MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.
“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke
Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor
viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung
Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.
Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta
diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui
kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya
yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram
I.
Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera
mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II
juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan
dan Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino
menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki
keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.
“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah
oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878
yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. ~free malaysia today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan