Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 11 April 2011

20 FAKTA TENTANG ISRAEL YANG TERSEMBUNYI

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :
1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel

Sumber: Klik

MASALAH BESAR BUAT BN SARAWAK !!

MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.

Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.














( Gambar: Timbalan Ketua MenteriSarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri)

Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak.

Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri.

Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon.

Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.















(Gambar: Orang ramai yang mendengar ucapan Anwar di Miri)
                               
Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan. 
Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat.
                                                      
"Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada Harakahdaily.
Pakatan tanding semua kerusi

Dalam pilihan raya ini, Pakatan meletakkan 71 calonnya iaitu di kesemua kawasan pilihan raya. PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 dan selebihnya (51) adalah PKR.

Menurut kajian Merdeka Centre sebelum hari penamaan calon, DAP boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi dan tidak mustahil menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya. Ketika itu, mereka belum dapat kenal pasti kedudukan PKR dan PAS.
Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi.
Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 23 kerusi untuk menafikan kuasa 2/3 BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 36 kerusi untuk menamatkan kuasa BN di Sarawak.
Berikutan ketakutan dari sentimen benci kepada Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Sarawak berjanji kepada pengundi, Taib Mahmud akan bersara selepas pilihan raya ini.

Namun tidak diketahui apakah ianya dipersetujui oleh Taib kerana usaha Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin memujuk Taib agar bersara sebelum pilihan raya bermula gagal.

Ini kerana, kegagalan mereka memenuhi tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun menjadi 'raja' di negeri itu.

Menurut SarawakReport, kekayaan yang dimiliki Taib sudah terlalu melimpah ruah. Ia bukan sahaja milik beliau bahkan keluarganya iaitu anak-anak dan adik beradiknya.

Antaranya adalah pemilikan tanah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sarawak.
--HD

Ahad, 10 April 2011

SARAWAK REPORT KENA SERANGAN SIBER

Lamanweb anti-Taib Mahmud - Sarawak Report - yang menyiarkan artikel dan pendedahan terhadap ketua menteri Sarawak itu, menjadi sasaran serangan hebat siber semalam.

Malah, usaha Malaysiakini untuk mengakses ke lamanweb tersebut juga tidak berjaya.

NONE"Ya, kami boleh mengesahkan lamanweb kami menjadi mangsa satu serangan besar," kata pengasasnya,Clare Rewcastle Brown
  kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Brown berkata serangan tersebut semakin meningkat sepanjang minggu lalu, dan ianya memuncak semalam di UK dan kemudiannya merebak ke seluruh tempat.

Katanya, pakar internet berkata ianya ialah serangan DDos (Distributed Denial of Service), jenis yang menyerang Wikileaks sebelum ini.

Melalui serangan DDoS, program-program di server atau komputer peribadi akan menghujani berulangkali pada server lamanweb dengan permintaan untuk melayari lamanweb terbabit, sehingga melepasi tahap kemampuan responnya.

Brown membayangkan beliau percaya serangan itu mungkin berasal dari Taib atau BN.

KENYATAAN DATUK SRI AZALINA OTHMAN SAID TENTANG UMNO HARI INI. BACA JANGAN TAK BACA..

Minda KS: Aku petik dari KELAB GREENBOC tentang kenyataan mantan Ketua Puteri Umno Datuk Sri Azalina Othman Said tentang tanggapan rakyat terhadap UMNO. Tahniah Datuk Sri kerana berani membuat kenyataan yang berterus terang. Inilah kenyataan orang yang betul-betul sayangkan UMNO.

Shah Alam: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran, pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya. -FMT

Sabtu, 9 April 2011

SIAPA SANGKA SARAWAK NEGERI KAYA RUPANYA. KADAR KEMISKINAN HANYA 3% SAHAJA

 Minda KS : Menurut TPM kadar kemiskinan di Sarawak hanya 3% sahaja. Siapa nak komen silakan..
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat bagi pilihan raya negeri Sarawak.

sarawak election muhyiddin 080411 02Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar Pakatan Rakyat menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.

Katanya kerajaan BN sudah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.

"Sekali pandang tawaran (Pakatan) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di pasar utama di Bintulu hari ini.

NONEKatanya cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan PKR.
'BN bagi RM5,000'

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tawaran pemberian secara sekali sahaja sebanyak RM200 kepada setiap murid yang memasuki Tahun Satu juga jauh lebih rendah berbanding pendidikan percuma yang diberikan kerajaan BN untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang menelan kos kira-kira RM5,000 setiap seorang.

NONE"Kita bukan sahaja laksana...kita komited untuk program pembangunan dan bagi saya (jika) bandingkan kedua-dua manifesto dapat lihat apa yang dia (pembangkang) perjuang dan kita (BN) perjuang, rakyat perlu lebih prihatin dan peka, bukan kita buat sewenang-wenangnya kita buat atas dasar pembangunan berterusan," katanya.

Mengenai slogan "ubah" yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat, Muhyiddin berkata kerajaan sebenarnya telah membuat tranformasi dalam pemerintahan iaitu lebih baik maksudnya berbanding maksud "ubah".
NONEKatanya kerajaan bukan sahaja telah membuat tranformasi dalam politik, malah juga cara pemerintahan dalam kerajaan serta ekonomi.
Bakal pengganti
"(Ketua Menteri Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud) dah sedia bakal pengganti... dia ada bisik bisik dengan saya...(dengan) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mungkin lebih jelas lagi...jadi bermakna akan ada tokoh muda lebih berwibawa... itu lebih penting, kalau dikira lama, (Penasihat DAP Lim) Kit Siang, (Pengerusi DAP) Karpal Singh, (Menteri Besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) lebih lama," katanya.

Mengulas sokongan kaum Cina, Muhyiddin menasihati pengundi Cina agar memastikan mereka ada wakil dalam kerajaan BN di peringkat negeri.

"Merujuk kepada trend sokongan pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, ada peningkatan dalam sokongan pengundi Cina kepada BN," katanya.

NONEBerkenaan kempen, Muhyidin berkata BN akan bekerja lebih keras pada pilihan raya kali ini dan tidak akan memandang mudah dengan cabaran yang diberikan oleh pembangkang.

Katanya pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sesetengah parti pembangkang dan calon Bebas yang mendakwa mereka mendapat sokongan BN di peringkat pusat.

"Mereka tidak guna lambang dacing (BN), mereka guna lambang sendiri, bagaimana kita nak kata mereka menyokong BN, ini semua satu pembohongan," katanya.

Hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April ini.

- Bernama

PRESIDEN MAJLIS PEGUAM BIDAS NAZRI DALAM ISU VIDEO SEKS

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

April 09, 2011

Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks
                                                 KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu  yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan elemen pelacuran. 
Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhansuruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

“Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam. 
Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat. 
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR. 
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu. 
Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu. 
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam. 
“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi. 
Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran. 
“Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah,” kata Lim. 
Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa. 
Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam. 
Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM. 
“Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik,” kata beliau. 
Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim. 
“Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi. 
Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan. 
“Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu,” kata Khoo.
“Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?” tambah Khoo. 
Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan. 
Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang. 
Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian. 
Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran. 
Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka. 
“Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang? 
“Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?” kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu. 
“Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu,” kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik. 
Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan “Datuk T” yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

--MI

TREND TERBARU "KOMIK LUCAH" . ORANG MALAYSIA SUKA YANG LUCAH ?

Minda KS : Setiap hari pagi dan petang kita pasti dihiburkan dengan perkataan lucah. Video lucah dan yang terkini komik lucah. Inikah warna politik Malaysia yang sebenar ? Jangan sampai suatu hari nanti negara kita dikenali sebagai negara LUCAH. Anak-anak yang sedang bersekolahpun sudah biasa dengan perkataan "LUCAH" yang dipromosi oleh media cetak dan elektronik secara percuma. Tercapaikah hasrat kita untuk melahirkan modal insan pada masa akan datang? Jika begini keadaannya,jawapannya ialah MUSTAHIL.

Selepas komik lucah yang memaparkan kartun seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Parlimen Lembah Pantai, kini komik itu disebarkan pula di kawasan Pakatan Rakyat yang lain.

NONEKali ini, komik "Kisah Juara Raja Lawak" disebarkan di Damansara yang terletak di parlimen Subang yang diwakili bekas naib presiden PKR R Sivarasa.

Seorang pekerja swasta yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysiakini pada 26 Mac lalu, komik lucah itu diposkan ke rumahnya.

“Saya tidak pasti nama dan alamat saya diambil daripada (sumber) mana. Cop pos (atas sampul surat) dari sebuah pejabat pos di Shah Alam,” katanya.

Menceritakan kandungan komik tersebut, wanita itu berkata terdapat lukisan kartun yang menyerupai gambar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh melakukan aksi seks.

Menurut wanita yang berumur 26 tahun itu lagi, dia menyedari komik berkenaan berada di peti suratnya selepas memeriksanya semalam.Laporan polis

“Saya tidak pasti sama ada jiran dan rakan-rakannya yang lain turut menerima komik itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, wanita itu berkata beliau tidak membuat laporan polis dan tidak pasti sama ada mahu berbuat demikian.

“Saya baru sedar (komik itu) semalam, tidak pasti nak buat laporan atau tidak,” katanya.

NONEAkhir bukan lalu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran komik itu yang memaparkan kartun lucah Anwar - yang juga bapanya - dalam pelbagai aksi.

Komik 16 halaman tersebut didakwa mempersendakan ketua pembangkang dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti bapa dan imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.