Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 3 Mac 2013

SELEPAS LAHAD DATU KE SEMPORNA DAN KINI DI KUNAK PULA.SELAMATKAH SABAH ?

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengesan 10 penceroboh dan tiga bersenjata di Kampung Lormalong dan Dasar Lama, Kunak semalam yang mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan di Kampung Tanduo, di sini.


PENCEROBOH MEMPUNYAI KEMAHIRAN DALAM PEPERANGAN GERILA


Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.

ADAKAH PANTAI TIMUR SABAH SELAMAT ?



Sumber : sabahkini
 Saudara Pengarang,
PERANG antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan tentera penceroboh Sultan Sulu menjadi satu lipatan sejarah tanahair. Bukan mudah tragedi ini dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi peristiwa tersebut mengorbankan dua anggota Komando 69 iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, 29 tahun dan Koperal Sabarudin Daud, 46 serta mencederakan tiga anggota komando lain.
Rentetan penculikan pengganas Abu Sayaf di negeri ini amat mengusarkan  rakyat Sabah terutama di sebelah Pantai Timur iaitu daerah Lahad Datu dan Semporna.  Peristiwa penculikan 21 tebusan di Pulau Sipadan pada 23 april 2000, penculikan 3 rakyat tempatan di Pusat Peranginan Pulau Pandanan, penculikan dua orang di Pulau Sebangkat pada 8 Febuari 2010 dan terbaru penculikan Pengurus Ladang dengan seorang pembantunya di Lahad Datu pada 16 November tahun lalu membuktikan tahap keselamatan di perairaan mudah dibolosi oleh pihak musuh.
 
Perlu diketahui bahawa penculik-penculik ini bukan berasal dari negara ini tetapi berasal dari Selatan Filipina, kekerapan penculikan Abu Sayyaf  terhadap rakyat di negara ini dan pelancong asing mampu memudaratkan  sektor pelancongan. Pulau-pulau yang terdapat di sebelah Pantai Timur Sabah tumpuan pelancong asing memandangkan keindahan alam semulajadinya.
 Alasan oleh pihak berkuasa bahawa sempadan negeri Sabah terlalu luas menyukarkan pihak keselamatan memantau atau mengawasinya tidak boleh diterima pakai. Rakyat Sabah sudah bosan dengan alasan tersebut malah geram dengan kerajaan kerana tiada tindakan drastik yang mampu membedung kelemahan tersebut.
 
Kalau di Semenanjung Malaysia diwujudkan Rejimen Sempadan untuk menangani pencerobohan orang Thailand di Utara Perlis, Kedah dan Kelantan kenapa tidak untuk negeri Sabah? Adakah negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri kelas ke-2 sehingga tidak diambil kira tahap keselamatan di peringkat Nasional?
Kecanggihan kelengkapan ketenteraan dan sebuah kapal selam scorpene yang diuar-uarkan oleh kerajaan sebagai yang terbaik dalam mencegah pencerobohan warga asing di perairan negara ini, nampaknya hanyalah omong-omong kosong.
Rakyat di Sabah khususnya mengharap simpati dari kerjaan pusat, Kementerian Pertahanan dan kementerian keselamatan negara (KDN) agar merancang dan mengkaji setiap langkah untuk mengatasi pencerobohan warga asing keatas negara ini.
Rakyat sebenarnya tidak mahu melihat ada lagi tragedi seperti perang di kampung Tanduo, Lahad Datu  baru-baru ini berulang.
 
Salam Hormat,
 JAFREN P. ARUSAP

Sabtu, 2 Mac 2013

SEMPORNA DISERANG HENDAP 2 POLIS CEDERA SEORANG GUGUR

Sumber : Berita Harian

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna.

Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Terkini...

 KOTA KINABALU: Seorang anggota polis terbunuh dan dua cedera dalam berbalas tembakan di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, 7.30 petang semalam kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib

PEMBETULAN: KPL AZMAN AMPONG SELAMAT & GAMBAR PENCEROBOH YANG MATI DI LAHAD DATU

Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.
  
Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.
  
"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu semalam.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.
  
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di Lahad Datu.
  
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.
  
"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil," katanya.

GAMBAR PENCEROBOH YANG TERBUNUH, PASUKAN POLIS YANG GUGUR DAN CEDERA

Dikemaskini Gambar Penceroboh Di Tembak Mati...Di Lahad Datu


SEMOGA NIAT MU BERKORBAN KERANA ALLAH WAHAI WIRA DAN ENGKAU DIBERIKAN SHAHID OLEH ALLAH

Pasukan Polis Malaysia

Jumaat, 1 Mac 2013

SENARAI WIRA NEGARA YANG GUGUR DAN CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI LAHAD DATU


Foto : Allahyarham Insp Zulkifli Mamat bersama isteri dan anak-anaknya

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang tadi Kpl Azman telah meninggal dunia.

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Saya turut bersama-sama warga Malaysia yang perihatin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa korban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Al-Fatihah buat wira-wira negara yang terkorban.


Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka yang terkorban bersama roh para shuhada dan ditempatkan di dalam syurgaNya...Amin. Kepada yang terkorban kita doakan semoga segera sembuh. Tuan-tuan adalah wira negara.

UPDATE TERKINI DARI LAHAD DATU


Menurut laporan Philstar, sepuluh anggota tentera diraja Kesultanan Sulu terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan oleh pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi.

Hal ini dimaklumkan oleh jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada Kiram, saudara Sultan Jamalul Kiram III. Pertempuran yang turut mencederakan dua anggota keselamatan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bernama berlaku sekitar sekitar pukul 10:15 pagi.

Jurucakap Kesultanan Sulu berkata bahawa pegawai Kerajaan Filipina mahu "menutup kebenaran" apabila mendakwa tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu.

Walaupun ada yang terbunuh, namun pihak penceroboh akan meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah secara aman.

Menurut Idjirani, pihak Kesultanan Sulu bercadang membawa hal ini ke Persidangan OIC.

"Kesultanan Sulu ialah orang Islam dan Malaysia pula kerajaan Islam," kata Idjirani.-DCM

Laporan awal di sini.


Kemas Kini:

Bernama melaporkan dua anggota komando polis Malaysia meninggal dunia akibat terkena serangan mortar.
Laporan itu menyatakan:

 LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.


P/s: Menurut laporan beberapa blog, komando yang terbunuh itu ialah INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO. -Al fatihah!


SITUASI TERKINI DI LAHAD DATU


Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.


Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Minda KS : Doakan keselamatan kami di Lahad Datu. Semoga situasi ini akan berakhir segera. Sebenarnya Lahad Datu ni telahpun diduduki oleh orang-orang Sulu ini sejak sekian lama tanpa apa-apa gangguan dan sekatan dari pihak kerajaan. Mereka bebas menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual rokok seludup dan sebagainya dengan tanpa sekatan.

                Nasib penduduk tempatan di Lahad Datu ini telah lama terancam dengan kehadiran pendatang baik yang datang dari Indonesia mahupun Filipina. 

Betapa bebasnya pendatang ini menjual mercun dan rokok seludup tanpa sekatan seakan mereka berada di negara mereka sendiri. Kenapa jadi begini ? Adakah ini tidak menggugat keselamatan negara dan penduduk tempatan seperti dakwaan seorang menteri kita ?