Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 3 April 2013

SEORANG LAGI DATUK SERI DIKEHENDAKI POLIS BERHUBUNG OPS DAULAT

Seorang lagi 'Datuk Seri' dicari bantu siasatan kes berkaitan Operasi Daulat
Oleh:
Tarikh: April 3, 2013
LAHAD DATU - Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.

Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar hari ini, beliau berkata penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan