Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 27 Februari 2013

SIAPA PENYUMBANG DANA UNTUK MEMBIAYAI KEMASUKAN PENCEROBOH LAHAD DATU ?

MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.
“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.
Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.
Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.
“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. ~free malaysia today

Isnin, 25 Februari 2013

PENCEROBOH LAHAD DATU AKAN BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Lahad Datu, 25 Feb - Polis memutuskan untuk bertindak
berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

"Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang...kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan...ini terpulang kepada kita.

"Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu... tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara.

"Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan," katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu
di sini hari ini.

Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan
mempertahankan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu.

"Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan...mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan
penceroboh)," katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif.

Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak.

Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit.

Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini.

Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas sebagai waris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. - BERNAMA



DARI LAHAD DATU - Penceroboh kehabisan stok makanan - bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan

Kumpulan penceroboh yang menduduki Kg Tanduo, Lahad Datu sejak 12 Feb lalu berada dalam keadaan tertekan akibat perbalahan sesama sendiri selain kehabisan stok makanan.

Penceroboh yang berjumlah kira-kira 150 orang itu kini hanya bergantung sepenuhnya kepada tumbu-tumbuhan sebagai sumber makanan menyebabkan berlaku pemberontakan dalaman yang serius.

Malah lewat malam tadi difahamkan sepuluh ahli kumpulan itu cuba menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas tidak yakin lagi dengan objektif  pencerobohan mereka bagaimapun perbuatan itu dapat dihidu oleh pengikut yang masih setia kepada ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie menyebabkan mereka semua tertangkap.

Dalam pada itu sumber memberitahu keadaan di Kg Tanduo masih terkawal hasil beberapa sessi rundingan dan optimis penceroboh akan menyerah diri sedikit masa lagi walaupun ketika ini mereka masih berdegil.

Mereka kini berada dalam keadaan tertekan kerana terputus bekalan makanan sejak seminggu lalu selepas pihak berkuasa mengetatkan kawalan sehingga pada jarak 300m daripada kumpulan penceroboh.

Keadaan ini menyebabkan ramai anggota kumpulan penceroboh hilang fokus dan tidak yakin matlamat pencerobohan ini. Mereka mahu menyerah diri tapi diancam oleh Azzumudie.

TERKINI


Kapal Kemanusiaan Filipina Berlabuh Di Luar Perairan Sabah
KOTA KINABALU: Sebuah kapal kemanusiaan Filipina berlabuh di luar perairan Sabah menunggu masa untuk mara bagi membawa pulang kira-kira 150 lelaki Sulu bersenjata yang bertahan di sebuah kampung terpencil di tepi pantai di Lahad Datu.
Selain membawa bekalan makanan, kapal berkenaan juga dilengkapi peralatan untuk merawat mana-mana individu yang cedera.
"Kami mempunyai pasukan perubatan yang terdiri daripada lima orang yang bersedia untuk sebarang kemungkinan," Dr Sangkula Lajali, yang mengetuai kumpulan itu, memberitahu The Star melalui telefon.
Kapal ini meninggalkan Tawi Tawi sebelum subuh pada Isnin dan telah "mengenal pasti selok-belok" di kawasan sempadan Filipina-Malaysia.
"Kami sedang menunggu kelulusan yang diperlukan untuk memasuki perairan Sabah," katanya sambil menambah kapal itu boleh tiba di Lahad Datu dengan kadar yang "sangat cepat."
Kapal lain telah dilaporkan berlepas dari pulau wilayah Sulu selatan Filipina awal Isnin untuk memasuki perairan Sabah.
Pegawai Filipina berkata kapal itu membawa ahli keluarga Kesultanan Sulu disertai oleh pegawai-pegawai kerajaan tertentu.
Gabenor Tawi Tawi Sadikul Sahali memberitahu media Filipina beliau menyedari tentang kapal dari Sulu itu tetapi tidak mendedahkan siapa berada di atas kapal.

Ahad, 24 Februari 2013

SITUASI TERKINI DI LAHAD DATU



Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka sedang dikepung oleh pasukan keselamatan kita. Kerajaan masih mengambil pendekatan berunding ....

berikut petikan dari malaysiamalitarypower.blogspot.com:

Situasi terkini

Hari ini dateline terakhir kepada militan-militan Sulu telah tamat. Terdengar berita-berita anggota militan sudah kehabisan makanan dan mulai memasuki rumah-rumah orang kampung yang dikosongkan seminggu yang lepas.

Sementara itu kepungan semakin di ketatkan dan laluan laut di tutup sepenuhnya. Terdapat khabar angin mengatakan rakan-rakan seperjuangan militan bersedia untuk reinforce kedudukan Raja Muda di Kampung Tanduo. TLDM dan Polis Marin dalam keadaan paling siaga.

 Kemudian enam buah kapal perang Tentera laut Filipina di kerahkan untuk patrol laut Sulu dan Tawi Tawi. Tujuannya untuk memantau perkembangan krisis dan mencegah krisis ini dari melimpah ke Filipina.

Juru Cakap Tentera Laut Filipina Lt Comm Gregory Fabic berkata pihak tentera laut tidak akan sekali2 memasuki perairan Sabah dan tiada rancangan untuk evakuasi miltan Sulu dan Raja Muda Azzimudie.







Walaupun situasi sekarang agak kritikal. Namun Kerajaan Malaysia amat yakin krisis ini akan di tamatkan tanpa pertumpahan darah. Sekarang ini pasukan keselamatan sangat berhati2 dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.


Jumaat, 22 Februari 2013

SIAPA SULTAN KIRAM YANG MENGHANTAR TENTERANYA KE LAHAD DATU ?

Sumber : tausug-global
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya  itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.
Rajah A2
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.
Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.

Khamis, 21 Februari 2013

INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA ASING MEMPERKENALKAN LAHAD DATU DI MATA DUNIA

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia.

Selasa, 19 Februari 2013

BERITA TERKINI INSIDEN DI LAHAD DATU


Berita terkini pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.
Update Terkini 16 Februari 2013
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.
Update Terkini 17 februari 2013
Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.
Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.
Update Terkini 18 Februari 2013 – Penceroboh TIDAK MAHU TINGGALKAN SABAH
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku. Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah. Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana
Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP. Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang. Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi
Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’. Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan


Isnin, 18 Februari 2013

INSIDEN DI LAHAD DATU TAK UBAH SEPERTI KES SAUK

 Sumber : Misai Merah
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk-Malaysiakini
Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk memperbaiki profil politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini.
     

Ahad, 17 Februari 2013

SABAH TETAP DALAM TUNTUTAN WARIS KESULTANAN SULU



 
         Sumber : al-Husseyn blogspot.com


 
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara meninggalkan Pulau Simunul di Tawi-Tawi dalam bot laju menuju Sabah.
Rasa dikhianati dan ketinggalan dalam proses damai di antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), waris Sultan Sulu telah memutuskan untuk melakukan sendiri tuntutan mereka keatas negeri timur Malaysia Sabah sendiri. 
Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kiram berkata dalam satu temu bual dengan the Inquirer bahawa kerajaan nampaknya telah mengabaikan waris dan mengabaikan pendirian mereka bahawa tuntutan mereka ke atas Sabah adalah "tersangat penting” dalam aspek mana-mana perjanjian damai dengan mana-mana kumpulan bersenjata di Mindanao. 
Idjirani Julpa Ibrahim, setiausaha agung dan jurucakap Kesultanan Sulu, berkata keputusan untuk menunjukkan kehadiran tidak hanya fizikal tetapi dengan memasuki dan mendiami Sabah datang akhir tahun lalu, tidak lama selepas pentadbiran Aquino menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro dengan MILF. 
Kebuntuan terus semalam dengan tuntutan Rajah Mudah untuk berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Kesultanan Sulu, menambah lebih misteri kepada drama sempadan pelik. 
Bertolak pada Feb 11 "Mereka tidak berminat, ini kerajaan dan kerajaan sebelumnya, jadi kami mengambil keputusan untuk bertindak sendiri," Rajah Mudah berkata. 
 Awal pada 11 Februari, Rajah Mudah dan kira-kira 1,000 pengikut-pengikutnya, termasuk lelaki bersenjata dari apa yang dipanggil "Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara meninggalkan Pulau Simunul di Tawi-Tawi dalam bot laju menuju Sabah. 
Rajah Mudah menyifatkan tindakan beliau sebagai bukan perbuatan pencerobohan tetapi perjalanan pulang kembali. 
 "Kami datang ke sini dalam keadaan aman damai. Kita tidak berada di sini untuk berperang.Lelaki bersenjata yang dengan saya adalah Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara. Kita tidak akan membawa perang ke wilayah kita sendiri, lebih kurang kepada rakyat kita sendiri," Rajah Mudah berkata. Kumpulan itu mendarat di kampung Tunduao di Lahad Datu bandar di Sabah.
Pasukan Keselamatan Malaysia sedang berkawal

Dikelilingi Apa yang berlaku selepas pendaratan adalah tidak jelas, tetapi laporan dari Kuala Lumpur pada hari Khamis berkata pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung penceroboh Filipina, yang mereka percaya adalah puak pemberontak Islam yg tidak berpuas hati dengan perjanjian damai dengan pentadbiran Presiden Aquino. 
Rajah Mudah berkata beliau dan kumpulan beliau tidak ditangkap. Beliau berkata beliau berkomunikasi dengan Gen. Zul Kipli, Ketua Cawangan Khas Sabah, setaraf pegawai perisikan atas di Filipina. 
Bagaimanapun, beliau mengakui, bahawa beliau dan kumpulannya telah dikepung oleh polis Malaysia dan pasukan khas. 
Kebuntuan antara pihak berkuasa Malaysia dan kumpulan Rajah Mudah telah mencetuskan rasa yang sangat menakutkan pada tahun-tahun kebelakangan ini di Sabah, yang adalah kurang daripada satu jam dengan bot laju dari wilayah selatan Filipina Tawi-Tawi. 
Pejabat presiden adalah keberatan untuk campur tangan dalam serangan yang dilaporkan ke Sabah oleh "100 bersenjata Filipina" mendakwa sebagai keturunan Sultan Sulu. 
Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte ditunjukkan dalam taklimat kepada pemberita di Istana semalam bahawa kerajaan tidak pasti tentang apa yang telah berlaku di Sabah.
Beliau berkata Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah menghantar polis atase ke Sabah untuk menentukan "apa yang benar-benar berlaku". 
Valte berkata kerajaan akan memberikan bantuan "kepada mana-mana rakyat Filipina di luar negara", tetapi menambah bahawa kebuntuan Sabah, "kami ingin untuk menentukan fakta pertama". 
Tanpa menyedari keadaan di Lahad Datu, beberapa pegawai Filipina berkata rakyat Filipina itu adalah orang awam yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah. 
Memetik maklumat dari Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin, Valte memberitahu pemberita semalam bahawa rakyat Filipina tersebut tidak bersenjata. Tetapi tuntutan Rajah Mudah bahawa dia telah dikelilingi oleh pasukan keselamatan sendiri menunjukkan kekurangan maklumat dalaman kerajaan mengenai langkah yang diambil oleh waris Sultan Sulu itu. 
Rundingan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Jabatan Hal Ehwal Luar berkata Menteri Luar Malaysia Anifa Aman telah bercakap kepada Setiausaha Asing, Albert del Rosario dan memberi jaminan kepadanya bahawa rakyat Malaysia akan menghormati hak-hak rakyat Filipina dalam kebuntuan Sabah. 
Kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia telah memilih "rundingan untuk menggalakkan" rakyat Filipina tersebut "untuk meninggalkan secara aman". 
Kedua-dua tentera Filipina dan tentera Malaysia telah menetapkan bahawa aktiviti rakyat Filipina itu di Sabah tidak mempunyai kelulusan daripada kerajaan Filipina, DFA berkata. 
 "Dalam hal ini, oleh itu kita menyeru kepada individu-individu berkenaan untuk kembali ke rumah dan keluarga mereka," DFA berkata. 
Perundingan Pura-pura 
Idjirani berkata bahawa sebelum menandatangani perjanjian itu, Pejabat Penasihat Presiden Proses Keamanan (Opapp) menjemput waris Sultan Sulu kepada apa yang sepatutnya menjadi perundingan mengenai perjanjian damai dengan MILF. 
Beliau berkata beliau telah diminta untuk memberikan syarahan mengenai pendirian Kesultanan Sulu pada forum yang diadakan di Universiti Kolej Undang-undang Filipina. 
 "Kami fikir, akhirnya kerajaan Presiden Aquino mahu resolusi pengurusan yang lengkap dan menyeluruh kepada masalah keamanan, keselamatan dan ekonomi wilayah di Mindanao degan berunding dengan kami. 
Tetapi ia hanyalah cakap-cakap saja," Idjirani berkata dalam bahasa Inggeris dan Filipina. 
"Perjanjian rangka kerja telah selesai tanpa bayang-bayang Kesultanan Sulu dan Borneo Utara. Mereka hanya berpura-pura untuk berunding dengan kami, "katanya. 
Beliau berkata kerajaan menggalakkan waris Sultan Sulu untuk memimpin "keamanan kafilah" dan mereka dipatuhi. Dia menunjukkan gambar seperti kafilah yang diambil di Tawi-Tawi tahun lepas. Gambar-gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga diraja Kiram dan pengikut mereka menyertai rombongan itu. 
Kesultanan yang tidak disebut Tetapi para waris hanya tahu, beliau bahawa perjanjian rangka kerja itu telah ditandatangani tanpa menyebut apa-apa "hak bersejarah dan kedaulatan" Kesultanan Sulu dan Borneo Utara ke atas wilayah dimasukkan dalam perjanjian itu. 
"Sehingga kerajaan memasukan Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, tiada keamanan berkekalan dan penting akan datang ke Mindanao," berkata Idjirani. "Mereka sepatutnya melihat bahawa dalam kegagalan perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari," katanya. 
 "Kami sangkakan pentadbiran Presiden Aquino mengambil berat mengenai perjanjian nenek moyang dan sejarah. Jelas, kami salah," katanya. 
 Beliau berkata "keinginan dan niat" kesultanan untuk menjadi sebahagian daripada proses damai yang dimulakan oleh kerajaan telah dinyatakan dalam surat kepada bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo bertarikh April 13, 2009. 
Dalam surat yang ditandatangani oleh Sultan Jamalul Kiram III, beliau berkata, kerajaan telah diakui dan disebut hanya sebagai sekutu dalam hak-waris kesultanan dan hak sejarah di kepulauan Sulu, termasuk wilayah yang diliputi dalam-ceramah keamanan awal antara kerajaan dan MILF. 
Tetapi pentadbiran Arroyo berakhir pada Jun 2010 dengan persetujuan tidak dicapai dengan MILF. 
Ia adalah pentadbiran Aquino yang akan merangkul awal perjanjian damai dengan MILF. Pewaris bersatu Idjirani berkata majlis menandatangani perjanjian rangka kerja dengan MILF membawa kepada penyatuan waris Sultan Sulu dan keputusan mereka untuk meneruskan dengan mendakwa Sabah sendiri. 
Idjirani berkata perbezaan yang dilaporkan di kalangan waris tidak pernah peribadi tetapi melibatkan dasar sahaja dan hala tuju.

Kiri ke kanan ~Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, Sultan Jamalul Kiram 
III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II and (berdiri dari kiri) Datu 
Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram and Datu Baduruddin Kiram
Beliau berkata keturunan langsung dan waris Sultan Sulu dan Borneo Utara ialah Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram III, Datu Alianapia Kiram Datu Phugdal Kiram Datu Baduruddin Kiram dan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, putera mahkota yang telah ditugaskan untuk membawa 1,000 orang awam dan tentera ke Sabah. 
 "Mesyuarat minda" daripada waris Kiram berlaku pada 11 November tahun lalu di rumah saudara, Idjirani katanya. Ia adalah semasa mesyuarat itu bahawa Sultan Jamalul mengeluarkan dekri diraja yang diberi kuasa perjalanan Rajah Mudah ke Sabah. ~ Philippine Daily Inquirer Publication

Sabtu, 16 Februari 2013

LAHAD DATU : KUMPULAN BERSENJATA AKAN DIHANTAR PULANG

KOTA KINABALU: Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.
"Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.
"Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jesseltion Point, di sini, hari ini.
Tinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.
Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin.
Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.
-- Bernama