Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 6 Mac 2011

APA DAH JADI PKR SABAH ?? 94 ORANG KELUAR PARTI

Seramai 94 ahli PKR dari cabang Indah di Tuaran Sabah keluar parti beramai-ramai dan menyertai Umno hari ini.

Diketuai bekas ketua ranting PKR Indai, Rusnin Laseh, mereka menyerahkan borang menyertai Umno kepada kepada Ketua Umno Tuaran, Datuk Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita Hajiji berkata beliau percaya lebih ramai lagi ahli PKR telah sedar dan akan menyertai BN dalam masa terdekat.

Beliau yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah, yakin penyertaan mereka ke dalam Umno akan membantu BN meraih kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, bekas pengerusi perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang turut hadir, berkata beberapa lagi ketua cabang PKR Sabah bakal meninggalkan parti tersebut.

Katanya mereka sedang mengatur strategi untuk keluar parti secara beramai-ramai dan membantu jentera pilihan raya BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu Rusnin pula berkata tindakan mereka keluar parti tersebut kerana "pucuk pimpinan parti hanya tahu berjanji dan bercakap kosong tetapi tidak mampu menunaikannya."

"PKR juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membantu rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya," katanya yang 10 tahun bersama PKR.

-- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan