Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 19 Februari 2013

BERITA TERKINI INSIDEN DI LAHAD DATU


Berita terkini pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.
Update Terkini 16 Februari 2013
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.
Update Terkini 17 februari 2013
Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.
Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.
Update Terkini 18 Februari 2013 – Penceroboh TIDAK MAHU TINGGALKAN SABAH
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku. Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah. Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana
Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP. Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang. Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi
Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’. Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan


12 ulasan:

  1. Rasa ya semua ini ada kaitan x dgn pihak pembangkang?almaklum la kan pru13 x lama lagi n sabah ada penyumbang terbesar pada undi BN..mgkinka ada kaitan untuk mereka mengugat keamanan negaradisaat2 begini?dengan mempengaruhi pihak kesultanan sulu mengenai sejarah kununya mereka pernah menakluki borneo satu masa dulu...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masuk akal...or sesetengah pihak sja nk melengahkan PRU13?..opss..

      Al-Fatihah... serta takziah diucapkn kpd keluarga wira2 negara yg terkorban..Smoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. inikah balasan atau akibat daripada kejayaan kerajaan m'sia mencari perdamaian antara manila dan pemberontak di selatan filipina??

    BalasPadam
  3. saya sependapat dengan LAGENDA SABAH... TAPI YANG SEBAIKNYA KENA RUNDING DENGAN MEJA BULAT,.. SAYA RASA ITU LEBIH AMAN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aman apa nye....rudingan tlh dibuat.....tp masi x undur juga...ialah kita ne tk rese mcm mana ahli2 keluarga keselamatan kita yg telah pergi...sapa...nk tanggong....

      Padam
  4. asalnya saya nak baca je berita kat atas ni...tetiba je tukar jd citer politik? bosan betul kowg ni...

    BalasPadam
  5. Jgn lah cuba babitkan politik.sikit sikit politik.sikit sikit politik.mula mula tanya si anu babit tak si anu tu saper,pastu kecoh kat opis.pastu yg tak tau apa dlm.opis tu p balik crita kt family dia.family dia heboh kat org kpg.kan ker fitnah tu.pada hal cerita sebenar kita sendiri tak tau

    BalasPadam
  6. Kalau tak tahu jgn tunjuk padai dan kaitkan dgn politik. Kalau sampai mati politik apa lagi. Suruhlah org politik pergi jumpa penceroboh tu atau org yg sibuk berpolitik. Bukalah mata hati dan fikiran tu seluasxnya. Ada akai ka insiden ini insiden politik. Ngok betulah org yg beranggapan begitu baaaaaaaa!

    BalasPadam
  7. berani la d negara sendiri bkan d negara orang..perintah la negara sendiri jangan nak perintah negara orang tuntutla megikut logik fakta sejarah dan perjanjian bkan dgn logik akal fikiran yg terdesak dn cetek ilmu pengetahuan tentang tata susila kesultanan sendiri..gunakan la akal fikiran yg berilmu dalam membangunkan negara sendiri..bukan.dgn.senjata..bangga la dgn kejayaan mengunakan fikiran dan usaha memajukan negara sendiri masukla negara orang dgn sopan belajarla dgn negara orang membentuk negara sendiri bkanya merampas negara orang..sedarla usaha kmu selama ini sia2..kejayaan mudah dn cepat bkn nya senang d perolehi..harus brusaha berdisplin bersatupadu dan bertamadun..pulang la kmu kepada anak dn usteri kmu brjuangla memajukan kehidupan keluarga mu..prjuangan kmu d sini hanya sia2..kesian la anak dn isteri kmu..yang suda brada d dalam dn brjaya dlm hidup brsyukurla kerana kami memberi kmu peluang dn melayan kmu dgn baik..adaka kmu akn melayan kami seperti ami melayan kmu klu kmi yg pergi ke negara kmu

    BalasPadam
  8. harap saudara dapat membantu menyebarkan cadangan saya kepada pihak berkemampuan untuk menganjurkan satu perhimpunan raksasa dalam masa segera bagi menunjukkan sayang kita kepada negara. Cadangan saya boleh diikuti dalam
    http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/03/perhimpunan-raksasa-mendaulatkan-negara.html
    Segala bantuan amat dihargai. Terima Kasih

    BalasPadam