Ramai rakyat Malaysia girang dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu tetapi “pedang yang tergantung masih menjadi ancaman untuk menacak di atas kepala” mereka yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan ini ada asasnya kerana dua elemen penting yang membenarkan perlakuan penahanan dengan sewenang-wenangnya untuk tempoh beberapa tahun masih wujud dalam Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khusus) itu.
Elemen-elemen ini mempunyai definisi kesalahan-kesalahan yang luas dan kurang jelas di mana wujud kelemahan yang ketara yang membenarkan seseorang itu ditahan dalam tempoh masa yang lama melalui kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam proses perundangan.
Pertama, definisi Kesalahan-Kesalahan Keselamatan:
Di antara rangkaian kesalahan-kesalahan yang luas dan mempunyai definisi yang samar-samar yang dimasukkan di bawah Bil ini ialah ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan tidak menunjukkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong.
Definisi samar-samar mengenai “prasangka terhadap keselamatan dan ketenteraman awam” kerapkali digunakan dan telah disalahgunakan dengan meluas dalam penahanan ISA pada masa-masa lalu kecuali dalam beberapa kes yang terpencil.
Kesemua mereka yang ditahan adalah penentang-penentang politik, di mana “kesalahan” mereka hanyalah kerana menentang BN.
Sekadar menyebut beberapa nama, Anwar Ibrahim, Lit Kit Siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng. Bagi mereka yang berfikiran waras, akan memikirkan bahawa takkanlah mereka ini, manusia yang mempunyai prinsip dan integriti yang mulia, sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.
Melancarkan perang terhadap Agong?
Berhubung “kesalahan” terhadap Agong, bukankah masih segar dalam ingatan kita bahawa ketika menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bulan Julai lalu, pihak berkuasa menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia atas dakwaan “melancarkan perang terhadap Agong”.
Melancarkan perang terhadap Agong?
Berhubung “kesalahan” terhadap Agong, bukankah masih segar dalam ingatan kita bahawa ketika menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bulan Julai lalu, pihak berkuasa menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia atas dakwaan “melancarkan perang terhadap Agong”.
Tuduhan ini sengaja direka-reka dan sehingga hari ini ternyata tidak ada bukti yang boleh menyabitkan kesalahan mereka terhadap Agong.
Jika BN berfikir bahawa mereka boleh menyalahgunakan kuasa tentang penahanan seseorang pada masa-masa yang lalu ketika kuasa politik mereka dianggap terjamin, kenapa kita harus beranggapan bahawa mereka tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka sedangkan survival politik mereka sekarang ini berada di hujung tanduk.
Kita tidak boleh mempercayai bahawa mereka tidak akan menyalahguna kuasa sedangkan semakin ramai rakyat kecewa dengan berleluasanya penyelewengan yang tidak habis-habis mereka lakukan.
Kedua, penahanan dalam tempoh masa lama melalui proses kehakiman:
Sungguhpun Bil ini menyediakan hak kepada tahanan tanpa bicara dalam tempoh 28 hari penahanan, bagaimanapun tahanan itu tidak dibebaskan untuk beberapa tahun.
Ini kerana terdapat peruntukan di bawah Seksyen 30(1) di mana walaupun tahanan itu dibebaskan oleh mahkamah, tempoh tahanannya boleh diteruskan kerana pihak pendakwa layak untuk memohon rayuan secara lisan dan meminta tahanan diteruskan sehingga semua proses undang-undang habis digunakan.
Pengalaman pada masa silam memberitahu kita bahawa jika ia menyebelahi BN, proses undang-undang ini boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Satu contoh ialah kes sodomi I melibatkan Anwar Ibrahim, yang bermula pada tahun 1999 dan berakhir pada 2004, iaitu lima tahun kemudian. Malahan tempoh masa perbicaraan dianggap telah disingkatkan ekoran daripada peletakan jawatan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 2003.
Jelas bahawa perbicaraan kes liwat ini mengambil masa empat tahun untuk berpindah dari mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan.
Tetapi dari mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan hanya mengambil masa setahun di mana penghakiman telah dibatalkan pada 2004 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada November 2003.
Kes Altantuya
Contoh terkini ialah perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharribuu yang didakwa membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan bermula pada Januari 2007 tetapi rayuan tidak pula didengar di mahkamah rayuan lima tahun kemudian dan nampaknya kes akan terus ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.
Jelas bahawa seseorang yang berada di kedudukan yang tinggi tidak mahu kes ini dibicarakan terlalu awal oleh sebab-sebab yang jelas. Sedikit pun tidak menimbulkan keraguan bahawa sistem kehakiman kita, termasuk institusi-institusi yang lain, dimanipulasi oleh orang- orang politik secara haram.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa ini maka mana mungkin kita tidak merasa bimbang bahawa para penentang BN akan ditahan dengan sewenang-wenangnya di bawah Bil ini dan dipenjarakan tanpa had tempoh masa selagi proses perundangan masih terus berjalan.
Tiada justifikasi
Hujah yang digunakan untuk menggubal Bil ini terdapat dalam mukadimahnya – keselamatan negara terancam – adalah karut. Makanya tidak ada justifikasi untuk memperkenalkan Bil ini, berikutan dari pemansuhan ISA.
Untuk menjustifikasikan Bil ini, BN harus menerangkan secara jelas tentang ancaman yang dihadapi oleh negara ini.
Semua orang tahu bahawa kita tidak menghadapi sebarang ancaman atau kita melihat adanya ancaman dari mana-mana negara asing, tidak nampak pun walau dalam masa yang terdekat.
Begitu juga tidak ada sedikit bukti pun tentang adanya rancangan sulit daripada mana-mana pihak di dalam negara ini untuk mengguling kerajaan secara paksa atau menyebabkan suasana keganasan secara meluas.
Satu-satunya kemungkinan adanya ancaman yang boleh menjustifikasikan pengenalan undang-undang pencegahan ialah keganasan antarabangsa. Untuk menangani perkara ini maka kita memerluksan definisi yang khusus berhubung dengan “keganasan”.
Bukannya seperti apa yang terdapat dalam Bil ini, di mana pelbagai bentuk kesalahan yang tidak diberi definisi yang jelas bagi menghalang salah guna kuasa terhadap undang-undang.
Sebagai panduan, kita boleh melihat konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu yang sedia ada, yang selaras dengan nilai-nilai sejagat yang dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang lain, malahan termasuk pergeseran agama dan kaum, kita sudah mempunyai undang- undang untuk menangani masalah ini dengan berkesan.
Kekurangan atau kelemahan yang kita hadapi ialah bukannya undang-undang yang berintergriti tetapi pelaksanaannya yang tidak berintergriti.
Inisiatif legislatif terbaru ini yang didakwa Najib sebagai “satu emas keemasan lambang demokrasi di Malaysia” dalam ucapannya ketika majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong pada 11 April lalu hanya merupakan satu gimik untuk menarik hati rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Najib sebenarnya tidak melakukan sebarang bentuk reformasi terhadap undang-undang (ISA) BN yang zalim ini.
--FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan