Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 16 Februari 2011

BRIG.JENERAL WANITA PERTAMA DARI BAHAGIAN TUGAS AM

2011/02/16

KUALA LUMPUR: Kolonel Norhuda Ahmad dari bahagian tugas am mencipta sejarah tersendiri dalam pasukan tentera darat apabila menjadi pegawai wanita pertama dari bahagian itu dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Norhuda, 54, yang sebelum ini Ketua Cawangan Asean, Pusat Integrasi Perisikan, Direktorat Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Direktorat Latihan bahagian itu.
Beliau adalah antara 27 pegawai kanan Tentera Darat dinaikkan ke pelbagai pangkat.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Norhuda layak dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ia menjadikan hari ini hari istimewa bagi Tentera Darat, katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Transit di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, pihaknya akan mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai wanita lain sekiranya terdapat kekosongan jawatan memandangkan kini terdapat ramai kakitangan wanita Tentera Darat yang berkaliber.

Beliau, bagaimanapun, menekankan antara penilaian untuk dinaikkan pangkat, tanpa mengira jantina ialah mempunyai rekod pencapaian yang menggalakkan, pengalaman serta prestasi keintelektualan.
Sebelum ini, terdapat dua wanita berpangkat Brigadier Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu Datuk Dr Roshidah Ishak dan Dr S T T Thavachelvi.

Kedua-duanya dari Kor Perubatan.

Pada majlis itu, lima Brigadier Jeneral dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral terdiri daripada Datuk Paduka Md Azman Rosli yang kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Tim Hala Tuju Tentera Darat.

Datuk Suhaimi Mohd Zuki kini ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat (MTD), Datuk Mohd Zaki Mokhtar (Asisten Ketua Staf Sumber Manusia MTD), Datuk Rohisha Yahaya (Asisten Ketua Staf MTD), Datuk Ishak Yeop Hamzah (Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan) dan Datuk Dr Mohd Zin Bidin yang juga profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Norhuda melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kenaikan pangkatnya selepas menghadapi pelbagai halangan dan kesusahan dalam menjalankan tugas bersama Tentera Darat.

Beliau bagaimanapun sedih memandangkan arwah bapanya yang sentiasa memberi semangat kepadanya dan ingin benar melihatnya mencapai pangkat jeneral tidak sempat melihat beliau dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan