Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Sabtu, 31 Disember 2011

DS NIZAR JADI TUMPUAN DI KUALA PENYU,SABAH. ADA CERITA YANG MENGEJUTKAN..



MISTERI kedudukan Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin di dalam BN semakin menyerlah, terutama selepas Sabahkini.net melaporkan beliau akan memimpin sebuah parti baru melalui artikel ‘Lajim Ketua ‘Sabah People Front’?’
Terkini Blogger Pakatan Rakyat, Musli Oli dalam Facebooknya mendedahkan perkara berikut;
“Suara Pakatan Bergema di K Penyu!! Ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Rakyat terpukau dgn ucapan DS Nizar Jamaluddin yg pekik "Ni Kali La!!. Begitu juga VP PKR, Surindran yg sentuh otonomi Sabah dan 20 pts..DS Lajim turut hadir dan turut berucap. Esok Nizar dan saya berceramah di Kg Tamau, Kota Belud! Ni Kali La!!”
Jika kenyataan Musli benar, maka Lajim umpama telur di hujung tanduk kerana mengikut ‘Pantang Larang’ BN, ahlinya bukan sahaja tidak boleh hadir di Majlis Pembangkang, malah Lajim dikhabarkan turut berucap di majlis tersebut yang turut dihadiri pembesar Pakatan Rakyat.
Sabahkini.net akan berusaha mendapatkan ucapan penuh Lajim dalam masa terdekat.
--Sabahkini

Jumaat, 30 Disember 2011

AMANAH MUNGKIN MENJADI PARTI POLITIK

Sejumlah 80% ahli mahu Amanah jadi parti politik, kata Timbalan Presiden Amanah, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menafikan kemungkinan Amanah berubah menjadi entiti politik di masa akan datang tetapi ini tidak bermakna Amanah akan menyokong Umno- Barisan Nasional (BN).
“(Sejumlah) 80 peratus daripada ahli Amanah teringin Amanah jadi parti politik tapi saya dan Presiden Tengku Razaleigh Hamzah mahukannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Tak tahulah masa depan macam mana,” kata Kadir dalam rancangan Roadshow Menuju PRU 13 terbitan Malaysian Observer.
Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang pada bulan Julai dan didaftarkan sebagai pertubuhan kerajaan pada bulan Oktober.
Kadir merupakan ahli veteran Umno yang masih aktif berjumpa dan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat.
Ketika ditanya ramalan beliau mengenai gabungan politik (BN atau Pakatan Rakyat) yang akan menang pilihan raya umum ke 13, beliau sebaliknya memberi gambaran bahawa Amanah akan menyokong Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian dengan memetik kata-kata Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman ketika Tunku menjadi penasihat parti Semangat 46 dalam tahun 1980-an.
Kadir ketika itu berjumpa Tunku untuk memujuk beliau kembali kepada Umno.
“Takkan saya tak sayang Umno. Umno dah gelong. Rakyat dan negara lebih penting. Tak payahlah saya masuk balik Umno,” kata Kadir dengan merujuk kepada perbualan beliau dengan Tunku.
Menurut Tunku, mantan perdana menteri kedua Tun Hussein Onn turut menganggotai Semangat 46.
--Free Malaysia Today

PANDUAN SAHUT SALAM 1 MALAYSIA MENGIKUT ULAMA DAN PAKAR BAHASA YG TERNAMA. NILAILAH...

Pada majlis-majlis rasmi sejak kebelakangan ini, ucapan "salam 1Malaysia" sudah menjadi satu kebiasaan. Ungkapan yang tercetus hasil laungan slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, turut dilafazkan pembaca berita di awal dan akhir siaran setiap kali ke udara sama ada di radio mahupun televisyen.
  
Namun, ungkapan yang asalnya bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat itu cuba pula dipolemikkan apabila sesetengah pihak mendakwa ucapan salam itu merupakan perbuatan bidaah, tidak menjadi amalan Rasulullah dan lari daripada ajaran Islam.
  
Mereka mempersoalkan matlamat Salam 1Malaysia, kenapa dan bila perlu diucap serta apakah sahutannya kerana jika 'assalamualaikum' dan 'salam sejahtera', ada jawapan balasnya iaitu lafaz 'waalaikumussalam' dan 'salam sejahtera'.

Beberapa ahli akademik dan cendekiawan agama ketika diajukan persoalan itu menjelaskan "salam 1Malaysia" merupakan ucapan umum bertujuan mengukuhkan lagi  perasaan 1Malaysia dijiwa rakyat bagi menunjukkan rakyat negara itu adalah satu walau apa jenis bangsa dan anutan agama sekalipun.  
  
Dr Amini Amir Abdullah, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata daripada konteks agama, Salam 1Malaysia bukan perbuatan bidaah selagi ungkapan itu tidak disekalikan dengan ucapan salam yang diajar Islam seperti 'assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu 1Malaysia'.
  
Beliau berkata jika dilafazkan sedemikian, barulah ucapan "salam 1Malaysia" boleh dipertikaikan seolah-olah sengaja mempersendakan agama kerana ucapan "assalamualaikum" hanya merujuk kepada penggunaan sesama Islam sahaja.
  
"Kalau sesama Islam kita lafaz assalamualaikum diikuti Salam 1Malaysia tidak menjadi masalah kerana pada saya itu hanyalah ungkapan atau sapaan daripada orang Islam kepada yang bukan Islam," katanya kepada Bernama.
  
Mengenai cara menyahut "salam 1Malaysia" itu, Amini Amir, berkata adalah lebih sesuai sekiranya salam itu disambut dengan sahutan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
  
Katanya walaupun agak panjang, sahutan itu adalah paling sesuai bagi membawa maksud konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri kerana gagasan itu datang bersekali dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
  
Beliau berkata Jabatan Penerangan yang menjadi teras dalam menyebar luaskan sesuatu dasar kerajaan perlu lebih efektif menyelidik bagi menyediakan garis panduan seperti di mana dan bagaimana "salam 1Malaysia" diungkapkan serta apakah jawapan sesuai bagi menjawab ucapan salam yang diungkapkan.
  
"Setiap pemimpin yang mendokong gagasan itu juga perlu memainkan peranan seperti sentiasa mengungkapkan Salam 1Malaysia dengan cuba memberikan gambaran bagaimana salam itu perlu disahut," katanya.
  
Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Norizah Ardi, pula berkata ucapan itu tidak perlu dipolemikkan kerana seperti mana ungkapan "salam sejahtera", "salam 1Malaysia" perlu dilihat dalam konteks sejagat yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja tanpa terbatas kepada sesuatu kaum dan agama.
  
Beliau berkata perkataan "salam" yang digunakan tidak boleh disamakan dengan lafaz assalamualaikum kerana istilah itu digunakan bagi disesuaikan dengan persekitaran masyarakat yang pelbagai, sama ada dari segi agama, kaum dan bangsa yang ada di Malaysia.
  
Norizah berkata, walaupun kerajaan tidak memberi pilihan atau cadangan bagaimana ucapan "salam 1Malaysia" perlu disahut, sahutan paling sesuai ialah dengan mengulangi ucapan "salam 1Malaysia" itu  kepada orang yang melafazkannya.

"Dari segi logik, ia macam ucapan 'salam sejahtera' atau 'selamat pagi' yang mana kita akan menyambutnya dengan mengembalikan ucapan itu kepada mereka yang melafazkan," katanya.
  
Budayawan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata "salam 1Malaysia" telah menjadi satu trend baru seperti "salam perpaduan" yang pernah diperkenalkan sebelum ini.
  
Beliau berkata ucapan itu tidak mempunyai sahutan yang spesifik kerana "salam 1Malaysia" lebih kepada sapaan yang tidak memerlukan jawapan berbanding ucapan "apa khabar" dan "assalamualaikum" yang memerlukan kepada jawapan balas.
  
Bagaimanapun, tokoh Bahasa Melayu itu sependapat dengan Norizah yang menyarankan "salam 1Malaysia" dibalas sahutan "salam 1Malaysia" kembali.
  
"Tidak salah sekiranya ungkapan itu dibudayakan kerana ucapan itu tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau agama secara spesifik, malah secara tidak langsung boleh merapatkan lagi hubungan antara kaum," katanya.
  
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berpendapat ungkapan "salam 1Malaysia" dilafaz bagi mewujud dan mengeratkan lagi perpaduan masyarakat.
  
Beliau berkata soal bagaimana hendak membalas atau menyahut salam yang diungkapkan tidak timbul kerana yang lebih utama ialah tujuan di sebalik "salam 1Malaysia" itu sendiri, iaitu mendoakan perpaduan dan kesejahteraan sesama rakyat.
  
Perunding motivasi Rujhan Mohamed Razali pula berkata selain "assalamualaikum", semua ucapan salam yang lain adalah termasuk dalam kategori harus iaitu, "ucap pun boleh tidak ucap tidak mengapa".
  
Rujhan, dari Kiffah Motivation and Training Sdn Bhd, berkata selagi tidak membatasi lingkungan agama, "salam 1Malaysia" yang objektifnya adalah untuk perpaduan dan keharmonian, boleh dijawab dengan sahutan salam kembali.
  
"Bagaimanapun kita tetap ada pilihan sama ada nak jawab atau sebaliknya," kata rujhan, seorang daripada anggota panel rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9.

- Bernama

Khamis, 29 Disember 2011

PTD DITUDUH PUKUL SUAMI GUNA FAIL

SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.
Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.
Bagaimanapun Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

Rabu, 28 Disember 2011

ANWAR,AMBIGA DAN ROSMAH NAMA YANG POPULAR SEPANJANG 2011

PETALING JAYA: Isu politik menguasai tahun 2011 yang akan berakhir tiga hari lagi. Ia sangat menarik perhatian semua rakyat terutama yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat.
Ada beberapa individu politik yang sangat popular tahun ini. Mereka tidak syak lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Ambiga, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  dan beberapa yang lain.
Selain kes liwat Anwar, negara dikejutkan dengan video seks pemimpin popular pembangkang itu yang dianggap perang saraf untuk menambahburukkan tokoh tersebut.
Namun kelihatan tidak berkesan kerana ramai mempertikaikan ketulinannya walaupun PDRM mengesahkannnya.
Sehingga ini kes itu berlalu begitu sahaja.
Ambiga popular kerana perhimpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau juga menyokong seksualiti merdeka yang menyebabkan ratusan laporan polis terhadapnya.

Cincin Rosmah

Muncul Datin Seri Rosmah Mansor sebagai yang menjadi sebutan di kalangan peminat politik terutama generasi muda. Isteri perdana menteri itu dipalikan dengan pelbagai tuduhan terutama oleh sekelompok pemimpin muda PKR.
Antaranya beg tangan mewah dan cincinnya yang dikatakan bernilai juta ringgit.
Muncul tuduhan pihak tertentu kononnya Najib bermasalah dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung konsep 1Malaysia ciptaannya.
Shahrizat juga menjadi perhatian kerana terbabit dalam isu penyalahgunaan dana RM250 juta pusat fidlot nasional (NFC) milik suaminya, Datuk Mohamed Salleh Ismail.
Menteri dan ketua Wanita Umno itu menafikannya tetapi pemimpin Umno dan pembangkang berulang kali mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Perhimpunan agung Umno dan muktamar PAS serta kongres nasional PKR dingin. Kecuali kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS,  perhimpunan ketiga-tiga parti majoriti orang Melayu sepi.

MCA dan hudud

Perhimpunan MCA juga tidak menarik minat kecuali beberapa kenyataan  presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dengan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat. Selain itu berlaku juga perang mulut Dr Chua dengan pemimpin PAS dalam isu hudud.
Parti Gerakan yang kelihatan tenang tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Di akhir tahun,  muncul pertelagahan dalaman dalam PAS dan DAP. PAS membabitkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dengan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
DAP pula antara tokoh veteran Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, P Ramasamy.
Tindakan ahli Parlimen PKR N Gobalakrishnan meninggalkan parti tidak meninggalkan sebarang kesan.
Bagaimanapun, parti itu berdebar menunggu keputususan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah terhadap tuduhan liwat Anwar 9 Januari depan.
Nyawa PKR khususnya terletak pada Anwar. Separuh kekuatan Pakatan Rakyat pula bergantung kepada Anwar.

Perkasa lantang
Di kalangan NGO, Perkasa muncul antara yang paling lantang dengan isu-isu  Melayu dan Islam. Tidak ketinggalan NGO bernama Himpun yang membuat penampilan sulung di Shah Alam Julai lalu mahu mempertahankan agama Islam tetapi beberapa kerat sahaja yang menyokongnya.
NGO Anak yang diketuai pemimpin PAS Mazlan Aliman hanya popular di kalangan peneroka Felda.
Akhir sekali mahasiswa dan politik merupakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini menguntungkan mahasiswa tetapi mereka mahu lebih dari itu.
Akibatnya ratusan pelajar berarak dari Dataran Merdeka ke ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Malangnya tercetus insiden seorang mahasiswa mencabut bendera yang memaparkan gambar Najib menyebabkan laporan polis dibuat terhadap Adam Adli pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak.

SINOPSIS SEJARAH NEGARA " SIAPA YANG LEMAHKAN MELAYU " ? - NURUL IZZAH ANWAR

Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran yang disemat di hati kita semua lah yang menjadi penentu kepada kejayaan kelak.
Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:
Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?
Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?
Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
Siapa  memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?
Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?
Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?
Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?
Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?
Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?
Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?
Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?
Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?
Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?
Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?
Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?
Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan  Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?
Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’  0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?
Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?
Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?
Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?
--Malaysia Today

Selasa, 27 Disember 2011

KISAH MOHAMAD ALI DAN GOERGE FOREMEN MUNGKIN AKAN BERLAKU KEPADA UMNO

Di mana-mana kita pergi kita kedengaran orang ramai bertanya di antara satu dengan lain. Pertanyaan wajib apabila mereka bertemu ialah, bila pilihanraya akan di adakan. Saya pun selalu juga ditanya soalan itu dan saya memberikan jawapan yang standard: bila BN akan kehilangan kuasa. Maksud saya bila-bila pun boleh tetapi keputusannya ialah UMNO dan BN akan hilang kuasa. Itulah dia tarikh pilihanraya umum.
Saya yakin yang UMNO itu akan akhirnya menghadapi realiti yang masa untuk parti ini berehat sudah semakin hampir tiba. Seperti orang yang bermain gasing; sudah tiba UMNO untuk mengambil giliran untuk memusing dan orang lain pula yang memangkah mereka. UMNO sudah memangkah begitu lama, kali ini biarlah orang lain pula untuk memangkah.

Apa yang UMNO patut membuat perkiraan, di antara 56 kerusi yang mereka menangi di Semenanjung ini berapa yang mereka masih mampu untuk mengekalkannya dan di antara 13 kerusi di Sabah berapa pula jumlah kerusi yang UMNO boleh kekalkan berada dalam tangan mereka. Bagi kerusi-kerusi MCA dan Gerakan serta MIC rakyat sudah membuat keputusan lebih awal sebelum pilihanraya sebenarnya di adakan. Patah-patahkan jari, kiralah sendiri.

Sabah dan Sarawak merupakan tempat pertarungan hebat politik selepas ini. Cerita Sabah dan Sarawak menjadi ‘fixed deposit’ BN sudah berlalu dibawa angin yang lalu. Rakyat di kedua-dua buah negeri ini nampaknya dengan deras sedang melakukan perubahan selepas menjalani ‘soul searching’ sejak beberapa ketika dahulu.

Di seluruh negara samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak angin untuk membawa perubahan itu sudah mula bertiup kencang dan tidak mudah untuk mengalihkan arah tiupan angin itu. Pendeknya perubahan itu akan tetap berlaku kerana angin itu semakin hari semakin kencang tiupannya.Apabila saya memikirkan nasib UMNO dan sekutu-sekutunya, saya teringat pula kepada pertarungan tinju di antara Muhammad Ali dan George Foremen lebih dari dua dekad dahulu.

Dalam pertarungan itu George Foreman telah jatuh kalau tidak silap saya dalam pusingan yang ke-lima. Apabila Foreman kalah dan jatuh secara knock out itu, media telah membuat interview dengan Foreman. Pemberita sukan telah bertanya kepada Foreman kenapa beliau tidak bingkas bangun setelah dijatuhkan oleh Muhammad Ali, Foreman menjawab, “Saya tidak boleh bangun lagi kerana saya tidak pernah jatuh rebah”

Adakah UMNO akan menghadapi nasib seperti George Foreman? Saya tidak tahu jawapannya. Kita tengok sahaja apabila sampai waktunya. Saya bukan seorang wali atau aulia untuk memberikan jawapannya. Jika saya tahu pun jawapannya biarlah jawapan itu berada di dalam benak saya sendiri.--ASPAN ALIAS

Ahad, 25 Disember 2011

FITNAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar milik Umno itu bersalah memfitnah Lim Guan Eng dalam sebuah berita yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember 2010.
Mahkamah memerintahkan Utusan untuk membayar RM 250,000 kepada Guan Eng dan RM 25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Kisah ahli politik dan saman mereka terhadap akhbar, blog atau ahli politik yang lain bukanlah sesuatu perkara baru di Malaysia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyaman ramai pihak kerana mendakwa mereka memfitnah dirinya. Anwar pernah menyaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia.
Anwar juga pernah menyaman ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi.
Oleh kerana banyak saman dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kepada golongan yang memfitnah mereka, persoalan ditimbulkan oleh sesetengah pihak, apakah tindakan saman menyaman ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara?
Buku Jingga
Laman Suara Pakatan Rakyat (www.suarapakatanrakyat.com) pada 19 Disember lalu menimbulkan persoalan ini terhadap Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini sedang menyaman pemilik blog Ruang Bicara Faisal dan Kickdefella kerana didakwa memfitnah dirinya dalam penulisan mereka.
Naib presiden PAS itu menyaman sebanyak RM 500,000 kepada pemilik blog Ruang Bicara Faisal dan RM 5 juta kepada penggendali blog Kickdefella.
Menurut laman web tersebut, tindakan Husam menyaman kedua-dua penulis blog tersebut bercanggah dengan prinsip Buku Jingga yang mengatakan:
"Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat."

Persoalan seperti ini pernah juga dibangkitkan oleh sesetengah pihak satu ketika dahulu apabila Anwar dan Lim menyaman akhbar. Kata mereka, kebebasan bersuara belum terjamin jika Pakatan memerintah.
Penulis berkesempatan untuk menemuramah ringkas Husam melalui telefon untuk mendapatkan jawapan beliau mengenai kritikan laman web tersebut terhadapnya.
Menurut exco kanan tersebut, beliau bukanlah antidemokrasi atau kebebasan bersuara apatah lagi untuk mengkhianati prinsip Buku Jingga yang dipersetujui bersama oleh parti gabungan dalam Pakatan.
"Blogger atau penulis boleh menulis apa-apa sahaja kecuali fitnah. Jika berani memfitnah, mereka juga harus berani untuk berhadapan dengan tindakan yang bakal diambil," katanya.
Menurut Husam lagi, beliau tidak mempunyai masalah untuk dikritik kerana beliau percaya kritikan itu baik bagi seseorang untuk memperbaiki dirinya. Yang beliau tentang adalah fitnah dan tohmahan.
"Dalam Islam sendiri, fitnah adalah satu dosa yang besar. Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. Islam memberi ruang kepada orang yang difitnah untuk membersihkan dirinya.

"Saman adalah salah satu kaedah untuk saya membersihkan diri. Sebagai seorang Muslim, maruah dan itegriti adalah sesuatu perkara yang penting", kata Husam.
Tiada kebebasan untuk memfitnah
Nampaknya masih ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan maksud kebebasan bersuara dan fitnah. Ramai penulis-penulis blog dewasa ini yang menganggap melemparkan fitnah itu sebahagian daripada kebebasan bersuara.
Kritikan berbeza dengan fitnah. Kita boleh mengkritik sesuatu pandangan atau tindakan yang kita rasakan tidak sesuai. Pihak yang dikritik bebas untuk mengkritik semula.
Berbeza dengan fitnah. Fitnah adalah sesuatu perkara yang tidak benar tetapi diada-adakan untuk tujuan tertentu. Jika berani memfitnah, seseorang harus bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Kebiasaannya, penulis-penulis blog yang suka memfitnah ini tidak berani mendedahkan identiti mereka. Berselindung disebalik nama samaran. Kadangkala penulis-penulis blog seperti ini mempunyai "tuan-tuan" politik.
"Jika ahli politik, boleh dilawan secara politik. Masalah dengan penulis blog yang suka menyebarkan fitnah ini, kadangkala ada ahli politik yang takut untuk berlawan secara terbuka menggunakan mereka (baca: penulis blog) bagi menjatuhkan lawan atau pesaing politik mereka.
"Jika mereka (penulis blog) yakin apa yang ditulis itu benar, tak perlulah berselindung, bertanggungjawablah terhadap apa yang ditulis," kata Husam.
Bintang politik selepas Anwar
Selain Anwar dari PKR dan Lim dari DAP yang dilihat mempunyai kualiti untuk memimpin negara jikalau BN berjaya dikalahkan, Husam adalah tokoh dari PAS yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Telah timbul cakap-cakap tentang Husam sebagai seorang tokoh yang bakal ditonjolkan kedepan jikalau Anwar terhumban ke penjara. 9 Januari tahun depan menjadi penentu untung nasib Anwar. Mahkamah akan membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau tidak.
Jikalau Anwar dipenjarakan, seseorang tokoh diperlukan untuk menyatukan Pakatan seperti apa yang Anwar lakukan sekarang. Husam dilihat mempunyai kemampuan untuk melakukan perkara tersebut.
Di Kelantan, semenjak menjadi exco kerajaan negeri, banyak pencapaian yang telah beliau lakukan.
Dalam kes royalti minyak Kelantan, beliau berhempas pulas dan berjaya meyakinkan veteran politik Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah - juga mantan pengerusi Petronas untuk bersama-sama menggembalikan hak rakyat negeri tersebut.
Hubungan dagangan antarabangsa bersama gergasi ekonomi dunia seperti China juga dibina beliau untuk memajukan negeri Kelantan.
Sebab itu Husam tidak pernah lekang dari serangan musuh-musuh politiknya. Serangan dari dalam dan luar Pakatan. Namun sehingga kini, Husam masih lagi bertahan.
Fitnah adalah cabaran baru bagi ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh di Malaysia selepas ruang internet didemokrasikan. Dalam keadaan pihak berkuasa yang seringkali mengamalkan sikap memilih bulu dalam berhadapan dengan fitnah penulis blog, gejala ini terus berleluasa.
Jikalau pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis tegas terhadap semua pihak yang memfitnah tanpa memilih bulu, tidak perlulah Tan Sri Musa Hassan, bekas ketua polis negara mengambil tindakan saman terhadap berberapa blog yang memfitnah beliau berkahwin dengan seorang artis baru-baru ini.
Saman menyaman yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk mendapatkan duit menang saman, akan tetapi untuk memberikan pengajaran tentang perbezaan antara kebebasan bersuara dan fitnah.

Sabtu, 24 Disember 2011

DILEMA NAJIB - AMIN ISKANDAR


24 DIS — Menurut seorang teman yang juga seorang ketua editor sebuah “news portal” terkemuka tanahair, perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad berusaha keras untuk melaksanakan program-program ekonomi, sosial dan politik yang dekat dihati rakyat.
Ini boleh dilihat dari pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selepas menggantikan Dr. Mahathir, jika kita ingat kembali – Abdullah Badawi berusaha keras untuk melaksanakan reformasi dalam kerajaan pimpinannya.
Yang menjadi batu penghalang utama kepada program-program reformasi Abdullah Badawi adalah dari parti Umno sendiri.
Golongan “garis keras” yang kuat bersarang dalam parti tersebut sehingga akhirnya, Abdullah Badawi menjadi bahan jenaka.
Sabotaj dari dalam Umno menjadi antara punca keputusan pilihan raya umum ke 12 yang menyaksikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen dinafikan – berberapa negeri BN terlepas ketangan pembangkang.
Abdullah tersingkir dari tampuk kuasa dan Datuk Seri Najib Razak menggantikannya. Selain gagasan 1 Malaysia, Najib menjuarai program transformasi didalam pentadbirannya.
Dari ekonomi, sosial dan politik semuanya mahu ditransformasikan oleh Najib. Seperti Abdullah, Umno sendiri menjadi batu penghalang kepada program-program Najib.
Sehingga kini, Najib masih belum dilihat mempunyai kekuatan untuk meyakinkan Umno untuk bersama gagasan yang ingin beliau bawa.
Panglima Najib
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah salah seorang “panglima” kepada program transformasi politik Najib. Tanpa restu dari Najib, tidak mudah bagi Saifuddin untuk bergerak ke tahap ini.
Kita dapat melihat bagaimana Saifuddin berani untuk berhadapan dengan mahasiswa, politikus pembangkang dan NGO dalam forum-forum terbuka untuk mempertahankan program transformasi Najib.
Saifuddin juga konsisten mempertahankan hak kebebasan mahasiswa untuk berpolitik dan mahukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda bagi menjamin kebebasan tersebut.
Untuk saya, jika Najib mempunyai lebih ramai panglima seperti Saifuddin, Pakatan Rakyat (PR) berada dalam bahaya besar. Namun sudah pasti orang seperti Saifuddin tidak disukai oleh golongan garis keras dalam Umno.
Peristiwa demonstrasi mahasiswa dihadapan Bangunan Umno di PWTC minggu lalu - dimana bendera presiden Umno ke tujuh, Najib Razak diturunkan dan digantikan dengan bendera kebebasan menjadi satu “bola tanggung” kepada golongan “garis keras” dalam Umno.
Saifuddin akhirnya di”smash”. Beliau didesak untuk meletakkan jawatan diatas insiden penurunan bendera tersebut. Serangan itu dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.
Walaupun Saifuddin - juga Ahli Parlimen Temerloh berulang kali mengulangi pendiriannya bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Najib di pekarangan ibu pejabat Umno harus meminta maaf terhadap insiden tersebut.
Sejauh mana kekuatan Najib
Untuk melihat kuat atau lemahnya Najib dalam Umno, kita boleh perhatikan dengan bagaimana perdana menteri mengurus kes Saifuddin Abdullah ini,
Jika Najib kuat, beliau pasti akan mempertahankan Saifuddin dan menutup “mulut” golongan keras dalam Umno. Jika Najib dalam keadaan lemah, Saifuddin mungkin tidak tercalon lagi sebagai calon BN di kerusi Temerloh dalam PRU akan datang.
Najib sudah pasti tahu, orang seperti Saifuddin mampu untuk memenangi hati orang muda dan mahasiswa walaupun tidak secara keseluruhannya.
Mempunyai lebih ramai orang seperti Ahli Parlimen Temerloh ini, akan memperlihatkan kepada masyarakat umum bahawa beliau serius dengan program transformasi dan politik baru.
Akan tetapi, ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Abdullah Badawi yang dari awal digelar “Mr. Clean” pun diterajang keluar dari kepimpinan Umno oleh kerana melawan tradisi parti tersebut.
Lihatlah bagaimana nasib menantunya yang kini Ketua Pemuda Umno. Walaupun memegang jawatan penting dalam parti, beliau tidak dapat memainkan peranan dalam kerajaan.
Pesaing beliau yang kalah dan Naib Ketua Pemuda Umno dilantik menjadi Timbalan Menteri. Begitulah serba sedikit gambaran betapa kuatnya golongan “garis keras” dalam Umno.
Inilah dilemma besar yang dihadapi oleh Najib. Jika tidak melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan, jangka hayat BN semakin pendek. Jika menjuarai perubahan, penghalang utama bukan Pakatan Rakyat (PR) tetapi Umno itu sendiri.
Apatah lagi apabila golongan “garis keras” dipayung oleh “Godfather” yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno dan jentera kerajaan.

Jumaat, 23 Disember 2011

JANGKAHAYAT BN DI HUJUNG JALAN - AFIQ M NOOR

  Terlalu banyak yang perlu kita kenang sebelum tahun 2011


2011 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi. Tahun ini telah menyaksikan beberapa sejarah yang telah merubah lanskap politik Malaysia.
Ternyata tsunami politik pasca PRU-12 masih lagi menunjukkan bisanya walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan memerintah untuk menawarkan ‘bisa’ gelombang kebangkitan rakyat.
Mengambil ‘berkat’ rancangan Maharaja Lawak yang bakal berakhir hujung tahun ini, saya mengandaikan begitulah jangkahayat Barisan Nasional.
Sewaktu saya menulis artikel ini, Dewan Negara telah pun meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 hanya dalam masa sehari.
Hebat bukan? Satu Rang Undang-Undang yang dikritik oleh pengamal undang-undang bahkan oleh Special Rappoteur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh diluluskan dalam masa sehari oleh Dewan Negara. Ini lah uniknya Malaysia. Negara yang tiada apa-apa yang mustahil –‘Boleh Land’ . Benarlah kata orang Malaysia Truly Asia.
Secara peribadi saya merasakan Bersih 2.0 merupakan kemuncak bagi kebangkitan rakyat tahun ini.
Rakyat Malaysia yang prihatin dari segenap ceruk berkumpul dan berhimpun mendesak agar sistem pilihanraya direformasikan supaya ianya lebih telus dan bersih.
Rakyat sudah jelak dengan Suruhanjaya Pilihanraya yang diperkudakan seolah-olah ianya parti komponen Barisan Nasional. Usaha kerajaan persekutuan melalui media – media arus perdana yang cuba menakut-nakutkan dan menggertak rakyat yang ingin keluar berhimpun ternyata gagal.
Suasana Kuala Lumpur sehari sebelum Bersih 2.0 sangat luar biasa tenang dan aman. Rakyat tidak lagi takut dan makan kepada ugutan Kerajaan.
9 Julai 2011 adalah kenangan manis bagi rakyat Malaysia dan saya (kerana inilah kali pertama saya turun berdemo). Jika dahulu saya percaya hanya teh tarik dan nasi lemak (dan makanan-makanan lain) sahaja yang mampu meleburkan (transcends) sempadan agama dan bangsa (yang mana saya masih percaya lagi sehingga saat artikel ini ditulis).
Tetapi Julai 9, .2011 membuktikan sebaliknya, rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa, agama dan keturunan bersatu di jalan raya melawan regime kezaliman dan penindasan.
Rakyat sudah bosan dengan sandiwara dan tipudaya Barisan Nasional yang sanggup memperkudakan SPR, PDRM dan agensi-agensi lain yang dibiayai oleh wang rakyat demi untuk memastikan survival politik mereka.Perang terhadap Agong
Sebulan sebelum Bersih 2.0, kerajaan ‘Transormasi’ 1Malaysia dengan kerjasama polis telah menahan 12 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia yang kononnya berhasrat untuk melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Tak masuk akal bukan? Ingat kita masih lagi bercerita tentang Boleh Land. Semuanya tidak mustahil.
Tahun 2011 juga merupakan tahun pertama saya berurusan dengan pihak polis (Ya! Saya masih muda).
Sewaktu tahun akhir di Sekolah Undang-Undang, subjek Prosedur Jenayah adalah antara subjek yang menjadi pujaan hati saya. Kami diajar apakah itu tangkapan, bagaimana tangkapan dibuat?, apakah hak-hak orang yang kena tangkap – termasuk mendapatkan khidmat peguam pilihan.
Malang bagi saya, subjek itu tidak langsung mempersiapkan saya untuk berurusan dengan pihak polis.
Teori-teori yang diajar di dalam buku-buku teks dan Kanun Acara Jenayah tak lebih dari bacaan sebelum tidur.
Pengalaman mengendalikan soal siasat polis menunjukkan sebaliknya. Anak guam langsung tidak diberi akses kepada peguam dan sudah menjadi rukun untuk para peguam terpaksa meninggikan suara kepada pegawai polis yang bertugas.
Dan selepas hampir setahun pengalaman saya berurusan dengan polis, saya perhatikan para pegawai polis mempunyai template jawapan yang sama untuk setiap soalan yang ditanya – “ Saya tak tahu, saya hanya ikut arahan orang atas…..”. (Mungkin itu polisi pelanggan mereka :-)
Pada bulan Oktober 2011, pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah digantung daripada menjalankan tugasnya sebagai ahli akademik oleh pihak Universiti berikutan kritikannya terhadap tidakan Sultan Selangor dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dalam isu serbuan di gereja Damansara Utama.
Ramai ultra-Melayu dari kalangan Umno dan Perkasa mengkritik Aziz Bari, kononnya telah menderhaka kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor.
Barangkali mereka lupa atau mempunyai ‘selective memories’ terhadap tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan perang secara terbuka dengan mengkritik Sultan-Sultan Melayu di media arus perdana suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Prof Aziz Bari juga telah dikritik oleh Menteri Pengajian Tinggi, kononya ingin berpolitik dan menyebelahi Pakatan Rakyat. Boleh jadi Menteri terlupa tentang istilah ‘Kebebasan Akademik’.
Tidak cukup sampai di situ, 31 Oktober, 2011 Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Seksyen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti 1974 sebagai tidak sah dan ‘ultra-vires’ dengan Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan 2-1 itu menggemparkan negara dan semestinya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri, yang sebelum ini mengumumkan pelan transformasi untuk meminda AUKU, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordian Darurat telah mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu ke Mahkamah Persekutuan. Ironi bukan?
Lebih ironi dalam pelan transformasinya untuk memansuhkan ISA, Kementerian Dalam Negeri telah menahan seramai 13 orang di bawah undang-undang zalim tersebut pada 15 September, iaitu tidak lama selepas Perdana Menteri mengumumkan transformasinya.
Gelombang kebangkitan mahasiswa terus bergerak dan mendesak agar kerajaan menghormati kebebasan akademik.
17 Disember 2011 yang lalu sekumpulan mahasiswa turun ke jalan untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah.
Saya hanya mampu ‘tabik spring’ kepada mahasiswa-mahasiswa ini, termasuk bekas mahasiswa UKM 4, yang berani berdiri memperjuangkan dan mempertahankan hak anda sebagai mahasiswa dan manusia.
Seperti kata Soe Hok Gie, “Mimpi saya yang terbesar, yang ingin saya laksanakan adalah agar mahasiswa Indonesia berkembang menjadi ‘manusia-manusia yang biasa’.
Menjadi pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang bertingkahlaku sebagai seorang manusia yang normal, sebagai seorang manusia yang tidak mengingkari eksistensi hidupnya sebagai seorang mahasiswa, sebagai seorang pemuda dan sebagai seorang manusia” –(andaikan Soe Hok Gie sedang berbicara dengan anda, dan gantikan kalimat Indonesia dengan Malaysia)
Ingat! Mahasiswa bukan haiwan yang berhabitat di dewan-dewan kuliah dan bersempadan di pintu pagar universiti sahaja. Mereka adalah sebahagaian daripada masyarakat dan bertanggungjawab terhadap pencerahan masyarakat.
Terlalu banyak yang perlu kita kenang sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya. Artikel pendek ini tidak cukup untuk ‘recap’ setiap peristiwa yang berlaku. Tapi untuk berlaku adil, izinkan saya menyebut kata kunci bagi setiap peristiwa yang signifikan:
Ludah, tampar, kuning, doraemon haram, cincin, lembu, kondominium, kapal selam, Seksualiti Merdeka, katak dan Saiful.
Untuk tidak menimbulkan sebarang kontroversi dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulid* Nabi Isa (A.S) kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2012.
(*Maulid ialah istilah Arab yang bermaksud ulangtahun atau birthday)

--Afiq M Noor adalah ahli Lawyers For Liberty

Khamis, 22 Disember 2011

CARI DURIAN JUMPA MAYAT

SANDAKAN: Seorang wanita yang sedang mencari durian menemui mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di kepalanya di Kampung Sandak Batu 10 dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita itu menemui mayat terbabit di tepi jalan kira-kira pukul 5.30 pagi.
Katanya identiti mayat itu belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemui.
Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kesan cedera di kepala mayat itu dipercayai akibat dipukul.
Fadzil berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 
--BERNAMA

DATANG BIARLAH NAMPAK MUKA,PERGI BIARLAH NAMPAK BELAKANG

22 DIS — Beberapa orang rakan meminta saya membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku dalam PAS yang berkait dengan isu Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa.
Saya pula berpendapat itu adalah isu dalam PAS dan Nasharudin telah menyatakan yang beliau akan terus setia dengan PAS. Tetapi mereka mahukan komen pendek saya tentang Hasan Ali, Exco kerajaan Selangor yang menyatakan yang PAS telah menyimpang dari perjuangan asalnya.
Oleh kerana PAS bukan parti saya maka saya tidak dapat memberikan komen yang tepat kerana saya tidak pernah berada di dalam parti itu. Oleh kerana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam parti itu saya tidak mampu untuk memberikan komen. Saya mungkin boleh memberikan sedikit sahaja komen mengikut apa yang saya nampak dan dengar dan komen saya hanyalah berdasarkan kepada “apa yang terbit, itulah yang saya tuai”.
Saya telah mendengar tentang Hasan Ali ini sejak beberapa lama dahulu. Beliau begitu resah berada dalam PAS kerana beliau telah dijadikan umpan oleh pihak yang berseteru dengan PAS agar PAS menjadi lemah.
Beliau adalah orang yang kuat untuk menemukan PAS dengan Umno untuk penyatuan orang Melayu Islam tetapi usaha beliau itu tidak pergi ke mana-mana kerana keseluruhan ahli PAS telah memberikan “stand” yang tegas melalui muktamar parti itu yang bekerjasama dengan Umno itu tidak berhasil.
Hasan di katakan agak “obsess” dengan usaha menyatukan Umno dengan PAS dan keputusan PAS tidak melayani cadangan Umno untuk PAS bersatu dengannya. Ramai berpendapat kecenderungan Hasan untuk mendapat keuntungan peribadi beliau merupakan penyebab mengapa beliau mengambil stand “middle left” dalam perhubungan di antara PAS dengan Umno.
Keuntungan yang di rasakan akan di perolehi oleh beliau jika PAS bekerjasama dengan Umno ialah jawatan yang baik seperti MB dan lain-lain, lebih baik dari apa yang beliau sandang sekarang ini.
Bagi pendapat saya secara peribadi, Hasan patut meninggalkan sahaja PAS dan tidak berdolak dalik dengan susunan kata-kata yang mudah dibaca orang. Bak kata perbilangan, ramai boleh “menyelam air dalam tunggak” Hasan itu.
Hasan mesti faham dalam keadaan sekarang hanya ada dua posisi yang di ambil oleh individu yang bermain politik; iaitu duduk di sana atau duduk di sini. Politik hari ini memerlukan pendirian yang jelas kerana bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepimpinan negara, mereka tidak mahu berketuakan mereka yang tidak di sini dan tidak di sana.
Bagi pihak yang menentang arus mereka mahu melihat pemimpin yang jelas mahu melihat pimpinan hari ini di ambil alih oleh pihak alternatif. Sebaliknya bagi mereka yang mahu mempertahankan pimpinan yang ada mereka perlu jelas duduk di sebelah pihak yang mempertahankan pimpinan itu dengan jelas dan nyata. Mereka yang cuba bermain politik mengikut jalan tengah pada masa ini pasti akan menghadapi masalah besar.
Alasan Hasan kenapa beliau tidak begitu sejalan dengan PAS ialah kerana PAS sudah jauh menyimpang dari perjuangan Islam kerana telah menumpukan perjuangan untuk negara berkebajikan. Dalam persoalan ini Hasan patut menjawab jika benar beliau sudah di lamar oleh Umno, adakah alasan yang di sebut beliau itu relevan?
Jika Hasan menyertai Umno adakah beliau benar-benar percaya yang Umno itu adalah parti Islam yang di cari-cari oleh Hasan? Soalan kepada Hasan lagi, adakah perjuangan untuk negara berkebajikan itu bukannya perjuangan Islam?
Sebenarnya Hasan Ali adalah seorang yang sangat tinggi cita-citanya. Beliau pun menilai dirinya begitu penting yang mempunyai “consequence” yang begitu besar dalam negara ini.
Jika seseorang yang memeriksa kertas peperiksaan sendiri selalunya markahnya akan menjadi tinggi. Itu lah sebabnya jika kita menduduki peperiksaan kertas jawapan peperiksaan yang kita duduki itu diperiksa oleh pihak lain yang mempunyai kredibiliti dan ilmu yang lebih tinggi dari kita yang menduduki peperiksaan itu.
Hasan Ali pada pandangan saya yang tidak pun ahli kepada PAS, elok beliau lakukan sesuatu yang baik untuk dirinya, kerana sekarang ini nampaknya beliau “datang tak dipanggil, perginya pun tak di halau”
Kalau semasa datang ke PAS dahulu nampak mukanya, sekarang jika beliau meninggalkan PAS, biarlah nampak belakangnya. 

  — aspanaliasnet.blogspot.com

Rabu, 21 Disember 2011

KENYATAAN UST.NASHA PUKULAN BUAT UMNO

Minda KS : Kita berharap dengan kenyataan dan pengakuan jujur Ust.Nasha ini akan dapat meleraikan kekusutan dalam PAS. Sekurang-kurangnya Ust.Nasha tidak pernah memalu gendang perang seperti Hassan Ali.

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.
Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.

Selasa, 20 Disember 2011

ANALISIS ATAS KERTAS SABAH DAN SARAWAK AKAN MEMUDAHKAN PR MENAWAN PUTRAJAYA

20 DIS — Berdegar-degar sungguh pembangkang untuk menjadikan Borneo sasaran utama mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Terbaru, semasa wacana anjuran Sinar Harian beberapa hari lepas, salah seorang pemimpinnya menarik perhatian — kunci kemenangan pembangkang bergantung kepada penguasaan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Katanya, jika pembangkang tidak dapat menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, agak sukarlah bagi mereka menawan Putrajaya.
Ungkapan itu seolah-olah membayangkan tugas pembangkang untuk menguasai kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung “tidaklah susah sangat”. Jadi, Sabah dan Sarawak kini sasaran mereka. Kalau dengan lain perkataan, nada sentimen ke arah kemenangan pembangkang agak tinggi.
Di sebalik kenyataan pemimpin pembangkang itu, sewajarnyalah para pemimpin parti komponen BN dan ahlinya mengambilnya sebagai satu cabaran cukup besar untuk memastikan mandat parti pemerintah itu di dua negeri Malaysia Timur itu terus kekal status quonya.
Masih ingatkah lagi dengan penegasan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini — perlu kerja luar biasa untuk memastikan kemenangan. Masakan parti-parti komponen lupa akan amanat yang cukup besar itu kerana ia dibuat atas platform tonggak BN itu untuk menghadapi ibu segala pilihan raya tersebut.
Marilah kita analisis sedikit kemenangan BN di Sabah pada 2008. Di beberapa kerusi Parlimen dan DUN, BN cuma menang dengan majoriti yang cukup tipis.
Di kerusi Parlimen Sandakan, calon BN di situ iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong agak bernasib baik ekoran ketidaksepakatan calon DAP, Shanty Chong Chui Lin dan calon Bebas, Fong Vun Fui.
Liew memperoleh 8,297 undi berbanding Chong (8,121) dan Fong (2,929), sekali gus membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan dengan undi majoriti hanya 176.
Di DUN Kepayan (dalam Parlimen Penampang) pula, calon BN yang juga calon tunggal MCA, Datuk Edward Khoo Keok Hai memperoleh 6,162 undi manakala calon DAP, Stephen Jacob Jimbangan (4,100) dan calon PKR, Datuk Chau Chin Thong @ Chau Chin Tang (3,658). Di DUN Kuala Penyu (dalam Parlimen Beaufort), calon BN, Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing merampas semula kerusi berkenaan daripada calon Bebas yang juga penyandang, Datuk Johan @ Christopher O.T. Ghani. Bagaimanapun, Teo yang memperoleh 4,416 undi hanya menang dengan undi majoriti 257 berbanding Ghani (4,159 undi) dan calon PKR, Guandee Koh Hoi (889 undi).
Di DUN Bingkor (dalam Parlimen Keningau), peluang Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk merampas kerusi itu daripada penyandang, Justin Guka dari BN, digagalkan dengan kehadiran dua calon Bebas, masing-masing Victor Leornadus @ Victor Leonardus dan Uling @ Thomas Anggan. Jeffrey tewas dengan kekurangan 171 undi. Victor memperoleh 129 undi manakala Uling memperoleh 164 undi.
Jika kedua-dua calon Bebas itu memberi laluan kepada Jeffrey untuk berdepan dengan Justin, besar kemungkinan DUN Bingkor dirampas pembangkang. Keadaan sama dapat dilihat di DUN Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ketidaksepakatan calon DAP, PKR dan Bebas menyebabkan calon BN menang di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya itu, BN mengekalkan penguasaan di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Ia menyamai prestasi pada Pilihan Raya Umum 2004 tetapi pada 2008 itu menyaksikan BN terlepas genggaman di kerusi DUN Sri Tanjong (dalam Parlimen Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.
Begitupun, selain DUN Sri Tanjong, ada sekurang-kurangnya enam lagi kerusi DUN yang tampak seolah-olah mampu dirampas pembangkang iaitu Kepayan, Kuala Penyu, Bingkor, Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ini berdasarkan undi diperoleh calon pembangkang yang bertelagah, tetapi turut bertanding di kerusi sama.
Demikian juga di Sarawak, jika BN tak cukup bersiap-siaga, kemungkinan masa depan yang agak gelap terpaksa ditempuh.
BN Sarawak ketika ini memiliki 29 kerusi Parlimen dan baki dua kerusi lagi milik DAP. Dan jika disingkap keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak pada Pilihan Raya negeri April lalu, ia memberi gambaran sekiranya undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berkemungkinan besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Bumi Kenyalang kepada DAP dan PKR dalam PRU13.
Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam pilihan raya Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Di bawah Parlimen Sibu, dari tiga kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis.
Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan pembangkang di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperoleh oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.
Dengan keputusan pilihan raya negeri itu, DAP dikatakan mampu merampas sehingga lima kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU13. Antaranya, kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri serta Bintulu.
Bagi Parlimen Stampin, pembangkang telah memenangi dengan undi banyak di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR. Di Parlimen Sarikei pula, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.
Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan (kini bekas presiden) kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.
Sementara itu, kedudukan “kelabu” bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006.
Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di tiga kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.
Apa yang boleh dirumuskan pada pilihan raya Sarawak April lalu ialah BN menang tetapi presiden-presiden komponennya semua hilang majoriti. BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi meskipun majoriti yang diraihnya jatuh banyak.
Namun, analisis tadi adalah “di atas kertas”. Tetapi tidak mustahil jika itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh BN jika amanat Najib baru-baru ini tidak disegerakan.

ANALISIS : KEMELUT DALAMAN UMNO MENJELANG PRU KE 13.


Dalam Malaysia menanti PRU 13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi selepas bekas PM Mahathir Mohamad yang masih merupakan orang penting dalam politik negara, ada pertelingkahan yang dijangka akan berlaku dalam Umno iaitu untuk menguasai Umno.
Sememangnya bagi parti yang telah memerintah selama 54 tahun itu, ia sebenarnya sedang melalui fasa-fasa terakhirnya dan momentumnya sedang laju dan mungkin melangkaui kepentingan ahli-ahlinya pada PRU 13 nanti. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berkaitan dan keputusannya mungkin berhubungkait.


Elit Umno memplot dan merangka sedang Umno diambang kejatuhan

Di bahagian tertinggi, presiden dan juga perdana menteri negara Najib Razak sedang menepis cabaran daripada Muhyiddin Yassin.
Di usia 64 tahun, 6 tahun lebih tua daripada Najib, Muhyiddin yang berimej lembab itu sebenarnya sedang membuat percaturan yang agak baik dengan kumpulan ekstrim Umno. Sifat perkauman beliau menyerlah di mata mereka dan rasa takut kepada cabaran sekiranya parti itu hilang kuasa.
Pemain lain yang mempunyai lebih banyak kuasa disebabkan kekayaan yang mereka perolehi hasil daripada pentadbiran jenis authoritarian mereka juga sedang menunggu peluang dan mereka sedang sibuk membina rappo dengan ahli lain supaya mereka dapat pastikan bahawa mereka dicalonkan dan proksi mereka kuat supaya mereka dapat membina kuasa justeru mendapat jawatan tinggi dalam parti.
Selain daripada Mahathir yang berusia 86 tahun, mereka yang jatuh dalam kategori ini adalah Dain Zainuddin, bekas PM Abdullah Badawi, dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh.
Untuk mereka ini, tugas utama adalah memastikan orang mereka, ini termasuk ketua Wanita dan Pemuda berpeluang bertanding di sebanyak mungkin kerusi pada PRU 13 nanti. Mereka yang mempunyai penyokong teramai menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi yang paling dominan dalam Umno.
Ini sangat penting walaupun sekiranya Pakatan BN kalah di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana parti itu mempunyai kepentingan yang banyak dalam ekuiti dan aset yang berjumlah berbillion ringgit. Ini sahaja mampu menjadikan Umno pulangan terbaik di negara.

Masa depan UMNO

Secara politiknya, imej Umno sememangnya sudah teruk dan orang Umno sekarang tidak berani menyatakan secara terang-terangan bahawa mereka adalah ahli Umno. Tidak seperti zaman dulu, menjadi ahli Umno adalah suatu yang dibanggakan dan akan memberikan penghormatan kepada ahli nya. Sekarang, ahli Umno boleh bersyukur sekiranya tidak ditikam dengan telur busuk dan setakat mendapat “boo” daripada orang lain.
Tetapi, penjenamaan semula parti politik itu adalah sesuatu yang tidak mustahil. Umno dan BN akan berhadapan dengan masa yang sukar dalam PRU 13 dan mereka mungkin juga akan kalah. Tetapi, mereka masih ada PRU 14 untuk memenangi hati rakyat yang telah mereka perintah selama 5 dekad.
Pemikir dalam Umno menyedari hakikat ini. Dan inilah sebabnya walaupun Umno diambang kejatuhan mereka masih lagi berebut untuk menguasai Umno dan pertelingkahan ini akan menjadi begitu sengit dalam sejarah Umno.
Untuk pemain yang diluar kumpulan elit yang dikawal Najib, Mahathir dan Badawi, PRU 13 dan pemilihan Umno 2012 memberikan mereka peluang terbesar untuk mereka masuk ke kumpulan yang elit dan mendapatkan faedah sendiri.
Pertelingkahan dalaman yang sentiasa berlaku dalam Umno ini sekarang semakin jelas semejak beberapa bulan lalu. Ia telah menjadi semakin dashyat dan akan meletup tidak lama lagi.

Johor

Ada cakap-cakap bahawa Najib akan meletakkan ramai penyokong beliau di negeri itu dalam usaha untuk meminggirkan Muhyiddin yang sedang berusaha keras mendapatkan sokongan di sana. Walaupun beliau berasal dari Johor, Muhyiddin tidak begitu popular di sana.
Khabar angin semakin kencang mengatakan bahawa Najib sedang merancang untuk meletakkan MB Johor, Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen di sana untuk memberi laluan kepada Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin untuk mengambil alih.
Walaubagaimanapun, ada lagi calon berpotensi yang merupakan orang Najib yang boleh menggantikan Abdul Ghani seperti Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamad dan timbalan menteri pertahanan, Abdul Latiff Ahmad.
Abdul Ghani sudah pun mentadbir sejak 1995. Beliau diletakkan di sana oleh Mahathir yang telah pun membina hubungan baik dengan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan akhbar Cina, beliau telah hilang kepercayaan daripada Umno.
Persoalannya, siapa yang tidak lagu suka pada Ghani? Sekiranya hanya Najib yang semakin hilang kuasa itu, Ghani mungkin tidak mahu buang masa untuk menjawab. Beliau mungkin akan terus berpaut kerana masih mendapat sokongan dari Istana dan kumpulan-kumpulan yang tidak nampak dalam parti.
Sekiranya Ghani memilih untuk terus di Johor, satu pertelingkahan hangat akan berlaku. Bukan sahaja Najib akan dicabar Muhyiddin, yang juga merupakan ketua bahagian Pagoh tetapi juga daripada Ghani yang merupakan bekas pensyarah universiti yang agak baik perwatakannya yang berkemungkinan mahu kekal di Johor dan juga mengekalkan kuasa beliau.

Kekecohan di Kedah

Tidak lama dahulu, Najib telah membuat keputusan untuk menggantikan orang yang dipercayainya Shafie Afdal, ketua penghubung Umno Kedah. Beliau telah melantik Ahmab Bashah Md Hanapiah sebagai ketua Umno dengan Mukhriz Mahathir anak bongsu bekas PM sebagai timbalannya.
Tiga hari kemudian, Mukhriz memberitahu sidang akhbar bahawa sudah ada semangat dalam kepimpinan Umno di negeri itu dan ahli diminta mengenepikan isu remeh temeh demi mengukuhkan parti dan mengembalikan negeri itu kepada Umno. Kedah sedang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan dengan kata-kata kuat daripada Mukhriz itu, beliau telahpun menyinar daripada Ahmab Bashah.
Pada Ogos lepas, ketua bahagian Umno Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah diminta untuk melepaskan jawatannya dengan nasihat kepimpinan tertinggi Umno. Menurut ketua Umno Kedah Ahmad Bashah, Abdul Rahman akan kekal sebagai koordinator untuk Merbau Pulas.
Ahmad Bashah tidak mengulas lanjut mengapa Abdul Rahman diminta untuk melepaskan jawatan. “Beliau tidak dikorbankan dan parti amat berterima kasih kepada beliau terhadap dedikasi dan sumbangan beliau terhadap parti selama ini” beliau memberitahu Bernama selepas majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Karangan.
Tidak diketepikan? Ahmad Bashah mungkin cuba menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya, semua orang-orang Najib diketepikan di Kedah dan cuba teka oleh siapa?
Ya, sememangnya Kedah adalah tanah tumpah Mahathir Mohamad yang telah mentadbir negara selama 22 tahun. Anak-anak beliau sekarang sudah menjadi antara orang terkaya di dunia. Pada awal oktober di Jitra, Mahathir menyeru ahli Umno untuk kembali kepada perjuangan asal parti. Mahathir bukannya bersederhana, malah beliau sedang membuat seruan biasa beliau kepada orang Melayu untuk jadi bijak “demi agama, bangsa dan negara” dan jadilah yang mementingkan diri untuk menang PRU 13.
“Sebelum ini, ahli Umno berkorban apa sahaja termasuk menggadai barang kemas mereka untuk membantu parti tetapi sekarang, jawatan mereka membolehkan mereka mendapat kontrak dan memberikan mereka peluang jadi calon. Secara amnya, jika pilihan raya diadakan sekarang, Umno mungkin akan kalah teruk kerana sokongan dan semangat sudah hilang.” Amaran Mahathir.
Tetapi orang Najib dan Badawi membidasnya mengatakan Mahathir hanyalah melakukakan itu untuk kepentingan diri “seperti biasa”. Sememangnya perpaduan antara Ahmad Bashah dan Mukhriz itu lakonan semata.
Penghinaan terakhir untuk orang-orang Najib adalah pada akhir Oktober di mana mereka telah diberitahu bahawa mereka harus “berkorban” untuk orang lain. Ahmad Bashah berkata bahawa beliau akan akur dengan keputusan yang dibuat pengerusi BN iaitu Najib berkaitan penentuan kerusi untuk semua komponen BN di negeri itu.
Agak menarik juga untuk dilihat bahawa baru-baru ini ketua Umno Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin telah mengumumkan kemungkinan Mukhriz atau Jamil Khir Baharum untuk dilantik menjadi MB Kedah selepas PRU 13 – semestinya ini bergantung kepada kejayaan Umno merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat.
Di sebelah yang menerima perkara itu, berapa lama agaknya Ahmad Bashah dan penyokong beliau akan kekal setia pada Umno? Walaubagaimana sekalipun kita lihat perkara ini, dalam keterdesakan mereka untuk mendapatkan bahagian mereka dan mendapatkan semula Kedah, golongan elit Umno sebenarnya telah menimbulkan kekacauan dalam parti.
Yang harus dipersalahkan adalah Najib. Inilah masalah Najib PM yang berusia 58 taun itu. Beliau mungkin yang paling lemah daripada 6 PM sebelum ini. Beliau mahu menentang Mahathir tetapibeliau tidak berani melakukan secara terang-terangan. Inilah sebabnya beliau melantik Ahmad Bashah sebagai ketua Umno dan Mukhriz sebagai timbalan untuk memuaskan Mahathir.
Keadaan ini tidak mungkin akan memenagi Kedah untuk Najib dan orang kuat Umno kedah yang sudah jemu. Mereka ramai yang membenci Mahathir dan berkemungkinan akan bangkit menentang secara sendiri.

-- Malaysia Chronicle

Isnin, 19 Disember 2011

SATU ANALISIS - PERANG DINGIN PERINGKAT TINGGI DALAM UMNO

Pilihan raya adalah penentu masa depan negara. Dalam politik, perubahan kepimpinan tidak dapat dielakkan seperti yang telah terbukti dalam revolusi Arab baru-baru ini, dan pencabar akhir Vladimir Putin iaitu Mikhail Prokhorov dalam pilihan raya presiden Rusia yang akan datang.
UMNO juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perubahan dalam hierarki politik, tetapi untuk menerima kemahuan ahli-ahlinya , kecuali beberapa 'gerakan' dilancarkan untuk mengekalkan status quo, walaupun bersifat sementara. Arus perubahan akhirnya berlaku untuk UMNO dan kuasa yang bakal mencetuskan arus ini adalah tidak lain daripada kesalahan dan perbuatan-perbuatan zalim UMNO itu sendiri.
Orang yang berkuasa
Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri, meramalkan perkara ini akan berlaku dan muncul semula untuk merebut peluang untuk merealisasikan agenda peribadinya. Beliau telah menyarankan agar Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan awal tahun depan. Walaupun begitu, persepsi awam beranggapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin juga mahu PRU-13 diadakan awal tahun depan, selepas gula-gula pilihan raya diumumkan pada bulan Oktober, tiada siapa yang boleh menjangka bila sebenarnya ia akan berlaku.
Ketiga-tiga mereka sedang berada dalam perebutan kuasa untuk UMNO, dan sedang bermain dalam permainan dalam usaha untuk memastikan yang lain di akankalah. Walaupun mempunyai kelebihan sebagai penyandangjawatan utama ketika ini, Najib sebenarnya mempunyai kelemhannya sendiri. Muhyiddin dan terutama sekali Mahathir telah dapat mengatasi nya dari pelbagai aspek.
Selepas tepat dalam menjangkakan pergolakan politik dalam UMNO dan membuat pemantauan selama berbulan-bulan, Mahathir kini akan retak yang cukup besar sekarang. Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu; biarkan ia mejadi lebih parah lagi dan kemudian bergerak menggunakan kuasanya untuk sekali lagi menjadi wira yang menyelamatkan UMNO.
Sepertimana yang rakyat Malaysia sedia maklum, apa yang Mahathir mahu, dia pasti dapat. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, Mahathir tidak akan membiarkan retak menjadi belah kerana itu akan mengundang bencana kepada keseluruhan UMNO. Dia tidak parti yang lemah, ia tidak sesuai dengan rancangannya.
Perebutan kuasa
Mahathir tahu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kedua-duanya sendiri tentang masing-masing. Najiba dalah Presiden Umno pada masa ini manakala Muhyiddin adalah Timbalan Presiden. Mahathir juga mempunyai pengaruh yang lebih daripada mereka, Najib mahupun Muhyiddin kurang tahu akan Mahathir.
Selama ini, Mahathir memiliki kelebihan dan jika Muhyiddin dan Najib tidak bersatu dalam usaha mereka, mereka akan dikalahkan oleh lelaki berusia 86 tahun ini. Walau bagaimanapun, Mahathir tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai strategi politik yang aneh banyak daripada ketiga-tiga lelaki ini. Usaha-usaha mereka untuk menang dan muslihat antara satu sama lain telah mengelirukan semua,termasuk penyokong mereka sendiri.
Malangnya, perebutan kuasa tiga segi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan di kalangan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Ini adalah mengapa Najib mendapat mandat semula untuk memilih calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dari kalangan yang mesti menang.
Sesiapa yang tidak menyokong Najib kini terpaksa akur, dan ini sudah tentu tamparan yang hebat kepada Muhyiddin dan Mahathir. Namun, tiada seorang pun yang benar-benar melakukan secara terbuka - tanda yang tidak baik untuk Najib dan dia harus mengakui bahawa ahli-ahli lain menolak beliau kerana kepimpinannya yang lemah. Dan ini adalah peluang untuk kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir.
Mahathir dan Muhyiddin telah mula meraih sokongan dari orang-orang yang ingin selamat dan perlu untuk mencari perlindungan dari kumpulan yang kuat atau yang lain. Baik Mahathir mahupun Muhyiddin perlu mendapat sokongan 100%. Selagi ada kuasa, mereka boleh membuat tawar-menawar dan inilah permainan politik UMNO.
Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, Muhyiddin masih perlu untuk 'menunjukkan'kesetiaan kepada Najib, walaupun kurang kepada Mahathir.
PRU ke 13 dan calon-calon UMNO
Mandat yang diberikan kepada Najib memberikannya pilihan untuk menentukan calon-calon untuk PRU-13 berdasarkan kepada pemegang jawatan dalam UMNO sekarang di semua peringkat. Ramai yang telah memegang jawatan tersebut untuk beberapa lama dan agak yakin akan dipilih semula oleh Najib.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mungkin akan digugurkan. Ini adalah haknya untuk berbuat demikian.
Perbalahan dalaman di dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Telah berada pada kemuncaknya sekarang dan satu demi satu nama-nama pemimpin yang akan digugurkan telah bocor tetapi tiada satu pun yang boleh disahkan lagi.
Dengan menyarankan untuk PRU ke13 diadakan awal, Mahathir memberi isyarat yang dia mahu pertikaian dihentikan dengan cepat dan untuk mendapatkan senarai calon-calon boleh menang secepat yang mungkin.
Kononnya, ini adalah untuk memastikan bahawa UMNO-BN mempunyai masa yang cukup untuk menghadapi PRU ke-13, yang bagaimanapun akan diadakan selewat mungkin. Atau sekurang-kurangnya sehingga iklim politik bertambah baik, kesan kes liwat Anwar dan keadaan ekonomi sedikit baik - cukup bagi rakyat untuk merasakan sedikit perubahan.
Walau bagaimanapun, bantuan RM500 tunai keluarga berpendapatan rendah sedang diedarkan sekarang hingga Januari 2012 boleh kehilangan kesannya jika PRU ke-13 diadakan lebih lambat. Tetapi Najib, dengan sikap tak kisah terhadap dana awam, tidak akan mengambil berat tentang perkara ini. Mahathir walaupun memantau dengan teliti dan akan memulakan langkah seterusnya selepas memantau reaksi orang ramai.
Senarai boleh menang
Dalam pemilihan yang lalu, calon-calon yang dipilih pada saat-saat akhir menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO, terutama pihak yang bekerja dan ini membawa kepada keputusan PRU ke-12 yang teruk. Mahathir mahu mencegah ini daripada berlaku semula.
Walau bagaimanapun mengadakan PRU ke- 13 selewat mungkin adalah kesempatan terbaik untuk Najib, kerana pemilihan calon tidak akan dicabar secara terbuka yang didakwanya sebagai sesuatu yang tidak baik untuk UMNO.
Sebenarnya, Najib sudah pun mempunyai senarai calon-calon rahsia yang dikawal dengan rapi, mungkin hanya diketahui oleh  Rosmah Mansor isteri beliau. Pembantu yang paling dekatnya tahu bahawa dia telah membuat keputusan tetapi tiada seorang pun tahu senarai penuh tersebut.
Oleh itu, satu lagi sebab mengapa Mahathir meminta PRU ke-13 diadakan awal adalah kerana dia ingin tahu siapakah yang telah dipilih oleh Najib. Mahathir mahu memastikan yang dia mempunyai orang-orangnya di dalam senarai itu nanti.
Mandat yang diberikan oleh ahli perhimpunan UMNO nampaknya tidak adil, ini kerana Najib hanya akan memilih orang-ornagnya – tanpa menghiraukan Mahathir dan Muhyiddin. Tetapi realitinya, baik Mahathir atau Muhyiddin tidak akan membiarkan Najib terlepas begitu mudah. Oleh itu, pertempuran yang senget diramalkan untuk UMNO adalah pada pemilihan dalaman parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selepas mengetahui senarai Najib, Mahathir akan membuat langkah seterusnya. Ini adalah mengapa dia perlu tahu sekarang kerana masa tidak menyebelahinya. Muhyiddin hanyalah orang pilihan kedua dan dia masih menunggu untuk gilirannya untuk aktif dalam perebutan kuasa ini. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang ada di dalam senarai itu!
Dengan begitu banyak tekanan keatas Najib, ada kemungkinan dia akan perlu untuk memberi atau cuba untuk memuaskan hati dua orang pesaing hebatnya. Malah, masa tidak menyebelahi UMNO. Semua mata kini tertumpu pada senarai Najib.

Sumber - Malaysia Chronicle

NURUL IZZAH BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA

Minda KS : Aku petik tulisan Zulkifli Sulong seorang journalis dan editor Harakah Daily.


19 DIS — “Saya perkenalkan, bakal Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah Anwar....” kata Dr Abdul Aziz Bari ketika memperkenalkan anggota Parlimen Lembah Pantai dalam satu diskusi khas di Kelab Shah Alam malam tadi.
Pengumuman dan cara pengenalan itu telah mengejutkan hadirin yang memenuhi dewan utama kelab itu malam tadi di majlis “Dr Dzul in person: A Night to remember” yang dituanrumahkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.
Pengumuman bersahaja Dr Aziz Bari telah disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin yang terdiri dari pelbagai peringkat masyarakat itu.
Selain Nurul, turut menjadi penal bersama Dzulkefly adalah Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.
Turut berada di meja utama adalah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Dr Ambiga Sreenevasan dan lain-lain personaliti yang hebat-hebat.
Kenyataan Aziz Bari, profesor undang-undang perlembagaan, yang sedang dalam proses untuk meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa ini dibuat ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan perbicaraannya yang dijadualkan 9 Januari ini.
Ia nampak sepintas lalu dan mungkin untuk menyakat Nurul Izzah sahaja, tetapi option ini sememangnya dibincangkan secara meluas andaikata Anwar dipenjarakan 9 Januari ini.
Dan kenyataan sepintas lalu ini nampak memberikan kesan kepada Nurul Izzah sendiri di atas pentas di Kelab Shah Alam yang hebat itu.
Pada 17 Disember lalu, Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today juga menulis hal ini.
“Ramai yang tidak bercakap lagi soal Anwar dipenjara atau tidak tetapi siapa yang akan mengambil alih jawatan pemimpin pembangkang, Pakatan Rakyat bila Anwar masuk penjara.
“Dan ada yang sudah bercakap bahawa Nurul Izzah adalah calon yang paling sesuai.
“Sudah tentu, ada yang berkata, Nurul Izzah hanya 31, masih terlalu muda. Tetapi semasa umur 30, Alexander the Great sudah menakluk hampir separuh dunia,” tulis Raja Petra.
Sebelum itu, pada 15 Disember lalu, seorang blogger, Hussein Abdul Hamid melalui blognya, steadyaku47 juga menembak perkara yang sama.
Namun Hussein meletak Nurul Izzah sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu manakala pemimpin PAS diberikan jawatan PM.
Bagi Hussein, “Yes she is not ready. Yes she is inexperienced. Yes she has no business thinking that she can helm PKR and take the post of DPM at the same time – but this I know.”
(Betul dia tidak bersedia, Benar dia tidak berpengalaman. Benar dia tidak terfikir untuk memimpin PKR dan memegang jawatan TPM pada masa yang sama...semua ini saya tahu).
Semua ini datang ketika Anwar sedang menghadapi hukuman penjara jika kes beliau kalah 9 Januari ini.
Ketika ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR. Namun, beliau tidak akan bertanding dalam PRU-13 ini kerana beliau tidak boleh berbuat demikian selepas meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Anwar.
Timbalan Presiden PKR adalah Azmin Ali, anggota Parlimen Gombak. Namun kenyataan Azmin beliau akan merobohkan penjara bagi membebaskan Anwar jika dipenjara sedikit merosakkan imej beliau. Mungkin maksud Azmin akan membuat usaha terbaik untuk membebaskan Anwar.
Nurul Izzah adalah naib presiden PKR paling kanan ekoran kejayaan beliau mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti yang lalu.
Dengan kedudukan beliau sebagai anak sulung Anwar akan memudahkan keadaan. Selain mendapat sokongan ramai di dalam PKR dan Pakatan, Anwar sudah tentu perlukan seorang yang ada hubungan dengan beliau untuk meneruskan perjuangan beliau.
Kini Aziz Bari telah meletupkan hal ini di depan umum. Bola sudah mula bergolek, namun ke manakah arahnya, belum tahu lagi.
“The people know that Nurrul is the real deal… she just needs time to grow into the job. And time she has,” tulis Hussein Hamid.
(Orang ramai tahu, Nurul adalah pilihan yang tepat... dia hanya perlukan masa untuk jawatan itu. Dan dia ada masa itu).
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.