Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 4 Mei 2011

LIDAH BERCABANG ESKAY NI RUPANYA.....


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.
Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor  Tv Selangor.
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi.
Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.
Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.
Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

--Keadilan

312,338 ORANG RAKYAT SABAH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH


Minda KS : Satu jumlah yang ramai rakyat Sabah belum mendaftar sebagai pemilih. Parti-parti politik dicadangkan agar segera membuat pendaftaran pemilih agar rakyat Sabah tidak ketinggalan dan kehilangan hak mereka untuk menentukan masa depan negara.



KOTA KINABALU: Seramai 312,338 orang atau 26.9 peratus daripada 1.1 juta penduduk berumur 21 tahun ke atas di Sabah belum mendaftar sebagai pengundi, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Md Idrus Ismail. 

Beliau berkata, peratusan itu agak membimbangkan kerana ia melebihi peratusan nasional iaitu 25.2 peratus

Md Idrus berkata, sehingga 7 Mac tahun ini, jumlah yang layak mendaftar sebagai pemilih di Sabah ialah sekitar 1.1 juta orang dan jumlah mereka yang mendaftar setakat 31 Disember lalu hanya 848,473 orang.
"Ini bermakna masih ada 312,338 orang yang belum mendaftar sebagai pemilih," katanya di sini hari ini. 

Bagi peringkat nasional, jumlah mereka yang berumur 21 tahun dan layak mendaftar setakat 7 Mac lalu ialah seramai 15.7 juta orang manakala jumlah yang telah mendaftar sehingga 31 Disember lalu ialah 11.8 juta orang. 

Jumlah yang belum berdaftar ialah 3.93 juta orang atau 25.2 peratus. 

Md Idrus berkata, antara faktor utama yang menyumbang kepada keadaan itu ialah sikap mereka yang tidak berminat menyertai proses demokrasi. 
"Sebenarnya mereka yang berumur 21 tahun ke atas ini tahu di mana mereka perlu mendaftar tetapi mereka sengaja tidak mendaftar atau memandang ringan kepentingan atau peranan mereka dalam pilihan raya. 

"Selain itu, ada juga orang Sabah yang bekerja di Semanjung atau berlajar di luar negara...mereka rasa kalau mendaftar pun tidak dapat balik mengundi," katanya. 

Md Idrus berkata, SPR dengan kerjasama agensi kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus memperhebatkan kempen pendaftaran pemilih bagi menggalakkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum yang ke-13. 

Beliau berkata, SPR turut menyediakan kaunter mendaftar di kawasan tumpuan ramai termasuk di pejabat pos dan pusat memberi belah dan berharap orang ramai yang layak memanfaatkan kemudahan pendaftaran itu. 

Md Idrus juga meminta mereka yang sudah mendaftar membuat semakan dengan SPR bagi memastikan nama mereka ada dalam daftar pengundi selain membolehkan mereka membetulkan butiran yang tidak tepat.


--BERNAMA

Selasa, 3 Mei 2011

DUNIA SELAMAT TANPA OSAMA SATU PANDANGAN YANG TIDAK CERMAT : NIK AZIZ

May 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.
“Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.
“Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.
Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.
“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak Al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.
“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya.

--MI

Isnin, 2 Mei 2011

BETULKAH OSAMA MENINGGAL ATAU DIMATIKAN ?


"Apakah benar Osama sudah mati? Apakah sudah lama mati , baru di isytihar mati, atau belum mati di isytihar mati. Itu tidak penting, tetapi yang penting ialah kenapa US mematikan watak Osama? Apakah secara kebetulan tarikh kematian Osama pada 2/5 sama dengan tarikh Hitler secara rasminya di isytiharkan mati?

Obama isytiharkan bahawa Osama dibunuh di daerah Abbottabad di Pakistan, secara rasminya juga secara tidak langsung mengesahkan Pakistan sebagai pengkalan pengganas al-Qaeda. Serta-merta juga US memberi amaran berjaga-jaga kepada warga dan kepentingannya di seluruh dunia terhadap serangan balas pengganas, secara tidak langsung ditujukan kepada Pakistan
Seperti biasa alasan ini digunakan untuk menyerang dan menjajah negara-negara lain seperti berlaku kepada Afghanistan dan Iraq. Dimanakah Abbottabad? Ia satu daerah terletak dalam daerah Hazara dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa di Pakistan. Daerah ini terletak di lembah Orash, berada 50km dari timur laut Islamabad dan 150km dari Peshawar. Ia bukanlah kawasan terpencil dan merupakan kawasan peranginan terkenal pada musim panas disebabkan cuacanya yang nyaman kerana terletak dikawasan tanah tinggi. Kawasan ini merupakan juga penempatan ketenteraan kerana terletak berdekatan dengan wilayah Azad Kashmir yang menjadi pertikaian dengan India.


Where Osama was killed


Sekarang kita tahu bandar manakah yang sebenarnya menjadi sasaran bagi mencetuskan peperangan di Pakistan itu sendiri. Tidak lain ialah Islamabad. Kalau dulu Osama dan al-Qaeda di gunakan sebagai alasan untuk menjajah Afghanistan, sekali lagi alasan yang sama di gunakan US untuk menjajah Pakistan. US sering mengembar-gemburkan bahawa kerajaan di Islamabad akan digulingkan oleh militan Islam yang ingin menegakkan kerajaan Islam yang boleh mengancam dunia dengan senjata nuklear. Agen-agen US sudah beberapa kali merancang untuk menjatuhkan Pakistan melalui perbalahan mazhab tetapi tidak mencapai kejayaan dan inilah usaha terdesak mereka bagi sebagai alasan untuk menjajah Pakistan.



Kejayaan pembunuhan Osama bin Laden ini selepas wikileaks dedahkan kononnya Al-Qaeda akan melakukan serangan nuklear di US tidak lama lagi;
Wikileaks: Al-Qaeda plotted chemical and nuclear attack on the West Guantanamo interrogators have uncovered a determined attempt by al-Qaeda to attack Western countries using chemical or nuclear weapons, according to the top-secret files. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America By Holly Watt 6:45AM BST 26 Apr 2011

US sekarang ini berada diambang kejatuhan ekonomi, perbelanjaan ketenteraan di Afghanistan menyebabkan mereka hampir bankrap dan tentera-tentera Taliban sedang melancarkan serangan habis-habisan bagi menyingkirkan penjajahan tentera bersekutu. Penguasaan US di Afghanistan semakin lemah, hinggakan baru-baru ini beratus-ratus pejuang Taliban berjaya melepaskann diri dari penjara yang dikawal rapi di Kabul itu sendiri. Inilah usaha terdesak mereka bagi mencipta perang yang mengakibatkan krisis kewangan dunia semakin meluas hingga ke Asia dan rancangan jangka pendek menaikan nilai dolar. Bukanlah satu kebetulan tarikh penyelesaian hutang US pada pertengahan bulan mei ini, jika tidak dapat diselesaikan US menghadapi kemungkinan taraf kewangan US akan diturun taraf dan boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi.
"

TERAS CADANGKAN SUPAYA SEKSYEN 292 KANUN KESEKSAAN DIBUBARKAN

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mei 2, 11
3:39pm
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja.
Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.
TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.
Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.
Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

'Mahkamah media'
Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini 'mahkamah media' diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.
TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.
Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.

* Penulis adalah Preseiden TERAS

Ahad, 1 Mei 2011

FATWA DR.MAHATHIR TENTANG SUMPAH LAKNAT ESKAY

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

NONEDalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.

Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir (kanan) sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.

Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.

Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.

Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.

ITU PERKARA LAMA : NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat

Menteri Besar Kelantan itu menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta PAS keluar dari pakatan pembangkang kerana pakatan itu jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

"Tolak, tolak, itu perkara lama," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Program Bina Ummah "Maqasid al-Syariyyah" anjuran Perbadanan Tabung Amanah Tok Kenali di Balai Islam, Lundang di Kota Baharu, pada Sabtu.

Perdana menteri dalam lawatannya ke Terengganu berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Najib berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO.

Sementara itu di Bachok, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyokong saranan Najib agar PAS meninggalkan pakatan itu kerana ia ternyata tidak pernah memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

Katanya, Kelantan di bawah kepimpinan PAS telah tertinggal semakin jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain dalam pelbagai bidang, kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas meraikan pasukan bola sepak Bachok di Dewan Haji Hussin Perupuk di sini, hari ini.

"Umno Kelantan sanggup berkorban apa saja demi menjayakan gagasan itu demi kepentingan rakyat Kelantan.

"Malah jawatan dan pangkat tidak penting bagi kami, apa yang perlu difikirkan nasib dan masa depan rakyat Kelantan yang perlu diutamakan," kata beliau.
--Bernama