Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 31 Mac 2011

BEKAS JUARA BINA BADAN ASIA DIMASUKKAN KE ICU

IPOH: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Khamis selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.
Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.
Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.
Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.
"Kita sama-samalah berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Azhar.
Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 60-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pasukan Lagenda Negara menang 1- 0 pada perlawanan itu hasil jaringan Sharin Majid.
Pasukan Menteri Besar dibarisi beberapa bekas pemain Perak seperti Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elangovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam.
Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

--mStar

Rabu, 30 Mac 2011

WOW MURAHNYA ! KOS SELENGGARA KAPAL SELAM RM 50 JUTA SETAHUN

 Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

NONEKatanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

NONE"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

- -Bernama

TENTERA DAJJAL TERUS MEMBEDIL TRIPOLI

 MINDA KS: Ada berpendapat serangan yang diketuai oleh Amerika ini dilakukan atas dasar kemanusiaan. Persoalannya adakah ini betul atau sekadar alasan yang mudah  untuk campur tangan dalam urusan dalaman Libya.Dari segi moral walau apapun keadaan sebuah negara,campur tangan ketenteraan asing perlu dikutuk sekeras-kerasnya. Alasan campur tangan kerana isu kemanusiaan tidak boleh diterima,apa jadi dengan Iraq contohnya. Adakah Iraq sudah aman sepenuhnya? Apa yang pasti campur tangan ini ini ada agenda di sebaliknya, iaitu minyak. Keadaan kucar kacir di Libya adalah kesempatan yang baik digunakan untuk membolot kekayaan Libya.

Letupan kuat kedengaran di ibu negara Libya, Tripoli untuk malam ke-11 berturut-turut ketika kuasa dunia mula berdebat sama ada menyalurkan senjata api kepada kumpulan pemberontak bagi menjatuhkan Presiden Muammar Gaddafi.

NONEKetika Perancis bersiap untuk mengadakan rundingan bagi menyalurkan bantuan ketenteraan kepada pejuang pemberontak Libya, Menteri Luar, Alain Juppe berkata beliau kini berada di satu persidangan di London bagi menyiapkan pelan masa depan bagi Gaddafi di negara rantau Afrika Utara itu.

Tentera pemberontak yang kini menguasai timur Benghazi, kawasan pertama berjaya ditawan mereka sejak enam minggu lalu berkata, wakil diplomat Perancis dan Amerika Syarikat (AS) kini dalam perjalanan untuk menemui mereka di bandar raya itu.

Lewat malam semalam, dua letupan kuat menggegarkan Tripoli dan kawasan itu terletak berhampiran kediaman Gaddafi, berek pengawal dan markas tentera manakala kawasan pinggir bandar Tajura juga diserang, lapor koresponden AFP.

NONELetupan pertama berlaku kira-kira jam 1630 GMT, diikuti letupan kedua tiga minit kemudian di Daerah Bab Al-Azizya.

Tujuh letupan juga dilaporkan berlaku di Tajura, kawasan yang menempatkan kem tentera dan serangan sepanjang malam itu mensasarkan kawasan tentera udara itu.Tentera Gaddafi serang Misrata

Sementara itu, Reuters melaporkan pasukan pemberontak yang berada di bandar Misrata mendakwa mereka telah diserang dengan kuat oleh pasukan tentera Gaddafi semalam.

Mereka merayu kepada mesyuarat kerajaan di London bagi membantu mereka.

“Pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan yang dahsyat terhadap kami di Misrata.

“Mereka tekad mahu merampas balik bandar ini, ini adalah hari yang sukar bagi kami,”kata seorang jurucakap pasukan pemberontak, Mohamed melalui perbualan dari telefon satelit.

--MK

Selasa, 29 Mac 2011

PANAS..APA SUDAH JADI DENGAN PKR ? TIMBALAN KETUA PKR PAHANG KELUAR PARTI

Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).
Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.
“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?
“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.
Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.
“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.
Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.
“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan.“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.
Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.“Saya bukan 'yes man','' katanya.

"HIDUP MATI SAYA DI TANGAN ALLAH" ANWAR

Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May 
 

SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.
“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.
“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu.
Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.
“Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.
Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.
Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”
“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.
“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.
Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.
“Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.
“Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.
Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.
Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang “menjijikkan”.
“Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.
“Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan ‘double standard’ seolah-olah ia adalah satu komplot politik,” katanya.
Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun “Datuk T” telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.
“Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat,” katanya.
Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik “kotor dan jijik”.
“Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini,” tegasnya.


Isnin, 28 Mac 2011

THE JAKARTA POST - POLITIK MALAYSIA KOTOR



JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.
Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.
“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.
“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata  editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.
“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.
“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.
Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.
“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.
“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.

(Sumber asal: The Jakarta Post)

PENGIDAP HIV DIHUKUM PENJARA 6 TAHUN DAN 10 SEBATAN

MINDA KS: Ini adalah sebuah kes dari beribu kes yang berkait dengan najis dadah. Tak serik dengan HIV yang dihidapi masih lagi terikat dengan ganja. Apa dah jadi dengan sebahagian rakyat kita yang terjerumus dengan perkejaan hina ini ? Hilang pertimbangan dan pedoman,hancur nilai kemanusiaan serta punah masa depan sebuah keluarga. Insaflah jangan campak diri anda ke dalam lubang kubur yang digali sendiri.

SHAH ALAM: Seorang penganggur yang merupakan HIV positif menangis apabila dihampiri oleh ahli keluarganya selepas dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan 10 sebatan kerana memiliki ganja, awal tahun lalu.
Lelaki tersebut pada mulanya kelihatan tenang menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki pada Isnin, gagal mengawal sedih apabila bahunya disentuh oleh dua anak lelakinya.
Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut yang diarahkan bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 7 Januari 2010 selepas menerima pengakuan salah tertuduh terhadap pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa memiliki 484 gram ganja pada pukul 5.50 pagi, 7 Januari 2010 di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini.
Pada penghakimannya, Mohtarudin juga menyifatkan pengakuan salah tertuduh sebagai 'pengakuan yang ikhlas' memandangkan dadah itu ditemui di kawasan yang tidak berkunci.
Dadah yang disimpan di dalam beg plastik berwarna merah itu diambil oleh tertuduh dari rak kasut di kawasan tempat letak kereta rumah tersebut dan diserahkan kepada polis yang membuat serbuan.
Sementara itu, pada rayuan untuk meringankan hukuman, tertuduh mengakui bahawa dia tidak mampu untuk melantik peguam disebabkan masalah kewangan selain isterinya hanya mengambil upah untuk menjaga anak-anak jiran.
"Saya adalah penghidap penyakit HIV dan bergantung kepada ubat-ubatan manakala semasa berada di dalam penjara, saya telah mendapat penyakit batuk kering.
"Saya mohon ditempatkan di penjara Sungai Buloh kerana rekod rawatan saya berada di Hospital Sungai Buloh dan keluarga saya juga tinggal berhampiran," katanya.
Selain itu, tertuduh menyatakan bahawa dia insaf kerana perbuatan yang dilakukannya turut mengakibatkan keluarganya mengalami kesusahan.
Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Ahad, 27 Mac 2011

KES JAMBATAN BENGKOK ESKAY LAWAN MERONG MAHAWANGSA

Kes projek jambatan bengkok yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah lawan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya A Jalil, bermula sebagai satu kes mahkamah biasa awal bulan, tetapi ia kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Ini ekoran pengakuan Eskay ( gambar kiri )sebagai sebahagian daripada 'Datuk T' yang terbabit dalam pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eskay dikatakan marah dengan ketua umum PKR itu kerana enggan memberi keterangan menyokongnya dalam kes samannya terhadap Merong and Yahya.

Berikutan peguam Eskay sendiri, CV Prabhakaran, telah menafikannya, maka kes ini mungkin boleh memberi klu mengapa Eskay begitu marah dengan Anwar dan mahu menjatuhkan ketua pembangkang itu.

Berikut ialah sorotan kes tersebut, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham akan mengumumkan keputusannya pada 5 Mei depan:

Kes ini telah difailkan Eskay pada 2002 dan sebelum ini telah didengar oleh dua orang hakim, sebelum dipindahkan kepada Singham.

Eskay, yang merupakan pengarah syarikat Aman Agropreneurs Sdn Bhd, berkata dalam kenyataan tuntutannya bahawa pada sekitar 1998, Yahya (kanan) telah menemuinya untuk mendapatkan bantuannya memperolehi projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Eskay berkata, dia telah dijanjikan 16.66 peratus saham dalam Merong Mahawangsa Sdn Bhd , di mana Yahya merupakan pengarah eksekutifnya, untuk mencari dana memandangkan dia mempunyai hubungan rapat dalam kerajaan serta di sebarang laut ketika berada di sana.

KRISIS NUKLEAR JEPUN BERTERUSAN

TOKYO: Jurutera Jepun bertungkus lumus untuk mengepam air beradioaktif dari loji tenaga nuklear ketika ketua pemeriksa nuklear dunia menyatakan pengakhiran kepada insiden itu masih jauh.

Paras radiasi di laut berdekatan loji Fukushima Daiichi meningkat 1,250 kali ganda daripada paras normal hanya selepas dua minggu selepas kemudahan itu lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami.
Namun, menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian, ia bukan satu ancaman terhdap kehidupan marin atau keselamatan makanan.
“Arus laut akan menyelerakkan partikel radiasi dan ia akan luput apabila dimakan ikan dan rumpai laut," kata pegawai kanan agensi itu, Hidehiko Nishiyama.

Krisis di loji yang terletak 240 kilometer dari Tokyo itu mengatasi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi 9.0 magnitud dan tsunami besar yang menyusul pada 11 Mac lalu.

Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), memberi peringatan bahawa kecemasan nuklear itu boleh berterusan berminggu atau berbulan lagi.

“Ini adalah kemalangan serius dari sudut piawaian apa sekali pun dan ia belum berakhir," katanya kepada the New York Times. - Reuters

TINGGALKAN PBS KERANA SIMPATI KEPADA ANWAR

AHAD 27 MAC 2011




SERAMAI 34 orang ahli PBS dari Kampung Masalog, DUN Melalap hari ini secara rasminya meninggalkan parti tersebut dengan semangat waja menyertai PKR Cabang Tenom beramai-ramai.
Demikian kenyataan Jumpoh Abdul Rashid Paimin yang memberi tahu Media PKR Tenom, petang kelmarin.
Acara penyerahan borang keanggotaan dari Jumpoh dan pengikutnya di kampung tersebut diadakan di rumah beliau yang diterima oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dalam misi PKR untuk menambah keanggotaan PKR Tenom.
“PBS adalah anggota komponan BN, satu perjuangan dan satu matlamat dengan sekutu rapatnya UMNO. Kami rasa terharu dan simpati dengan fitnah yang dilontarkan kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau dihina, diaib, termasuk anak-anak dan isteri beliau, dari orang yang sebangsa dan seagama beliau sendiri, tanpa takut kepada Allah swt,” kata Jompoh dengan linangan air mata sedih.
Jelas Jumpoh lagi, “Fitnah pertama kami anggap wallahuwaalam bisawab. Fitnah kedua kami mulai curiga dengan kejujuran Kerajaan BN yang PBS di dalamnya bersekongkol. Fitnah ketiga membawa keyakinan kepada kami semua bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah dari kerakusan kuasa dari musuh-musuh politiknya bertekad untuk membunuh pengaruh politik beliau sehingga menjejaskan maruah beliau dan keluarganya.”
BN dan UMNO, kata Jumpoh, sudah keterlaluan dan beliau mengambil keputusan muktamad menyertai perjuangan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana orang kampung terlalu simpati dengan penganiayaan terhadap diri Anwar Ibrahim.
“Kami tidak mahu tunggu lama-lama dalam PBS, takut terpalit dengan dosa-dosa fitnah,” demikian kata Jumpoh yang mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata kesedihan di pipi.
Dalam suasana yang penuh sayu dan hiba itu, Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman mengambil masa yang singkat untuk mengucapkan terima kasih kepada Jumpoh selaku tuan rumah yang membenarkan rumahnya digunakan acara pengambilan anggota baru PKR

--SABAHKINI

Sabtu, 26 Mac 2011

SAH TAIB PERTAHANKAN KERUSI BALINGIAN

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya... itulah sebab saya berada di sini hari ini untuk melawat pejabat ini," katanya ketika ditanya oleh wartawan semasa kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian di Mukah.
najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Taib yang sudah 30 tahun berkuasa di Sarawak pada 19 Mac lalu, sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri pada 16 April ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh masa bagi beliau mengundurkan diri.

Pengumuman itu adalah kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata perkara yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Pada persidangan akhbarnya itu, Taib juga berkata parti itu akan meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru.
Cukup bersedia

Beliau berkata BN negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.

azlan"Setelah kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April," katanya.

Mengenai kemungkinan BN meletakkan lebih ramai calon wanita, Taib berkata sebelum ini terdapat empat hingga lima orang yang berpotensi.

"Tapi mereka menolak kerana komitmen keluarga, pertimbangan kerjaya dan faktor-faktor lain," katanya.

Ditanya tentang persiapan PBB, beliau berkata parti itu cukup bersedia sekarang untuk menghadapi pilihan raya.

Tentang beberapa orang penyandang yang membayangkan baru-baru ini bahawa mereka tidak mahu dicalonkan semula, Taib berkata ini adalah petanda demokrasi yang positif tapi "tentulah tidak ada orang yang boleh kekal di situ selamanya".

VIDEO SEKS DAN DOSA POLITIK UNTUK RENUNGAN SEMUA AHLI POLITIK TANPA MENGIRA PARTI

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).
Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."
Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhajaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Jumaat, 25 Mac 2011

BEKAS PENOLONG PENGARAH BOMBA SARAWAK SERTAI KEADILAN


Wahab Timpai 'menenyehkan' cap jari bukti penyertaannya dalam KEADILAN

KEADILAN terus mendapat sambutan hangat apabila beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai parti ini di Sabah.
Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman berkata, mereka ialah bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tenom, Wahab Timpai dan seorang ahli Umno Tenom yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak, Sanchi Kalingou.
“Kedua-duanya menyertai KEADILAN di pejabat parti di Tenom hari ini,” kata Halik kepada KeadilanDaily.
Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata,  penyertaan itu, membuktikan BN di Sabah bakal tumbang.
“Yang penting ialah kerja keras berterusan demi memastikan kemenangan melalui pemerkasaan parti di peringkat cabang masing-masing,” katanya.
Beliau menjangka,  kira-kira 80 ahli parti komponen BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang juga terletak dalam Parlimen Tenom turut menyertai KEADILAN.
Halik ketika ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kepimpinan KEADILAN Sabah.
Sejak hujung tahun lalu sehingga kini, hampir setiap bulan ada sahaja ahli Umno BN dalam Parlimen Tenom menyertai KEADILAN.

KENYATAAN MOHAMAD MAHTI TENTANG DATUK SHAZRYL ESKAY ABDULLAH

 Aku petik dari The Malaysian Insider

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.
Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.
“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.
Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.
“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.
Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.
Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.
“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,” katanya lagi.
Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.
“Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.
“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.
Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie juga merupakan naib presiden Umno.
“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.
“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.
“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.

MINDA KS: Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar dalam perkara ini.Kepada yang terlanjur kembalilah ke pangkal jalan,sesungguhnya Allah pengampun dosa-dosa besarKepada para pembaca dinasihatkan jangan terlalu emosi,berfikir dengan tenang untuk melihat kebenaran.

"MB PAHANG DAN PEMBANTU TIPU SAYA 300K" LEE SIN

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

NONEBercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10
peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno Pahang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak.

BETULKAH MELAYU SUKAR BERUBAH ?

MINDA KS: Aku petik dari Detikdaily pandangan Ustaz Idris Ahmad tentang sikap orang Melayu. Hayati pandangan beliau:

oleh Ustaz Idris Ahmad
BETULKAH orang Melayu sukar berubah? Apakah orang Melayu tidak boleh berubah?. Jawapannya Insyaallah Melayu boleh berubah. Tidak ada perkara yang mustahil atas dunia ini untuk berubah cuma ia mesti bertepatan dengan sebab dan musabbab.
Firman Allah SWT bermaksud Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”.
Teruk sangatkah Melayu sehingga tergamak orang berkata demikian. Kayu ukur mereka yang berpandangan demikian ialah apabila melihat siri keputusan pilihanraya kecil di Galas, Tenang, Merlimau dan Kedau yang masih menyebalahi BN walaupun terdapat lambakan isu yang tidak menyebelahi BN, namun rakyat tetap memilih BN. Maka mereka merumuskan Melayu sukar untuk berubah.
InsyaAllah Melayu boleh berubah dengan ilmu pengetahuan dan agama. Selagi Melayu berjaya dibutakan maklumat oleh BN melalui media arus perdana seperti Televisyen maka selagi itulah mereka akan digula-gulakan oleh kerajaan BN. Menyedari hakikat ini kerajaan BN akan menggunakan sebaik mungkin tanpa belas kasihan kepada parti lawan.
Dengan skil yang terlatih di kalangan pakar media di media elektronik maka ia berjaya mengelirukan orang Melayu, terutamanya yang berkiblat dengan televisyen.
Tetapi dengan pengetahuan semuanya akan berubah. Benarlah Allah SWT yang menurunkan ayat pertama di dalam Surah al-Alaq dengan arahan” bacalah” membawa erti, bahawa tamaddun suatu umat akan berjaya apabila masyarakat yang mempunyai pengetahuan.
Ramai di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sekarang berasal daripada keluarga Umno telah bertukar kem untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dianugerahkan Allah ilmu pengetahuan samaada ke berada di menara gading atau mereka akses maklumat daripada media baru. Ketika itu mereka akan meninggalkan perahu bocor yang dinaiki oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka selama ini. Manamana pemimpin diktator ia mesti menutup maklumat supaya tidak sampai ke pengetahuan rakyat.
Sebab itu orang Melayu yang terdedah dengan maklumat yang bebas mereka boleh membuat pertimbangan yang waras untuk mencorak kepimpinan negara.
Mereka tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang tidak amanah, perasuah, pecah amanah.
Mereka ini ialah melayu yang rasional dan waras.
Kedua ialah faktor memahami ajaran Islam yang syumul, akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi faktor untuk islahkan masyarakat Melayu. Mereka yang memahami agama akan merasa bersalah menyokong parti yang penuh dengan rasuah, umno maka ia cepat-cepat dipancong.
Ketika Umno berkuasa di Selangor sebelum PRU 2008, ustazustaz diburu kerana penyampaian agama mereka yang dianggap boleh membunuh virus sekular yang bersarang di dalam otak orang Melayu. Masyarakat tidak akan lupa tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) yang hendak menangkap Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Ishak Baharom, Dato’ Ismail Kamus semuanya gara-gara takut orang Melayu me
mahami Islam yang sebenar. Maka apabila majlis ilmu tidak hidup di masjid dan surau maka kekuatan Umno begitu bertenaga, Sekiranya tempat itu subur dengan pengajian ilmu seperti pondok maka ia akan menjadi kubu kuat PAS.Oleh itu institusi pondok adalah pengkalan PAS yang paling teguh. Kerana kebanyakan Tok Guru pondok adalah penyokong tegar PAS, walaupun pondok mereka tidak di atas nama PAS.
Contohnya Pondok PASir Tumbuh di Parlimen Kubang Kerian, Pondok Pak Nik Lah dan Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka di Pengkalan Chepa. Di PASir Emas ada Pondok Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, Pondok Tuan Guru Haji Zakaria. Di Kedah ada Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Pondok Pak Man Bukit Besar, Pondok Tuan Guru Haji Awang Lanai Baling dan banyak lagi pondok yang menjadi kubu PAS.
Umno begitu cemburu dengan kuliah agama maka mereka berusaha menyekat kuliah dan memecat ahli jawatankuasa masjid dengan diganti mereka yang bukan ahli masjid. Pada mereka biar masjid mati tidak mengapa asalkan orang Melayu tidak memahami Islam yang syumul.
Usaha pencerahan maklumat perlu di kalangan orang melayu jika mahu mereka berubah. Selagi mereka cetek agama. maka selagi itulah mereka akan tidak tahu membezakan antara hak dengan yang batil. Melayu cerdik apabila ada agama, melayu akan hina apabila jauh daripada pegangan agama.
 Benarlah kata-kata Saidina Umar “Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam maka kami akan dihina oleh Allah”. Hari ini orang Arab dihina kerana mereka tidak menghayati Islam sehingga mereka takut kepada Israel walaupun mereka mempunyai hasil minyak yang banyak untuk dijadikan senjata untuk melumpuhkan ekonomi Israel dan sekutunya.

Khamis, 24 Mac 2011

CUEPACS CADANG SISTEM GAJI SEBARIS

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS)mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya
kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira pembabitan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan. Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.

"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.

"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk
kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakberkata, kajian semula SSM sedang dijalankan untuk menjadikanperkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

Najib berkata, kajian komprehensif itu bukan sahaja meneliti aspek saraan emata-mata tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagimenterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam, yang selain berupaya menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya berpendapat banyak kelebihan bakal dinikmati penjawat awam denganSistem Gaji Sebaris, antaranya daripada segi pergerakan gaji dan tahap gaji maksimum mereka

Beliau berkata, dalam Jadual Gaji Matriks yang ada dalam SSM sekarang, penjawat awam hanya memperoleh kelebihan dalam jangka pendek, misalnya akan mencapai tahap gaji maksimum dengan cepat sedangkan mereka masih ada tempoh untuk berkhidmat.

Malahan, beliau berkata, kenaikan gaji dan pangkat yang diberikan kepada penjawat awam lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini juga menyekat dan "membunuh" semangat sebahagian penjawat
 awam lain.

Katanya, tidak semua yang terkandung di dalam SSM kini tidak berfaedah, namun sudah tiba masanya bagi kerajaan menilai semula beberapa perkara kerana kelebihan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Omar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Cuepacs itu kerana ia dapat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kerja penjawat awam di negara ini

. -- BERNAMA

BETULKAH TRIO DATUK T JUMPA PM DI PARLIMEN ?

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan terhadap laporan ketiga-tiga dalang video seks, bertemu Perdana Menteri itu di Parlimen semalam.
Ini berikutan, kata Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN dimaklumkan Najib mempengerusi mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen.
“Maka, Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang itu dilihat berada di Parlimen.
“Ia menimbulkan tanda tanya serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks itu, yang melanggar beberapa peruntukan perundangan.
“Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua dalang itu, menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius dalam konspirasi itu – tak ubah seperti konspirasi pada 1998.
“Demi membersihkan namanya dan Umno, Najib perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,” katanya pada kenyataan media, hari ini, mengulas penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Nazmi berkata, tindakan tiga orang yang dikenali sebagai ‘Datuk ‘T’ itu jelas satu pembohongan besar kerana pelbagai kekeliruan timbul mengenai kenyataannya.
“Pengakuan Datuk Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya. Kononnya, dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.
“Jelas itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.
“Dakwaannya konon terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” katanya.

--KEADILAN

KENYATAAN CHEGUBARD TENTANG VIDEO SEKS

 

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.
Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.
Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)
Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.
Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.
Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.
Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.
1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga
2. Saya telah ‘berpura’ yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.
3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik ‘selak kain’ yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya ‘isu selak kain’ dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MINDA KS : Semoga Allah memberi petunjukNya siapa yang bercakap benar dalam perkara yang menjijik dan memalukan negara ini. Kita harus sedar dan insaf bahawa Allah sengaja membiarkan perkara begini sebelum menimpakan azabNya nanti. Insaflah kejadian Tsunami dan gempa di Jepun adalah antara azab yang diturunkanNya. Jangan undang azab begini di bumi Malaysia ini.

Rabu, 23 Mac 2011

POLIS MULAKAN SIASATAN VIDEO SEKS WARTAWAN DAN EDITOR DIPANGGIL

Polis telah memulakan siasatan terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beberapa pengamal media telah dipanggil polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video klip itu, yang ditayangkan untuk tontonan umum pihak media di Hotel Seri Carcosa di ibunegara Isnin lepas.

Difahamkan mereka dipanggil untuk memberitahu secara terperinci mengenai tayangan klip itu yang ditayangkan oleh satu kumpulan Datuk T.

Turut dipanggil ialah beberapa lagi wartawan kanan dan editor dari New Straits Times, The Star dan Malay Mail, yang juga merupakan kumpulan pertama melihat klip video berkenaan.

Keterangan mereka diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

--Bernama

MINDA KS: Semoga dengan tindakan pihak polis ini akan dapat meleraikan segala kekusutan yang membadai negara. Tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah seakan telah menjadi warna yang indah dalam dunia politik kita. Walau apapun pegangan politik yang dianuti janganlah sehingga sanggup memakan daging saudara sendiri. Sesungguhnya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

PENGAKUAN DATUK SHAZRYL ESKAY ABDULLAH

"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.
NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

MINDA KS: Apa sudah jadi dengan Malaysia hari ini ? Pemimpin kita sibuk menjaja Malaysia sebagai negara Islam contoh tapi keadaan politik kita yang begitu jijik tidak pernah melambangkan bahawa cara hidup Islam diterap dengan baik. Perbuatan yang menghalalkan cara demi kepentingan peribadi dan politik amat memalukan. Sedar dan insaflah MAMPUKAH KITA MENJAWAB SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN INI DI HADAPAN ALLAH PADA HARI KIAMAT NANTI ??

LANGGAR SEKSYEN 5(1) AKTA PENAFISAN FILEM DAN SAKSYEN 292 KANUN KESEKSAAN. KARPAL MINTA DATUK T DITANGKAP SEGERA

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

NONEPenayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Selasa, 22 Mac 2011

KEJADIAN ANEH GANGGU PENGAMBARAN KUM-KUM THE SERIES

Barisan pelakon Kum Kum The Series

PETALING JAYA: Pengarah Kum-Kum The Series, Michael Ang mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa seram dan pelik sepanjang melakukan penggambaran drama Kum-Kum The Series.
Walau pun begitu, ia tidak pernah mematahkan semangat dia dan pelakon-pelakon lain untuk meneruskan penggambaran drama tersebut.
"Kami lakukan penggambaran di tempat-tempat yang sememangnya menyeramkan iaitu di sebuah rumah yang dimiliki oleh kerabat diraja Kedah.
"Saya sendiri ternampak sebuah lembaga di dalam skrin dan ketika saya lihat di keluar skrin memang makhluk itu berada di atas pokok," katanya.
Kata Michael, bukan dia sahaja yang menerima kejadian aneh tersebut, kru produksi turut menerima gangguan apabila barang-barang yang sudah dimasukan dalam beg ditemui berselerak di sebuah bilik yang sememantgnya tidak digunakan mereka.
"Selepas penggambaran kami siap kemaskan barang tapi bila ingin bergerak, seorang daripada kru produksi memberitahu ada barang yang belum dikemas lagi.
"Baju dan barang tersebut berselerak di sebuah bilik yang langsung tidak digunakan," katanya.
Sementara itu, pelakon Didie Alias turut berkongsi pengalaman apabila adegan jampi yang dilakukan di sebuah tanah perkuburan akhirnya terpaksa dibatalkan akibat hujan petir secara tiba-tiba.
"Walaupun ia bukan jampi yang betul tetapi ayat-ayat tersebut seperti memuja mungkin secara tidak langsung mempunyai kesan kepada makhluk lain. Ditambah dengan penggambaran tersebut dilakukan di sebuah tanah perkuburan lama.
"Saya melakonkan watak memuja mayat yang mana mayat tersebut hanyalah patung, tetapi bila mulakan babak tersebut tiba-tiba hujan, kilat, petir turun tanpa sebarang tanda awal," katanya Didie.
Tambah Didie, babak tersebut akhirnya dilakukan pada hari lain.
Pengalaman Marsha pula berbeza apabila dia tidak dapat melelapkan mata semalaman kerana terbau bunga Harum Sundal Malam sepanjang malam.
"Saya memang seorang penakut, satu hari selepas penggambaran saya balik kerumah dan ingin melelapkan mata.
"Tapi saya rasa ada sesuatu bau yang lain bukan dari pewangi rumah. Ia seperti bau Bunga Harum Sundal Malam," katanya.
Drama 13 episod ini merupakan kesinambungan telefilem Kum-Kum yang disiarkan pada tahun lalu.
Menurut Micheal, skrip adalah berdasarkan cerita-cerita yang pernah menjadi buah mulut masyarakat.
"Cerita tentang hantu Kum Kum pernah menjadi topik hangat pada tahun 80-an. Dari sumber rujukan yang saya dapat, saya olah menjadi sebuah cerita yang menarik.
"Bagaimanapun ia tetap mengekal jalan cerita asal yang diceritakan oleh masyarakat," katanya.
Drama ini mengisahkan Mawar (Marsha Londoh) seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan percaya dengan ilmu hitam untuk kelihatan cantik.
Disebabkan keghairahan untuk menjadi cantik dan mendapatkan lelaki yang dicintai dia terpaksa membunuh 21 perawan dalam masa 41 hari.
Drama ini dibintangi oleh Marsha Milan Londoh, Didie Alias, Elfira Loy, Shahanaz dan Sharifah Shahora.
Bakal disiarkan bermula pada 12 April, setiap Selasa, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

VIDEO SEKS : APA PANDANGAN ABIM ?

Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) mengingatkan tentang kesalahan Qazaf dalam sistem perundangan Islam yang menanti pembuat "dakwaan liar'' di luar prosiding perundangan tanpa saksi mencukupi.

Presiden ABIM Dr Muhamad Razak Idris berkata, hal itu selari prinsip utama Maqasid Syariah atau tujuan Undang-undang Islam bagi untuk melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia.

NONE"Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh," katanya.

Mengulas pananyangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas pemimpin ABIM, Dr Muhamad Razak berkata, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf.

Ia juga turut menafikan haknya sebagai saksi di masa-masa akan datang, tambah Dr Muhamad Razak.

NONEDalam konteks perundangan negara yang unik pula, tambahnya, mangsa tuduhan berhak mendapat perbicaraan dan membela dirinya sama ada melalui perundangan sivil atau erbicaraan Mahkamah Syariah.

"Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama," katanya.

"ABIM juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika."

Isnin, 21 Mac 2011

VIDEO SEKS: KONSPIRASI BN ATAU LAKONAN ANWAR



Saudara Pengarang,
SAYA agak terkejut apabila membaca sebuah laman web yang menyiarkan tentang video seks terkini yang konon pelakunya adalah Anwar Ibrahim dan seorang pelacur. Saya berusaha mencari klip video itu tapi masih belum berhasil, meninggalkan tanda tanya sejauh mana kebenaran cerita ini.
Dalam tulisan ini saya tidak menyokong mana-mana pihak. Tapi sekadar memberikan andaian berdasarkan latarbelakang konflik di antara Anwar dan kerajaan BN. Saya juga merasa sangsi dengan penjelasan Datuk T.
Buat masa ini saya percaya, salah satu daripada andaian saya di bawah adalah benar atau hampir tepat:
Antara andaian-andaian di bawah, salah satu mesti betul:
1. Ia merupakan satu konspirasi terancang yang memfitnah Anwar. Kemungkinan pelaku itu dipilih yang punya iras wajah dan tubuh Anwar, kemudian wajahnya diedit- diedit semula supaya betul-betul menyerupai Anwar. Pasti ia dilakukan oleh tenaga pakar menggunakan perisian-perisan khas yang berteknologi tinggi. Kemungkinan para pengkonspirasi ini memikirkan kes liwat tidak mampu menjatuhkan Anwar.
2. Andaian kedua, kemungkinan juga Anwar memang benar-benar beraksi dalam klip video tersebut. Para pengkonspirasi yang sememangnya sudah lama mengintai dan menunggu peluang ini telah memasang 'hidden cam' di hotel tersebut. Ikan sudah termakan umpan!
3. Terdapat kemungkinan juga yang klip video itu di 'super imposed'kan oleh pihak Anwar sendiri.
Alasannya, ia menjadi 'perahu penyelamat' Anwar untuk meraih sokongan rakyat. Bayangkan kalaulah video itu terbukti palsu, pihak yang disalahkan ialah kerajaan BN. Rakyat akan berfikit betapa kejamnya BN apabila sanggup menggunakan taktik kotor ini untuk menjatuhkan Anwar. Secara tidak langsung tuduhan liwat itu juga adalah dirancang oleh BN.
Ketiga-tiga perkara di atas cuma andaian saya sahaja. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan angkara siapa. Orang yang bertanggungjawab mendedahkan perkara ini ialah Datuk T.
Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan saya. Yang pertama, menurut Datuk T, dia melihat banyak wayar terpasang di belakang meja solek semasa mencari jam tangan Anwar. Begitu mudah sekali wayar itu ditemui?
Hanya sekali selak, sudah terlihat wayarnya? Kalau ia dirancang oleh pengkonspirasi, sudah pasti mereka mengupah orang yang benar-benar pakar sehingga begitu sukar untuk mengesan kedudukan wayar-wayar tersebut. Tidakkah ini aneh?
Perkara kedua yang meragukan saya, Datuk T memberi kata dua kepada 'pelaku' sex itu sama ada disebarkan video itu atau meletak jawatan. Yang menghairankan kata dua diberi, tapi identiti pelaku (Anwar) sudah didedahkannya.
Mana mungkin pelaku akan meletak jawatan kerana identitinya sudah dibongkar. Meletak jawatan bermakna mengaku bersalah. Mengapa Datuk T bertindak sedemikian?
Perkara ketiga yang menimbulkan keraguan ialah, adakah mungkin Anwar yang berkarisma dan bijak itu merisikokan karier politik dan maruahnya berskandal di bilik hotel yang punya kebarangkalian dipasang CCTV oleh musuh-musuh politiknya?
Jika Anwar masih 'sanggup' melakukannya di hotel, pastilah dia punya orang kepercayaan yang akan memeriksa segenap penjuru bilik hotel itu (sudah pasti wayar di belakang meja itu mudah dijumpai).
Siapa pula Datuk T? Adakah dia orang kepercayaan Anwar? Mengapa semasa menjumpai wayar-wayar tersebut dia tidak memaklumkannya kepada Anwar? Adakah Datuk T adalah talam dua muka yang bekerjasama dengan para pengkonspirasi, ATAU berkomplot dengan Anwar untuk menjayakan rancangan mereka sebagaimana yang saya terangkan di Andaian Ke-3 di atas?
Masa akan menentukan cerita di sebalik drama baru politik tanahair kita ini.
Salam Hormat,
UBUNTUMSIA