Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 31 Julai 2012

KAWASAN ' PANAS ' JADI TUMPUAN KAKI PONTENG PUASA


KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, pasti terdapat beberapa kedai mamak dan restoran yang beroperasi berkonsepkan 'pandu lalu' sekaligus menjadi pilihan segelintir umat Islam terutamanya bagi 'kaki-kaki ponteng' puasa.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan baru-baru ini, beberapa lokasi telah dikenalpasti sebagai kawasan 'panas' pilihan utama sekumpulan 'kaki ponteng' yang mana memudahkan mereka memesan makanan dengan cepat.

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan bagi umat Islam seluruh dunia mempertingkatkan ibadah serta mengumpul pahala. Malah sepanjang bulan ini kita perlu menahan dahaga bermula awal pagi hingga senja. Sebagai menghormati individu yang berpuasa, bagi mereka yang tidak berpuasa sama sekali dilarang makan atau minum dihadapan khalayak ramai.

Malangnya, demi mengikut nafsu makan yang tidak dapat ditahan, secara tidak langsung menjadikan segelintir individu ini berusaha mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan bekalan makanan tidak kira walau apa cara sekalipun.

Hasil pemerhatian yang dibuat dalam minggu ni, Malaysia Digest berjaya mengesan beberapa 'kaki ponteng' puasa.

Sebuah outlet makanan segera yang terletak Jalan Pahang merupakan antara 'sarang' bagi kaki ponteng ini menjalankan aktiviti mereka, menjelang waktu makan tengah hari.
..
Kami sempat merakamkan seorang pemuda bermotosikal dengan memakai topi kaledar penuh dengan selamber menuju ke kaunter 'pandu lalu' untuk memesan makanan.Selepas individu tersebut mendapatkan makanan, Malaysia Digest mendekatinya dan dia mengakui bahawa dia tidak berpuasa malah merancang untuk makan tengahari di tempat terpencil.

"Kenapa saya pilih restoran yang mengamalkan sistem pandu lalu kerana dengan cara ni, saya hanya perlu berurusan dengan seorang sahaja tanpa ada orang lain yang melihat saya. Bila saya pakai helmet, jadi tak ada sesiapa lah yang boleh mengecam muka saya", kata pemuda berusia lingkungan 20-an itu.

Tambahnya lagi, jikalau ke restoran makanan segera berkonsepkan pandu lalu dia tidak perlu turun dari motosikal. Ini memudahkannya untuk lari sekiranya berlaku serbuan daripada pihak Jabatan Agama Islam.

“Kalau saya makan di restoran, sudah tentu saya akan senang dicekup. Tapi bila atas motosikal, kalau ada serbuan, saya terus pecut sajalah," ujarnya.

Sementara itu dalam tinjauan di lokasi lain, terdapat satu lagi kawasan panas dengan modus operandi yang sama iaitu di restoran mamak Padang Jawa Shah Alam. Melalui tinjauan yang dibuat sewaktu makan tengah hari, didapati beberapa buah kereta berhenti berhampiran restoran itu dan memesan makanan. Seorang pekerja restoran tersebut akan menuju ke kereta untuk mengambil pesanan. Tidak berapa lama kemudian, dia keluar dengan membawa makanan yang telah dipesan.

Walau bagaimanapun, semua pembeli enggan ditemuramah meskipun wajah mereka sudah dikenali.

Sementara itu, jabatan agama memaklumkan mereka kini sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi penangkapan terhadap mereka yang ponteng puasa.

Jurucakap Jabatan Agama Selangor (Jais) memberitahu Digest Malaysia, setakat ini mereka masih belum menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap individu-individu terbabit.

"Operasi seluruh negeri dijadual akan bermula minggu depan. Walau bagaimanapun, dalam pemeriksaan kami yang dijalankan sejak awal bulan puasa, kita telah berjaya menangkap tujuh orang yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai, "kata jurucakap itu.

Jika sabit kesalahan, seorang individu itu boleh dikenakan penalti bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 termasuk denda tidak melebihi RM1, 000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pada tahun 2011, JAIS berjaya menahan 33 orang Islam yang makan di khalayak ramai, yang mana seramai 15 orang telah dibawa ke Mahkamah Syariah.
Sumber : MD

JENAYAH MAKIN PARAH KERAJAAN AMBIL RELA BANTU POLIS



NONEBekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari yang menyertai PAS pada Mei lalu merupakan antara tokoh yang terlibat dalam kajian penambahbaikan pasukan polis, khususnya dalam membanteras jenayah.

Fauzi berkata, kajian yang akan dimasukkan ke dalam bajet Pakatan Rakyat itu antara lainnya bertujuan untuk memperbaiki persepsi masyakat ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata pelantikan Fauzi yang berpengalaman sebagai pegawai tertinggi PDRM akan dapat membantu memberi input kepada kajian yang dilakukan itu.
"Kedudukan soal jenayah semakin parah sehingga kerajaan terpaksa mengambil RELA untuk bantu polis... Jenayah (semakin) parah, polis macam tak cukup tenaga," katanya.

"Ini menggambarkan jenayah itu (semakin) parah, dan semacam tak cukup tenaga untuk mengendalikan perkara ini," katanya.

Berdasarkan kajian pihaknya, Mustafa berkata Pakatan berpendapat perkara itu boleh diselesaikan dengan mengurangkan penggunaan anggota pada bahagian kurang keutamaan untuk diserapkan dalam bahagian tertentu khususnya jenayah dan penyiasatan.
 
Menurutnya, penambahan tenaga penyiasatan dalam kes-kes jenayah mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh pegawai penyiasat berbanding seramai 10 orang bagi sesuatu kes.

"Ini yang kita sedang teliti, kita akan beri maklumat yang lengkap apabila siap untuk kita bentuk satu kaedah dalam bajet, yang menggambar keupuyaan kita apabila kita mengambil alih kerajaan," katanya.

Sumber : malaysiakini

Isnin, 30 Julai 2012

MANGSA TERAKHIR KAPAL BUNGA ALPINIA - MISC DITEMUI


LABUAN: Mangsa kelima insiden kebakaran kapal tangki Bunga Alpinia milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) Khamis lepas ditemui hari ini dalam perut kapal yang hangus akibat kebakaran itu.
Mayat Mohammad Nazrin Khamsani, 20, dari Kuala Lumpur ditemui terperangkap dalam perut kapal itu yang digenangi air pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari ini, demikian menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Labuan melancarkan gerakan mencari mangsa terakhir sejak semalam setelah kapal itu didapati selamat untuk dimasuki berikutan proses penyejukan kapal selesai, yang membawa kepada penemuan mayat itu.
Anggota bomba dan penyelamat yang terlibat dalam misi itu menggunakan tali untuk menaikkan mayat Mohammad Nazrin, yang merupakan krew kapal tangki Bunga Alpinia.
Kapal tangki Bunga Alpinia terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan dengan Pulau Enoe, zon industri Rancha-Rancha, pada kira-kira 2.32 pagi Khamis lalu.

Sumber : mStar

Ahad, 29 Julai 2012

DATUK SRI WILFRED BUMBURING KELUAR BN- IKRAR AKAN JELAJAH SABAH UNTUK MENANGKAN PR


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.
Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.
“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.
“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.
“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.
“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).
Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.
“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.
“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.
“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini.

Sumber : Malaysian Insider

POLITIK DI SABAH. SATU KEMUNGKINAN..


Selepas beberapa hari Ketua Umno Beaufort Lajim Ukin menemui Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bersama 27 ahli jawatankuasa bahagian itu, hari ini beliau telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan juga selaku pengerusi BN kawasan sama berkuatkuasa serta merta.
Lajim Ukin keluar Umno.
Pengumuman itu dibuat dalam majlis berbuka puasa petang ini dan juga majlis khas pengisytiharan penubuhan apa dinamakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). PPS merupakan satu gabungan politik baru di Sabah yang akan menentang Barisan Nasional. Gabungan ini dianggotai oleh beberapa ahli Umno Sabah yang tidak senang dengan tindak tanduk serta perjuangan Umno hari ini.

Pengumuman Lajim selepas berjumpa Nik Aziz itu boleh dianggap kemungkinan beliau mendapat ilham dan petunjuk selepas pertemuan itu. Tiada sebab lain kenapa beliau sedia mengunjungi Nik Aziz bersama anak-anak buahnya (27 Ajk bahagian) kalau bukan untuk mendapat pandangan dan pendapat Nik Aziz.

Setakat ini tidak jelas apakah PPS itu akan terdiri daripada parti politik atau pakatan di kalangan orang-orang berpengaruh di Sabah. Kalau pakatan itu merupakan pakatan individu bukan parti, besar kemungkinan Lajim bersama anak buahnya akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku mungkin Lajim memilih Pas.

Sebelum ini sikap dan pendirian Lajim menjadi persoalan dan tanda tanya di Sabah. Ia bermula apabila Lajim melepaskan jawatan sebagai ketua cawanhgan Umno di bahagian Beaufort beberapa bulan sebelum ini. Ekoran perletak jawatan itu beliau menjadi bualan umum di Sabah dan turut terhimbau juga ke Semenanjung.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengisytiharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN namun dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. INI KALILAH !!!

Sabtu, 28 Julai 2012

SABAH REFORM FRONT (SRF) JEMPUT ANWAR..BAH INI KALILAH





KETUA perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya, acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.

Sumber : SabahKini

Jumaat, 27 Julai 2012

LAPORAN TERKINI KEBAKARAN KAPAL TANGKI MISC DI LABUAN


Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran pada kapal tangki minyak Bunga Alpinia milik MISC Berhad yang terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd Labuan. Seorang anak kapal dilaporkan maut dalam tragedi itu. Foto BERNAMA
Sumber : mStar
LABUAN: Kebakaran di atas kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad, di sini pada awal pagi Khamis telah mengorbankan seorang anak kapal manakala empat lagi masih hilang.
Letupan yang berlaku dalam kebakaran pada 2.30 pagi itu, menggegarkan Labuan.
Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin dan empat yang hilang dikenali sebagai Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan seorang warga Filipina yang hanya dikenali dengan nama Colangoy.
Menurut MISC, kejadian itu berlaku ketika kapal berkenaan sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada jam 6 petang untuk membolehkan para petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu.
MISC juga berkata, keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.
Talian hotline telah disediakan bagi keluarga mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina.
Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Dr Abd Hapiz Abdullah berkata, letupan itu berlaku selepas beberapa jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan.
Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata.
Katanya lagi, petugas syarikat Petronas Chemicals, yang identitinya tidak dimaklumkan itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata esok.
Abd Hapiz juga berkata, pada masa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan.
Mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut.
Abd Hafidz menambah, ekoran kebakaran itu, operasi 'plant one' dihentikan sementara waktu, manakala 'plant two' tidak terjejas.
Beliau juga mengesahkan tidak ada kebocoran berlaku di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu.
Jelas beliau lagi, pihaknya memandang serius kejadian yang tidak diduga itu dan keselamatan merupakan keutamaan dalam operasi syarikat berkenaan.
Sementara itu, penduduk kampung berhampiran terminal Petronas, iaitu Kampung Patau-Patau 1 dan 2, yang terletak kira-kira 100 meter dari terminal berkenaan, awal pagi tadi telah dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dan diikuti dengan gegaran.
Salah seorang penduduk Maimunah Mahmud dari Kampung Patau-Patau 1 berkata, pada masa kejadian dia sedang memasak untuk sahur, dan keluarganya yang tidur masa itu semua terkejut lalu meluru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
"Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Kami semua panik bercampur takut ketika itu, bimbang kampung kami akan terbakar kerana rumah kami di hadapan tapak operasi Petronas itu," katanya.
Awang Kadir Abdullah yang tinggal di Kampung Patau-Patau 1 ketika ditemui berkata, kejadian yang mengerunkan itu merupakan yang pertama kali berlaku di loji tersebut.
Kejadian itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana kedudukan kampung mereka yang terlalu dekat dengan loji itu, katanya.
"Kita tidak nafikan operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat, namun aspek keselamatan perlu juga diambil kira. Kita percaya pihak Petronas sedar akan perkara ini, dan kita tahu mereka sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan," katanya.

Khamis, 26 Julai 2012

KENAPA PERKARA INI BERLAKU DALAM PAS ? USAHA CANTAS MAT SABU DI PENDANG GAGAL

Sumber : malaysiakini
NONE
Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.
Mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang tidak disenangi pemimpin tertentu di negeri itu.
Sumber yang rapat dengan PAS kawasan Pendang berkata, Dr Hayati diuar-uarkan sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbirannya di Kedah.
Menurut sumber itu lagi, mereka juga mahu DUN Tokai kekal untuk Exco negeri, Datuk Mohamad Taulan Rasul yang juga yang dipertua PAS kawasan Pendang. Desas-desus sebelum ini menyatakan Mohamad Taulan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum.


tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching with flags
Sumber PAS Pendang pula berkata keputusan memilih Mohamad bertanding di Pendang disokong oleh majoriti daripada 157 cawangan dalam kawasan tersebut. Kerusi Parlimen Pendang pernah diwakili mantan presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Bagaimanapun, sumber PAS Pendang itu mendakwa usaha untuk 'menggagalkan' peluang Mohamad Sabu bertanding di kerusi Parlimen Pendang itu dikatakan "terhenti" apabila PAS kawasan tersebut sekali lagi memutuskan dengan menegaskan mereka tetap dengan keputusan memilih timbalan presiden PAS tersebut.

Menurut sumber itu lagi, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan susulan wujudnya satu 'surat' yang didakwanya memohon kepimpinan PAS kawasan bersetuju bagi mengekalkan Dr Hayati dan Mohamad Taulan untuk pertimbangan Pusat.


pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabu
Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata pihaknya enggan memanjangkan isu berhubung kandungan surat tersebut, apatah lagi ia dilakukan tanpa merujuk kepada kawasan terlebih dahulu.

"Kami tak ambil berat pun. Kami tak mahu timbulkan (isu) pasal surat ini. Kita masih berpegang dengan keputusan kita. Dengan surat ini (pun), tidak tergugat keputusan asal kami," katanya.

Malah, sumber turut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyediakan surat itu. 

Sumber yang rapat dengan PAS Pendang pula mendakwa, usaha golongan terbabit untuk mencantas Mohamad - selain menimbulkan banyak persoalan - turut dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS negeri dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN).

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kedah yang tidak mahu namanya disebut pula enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut, sebaliknya menegaskan kepimpinan PAS Kedah "tidak menolak" Mohamad.


NONE
"PAS Kedah tak menolak Abang Mat," katanya ketika menghubungi Malaysiakini, Jumaat lalu.

Malaysiakini juga dimaklumkan ada di kalangan penyokong Mohamad pula tidak senang kerana mendakwa JPN sedang rancak mengatur senarai calon PAS yang bakal bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut mereka, bidang tugas JPN memang berkaitan dengan pengurusan jentera pilihan raya tetapi bukan hingga ke peringkat menentukan calon, kerana itu adalah tugas badan perhubungan negeri.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Senator Mohd Yusof Husin enggan mengulas dakwaan bahawa badan itu mencantas Mohamad dan mengatur calon untuk bertanding di negeri itu.

Mengulas berhubung prestasi Dr Hayati di parlimen itu, Mohd Yusof berkata beliau "tidak mempunyai apa-apa masalah" dengan gerak kerja ahli perubatan itu.

"Calon parlimen yang ada sekarang ini adalah calon yang terbaik. Bagi saya dia tidak ada apa-apa masalah. Beliau menjalankan tugas dengan cemerlang," katanya.

Mengenai faktor penolakan Mohamad Sabu, sumber yang rapat dengan PAS Pendang mendakwa ia ada kaitan dengan usaha mengekang 'pengaruh' Mohamad 'berkembang', khususnya di Kedah, lebih-lebih lagi di kawasan itu yang dianggap "berpendirian bebas dan tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak".


tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supporters
Malah, dakwa sumber itu, kebimbangan pengaruh Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad turut menjadi sebab mengapa beliau ditolak memandangkan terdapat tokoh agamawan PAS yang dikaitkan dengan fahaman itu, turut menetap di Pendang.

Ada juga pihak, kata sumber-sumber tersebut, yang turut mengaitkan penyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penolakan Mohamad itu kerana sebelum ini, Mohamad merupakan antara pemimpin PAS yang bertegas mahu Azizan berundur.

Mengulas berhubung usaha tersebut, Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan kepimpinan PAS pusat masih belum memuktamadkan kerusi mana yang bakal ditandinginya.

"Saya pun belum buat pendirian untuk bertanding di mana... (Atau) mungkin juga saya akan bertanding di Pekan," katanya berseloroh sambil menganggap usaha itu sebagai perkara "biasa" dalam politik.

Rabu, 25 Julai 2012

DULU NAK SANGAT BERDEBAT NI DAH TERASA HATILAH PULA


..
Minggu lalu kecoh mengenai isu pelakon juga penyanyi Abby Abadi dengan pengacara popular Datuk AC Mizal dikatakan 'berperang' di laman Twitter Semuanya gara-gara apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar bekas ahli kumpulan Elite itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.
Berkesempatan bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, baru-baru ini, MD bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang berkenaan.

Bukan saja meluahkan rasa kecewanya, malah sebagai anak polis beliau menyifatkan tindakan Abby itu sebagai tidak sensitiviti dengan hal-hal sebegini.

“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ulas Dato’ AC  mengenai isu tersebut.

“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.”

Ditanya juga adakah mereka berdua punya ruang untuk bermaaf-maafan sekaligus berbaik semula apatah lagi dalam kedatangan bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan, Datuk AC menjawab,

“Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujarnya. 

DUA TOKOH GONCANG POLITIK SABAH




Sumber : HD

KUALA LUMPUR: Tindakan dua tokoh penting politik Sabah membuat pergerakan penting semalam disifatkan bakal menggoncangkan keampuhan kuasa politik Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Anggota Parlimen BN Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Di Kota Bharu pula, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu semalam.


(Lajim bertemu Nik Aziz di Kota Bharu semalam)

Lajim adalah anggota Parlimen dan juga Ketua Umno Bahagian Beaufort Beufort.

Bulan lalu, ketika menyambut hari jadinya, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

The Star hari ini melaporkan perletakan jawatan Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran.

“Saya dengan ini umumkan, mulai 23 Julai 2012, saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi P-170 Tuaran," kata Wilfred Bumburing sebagaimana dilaporkan akahbar MCA itu.

Beliau juga berkata akan membuat pengumuman penting dalam satu perhimpunan di Dalit, Tunran Ahad ini.

"Saya akan membuat pengumuman penting yang bakal menentukan arah masa depan perjuangan politik saya," katanya.

Perhimpunan yang dimaksudkan oleh Wilfred dipercayai mempunyai kaitan dengan kedatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah hujung minggu ini.

Ketika membuat reaksi kepada perkembangan  kedua-dua tokoh ini, media Pro Umno melaporkan, BN Sabah 'tenang-tenang' sahaja menghadapi kehilangan dua Ahli Parlimennya ini.

MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan misalnya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka biar apapun keputusan yang dibuat selepas ini.

"Untuk jujur, BN Sabah sudah melalui episod yang jauh lebih buruk dari kes Lajim dan Bumburing... tapi setiap kali itu, kami akan lebih kuat dari sebelumnya," kata beliau.

Menurut beliau, BN Sabah tidak bimbang dengan perkembangan tersebut.

"Kami hormati keputusan mereka, BN kuat kerana sokongan rakyat bukan pemimpin," ujarnya melalui twitter.

Isnin, 23 Julai 2012

ADAKAH INI HANYA KEBETULAN ATAU ADA CERITA DI SEBALIK GUNUNG KINABALU ?

Sumber : HD dan mStar

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pada Isnin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.
Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini.
"Berkuatkuasa hari ini (Isnin), 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.
Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).
Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.
Surat peletakan jawatannya diihantar kepada Ibu Pejabat BN di Kuala Lumpur melalui faks untuk perhatian Setiausaha Agung BN serta penjabat Pengerusi B NSabah.
Ahli politik veteran berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya itu turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau.
Bagaimanapun, Bumburing tidak menyatakan alasan untuk melepaskan jawatan itu.
Pada Pilihan Raya umum 2008, Bumburing dicalonkan sebalik penyandang Madius Tangau untuk kerusi Parlimen Tuaran.
Bumburing mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN apabila mengalahkan pencabar terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah hilang deposit apabila hanya maampu meraih 879 undi.
Bulan lepas, Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika menyambut hari kelahirannya ke-57 pada 15 Jun lepas, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort dan menyatakan akan bertanding semula untuk jawatan itu.
Pada Mac lalu, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa timbalannnya, Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.
"Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya. - BERNAMA

 KEBETULAN ?

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

(Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi)

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.

Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.

Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama  berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.

“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.

Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.

“Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.

Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini.

Ahad, 22 Julai 2012

HARI MALANG UNTUK SUKAN MALAYSIA

Malaysia hanya bersedia dan membuat penambaikan kemudahan sukan dan melahirkan atlit dalam acara tertentu dalam bentuk ad-hoc.
Sumber : FMT


PETALING JAYA: Pengumuman Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi bahawa Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 membuat peminat sukan tanahair gembira kerana berpeluang menyaksikan kejohanan sukan terbesar peringkat Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun lagi.
Walaupun kejohanan ini tidaklah sebesar Sukan Asia atau Sukan Olimpik, tetapi berdasarkan penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah sebelum ini, sambutan daripada peminat sukan tanah air memang menggalakkan.
Ini ialah kerana peluang negara mencipta kemenangan dalam seberapa banyak acara di dalam Sukan Sea adalah lebih cerah berbanding Sukan Asia dan sukan Olimpik.
Pengumuman Sieh sudah tentu membuat peminat sukan tidak sabar menanti Sukan Sea pada 2017, kerana kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea ialah pada tahun 2001.
Bermakna jika Malaysia sah menjadi tuan rumah Sukan Sea pada tahun 2017, maka Sukan Sea kembali ke Malaysia selepas tempoh 16 tahun.

Tidak bincang dengan KBS 

 Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah apabila Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa beliau terkejut dengan pengumuman Sieh yang menurut Ahmad Shabery, MOM atau Sieh tidak berbincang terlebih dahulu dengan beliau dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ahmad Shabery berkata beliau perlu mengusulkan perkara tersebut kepada kabinet kerana ia membabitkan perbelanjaan yang tinggi dan tempoh lima tahun tidak cukup untuk menyediakan kemudahan untuk kejohanan Sukan Sea.
Sementara itu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong turut menyatakan pendapat bahawa penganjuran temasya terbesar peringkat Asia Tenggara itu perlu mendapat kelulusan kerajaan dan memerlukan dana besar.
Pendirian Ahmad Shabery dan Zolkples bahawa penganjuran temasya sukan yang besar perlu mendapat persetujuan kerajaan ada logiknya kerana ia membabitkan kos yang tinggi dan agar tidak bertembung dengan sebarang peristiwa utama di dalam negara seperti Pilihan Raya Umum.
Bagaimanapun bila dikatakan kos tinggi itu berapa banyak? Kita tidak perlu membina sebarang kemudahan sukan yang baru kerana hampir semua kemudahan acara sukan utama telah kita miliki selepas penganjuran Sukan Komanwel 1998.
Begitu pun, beberapa alasan yang diberikan oleh Zolkples di dalam akhbar Sinar Harian (21 Julai) menimbulkan beberapa persoalan yang mengejutkan.

Alasan MSN
Zolkples berkata tempoh lima tahun singkat dan beberapa venue sukan perlu penambahbaikan dan Malaysia masih belum memiliki velodrom tertutup (lumba basikal) dan pusat sukan di Bukit Jalil perlu diperbaiki.
Persoalannya apakah dasar sukan negara? Apakah kemudahan venue sukan di Malaysia hanya akan ditambahbaik apabila ingin menganjurkan satu kejohanan sukan besar?Tidak adakah satu prosedur bahawa venue sukan tersebut perlu diperiksa setiap tahun dan penambahbaikan perlu dilakukan apabila ada kerosakkan tanpa menunggu untuk sebuah acara sukan besar dianjurkan.
Kenyataan Zolkples memberi gambaran bahawa tahap penyelengaraan dan penjagaan venue sukan di negara ini lemah dan berasaskan ad-hoc.
Tiada kemudahan velodrom tertutup juga membuktikan kita tercicir di dalam latihan atlit sukan berbasikal.Kali terakhir kita menganjurkan Sukan Sea pada tahun 2001. Kini setelah 10 tahun kita masih gagal menyediakan velodrom tertutup.

Tidak cukup masa
Zolkples juga berkata Malaysia kekurangan atlit dalam beberapa acara seperti Judo dan Gusti serta tempoh lima tahun tidak cukup untuk melahirkan mereka.
Kenyataan Zolkples ini amat mengejutkan sesiapa yang mengikuti perkembagan sukan tanahair. Ini menunjukkan satu lagi kelemahan pembangunan sukan di Malaysia.
Zolkples memberikan gambaran bahawa penyediaan atlit dalam acara tertentu hanya akan dilakukan apabila Malaysia sah menjadi tuan rumah untuk penganjuran sukan besar sahaja.
Itu pun agaknya notis lebih daripada lima tahun harus diberikan kepada MSN untuk menyedia atlit terbabit berdasarkan kenyataan Zolkples.
Kenyataan Zolkples menandakan satu hari malang kepada peminat sukan tanahair kerana kenyataan beliau tidak meyakinkan peminat sukan bahawa dalam tempoh tertentu kita akan melahirkan lebih ramai atlit bertaraf antarabangsa dan menjadi kuasa sukan sekurang- kurangnya di Asia Tenggara atau Asia.
Sementara alasan Ahmad Shabery berhubung kos pula memberi indikasi bahawa rakyat Malaysia boleh melupakan jika berangan-anga untuk menyaksikan temasya sukan lebih besar seperti Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Bolasepak Piala Dunia di Malaysia pada masa akan datang.

Penambahbaikan venue sukan
Walaupun pengumuman Sieh mencetus kontroversi namun pujian harus diberikan kepada beliau kerana disebabkan pengumuman beliau lah kini peminat sukan negara dapat melihat betapa lemahnya negara dalam faktor penganjuran sukan termasuk penyelengaraan kemudahan venue sukan dan persiapan atlit.
Seolah-olah Malaysia hanya bersedia dan membuat penambaikan kemudahan sukan dan melahirkan atlit dalam acara tertentu dalam bentuk ad-hoc jika sesuatu kejohanan sukan besar ingin berlangsung dan bukannya secara konsisen.
Sukan Sea 2013 akan berlangsung di Myammar sementara Sukan Sea 2015 pula di Singapura sama ada pada tahun 2017 atau 2023.
Dalam perkembangan terbaru Sieh berkata jika Malaysia enggan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017, Malaysia perlu menunggu tahun 2023 untuk giliran seterusnya dan proses penganjuran tuan rumah Sukan Sea berdasarkan giliran tanpa perlu membuat tawaran.
Sepatutnya Brunei yang menganjurkan Sukan Sea 2017 tetapi mereka terpaksa menolak atas beberapa sebab. Sieh juga mengingatkan pihak yang mengkritik beliau bahawa pada tahun 1999 Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan Sea.
Bagaimanapun disebabkan Malaysia baru sahaja menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998, Malaysia terpaksa menolak menjadi tuan rumah dan Brunei mengambil tanggungjawab itu atas semangat setia kawan.
Sieh menambah penganjuran Sukan Sea di Kuala Lumpur pada tahun 1989 dan 2001 menjana keuntungan kepada kerajaan melalui MSN dan MOM.

Acara sukan untuk semua negeri
Diharapkan kerajaan tidak memberikan alasan remeh dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan Sea pada tahun 2017.
Peminat sukan juga dahagakan aksi antarabangsa secara langsung di dalam negara.
Boleh dikatakan hampir semua jenis sukan kini mengalami kemerosotan sokongan peminat dan ghairah melihat aksi atlit tempatan semakin berkurangan.
Ada dua sebab utama iaitu prestasi sebahagian besar atlit negara di dalam kejohanan besar terutama acara sukan popular semakin merosot seperti hoki, olahraga dan  bolasepak.
Keduanya, peminat Malaysia terlalu lama tidak dihidangkan satu kejohanan sukan besar dan paling terakhir iaitu 10 tahun lepas (Sukan Sea 2001).
Untuk memeriahkan lagi penganjuran Sukan Sea dan agar kos penganjuran turut boleh dikongsi oleh kerajaan negeri, adalah disarankan setiap negeri di beri peluang menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya untuk satu acara sukan.
Dengan ini peminat sukan di semua negeri berpeluang menonton acara sukan di stadium berdekatan di negeri masing-masing.

Sabtu, 21 Julai 2012

INGATAN KEPADA ARTIS-ARTIS YANG MENYERTAI PAKATAN,"JANGAN HANYA NAK BERCERAMAH SAJA " - ZUNAR

Sumber : Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.
Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.
Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.
Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.
Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.
Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pakatan pembangkang tersebut.
Sebagai respon, Umno juga mula membawa artis masuk seperti Amy Search dan Jamal Abdillah yang menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.
Zunar (gambar) turut menjelaskan, golongan artis yang menyertai PR kebanyakannya tidak faham bahawa mereka masih lagi seorang artis yang dikurniakan bakat istimewa.
Tambah Zunar lagi, sekali menjadi seniman seseorang artis itu tidak boleh berhenti bekarya.
“Seniman selama-lamanya seniman, tidak wujud istilah seniman bersara.
“Yang bertukar sekarang ini adalah wadah dan arah karya bukan perlu berhenti berkarya,” kata kartunis yang beberapa karyanya diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana dikatakan memudaratkan keselamatan negara.
Zunar mengambil contoh penyanyi folk terkenal Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam. Menurut Zunar, pada zaman awal selepas menyertai Islam, Cat Stevens @ Yusuf berhenti berkarya terutamanya bermain gitar kerana ada pendapat golongan tertentu dalam Islam bahawa muzik bertali itu haram.
“Akhirnya Yusuf membebaskan diri daripada golongan jumud tersebut dan kembali berkarya.
“Seniman tidak akan boleh melawan fitrah mereka untuk menghasilkan seni seperti Yusuf yang kembali bermain gitar dan kembali menghasilkan album yang diterima ramai seperti ‘Roadsinger’ yang memperlihatkan dirinya yang sebenar,” kata Zunar.
“Jika tak dapat bantuan dari negeri PR untuk buat filem atau album, saya yakin jika dianjurkan majlis makan malam untuk memungut derma, pasti ramai yang akan datang sokong,” kata kartunis tersebut yang akan ke mahkamah pada 23 Julai depan bagi mendengar keputusan mahkamah berkenaan dengan tindakannya menyaman Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia kerana menghalangnya bekarya.

Jumaat, 20 Julai 2012

BUDAK BAIK DIDENDA RM 800 KERANA INTAI PEREMPUAN BUANG AIR KECIL

Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air kecil dalam tandas, seorang jurujual didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Bobby Ng Hock Ann, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.
  
Dia yang tinggal di Taman Bukit Maluri, Kepong, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas wanita, Aras LG, Kompleks Desa, Jalan Kepong, Kepong di ibunegara pada jam 11 pagi semalam.
  
Dia didakwa mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memanjat dinding di tandas bersebelahan tandas wanita itu dan kemudian mengintai dari atas semasa wanita itu membuang air kecil.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memberitahu mahkamah bahawa kesalahan yang dilakukan Ng adalah serius.
  
"Saya mohon maaf atas kejadian itu. Saya benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama kerana saya budak baik dan tidak ada rekod jenayah," katanya sambil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepadanya.
  
- Bernama

Khamis, 19 Julai 2012

FENOMENA PENYERTAAN ARTIS KE DALAM PAS

Sumber : Harakah Daily

Penyertaan selebriti dari kalangan artis dan seniman ke dalam PAS, sama ada menjadi ahli parti itu atau menghadiri program-program PAS bagaikan satu fenomena muktahir ini.

Ironinya, kemunculan mereka di pentas-pentas PAS membawa satu mesej yang begitu penting kepada masyarakat.

Penerimaan mereka terhadap PAS menjadikan parti Islam itu berjaya mengubah pandangan masyarakat kononnya PAS hanya sebuah parti yang sesuai di kampung.

PAS for All

Malah, penglibatan selebriti ini juga selaras dengan slogan 'PAS For All', yang tidak mengira latar belakang.

Jika dahulu, amat sedikit anak muda yang berminat dengan PAS.  Namun kini, ia mula berubah.  Artis dan kakitangan kerajaan juga ketakutan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap PAS.

Persoalannya, sejauhmanakah penglibatan mereka ini memberi impak kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS? Lebih-lebih lagi di saat menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mampu ubah persepsi rakyat


Berdasarkan perbualan dengan beberapa responden, kebanyakan mereka menyambut baik penyertaan selebriti-selebriti menyertai PAS. Selain mampu mengubah persepsi rakyat yang sebelum ini takut menyertai PAS, ia juga dikatakan mampu menarik lebih ramai anak muda mendekati diri terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, selebriti seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Hairi, Aishah, Yatt Hamzah serta beberapa yang lain itu mempunyai kelompok peminat mereka sendiri dan mereka juga ikon anak muda selama ini.

"Tiada apa yang perlu ditakutkan tentang PAS.  Jika artis sendiri sudah berasa selesa dengan PAS, yang sebelum ini digambarkan sebagai ekstrim dan sebagainya, bukan menjadi alasan untuk golongan atas pagar untuk menyertai PAS," kata seorang sahabat.

Tidak kurang juga berpendapat, ia juga memperlihatkan kematangan mereka dalam berpolitik, yang mana sebelum ini mereka hanya tertumpu kepada dunia mereka semata-mata.

Namun, dalam keghairahan penyokong-penyokong PAS teruja dengan kemunculan selebriti-selebriti ini, tidak kurang juga ia menimbulkan satu polemik.

Biarpun gembira dengan penyertaan tersebut yang dilihat memberi kesan positif kepada golongan atas pagar untuk mendekati PAS, ada pihak yang tidak begitu gembira ia ditonjolkan sebegitu sensasi.

Tarasa hati

Menyedari selebriti ini merupakan ikon kepada generasi masa kini, masih ada yang 'terasa' atau berkecil hati apabila pejuang dan aktivis PAS yang sekian lama berkorban untuk parti tidak 'dipandang'.

Bukanlah meminta untuk dibawa berceramah ke sana sini dengan kadar bayaran yang mungkin tinggi, cuma kisah penghijrahan sesorang selebriti itu tidak perlu digembar-gemburkan sebegitu sensasi hingga terlupa isu-isu sebenar yang masih melingkungi rakyat.

Lebih-lebih lagi, apabila ada cerita-cerita yang mengatakan kemungkinan artis ini akan menjadi calon PAS di sini, calon PAS di sana bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hati aktivis dan ahli mana yang tidak terusik.

Kebimbangan mereka dianggap wajar.  Ada di kalangan ahli dan penyokong PAS rasa bimbang kalau-kalau artis ini kembali ke jalan asal mereka.  Nauzubillah.  Mudah-mudahan mereka semua istiqamah dalam penghijrahan mereka.

Namun, pandangan sedemikian tidak boleh dipinggirkan dan diabaikan begitu sahaja.  Kerana dunia glamour yang sekian lama mereka nikmati itu memang sudah sebati dengan kehidupan mereka.

Teringat saya ketika menemuramah pelakon terkenal, Azmil Mustafa yang popular dengan filem 'Ali Setan' ketika beliau lebih awal dahulu melakukan penghijrahan.

Meninggalkan terus dunia seni tanpa sesekali mendekatinya, Azmil secara jujur mengakui beliau bimbang jika masih mendekati dunia itu walaupun sedetik, ia mampu merobohkan pegangan beliau.

Jawapannya mudah, antara perkara baik dan tidak baik, sebagai manusia sudah pasti akan lebih terdedah dengan perkara yang tidak baik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah biasa dilimpahi dunia warna-warni penuh glamour.

Penghijrahan mereka ini memerlukan satu pemantauan serius agar mereka tidak kembali hanyut.  Difahamkan, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan usrah bagi golongan selebriti ini. Ia dinama Musika.

Alhamdulillah, ia dilihat satu pendekatan yang baik untuk membantu mereka terus di jalan perjuangan.

Sebagai umat Islam yang sayangkan saudaranya, sudah tentu kita perlu berbaik sangka dan akan terus mendoakan agar mereka terus istiqamah dengan jalan yang mereka pilih.

Rabu, 18 Julai 2012

JAKARTA MESRA DENGAN ANWAR

Sumber : Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.
Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam.
Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia - pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri. Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden.
"Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini." kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider.
Selain Anwar, turut sama dalam forum "Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara" yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008.
Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.
Jurnal itu dikatakan untuk mencipta "satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia.
Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.
"Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya.
"Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting." kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu.
Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998.
Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian.
Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian "Tor-tor" dan Gendang "Gordan Sambilan" dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan.