Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 30 Julai 2011

SALAHUDDIN AYUB DAN MAHFUZ SAMAN POLIS DAN KERAJAAN

Dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

NONEMenurut laporan Harakahdaily, saman itu akan dikemukakan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin (kanan), tindakan itu terpaksa diambil memandangkan penahanan pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di balai polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya dipetik Harakahdaily.

teargas action at KL SentralSalahuddin dan Mahfuz juga telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di balai polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai lalu lebih kurang jam 11.50 pagi, beliau bersama Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.
Perintah larangan
Apabila tiba di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk, seorang anggota polis menahan mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu (seorang) pegawai polis dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageSeorang pegawai polis lain, katanya,kemudian telah bertanya kepada beliau, sama ada beliau tahu terdapat perintah melarang bagi beliau memasuki Kuala Lumpur?

"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke lokap polis Jinjang," katanya.

Sepanjang ditahan, Salahuddin juga mendakwa beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut perlembagaan dan melanggar hak asasi saya," katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi berkata tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas polis, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan