Pengikut
AGUS SALIM VS UMNO
UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012
JALAN RAYA DI SABAH
INI KALILAH !!
KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?
Video tembak-menembak di Lahad Datu
Isnin, 15 April 2013
RAIS YATIM GUGUR DARI SENARAI CALON
Ini ada khabar gembira yang sudah disahkan.
Menepati ramalan dan senarai yang diperolehi dari ejen Umno, BEKAS ahli parlimen Jelebu, Rais Yatim sah digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional (BN) setelah memegang kerusi tersebut selama lima penggal.
Walaupun dirayu beberapa ahli jawatankuasa Umno bahagian itu, namun keputusan yang dibuat sudah muktamad.
Turut mengikut jejak langkah Rais adalah BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed Yakcop dan BEKAS ahli parlimen Raub, Ng Yen Yen.
Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan kerajaan sementara mengatakan hari ini “sangat santai” berkenaan dengan tidak diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya 2013.
Naib presiden MCA itu digugurkan daripada senarai calon untuk kerusi parlimen Raub di Pahang walaupun sudah berkhidmat di kerusi itu selama tiga penggal.“Saya sangat santai,” kata Ng kepada pemberita di ibu pejabat MCA di sini hari ini.
“Ini yang saya mahukan,” tambah beliau.
Antara nama besar lain yang digugurkan adalah BEKAS ahli parlimen Putrajaya, Adnan Mansor dan BEKAS ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said.
Kesemua mereka disahkan tidak memperolehi watikah pengisytiharan calon yang diserahkan kepada pengerusi BN negeri selain sumber dalaman dari ibu pejabat Umno sendiri.
Menurut sumber itu lagi, perubahan calon BN ini adalah yang paling drastik dalam sejarah sejak bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad mempertahankan mandatnya pada 1982.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menulis di akaun Twitternya dengan berkata “1/3 calon Parlimen dan 50% calon DUN BN adalah muka baru.”
Dalam pada itu, parti komponen BN akan membuat pengumuman senarai calon hari ini manakala pengerusi perhubungan negeri pula akan mengumumkan senarai penuh pada esok hari.
Sebelas peratus daripada calon BN pada pilihanraya umum 2013 adalah wanita, kata sumber lagi.
Pengerusi BN, Najib Tun Razak hari ini menyerahkan senarai penuh calon kepada parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri parti pagi ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan