Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 20 April 2012

PUJUK SISWA PINDAH ALAMAT TEMPAT MENGUNDI - KERJA GILA SPR DAN JPN

DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

NONEAdun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

NONE"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini.

Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube.

Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat.

Sabtu, 14 April 2012

JAWATAN KUASA MASJID DI ARAH HADIR DALAM PROGRAM NAJIB

Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.

NONEDalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi.

Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, perdana menteri dilaporkan bertolak ke program "Jelajah Janji Ditepati" di Stadium Batu Pahat.

Kadi pertahan arahan

Sementara itu, Kadi Daerah Batu Pahat Bahrin Jalal ketika dihubungi Malaysiakini mengakui mengeluarkan surat arahan itu dan mengesahkan kesahihan kandungannya.

Bagaimanapun, katanya, surat itu dikeluarkan hanya sebagai “ tanda sokongan kepada pemimpin” dan bagi memberi pendedahan kepada lima anggota jawatankuasa masjid di daerah itu.

"Kita suruh hadir ke majlis itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Perdana menteri baru pertama kali datang ke Batu Pahat.

“Jadi kita arahkan mereka supaya mendengar amanat daripada pemimpin," katanya.

Menurutnya lagi, wang untuk bayaran “duit minyak” itu diambil daripada peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembangunan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Bukan setiap seorang dapat RM50, tetapi satu kereta dapat RM50. Maknanya seorang RM10. Duit itu kita beri sebagai duit minyak. Itu sahaja.

“Wang itu memang boleh digunakan sebab majlis itu sebahagian daripada program masjid,” katanya lagi.

--mk

Jumaat, 13 April 2012

KEZALIMAN SERIBU WAJAH

 
Ramai rakyat Malaysia girang dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu tetapi “pedang yang tergantung masih menjadi ancaman untuk menacak di atas kepala” mereka yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan ini ada asasnya kerana dua elemen penting yang membenarkan perlakuan penahanan dengan sewenang-wenangnya untuk tempoh beberapa tahun masih wujud dalam Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khusus) itu.
Elemen-elemen ini mempunyai definisi kesalahan-kesalahan yang luas dan kurang jelas di mana wujud kelemahan yang ketara yang membenarkan seseorang itu ditahan dalam tempoh masa yang lama melalui kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam proses perundangan.
Pertama, definisi Kesalahan-Kesalahan Keselamatan:
Di antara rangkaian kesalahan-kesalahan yang luas dan mempunyai definisi yang samar-samar yang dimasukkan di bawah Bil ini ialah ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan tidak menunjukkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong.
Definisi samar-samar mengenai “prasangka terhadap keselamatan dan ketenteraman awam” kerapkali digunakan dan telah disalahgunakan dengan meluas dalam penahanan ISA pada masa-masa lalu kecuali dalam beberapa kes yang terpencil.
Kesemua mereka yang ditahan adalah penentang-penentang politik, di mana “kesalahan” mereka hanyalah kerana menentang BN.
Sekadar menyebut beberapa nama, Anwar Ibrahim, Lit Kit Siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng.  Bagi mereka yang berfikiran waras, akan memikirkan bahawa takkanlah mereka ini, manusia yang mempunyai prinsip dan integriti yang mulia, sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Melancarkan perang terhadap Agong?


Berhubung “kesalahan” terhadap Agong, bukankah masih segar dalam ingatan kita bahawa ketika menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bulan Julai lalu, pihak berkuasa menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia atas dakwaan “melancarkan perang terhadap Agong”.
Tuduhan ini sengaja direka-reka dan sehingga hari ini ternyata tidak ada bukti yang boleh menyabitkan kesalahan mereka terhadap Agong.
Jika BN berfikir bahawa mereka boleh menyalahgunakan kuasa tentang penahanan seseorang pada masa-masa yang lalu ketika kuasa politik mereka dianggap terjamin, kenapa kita harus beranggapan bahawa mereka tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka sedangkan survival politik mereka sekarang ini berada di hujung tanduk.
Kita tidak boleh mempercayai bahawa mereka tidak akan menyalahguna kuasa sedangkan semakin ramai rakyat kecewa dengan berleluasanya penyelewengan yang tidak habis-habis mereka lakukan.
Kedua, penahanan dalam tempoh masa lama melalui proses kehakiman:
Sungguhpun Bil ini menyediakan hak kepada tahanan tanpa bicara dalam tempoh 28 hari penahanan, bagaimanapun tahanan itu tidak dibebaskan untuk beberapa tahun.
Ini kerana terdapat peruntukan di bawah Seksyen 30(1) di mana walaupun tahanan itu dibebaskan oleh mahkamah, tempoh tahanannya boleh diteruskan kerana pihak pendakwa layak untuk memohon rayuan secara lisan dan meminta tahanan diteruskan sehingga semua proses undang-undang habis digunakan.
Pengalaman pada masa silam memberitahu kita bahawa jika ia menyebelahi BN, proses undang-undang ini boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Satu contoh ialah kes sodomi I melibatkan Anwar Ibrahim, yang bermula pada tahun 1999 dan berakhir pada 2004, iaitu lima tahun kemudian.  Malahan tempoh masa perbicaraan dianggap telah disingkatkan ekoran daripada peletakan jawatan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 2003.
Jelas bahawa perbicaraan kes liwat ini mengambil masa empat tahun untuk berpindah dari mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan.
Tetapi dari mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan hanya mengambil masa setahun di mana penghakiman telah dibatalkan pada 2004 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada November 2003.
Kes Altantuya
Contoh terkini ialah perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharribuu yang didakwa membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan bermula pada Januari 2007 tetapi rayuan tidak pula didengar di mahkamah rayuan lima tahun kemudian dan nampaknya kes akan terus ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.
Jelas bahawa seseorang yang berada di kedudukan yang tinggi tidak mahu kes ini dibicarakan terlalu awal oleh sebab-sebab yang jelas. Sedikit pun tidak menimbulkan keraguan bahawa sistem kehakiman kita, termasuk institusi-institusi yang lain, dimanipulasi oleh orang- orang politik secara haram.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa ini maka mana mungkin kita tidak merasa bimbang bahawa para penentang BN akan ditahan dengan sewenang-wenangnya di bawah Bil ini dan dipenjarakan tanpa had tempoh masa selagi proses perundangan masih terus berjalan.

Tiada justifikasi

Hujah yang digunakan untuk menggubal Bil ini terdapat dalam mukadimahnya – keselamatan negara terancam – adalah karut.  Makanya tidak ada justifikasi untuk memperkenalkan Bil ini, berikutan dari pemansuhan ISA.
Untuk menjustifikasikan Bil ini, BN harus menerangkan secara jelas tentang ancaman yang dihadapi oleh negara ini.
Semua orang tahu bahawa kita tidak menghadapi sebarang ancaman atau kita melihat adanya ancaman dari mana-mana negara asing, tidak nampak pun walau dalam masa yang terdekat.
Begitu juga tidak ada sedikit bukti pun tentang adanya rancangan sulit daripada mana-mana pihak di dalam negara ini untuk mengguling kerajaan secara paksa atau menyebabkan suasana keganasan secara meluas.
Satu-satunya kemungkinan adanya ancaman yang boleh menjustifikasikan pengenalan undang-undang pencegahan ialah keganasan antarabangsa.  Untuk menangani perkara ini maka kita memerluksan definisi yang khusus berhubung dengan “keganasan”.
Bukannya seperti apa yang terdapat dalam Bil ini, di mana pelbagai bentuk kesalahan yang tidak diberi definisi yang jelas bagi menghalang salah guna kuasa terhadap undang-undang.
Sebagai panduan, kita boleh melihat konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu yang sedia ada, yang selaras dengan nilai-nilai sejagat yang dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang lain, malahan termasuk pergeseran agama dan kaum, kita sudah mempunyai undang- undang untuk menangani masalah ini dengan berkesan.
Kekurangan atau kelemahan yang kita hadapi ialah bukannya undang-undang yang berintergriti tetapi pelaksanaannya yang tidak berintergriti.
Inisiatif legislatif terbaru ini yang didakwa Najib sebagai “satu emas keemasan lambang demokrasi di Malaysia” dalam ucapannya ketika majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong pada 11 April lalu hanya merupakan satu gimik untuk menarik hati rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Najib sebenarnya tidak melakukan sebarang bentuk reformasi terhadap undang-undang (ISA) BN yang zalim ini.

--FMT

Sabtu, 7 April 2012

TSUNAMI HIJAU DALAM LAUTAN KUNING

Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau hari ini mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan membantah projek nadir bumi di Kuantan serentak bersama perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

NONEPresidennya Wong Tack berkata penyokong daripada lima kumpulan hijau akan berkumpul di bangunan KLCC sebelum berarak 3 kilometer ke Dataran Merdeka - tempat BERSIH mengadakan bantahannya.

BERSIH, yang sinonim dengan pakaian kuning, merancang duduk di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Sudah cukup jerit pekik kita. Keputusan kita muktamad. Kita mahu Lynas keluar daripada Malaysia," katanya yang turut membawa kain rentas bertulis "Lynas berambus".

Jumaat, 6 April 2012

PENDUDUK CAMERON HIGHLAND AKAN BERKHEMAH DI PUTRAJAYA

Penduduk Cameron Highland akan turun ke pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini dan berkhemah di sana sehingga mendapat jawapan konkrit daripada perdana menteri terhadap enam isu utama yang mereka hadapi.

kg berembang third demolition 050307 aru"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.'
Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali.

"Sudah hantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.
Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit.
Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah:
  • Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
  • Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
  • Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
  • Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
Arutchelvan berharap rakan-rakan seperjuangan akan turun bersama penduduk Cameron Isnin ini dan meneruskan sokongan sehingga mendapat satu kata putus dari perdana menteri.


--mk

Rabu, 4 April 2012

TAHNIAH !! MALAYSIA SEMAKIN MAJU PENGUNDIPUN BOLEH DIKLON

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong  menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:
  • Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
  • Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
  • Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan
  • Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
NONE

PAS DEDAHKAN PENDERHAKA YANG JUAL NEGARA

 MINDA KS : Bagaimana agaknya nasib rakyat Malaysia setelah kemasukan "Saudara Baru" yang tidak diundang in ? Bagaimana pula agaknya nasib Orang asli , bumiputera Sabah dan Sarawak yang terpaksa bersaing dengan "Orang Istimewa" ini?  Apa cerita di Sabah ini ? Siapa yang memegang ekonomi sekarang ? Siapa yang jadi penentu politik di Sabah sekarang ? Jawapannya...

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan  sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

--mk

Selasa, 3 April 2012

JAWAPAN BERTULIS RAJA LAWAK DI PARLIMEN MALAYSIA




Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...

Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????

Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 ????

tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan
17 dalam tahanan polis
18 tahanan depot imigresen
17+18=21 ????

Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!

Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak
ada pelajaran??? - Apek






Isnin, 2 April 2012

NAJIB TAKUT KALAH LAGI DI PERAK

Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Ahad, 1hb April 2012:

Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini. Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya 'dibeli' oleh Najib.
Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap, Najib, Zambry dan ADUN-ADUN ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.
Najib menyangka 'rakyat Perak mudah lupa'. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak. Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya. Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk.
Rakyat Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka kembali berkuasa melalui 'pintu belakang'. Rakyat Perak bersedia untuk 'ajar' Barisan Nasional dalam PRU13. Mereka sedang menunggu hari mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat. Najib dan kuncu-kuncunya sedar bahawa mereka telah hilang kepercayaan rakyat Perak. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak. Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.
Oleh kerana Najib takut akan kalah besar, beliau terpaksa 'turun padang' banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program, mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil hati rakyat Perak. Najib terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Dalam 'road show' Najib , Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam PRU13.
Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin ke seluruh negara baru-baru ini. Jumlah ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu telah ditaburkan di negeri Perak. Jelas bahwa Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Beliau tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Dulu Najib beli 'katak' di Perak, sekarang dengan konsep unggulnya 'I help you, You help me' beliau sedang bermati-matian untuk membeli rakyat Perak itu sendiri.

* V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

Ahad, 1 April 2012

ORANG INDONESIA JADI KUASA PENENTU PRU KE 13 - SUBKY LATIF

Oleh Subky Latif
SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.
Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.
Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan   tetap lagi.
Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.
Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di  Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.
Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka  tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat  Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.
Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia  dalam menentukan kerajaannya.
Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.
Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.
Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.
Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.
Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.
Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah,  tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.
Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.
Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.
Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta