Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 10 Ogos 2012

ISU PATI DI SABAH : DR.M MEMPUNYAI " MIGRANT MENTALITY " - RAKYAT SABAH TERSINGGUNG


Dr Mahathir telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.

Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27% daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.

Buat kita dari semenanjung yang datang ke Sabah terpaksa menggunakan passport antarabangsa atau kad pengenalan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itu merupakan salah satu syarat sebelum Sabah menyertai persekutuan ini. Kita ikut sahajalah undang-undang itu. Tetapi ratusan ribu rakyat asing yang datang tanpa izin dengan senang lenang duduk di Sabah tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka.

Mereka (pendatang) ini telah diberikan kad pengenalan melalui projek IC yang telah membiarkan pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dokumen perjalanan sah dengan bebas tanpa sekatan. Sebab mereka diberikan kad pengenalan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana politik BN untuk mengekalkan kuasa dan perkara ini berlaku dari zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Itulah sebabnya saya selalu berkata BN tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada negara kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan kuasa tanpa mengira ‘consequence’nya kepada kestabilan politik negara dalam jangka masa yang panjang. Yang penting bagi mereka (BN) ialah pengekalan kuasa walaupun dilakukan dengan cara kotor.

Datuk Donald Peter Mojuntin, dari parti UPKO telah memberikan reaksi yang panas terhadap penulisan Dr Mahathir yang berpendapat mereka (pendatang asing) itu diberikan kerakyatan semata-mata kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Kalau kita kaji ramai rakyat negara kita mahukan kerakyatan negara asing khususnya di England atau pun Australia tetapi usaha itu bukanlah usaha yang senang.

Negara dan pemimpin British dan Australia tetap tidak memberikan kerakyatan dengan senang walaupun yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan itu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Jadi kenapa kita mesti memberikan kerakyatan kepada pendatang Filipina itu semata-mata mereka sudah boleh bercakap bahasa Melayu dan telah duduk di negara ini agak lama.

Ribuan rakyat Malaysia yang telah menetap di Britain sejak puluhan tahun yang memohon untuk menjadi rakyat Britain, masih tidak mendapat taraf kerakyatan walaupun mereka begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Justeru alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir untuk memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang Filipina itu adalah alasan yang sangat meleset. Ia merupakan satu pandangan yang tidak difikirkan betul-betul sebelum ditulis di dalam blog popular beliau itu.

Dalam isu pendatang asing di Sabah ini saya nampak satu kenyataan yang jelas tentang Dr M ini. Beliau masih lagi mempunyai ‘migrant mentality’ walaupun sebahagian daripada diri beliau itu adalah generasi kedua atau ketiga daripada keluarga yang berasal dari sebuah negara lain.

Sebab itulah agaknya beliau begitu memihak kepada pendatang asing di Sabah itu.

Sumber : aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan