.
Tetapi ini mungkin tidak boleh dilakukan dengan ahli politik yang tidak menghiraukan tradisi, Datuk Jeffrey Kitingan, adik daripada Pairin, dan Parti Reformasi Negeri (STAR) turut sama dalam peperangan.
Ahli politik veteran itu, terkenal kerana telah melompat sekurang-kurangnya enam kali dari satu parti kepada lain, telah menyatakan niatnya untuk bertanding di semua kerusi di Sabah, seperti ‘mebaling spanar’ terhadap kerja-kerja untuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan pertandingan satu lawan satu.
Satu lagi parti pembangkang tempatan — Parti Progresif Sabah (SAPP) — telah bersetuju untuk berunding dalam perjanjian perkongsian kuasa dengan PR.
“Tetapi Jeffrey terkenal di kalangan masyarakat KDM,” Puyok berkata, sambil menambah bahawa perjuangan untuk undi KDM mungkin boleh menjadi seperti perang saudara dalam keluarga Kitingan.
“Saya fikir Jeffrey sedang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan kepimpinan abangnya (Pairin). Jika anda melihat STAR. Jeffrey adalah seorang lelaki yang bijak.
“Dia memperkenalkan pakej agenda Borneo dengan sangat baik dan membuatnya menarik kepada pengundi KDM dan ini adalah sebab mengapa sokongan untuk STAR berkembang setiap hari,” katanya.
Puyok menambah bahawa walaupun dengan kemasukan Bumburing menyertai pembangkang, perlawanan utama masih kekal diantara adik-beradik Kitingan, kedua-duanya dijangka akan berlawan di kerusi parlimen Keningau.
The Malaysian Insider difahamkan Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah bagi memastikan bahawa sokongan masyarakat beralih kepada pembangkang, walaupun PR berasaskan semenanjung mengetuai perjuangan.
Tetapi walaupun sokongan BN tergelincir di kalangan bumiputera bukan Islam di Sabah dan orang Cina, dipercayai bahawa Umno yang mengetuai BN masih popular di kalangan masyarakat Islam di negeri ini seperti orang Melayu dan Bajau.
Umat Islam dikatakan kira-kira 60 peratus daripada 3.12 juta penduduk Sabah. Terdapat hampir satu juta pengundi berdaftar di Sabah.
Puyok berkata ini mungkin disebabkan pembangkang persekutuan PR, bersama-sama dengan parti-parti pembangkang tempatan di negeri ini, tidak mempunyai pemimpin Islam yang berwibawa yang boleh melawan gergasi politik seperti Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
“Dalam PKR negeri, hanya terdapat Ahmad Thamrin Jaini dan pemimpin-pemimpin seperti Ansari Abdullah dan kedua-duanya tidak begitu popular. Thamrin seorang yang tenang dan dilihat sebagai lemah menyebabkan pembangkang tidak akan mampu untuk menggempur wilayah Islam,” katanya.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen yang sebahagian besarnya kerana kekalahan besar di Semenanjung, di mana ia memenangi BN hanya 85 kerusi manakala pembangkang menyapu bersih 80 kerusi.
Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan itu menewaskan pembangkang dan hampir menyapu bersih kerusi, memenangi 55 kerusi parlimen meninggalkan pembangkang yang hanya menang dua kerusi.
Sumber : Malaysian Insider

Jumaat, 10 Ogos 2012

ISU PATI DI SABAH : DR.M MEMPUNYAI " MIGRANT MENTALITY " - RAKYAT SABAH TERSINGGUNG


Dr Mahathir telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.

Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27% daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.

Buat kita dari semenanjung yang datang ke Sabah terpaksa menggunakan passport antarabangsa atau kad pengenalan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itu merupakan salah satu syarat sebelum Sabah menyertai persekutuan ini. Kita ikut sahajalah undang-undang itu. Tetapi ratusan ribu rakyat asing yang datang tanpa izin dengan senang lenang duduk di Sabah tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka.

Mereka (pendatang) ini telah diberikan kad pengenalan melalui projek IC yang telah membiarkan pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dokumen perjalanan sah dengan bebas tanpa sekatan. Sebab mereka diberikan kad pengenalan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana politik BN untuk mengekalkan kuasa dan perkara ini berlaku dari zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Itulah sebabnya saya selalu berkata BN tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada negara kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan kuasa tanpa mengira ‘consequence’nya kepada kestabilan politik negara dalam jangka masa yang panjang. Yang penting bagi mereka (BN) ialah pengekalan kuasa walaupun dilakukan dengan cara kotor.

Datuk Donald Peter Mojuntin, dari parti UPKO telah memberikan reaksi yang panas terhadap penulisan Dr Mahathir yang berpendapat mereka (pendatang asing) itu diberikan kerakyatan semata-mata kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Kalau kita kaji ramai rakyat negara kita mahukan kerakyatan negara asing khususnya di England atau pun Australia tetapi usaha itu bukanlah usaha yang senang.

Negara dan pemimpin British dan Australia tetap tidak memberikan kerakyatan dengan senang walaupun yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan itu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Jadi kenapa kita mesti memberikan kerakyatan kepada pendatang Filipina itu semata-mata mereka sudah boleh bercakap bahasa Melayu dan telah duduk di negara ini agak lama.

Ribuan rakyat Malaysia yang telah menetap di Britain sejak puluhan tahun yang memohon untuk menjadi rakyat Britain, masih tidak mendapat taraf kerakyatan walaupun mereka begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Justeru alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir untuk memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang Filipina itu adalah alasan yang sangat meleset. Ia merupakan satu pandangan yang tidak difikirkan betul-betul sebelum ditulis di dalam blog popular beliau itu.

Dalam isu pendatang asing di Sabah ini saya nampak satu kenyataan yang jelas tentang Dr M ini. Beliau masih lagi mempunyai ‘migrant mentality’ walaupun sebahagian daripada diri beliau itu adalah generasi kedua atau ketiga daripada keluarga yang berasal dari sebuah negara lain.

Sebab itulah agaknya beliau begitu memihak kepada pendatang asing di Sabah itu.

Sumber : aspanaliasnet.blogspot.com