Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 28 Februari 2011

PENGARAH SPR PAHANG MENINGGAL

TEMERLOH: Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada kira-kira jam 3.16 petang tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham, 57, dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada kira-kira jam 7 pagi selepas mengadu sakit pada bahagian dada.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Serdang, Selangor untuk mendapat rawatan lanjut tetapi dalamperjalanan di Lebuh Raya Karak, doktor yang berada bersamanya menasihatkan supaya beliau dibawa semula ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana
keadaannya yang tidak stabil.

"Kita terkejut dan bersedih dengan keadaan ini serta bersimpati terhadap keluarga Allahyarham.

"Sejak berkhidmat dengan SPR sejak lebih 20 tahun lalu, Allahyarham adalah seorang yang berdedikasi dan kita sangat merasa kehilangan seorang keluarga SPR yang berpengalaman," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Halipah Mat Rashid, 45 dan tujuh anak.
Jenazah akan dikebumikan di FELDA Pancing Timur, Kuantan.

Hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di hospital ialah Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Ahad, 27 Februari 2011

AMARAN HASANNUDDIN SALIM KEPADA MB PAHANG DAN NAJIB

Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.

Katanya, kemenangan mereka di kerusi majoriti Melayu itu boleh memberi kesan langsung kepada kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"(Kalau) Kerdau ini (BN) kalah, Najib, get ready (bersedialah) untuk keluar daripada pejabatnya. Adnan Yaakob sekali," katanya ketika ditanya tentang kepentingan kerusi yang dianggap sebagai kubu kuat BN itu.

najib visit kerdau 270211 03Ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin - sehari sebelum penamaan calon - Hassanuddin menjelaskan perkara itu dijangkakan kerana berdasarkan peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kira-kira 19 daripada 42 kerusi di Pahang lebih berpotensi daripada Kerdau.

Pada 2008, PAS mendapat undi popular sebanyak 37 peratus di DUN itu.

"(Jadi) kalau (yang) 37 peratus ini jatuh (kepada PAS), kita akan memang majoriti di Pahang," katanya sambil memberitahu bahawa Kerdau dikelaskan sebagai kawasan "peringkat dua" yang mempunyai peratus sokongan antara 35 hingga 50 peratus.

Sambil mengakui tiada angka tepat buat masa itu, Hassanuddin berkata, kemenangannya di Kerdau akan membuka peluang Pakatan Rakyat mendapat 24 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah dalam DUN Pahang.

"Ia penanda aras. Ini kepentingan Kerdau ini, ini signifikan Kerdau...," katanya bekas kontraktor untuk projek pembinaan berskala besar itu.

Aliran 'bukan agama'

Pakatan kini mempunyai empat kerusi dalam DUN Pahang. Dua daripadanya milik PAS dan dua lagi DAP. Satu kerusi dimenangi calon bebas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini, Hassanuddin menggalas tugas berat bagi menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai penasihat agama kepada menteri besar Pahang.

NONEBagaimanapun, bagi Hassanudin - yang mengaku bersekolah dalam "aliran bukan agama" (aliran kebangsaan) dan bukan aliran agama seperti BN Syed Ibrahim - perkara itu bukanlah satu halangan kerana itu merupakan perkara konsepsual semata-mata.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu juga, Hassanuddin turut mengimbau kembali kenangannya mengenali Syed Azman sejak daripada zaman persekolahan lagi yang tinggal di kampung bersebelahan dengannya.

"Umur kami pun hampir sebaya. Dia sekolah agama, saya aliran yang 'tidak agama', aliran kebangsaan. Sekolah kami kebetulan berjiran. Daripada keluarga juga hampir sama, keluarga kampung yang biasa.

"Pergi sekolah masing-masing naik bas, Cuma dia dari Kuala Krau, saya Sangga. Ada kawan dia yang juga kawan saya," kata Hassanuddin yang kelihatan selesa menceritakan semula pengalaman lebih 30 tahun lalu.

Faktor 3+1

Bagaimanapun, bagi Hassanuddin, antara beliau dan Syed Azman beliau lebih banyak meluangkan masa di Kerdau ekoran Syed Azman berkhidmat dengan menteri besar di Kuantan.

Hassanudin juga mendedahkan tentang karektor uniknya - yang membentuk kefahaman politiknya - yang mana beliau merupakan anak seorang aktivis Parti Sosialis Rakyat Malaysia manakala ibunya pula anggota Umno.

NONEDi peringkat pengajian tinggi pula, beliau pernah terlibat dalam NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih pemimpin Umno pada masa itu.

Ditanya tentang situasi di tiga gugusan Felda dan sebuah Felcra di Kerdau atau lebih dikenali sebagai "faktor 3+1", Hassanuddin mengakui menggalas tugas besar.

"Kekalahan kita dengan (majoriti) 1,600 undi. Tetapi 1,300 datangnya daripada Felda," kata lulusan diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang ukur tanah itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau hanya mendapat sokongan 26.5 peratus pengundi daripada Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur yang mempunyai pengundi berjumlah 3,721 orang.

Jumlah besar pengundi Felda itu mewakili hampir separuh daripada 8,999 pengundi yang layak di DUN itu.

LETIH KEMPEN DI MERLIMAU DAN KERDAU JOM SINGGAH TEMPAT AKU KEJAP "LAHAD DATU" BERGAMBAR


NI jalan utama yang menghubungkan Pekan Lahad Datu dengan daerah luar seperti Kota Kinabalu,Tawau dan Sandakan


Sebahagian daripada Pekan Lahad Datu yang baru dibangunkan


Ni pula di dalam pekan..siap dengan logo 1Malaysia dengan saman PDRM

Ha ni pondok polis…tengah-tengah pekan ni….


 
Ni pula Wisma USIA….di sinilah letaknya pejabat UMNOOO Silam..tu dia dacing !


Salah satu shoping kompleks ( Milemewa )…atasnya tu Grace Hotel,taraf bintang juga. 


Wisma Ramai-Ramai salah satu pusat beli belah. Aha….. banner tu gambar Ketua Menteri Sabah
Dengan ADUN Lahad Datu…..Tak jelas maklumlah guna kamera biasa ja……


Tempat mencari rezeki bagi peniaga yang berlesen….La pak aji ni malu-malu pula….ada juga tempat berniaga yang tak berlesen,nanti kita tengok gambar seterusnya…..

Pasar ikan masin,macam-macam jenis ikan yang dimasinkan


Pasar tani ni dibuka setiap hari Ahad…Peniaga di sini datang dari pelbagai tempat. Ramai yang berasal dari semenanjung berniaga tudung dan keropok lekor di sini


Antara bank-bank yang terdapat di Lahad Datu. Selain Bank Rakyat ni ada Maybank,Am Bank,Public Bank dan lain-lain lagi lah……

Ni lah Pusat Pentadbiran Daerah Lahad Datu, Urusetia Daerah Lahad Datu. Diketuai oleh seorang Pegawai Daerah dan di bantu oleh dua orang ADO

Masjid Daerah Lahad Datu, luas juga masjid ni…


Pejabat Pos Lahad Datu ni bertentangan dengan Urusetia Daerah


Executive Hotel antara hotel bertaraf 3 star….yang lain tu gambar di bawah

 
Asia Hotel…sebelum dijadikan hotel bangunan ni dikenali sebagai Bangunan Hap Seng


Tempat makan di Lahad Datu ni tak susah…banyak tempat makan boleh jumpa. Kedai mamakpun banyak bah…..

GAMBAR BAWAH NI MERUPAKAN ISU-ISU YANG TAK BEGITU MENYENANGKAN…TENGOK JANGAN TAK TENGOK


Ni depan pasar ikan…tengok penjual rokok seludup tu..selamba ja tak ada sekatan langsung. Macam tempat ni mak bapanya punya. Kalau lalu tempat ni macam berada di negara luar. Perniagaan ni tak berlesen

Pasar Rakyat ni sebelah pasar ikan tadi. Nama ja pasar rakyat tapi tempat ni dah jadi tempat jual rokok seludup,mercun seludup dan CD cetak rompak SECARA BEBAS. Yang peliknya lagi penjual sayur bebas menjual sayur mereka di luar pasar tu. Apa jadi dengan peniaga yang berlesen di dalam pasar ? Majlis Daerah tak fikirkah nasib peniaga di dalam tu ?


Ni bukan jual kereta tapi ni kereta sapu. ( orang sini panggil pirate ).Parking ikut suka dia. Kebanyakan pemandunya tak ada lessen memandu….cowboy betul la dia orang ni…Belakang Pejabat Daerah pula tu


Satu lagi cerita…ni masyarakat “Pela’o”. Mereka ni tak ada rumah. Tinggal dalam perahu ja. Tapi akhir-akhir ni mereka dah belajar duduk di darat. Tempat tinggal mereka di kaki lima kedai la. Dia orang masak,makan dan tidur disitu. Apa tindakan kerajaan agaknya ?

Anak-anak Pela’o ni selalu melepak dikedai-kedai makan. Aktiviti mereka minta sedakah.

Sesiapa yang suka sangat dengan nombor,jangan risau di Lahad Datu banyak tempat yang menyediakan “perkhidmatan” ini. Sebelah atas tu pusat Karaoke. Lepas beli nombor boleh naik atas….

Lagi satu pusat jual nombor ekor. Last sekali terima kasih kerana “berkunjung” ke daerah ku. Aku nak mohon maaf seandainya ada yang tak puas hati, tapi inilah reality. Apapun Lahad Datu masih lagi sebuah pekan yang indah dan mempunyai penduduk yang ramah. Banyak lagi tempat yang tak sempat aku muatkan……..Assalamualaikum…….

Sabtu, 26 Februari 2011

PAS DAN PKR TUTUP KEDAI,,,RIBUAN AHLI KELUAR PARTI

Dari Blog Parlimen Kota Raja
Habislah PAS dan PKR kali ini.
Menjelang mana-mana PRK (terkini Kerdau dan Merlimau) atau PRU maka berbondong-bondonglah diberitakan ahli PAS dan PKR serta pemimpin kedua-dua parti ini yang akan keluar parti untuk menyertai Umno.
Saya tidak pernah mengira tapi kononnya sejak beberapa tahun yang yang lalu mungkin telah belasan ribu ahli PAS & PKR yang diberitakan oleh media perdana serta portal pro Umno yang menyertai parti tersebut.
Anehnya walau pun demikian yang di war-warkan, namun keputusan penuh liga PRK “M” tidak pula menyaksikan kemenangan penuh kepada Barisan Nasional.
Jika ini lah keputusan nya maka nyatalah bahawa berita serta portal pro-umno memang tidak berguna langsung kepada kita semua sebagai rakyat jelata tetapi bagus juga untuk penyokong parti mereka supaya tidak perlu bekerja keras lagi kerana sudah semakin ramai menyertai mereka dan mereka bakal menang mudah dalam setiap PRK dan PRU.
Terkini laman sesawang Bernama melapurkan bahawa sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai Umno Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua Umno bahagian itu Zawawi Othman berkata mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.
“Ramai lagi anggota PAS terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai Umno,” katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di Pasir Puteh hari ini
Beliau berkata antara yang menyertai Umno itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa PAS cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.
Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada BNl untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya.
Sementara itu, bekas bendahari PAS cawangan Tualang Rendah Wan Mahmood Wan Abas, 56, yang ditemui pemberita pada majlis penyerahan borang tersebut berkata beliau merasa tertipu dengan parti yang disertainya sejak 30 tahun lepas.
Ini kerana katanya, tidak ada apa yang disumbangkan PAS kepada masyarakat sepanjang beliau memperjuangkan parti tersebut.
Bekas anggota jawatankuasa Muslimat PAS cawangan Kampung Wakaf Bunut, Saripah Mamat, 38, pula berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang banyak bercakap tetapi gagal membantu rakyat yang susah.
Berbanding PAS, Umno tidak banyak bercakap tetapi sibuk membantu rakyat terutama dalam persekolahan anak-anak menerusi program seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diberi setiap tahun, katanya.
Membaca cerita rekaan tulisan Bernama ini membuatkan ramai boleh kecut perut dan Kerajaan PAS Kelantan boleh tumbang bila-bila masa jika Pilihnaraya diadakan.
Malangnya dengan pertolongan laman sesawang Bernama dan Portal Umno ini Umno Kelantan terus syok sendiri kerana semakin di beritakan pimpinan dan ahli PAS yang keluar parti maka semakin KURANG pula kerusi DUN yang dimenangai oleh Umno dan Barisan Nasional di Kelantan sehingga bakal Menteri Besar Umno pun tumbang tertongeng dan tergolek-golek di DUN sendiri.
Sementara itu, diberitakan juga sekumpulan 154 anggota sayap wanita PKR di Perak turut bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.
Diketuai bekas naib ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim.
Dalam sidang media selepas itu, Rosnah berkata tindakan anggota Wanita PKR Ipoh Barat dan Tambun tersebut mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat bekas anggota PKR sebelum ini bahawa ada yang tidak kena dengan parti pembangkang terbabit.
Justeru kata beliau, PKR tidak wajar menuding jari kepada Umno dan BN sebagai punca semakin ramai anggota mereka bertindak keluar parti.
Sementara itu, Siti Aminah berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya itu berpunca daripada rasa kecewa dengan pucuk kepimpinan PKR.
“Selain itu kami melihat dan terbukti perjuangan PKR dan kepimpinan mereka adalah untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk kebaikan kami dan rakyat jelata,” katanya.
Ini kerana kata beliau, perebutan kuasa menyebabkan pucuk pimpinan lupa anggota di akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menghidupkan PKR sebelum tsunami politik pada 2008.
Turut menyerahkan borang keanggotaan Umno hari ini ialah 34 wanita yang tidak pernah menyertai sebarang parti politik sebelum ini.

SINGGAH SEKEJAP : LAWAK JENAKA SEMPENA DUA PRK

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Untuk merampas kembali beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, selain mempastikan Putrajaya masih dalam genggaman, maka jentera Umno-BN tentunya ligat mencari dan mengusahakan jalan keluar. Usaha meraih sokongan dan simpati melalui kerja-kerja propaganda secara terbuka tidak dapat menyembunyikan komplot atau konspirasi lebih besar, yang terselindung daripada pengetahuan umum, malah sukar untuk dihidu.

Sejak merdeka, Umno gagal membuktikan keupayaannya untuk memenangi pilihan raya  secara "anak jantan". Segala kemudahan dan perkakas kerajaan diperalatkan, manakala kekuatan pembangkang dilumpuhkan melalui pelbagai tindakan kekerasan dan penggunaan undang-undang. Jarang hujah saingan politiknya disanggah dengan argumen. Mereka berlindung di sebalik akta zalim seperti ISA, di samping mengamalkan rasuah politik dan menimbulkan budaya takut.

Apabila BN menghadapi kejutan dalam pilihan raya 1999, ekoran era Reformasi, apabila majoriti pengundi Melayu menunjukkan penentangan terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad, ramai menyifatkan Umno bagai lembu nazak selepas disembelih, hanya menunggu maut menjemput. Saya cuba melihat di sebaliknya. Umno masih berkuasa penuh.Ia masih memegang majoriti dua pertiga. Kemudahan kerajaan termasuk institusi penting demokrasi, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terbuka untuk diperalatkannya.

Masakan Mahathir hanya menunggu takdir melihat Umno dibungkus sejarah dan beliau terlucut jawatan perdana menteri. Secara licik, perancangan dilakukan penuh strategik. Senarai pendaftaran pemilih dan proses persempadan semula kawasan Parlimen dijadikan tumpuan. Untuk mendapat kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) misalnya bagi mewujudkan "pengundi hantu", adalah perkara mudah.

Pembangkang hanya mampu melahirkan rasa terkejut dengan penambahan mendadak jumlah pendaftaran pengundi baru di kawasan tertentu, khususnya Terengganu, tanpa menyedari ia satu grand design merampas balik negeri yang kaya dengan minyak itu.

PRU12 lebih buruk berbanding 1999. Mustahil strategis Umno (termasuk Apco) duduk diam atau "biasa-biasa sahaja" menghadapi PRU13 nanti. Benar, Najib cuba menjana pelbagai bentuk transformasi, namun di belakang tabir, saya yakin banyak "perancangan kotor" yang sedang berjalan secara cukup sulit. Dibimbangi kita hanya tersedar selepas pelan licik itu berjaya disempurnakan dalam pilihan raya nanti.

Pendedahan wartawan Saidah Hairan tentang operasi pertukaran alamat penduduk Sabah -- yang mendapat kerjasama sepenuhnya pejabat JPN di Shah Alam -- untuk mengundi di Selangor mungkin cebisan kecil daripada konspirasi lebih besar yang masih belum dapat dibongkar. Saidah berada di lokasi kejadian dan sempat berbual-bual dengan mereka yang terlibat.

Umno Selangor yang diterajui Najib Razak sendiri sedang meniti laluan "hidup atau mati". Apa jua akan dilakukannya bagi memastikan Umno dapat merampas Selangor dalam PRU13 sebelum kekuatan Pakatan Rakyat terasas lebih kukuh di negeri paling maju itu.

Ramai syak bahawa ada operasi lebih besar berkaitan senarai daftar pemilih, juga melibatkan kerjasama erat JPN dan SPR. Ia bukan sekadar mengagihkan pengundi ke lokasi lebih strategik berdasarkan kepentingan politik Umno, tetapi juga membabitkan warga asing yang mungkin diberikan  kad pengenalan untuk kegunaan di hari mengundi. Proses penyamaran identiti dan mengundi lebih sekali bukan perkara baru di Malaysia.

Usaha membersihkan proses pilihan raya di negara ini masih meniti jalan-jalan penuh krikil ... Harakah mengalu-alukan informasi tentang konspirasi Umno ini jika anda mempunyai bahan bukti atau sumber cerita yang boleh kami lanjutkan.

II. Mahathir, Menteri Dalam Negeri yang paling lemah kuasanya?

Dr Mahathir Mohamad, 17 Feb lalu, berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, dakwanya, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang. Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," katanya  pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen. Sebelum ini, merujuk  Ops Lalang 1987 yang melibatkan lebih 100 orang tokoh masyarakat dan penggantungan empat akhbar, Mahathir juga menyalahkan pihak polis.

Saya pelik mengapa Mahathir perlu menimbulkan isu ini dengan nada berbeda. Apakah Mahathir mahu menulis semula sejarah daripada kacamatanya sendiri, walaupun terpaksa melakukan pendustaan terang-terangan? Mungkinkah rasa bersalah bekas Perdana Menteri ini membuatkan beliau resah-gelisah sehingga sanggup berbicara apa sahaja menurut sedap hatinya?

Regim Mahathir memang penuh babak-babak kontroversial. Beliau diasak pelbagai masalah, sama ada dari dalam Umno, dengan raja-raja, pihak peguam, kesatuan sekerja, ulamak, hakim dan lama sebelum itu, dengan mahasiswa. Tidak sedikit korban yang gugur ekoran pertembungan itu. Paling menjolok mata, partinya sendiri, Umno, diharamkan atas kehendak beliau. Kebebasan institusi kehakiman musnah; tiga hakim Mahkamah Agung termasuk Ketua Hakim Negara dipecat melalui proses tribunal yang mengelirukan.

Khususnya selepas pemilihan presiden Umno 1987, yang menyaksikan beliau hampir tumpas kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Mahathir bertindak keras mengetatkan lagi akta zalim seperti Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan ISA. Elok ditekankan di sini, Mahathir juga sepanjang pemerintahannya melakukan siri pindaan perlembagaan bagi membataskan kuasa hakim dan mahkamah, sebaliknya memperuntukkan lebih kuasa kepada eksekutif, iaitu dirinya sendiri.

Saya masih ingat situasi cemas yang sengaja diwujudkan sekitar pertengahan 1987 membawa kepada hari gelita, 27 Oktober 1987. Kedudukan Mahathir memang terancam. Sentimen perkauman berkaitan isu sekolah Cina sengaja diapi-apikan. Anehnya, tokoh-tokoh politik Umno dan MCA yang galak menimbulkan rasa gelisah ketika itu, termasuk Najib Razak, tidak pula dikurung. Pimpinan PAS pula yang ditahan, antaranya Mohamad Sabu, Khalid Samad, Halim Arshat dan Mahfuz Omar.

Mahathir boleh saja mendapat sokongan bekas Ketua Polis Negara, Abd Hamid Omar atas dakwaannya bahawa inisiatif penahanan dimulakan oleh polis tetapi saya tidak mempercayainya, sekali gus beranggapan ia satu lagi "jenaka terbaik" Mahathir. Gerak itu mesti bermula dan dirancang oleh orang politik yang berkepentingan. Tiada pihak paling mendapat manfaat daripada Ops Lalang itu melainkan Mahathir.

Memang semasa mula menjadi PM, Mahathir membebaskan beberapa orang tahanan ISA. Najib juga meneladaninya. Tetapi apabila berdepan krisis, berikutan dasar dan pendekatan pemerintahannya yang menimbulkan banyak penentangan, Mahathir "akan menggunakan sebesar-besar senjata walaupun untuk memusnahkan musuh yang kecil".


Okey, kita terimalah dulu lawak Mahathir itu. Bersopan sungguh Mahathir dalam kerjanya, ya? Sentiasa mengutamakan pandangan pihak lain walaupun bercanggah dengan dirinya. Soalnya, kalaupun ISA tidak dapat dimansuhkan, mengapa pula Mahathir sentiasa memperketatkan akta itu dari masa ke semasa walaupun ancaman komunis bersenjata yang menjadi punca penggubalan ISA sudah berakhir? Berbanding tiga PM sebelumnya, Ops Lalang membabitkan paling ramai penahanan tokoh masyarakat berprofil tinggi.

Mengapa apabila berdepan permohonan habeas corpus Lim Kit Siang, salah seorang tahanan ISA 1987, dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terpaksa melepaskannya, maka dengan segera dan tergesa-gesa Mahathir melakukan pindaan akta berkenaan apabila kes ditangguhkan. Hari ini pindaan dibahaskan di Dewan Rakyat, esok dibawa ke Dewan Negara dan kemudiannya pantas diwartakan. Apabila kes Kit Siang disambung perbicaraan, peluang beliau dibebaskan tertutup rapat disebabkan hakim telah menggunakan akta yang baru dipinda itu!

Begitu juga dengan kes penangkapan Karpal Singh, di bawah Ops Lalang. Pada 9 Mac 1988, Mahkamah Tinggi Ipoh membebaskannya disebabkan fakta pertuduhan pihak polis didapati tidak benar. Karpal didakwa memberi ucapan berbaur hasutan di satu lokasi sedangkan beliau berada di tempat lain ketika itu. Hanya beberapa jam selepas dibebaskan mahkamah, Karpal ditangkap semula. Pihak Peguam Negara kemudiannya membuat rayuan kepada Mahkamah Agung atas keputusan Mahkamah Tinggi.

"Jangan dok merapu lagilah Mahathir," SMS seorang kawan.

III. Gerak politik Ikhwan semasa Revolusi 1952 tersasar?

Ikhwan Muslimin -- walaupun selepas ditekan dan dianiayai selama lebih 60 tahun -- diakui gerakan paling tersusun, kuat dan berpengaruh di Mesir. Kini, selepas Hosni Mubarak tersungkur, bukan saja warga Mesir menanti langkah dan kebijaksanaan pemimpin Ikhwan, malah dunia sedang memerhatikannya penuh minat. Revolusi rakyat yang turut menganugerahkan ramai syuhada itu membawa harapan cukup besar bagi memastikan proses pembaharuan berjalan lancar.

Semasa saya mencari-cari catatan pengalaman demonstran di Medan Tahrir (disebabkan rasa kagum dengan kecekalan dan kehebatan mereka bertahan selama hampir 20 hari), saya disuakan dengan analisis menarik pakar Timur Tengah, Dr Mohammad Redzuan Othman tentang Ikhwan. Bagaimanapun perkembangan yang disorotnya itu bukan situasi terkini, tetapi bedah-siasat kegagalan Ikhwan dalam konflik politik di Mesir, antara tahun 1948-1954. Umumnya, artikel itu seperti menonjolkan banyak kelemahan Ikhwan tetapi saya berasakan ia penting untuk melihat sejauhmana pemimpinnya kini dapat memanfaatkan iktibar masa lalu, berdepan realiti kritikal hari ini.

Ikhwan ketika itu muncul sebagai organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat dengan keahlian dua juta. Hinggakan apabila meletus perang di Palestin, Ikhwan merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk menentang Israel. Pasukan ini mendapat sanjungan kerana keberanian dan kehebatannya. Bagaimanapun, dengan pengalaman dan pemilikan senjata, Ikhwan terdedah kepada risiko besar terutama disebabkan tindakan segelintir anggotanya yang melakukan keganasan politik, di luar pengetahuan dan kawalan Hasan Al-Banna.

Berpunca daripada insiden "keganasan", Ikhwan diharamkan, dan 32 anggotanya ditangkap bersama sejumlah senjata. Al-Banna menegaskankan senjata itu untuk menentang Israel dan kewujudannya diketahui pemerintah. Pembunuhan Perdana Menteri, Nokrasyi Pasya, memburukkan lagi imej Ikhwan. Selepas  Al-Banna ditembak syahid pada 1949, Ikhwan bukan saja sukar menjadi pengganti sedinamik beliau, malah menghadapi masalah perebutan kuasa, yang mengakibatkan pengaruhnya semakin lemah. Hasan Al-Hudaibi, bagi  pimpinan Ikhwan tertentu, bukan pengganti terbaik kerana dikira masih baru dalam jamaah dan bukan dari kalangan pengasas; perlantikannya mencetuskan perpecahan dalaman. Beliau berlatarbelakang perundangan, seorang yang bersikap sederhana, tenang dan lemah-lembut.

Mesir pula mencatat sejarah apabila Raja Farouk digulingkan dalam Revolusi Julai 1952, yang digerakkan sekumpulan pegawai tentera, Free Officers (diketuai Mohamed Neguib dan Gamal Abdul Nasser). Secara tidak langsung kemarahan rakyat kepada raja turut disumbangkan oleh Ikhwan. Free Officers dianggarkan hanya dianggotai 50 pegawai tentera, dengan hubungan yang longgar dan spontan. Menyedari Ikhwan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat serta mantap organisasinya, Free Officers sedaya upaya cuba mewujudkan kerjasama dan persefahaman, terutama di peringkat awal.

Sebagai tanda persahabatan, Free Officers memenuhi tuntutan Ikhwan, antaranya membuka kembali kes pembunuhan Al-Banna, membebaskan anggota yang ditahan, pembubaran polis rahsia dan pelantikan seorang penyokongnya, Kolonel Rashad Muhanna sebagai salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan sementara. Ikhwan nampak berpuas hati dan memberikan sokongan, tetapi pada masa sama Free Officers memperkukuhkan dominasinya dalam politik Mesir bagi membolot kuasa, selain berhasrat melakukan komplot jahat memusnahkan Ikhwan. Pada 14 Oktober 1952, Rashad MUhanna digugurkan daripada Majlis Revolusi disebabkan beliau lantang bersuara supaya dilaksanakan Perlembagaan Islam di Mesir.

Semasa Free Officers memperkukuhkan kedudukannya, Ikhwan pula dilanda krisis demi krisis. Dalam mesyuarat majlis syira pada 9 Disember 1953, beberapa tokoh penting Ikhwan dipecat keanggotaannya, seperti Muhammad Al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Nasser menyedari kewujudan krisis dalaman itu  dan beliau mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin Ikhwan. Regim tentera juga berjaya menyusup masuk. Perancangan rapi diatur bagi mengharamkan Ikhwan, dan hanya selepas satu setengah tahun sahaja selepas revolusi, ia diharamkan, manakala 450 anggotanya ditangkap termasuk semua ahli majlis syura dan Mursyidul Amnya, Hasan Al-Hudaibi.

Susulan itu, pada 26 Oktober 1954, "drama" pembunuhan Nasser dilakonkan apabila beberapa das tembakan dilepaskan ketika beliau memulakan ucapannya di Iskandariah. Penembaknya dikatakan seorang anggota pertubuhan bersenjata Ikhwan. Tiada yang cedera, cuma beberapa mentol lampu sahaja pecah. Nasser meneruskan ucapan dan menonjolkan imejnya sebagai manusia yang mendapat perlindungan Allah daripada angkara "pengkhianat". Peristiwa itu digunakan regim tentera untuk menghapuskan Ikhwan. Sebelum subuh 27 Oktober 1954, lebih 7,000 penyokong dan pemimpin Ikhwan ditangkap. Tujuh pemimpinnya dihukum gantung dan tujuh lagi dipenjarakan seumur hidup.

Redzuan merumuskan, Ikhwan membuat beberapa perhitungan politik yang  boleh dipertikai. Walaupun mempunyai pengaruh dan kekuatan tetapi Ikhwan tidak menggunakan kesempatan apabila sampai masanya dan kesempatan ini disebut pihak lain. Mereka tidak menggunakan tawar-menawar politik yang berkesan di peringkat awal ketika Free Officers masih lemah. Inggeris juga melakukan sabotaj dalam perundingan dengan Ikhwan (sehingga dituduh membelot kepada negara) dan ini memberi tekanan lagi kepadanya. Kewibawaan Nasser, terutama dari segi imiginasi politiknya yang baik, berjaya menyingkirkan semua saingannya. Nasser bukan saja membunuh ramai pemimpin Ikhwan, malah memaksa mereka melarikan diri sehingga ke Eropah.

Kini, masa berubah. Gerak politik Ikhwan selepas Revolusi Rakyat Medan Tahrir tentu juga berbeda.  

YUHAIZAD LAWAN ROSLAN DI MERLIMAU

Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua, kanan) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah mengangkat tangan bersama selepas diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau, Melaka, Sabtu. Turut sama isteri Roslan, Zalifah Omar (kanan) dan isteri Yuhaizad, Shakila Mohamad. - Foto BERNAMA
JASIN: Seperti dijangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah.
Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengumumkan pengesahan pencalonan itu berkata, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi diikuti Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin dua minit kemudian.
"Sebanyak tiga bantahan dikemukakan tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau, di sini Sabtu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad mengangkat tangan bersama semasa mengiringi Roslan menuju ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di Melaka, Sabtu.
Roslan berkata, sebanyak tujuh pusat mengundi akan dibuka pada hari pengundian 6 Mac ini.Dewan Platinum Politeknik Merlimau ditetapkan sebagai pusat penjumlahan undi rasmi/pengiraan semula undi.
Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah sehingga pengumumuman yang layak bertanding dibuat.
Sementara tiada kejadian yang diingini berlaku di kalangan ribuan penyokong BN dan PAS yang berhimpun di luar politeknik.
Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu. SPR menetapkan 6 Mac adalah hari pembuangan undi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa serta calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mengangkat tangan bersama semasa mengiringi Yuhaizad pada penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Mengikut Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011, kawasan berkenaan mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos di DUN Merlimau dengan pengundi Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).
Berdasarkan komposisi mengikut kaum, terdapat 6,850 orang pengundi Melayu, 2,225 orang (Cina), 1,569 (India) dan lain-lain 37 orang.

--mStar

PENAMAAN CALON N27 MERLIMAU DAN N28 KERDAU

9am: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.
8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.
8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.
8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.
8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.
8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.
Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.
8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

PRK N27 MERLIMAU : PENAMAAN CALON

Harakahdaily   
Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.

9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.

8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am:
MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.30 am:
KERDAU - Tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.
8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.15 am: KERDAU - Perarakan dimulakan.
8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.
8.08 am: KERDAU - Bacaan doa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
8.00 am: KERDAU - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tiba di tempat permulaan perarakan.



Gambar (MERLIMAU): Pimpinan dan penyokong mula berhimpun

7.57 am: MERLIMAU -
Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.

Jumaat, 25 Februari 2011

SAMPEL TAK MUNGKIN TERCEMAR :AHLI KIMIA

KUALA LUMPUR: Seorang ahli kimia mengenepikan sebarang kemungkinan pencemaran ke atas satu tuala kecil yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira yang boleh menyebabkan kehadiran profil DNA lain selain daripada "lelaki Y".
Nor Aidora Saedon tidak bersetuju dengan peguam bela Ram Karpal Singh dan tetap dengan pendirian mengenai apa yang ditemuinya bahawa ia hanya satu profil DNA yang ditemui pada tuala itu.
"Tidak ada kemungkinan seperti itu memandangkan semua jaminan kualiti telah ada di makmal kami dan analisis saya mengenai eksibit ini telah mengenepikan sebarang kemungkinan campuran profil-profil DNA pada tuala itu," kata Nor Aidora.
Saksi itu juga tidak bersetuju berhubung kehadiran "alel 18" pada graf elektroferogram yang tidak sepadan dengan profil DNA, sama ada kepunyaan Mohd Saiful, "lelaki Y" atau orang yang tidak dikenali, menandakan kehadiran profil kepunyaan orang lain.
Ram berhujah malah alel 18 wujud semasa pemeriksaan dijalankan oleh ahli kimia yang lain iaitu Dr Seah Lay Hong.
Alel adalah satu daripada dua atau lebih yang membentuk turutan DNA sesuatu gen tertentu. Setiap gen boleh mempunyai alel yang berbeza. Kadang kala, turutan DNA yang berbeza (alel) terjadi dalam pelbagai sifat, seperti warna.
Kadang-kadang, alel yang berbeza akan mempunyai keputusan yang sama dalam mengungkap sesuatu gen.
Nor Aidora, saksi keenam pendakwaan dari Jabatan Kimia menjelaskan bahawa sebagai ahli kimia, beliau perlu meneliti analisis lengkap sesuatu profil DNA secara keseluruhan, bukan hanya berdasarkan satu lokus bagi profil itu seperti yang disebut oleh peguam bela.
"Kamu tidak boleh hanya ambil satu lokus dan berkeras mengatakan mengenai kehadiran lebih daripada satu profil DNA dan alasan kamu mengenai pencemaran benar-benar tidak tepat," katanya.
Nor Aidora yang dihujani dengan soalan daripada Ram Karpal kemudiannya memberitahu peguam bela itu supaya merendahkan suaranya.
"Tolong jangan jerit, saya berada di sini untuk membantu mahkamah," kata saksi itu.
Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Menjawab soalan lain sama ada beliau menjalankan profil padanan dengan staf lain yang bekerja di makmalnya, Nor Aidora berkata protokol dan prosedur dalam jabatannya tidak pernah ditolak ansur.
Pada satu peringkat, Nor Aidora menoleh ke arah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan bertanya sama ada beliau mengikuti apa yang dijelaskannya mengenai cara beliau menjalankan analisis DNA itu dan kemungkinan padanan DNA.
"Kamu tidak perlu bimbang tentang saya, kamu teruskan," kata Mohamad Zabidin sambil tersenyum.
Ram Karpal juga terus mengulangi pertanyaan mengenai kemungkinan pencemaran sampel-sampel yang diserahkan kepadanya oleh DSP Judy, Nor Aidora berkata profil-profil DNA yang diperolehinya dari calitan-calitan berada dalam keadaan baik.
Perbicaraan itu bersambung Isnin untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar. - BERNAMA

"LU TOLONG GUA,GUA TOLONG LU" SPR KENA PAKAI KANTA PEMBESAR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis.

Khamis, 24 Februari 2011

PROTES ANTI TAIB MAHMUD DI LUAR NEGERI

Protes anti-Taib di Ottawa, London, Isnin depan


Kempen bagi menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin mendapat momentum menjelang pilihan raya negeri itu dengan tua demonstrasi dirancang di Ottawa dan London Isnin depan.

Protes itu adalah anjuran Dana Bruno Manser Fund (BMF), sebuah kumpulan pejuang hak pribumi yang berpangkalan di Switzerland, dengan kerjasama pertubuhan alam sekitar antarabangsa, termasuk adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown.

NONERewcastle Brown adalah pengasas laman sesawang Sarawak Report, yang sebelum ini seringkali mendedahkan dakwaan salah-laku dan rasuah Taib serta empayar perniagaannya.

Menurut kenyataan BMF, protes di Kanada dan United Kingdom itu akan diketuai oleh pemimpin pribumi dari Malaysia dan akan diadakan di luar dua syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib di Ottawa dan London.

Kedua-dua syarikat itu - Sakto Corporation di Kanada dan Ridgeford Properties Ltd di London adalah 49 syarikat yang telah disenarai-hitamkan oleh BMF baru-baru ini.
Pemimpin dalam buangan


Protes di Ottawa, dijadualkan pada jam 12pm (Eastern Time, GMT-5), akan diketuai oleh Mutang Urud, seorang pemimpin pribumi dari Sarawak yang tinggal dalam buangan di Kanada sejak awal 1990an.

baram residents demoMutang pada Februari 1992 telah ditangkap dan dikenakan hukuman kurungan berasingan oleh kerajaan Taib kerana mengendalikan Persatuan Penduduk Pribumi Sarawak (SIPA).

Beliau pernah berucap pada Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-47 di New York pada 10 Disember 1992 berhubung nasib pribumi Sarawak yang ditindas.
Protes di London yang dijadualkan pada jam 9.30am (GMT) akan diketuai oleh Rewcastle Brown dan Peter John Jaban.


NONEPeter, seorang penduduk pribumi Sarawak adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio bebas gelombang pendek yang bersiaran dari London. Ia memfokus pada cerita-cerita aktivis Sarawak dan perjuangan masyarakat pribumi mempertahankan hak tanah mereka dan juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Taib.

Pilihan raya Sarawak disebut-sebut akan diadakan pada April ini kerana hayat dewan undangan negeri itu akan berakhir Julai depan.
--MK

SPRM SIASAT EXCO PERAK ?

IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya.
Isytihar harta
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri  mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak  menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan   menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan  terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.

ORANG SARAWAK Vs ORANG PAKISTAN


Saudara Pengarang,
SAYA ingin tahu sama ada orang Sarawak yang datang, bekerja dan berniaga di Sabah wajib mendaftarkan diri mereka dengan Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri atau tidak?
Ramai orang Sarawak kini ‘tinggal secara haram’ di Sabah dan telah menguasai perniagaan dan ekonomi di Sabah seperti restoran, hardware, pembekal, ceti haram (along), 4 Digit haram, kontraktor, supermarket dan sebagainya.
Jika mereka tidak dibenarkan menurut undang-undang khas Sabah, di manakah penguatkuasa kita kerana Orang Semenanjung (Malaysia Barat) memerlukan ‘Pas Kerja’ atau pemastautin tetap sebelum boleh bekerja dan berniaga di Sabah; sebagaimana undang-undang yang berkuatkuasa di Sarawak.
Mengiringi makhluk daripada Sarawak ialah Warga Pakistan yang diberi kerakyatan palsu dan telah menguasai kedai runcit di kampung di luar bandar. Di sekitar bandar kedai mereka mula tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan terutama di kawasan Beverly Hills di Bundusan, Penampang.
Malang bagi peniaga kecil Sabah yang terhimpit dengan hutang along, Tekun dan sebagainya kerana terpaksa gulung tikar kerana gagal bersaing dengan Orang Sarawak dan Pakistan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menguasai perniagaan.
Salam Hormat,
PENIAGA BUMIPUTERA YANG DIDERA!

Minda KS : Kehadiran peniaga Pakistan ni bukan hanya di Kota Kinabalu tapi di semua pelusuk negeri Sabah. Di Lahad Datu ni orang kampung panggil mereka tuan hahaha.Ada ic pula tu. Ada cawangan UMNO Pakistan lagi.....KS pernah tanya orang Pakistan lahir mana...dia kata lahir di Kg.Muhibah Lahad Datu dalam tahun 1963. Masa tu Kg.Muhibah masih belum wujud lagi hahahaha

DATUK ILANI ISAHAK MENINGGAL

Ketua Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak meninggal dunia di Kuala Lumpur, awal pagi ini akibat barah.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon mengesahkan perkara itu melalui SMS dan berkata beliau akan memberikan penghormatan terakhir di rumah allahyarham di Sungai Penchala.

Ilani, bekas ahli parlimen Kota Bharu meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama yang penuh kontroversi itu ditubuhkan tahun lalu dengan Ilani dilantik sebagai ketuanya.

--MK

Minda KS : Alfatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman