Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 13 Disember 2011

HUSAM MUSA KE PARLIMEN,CALON PAS DARI LUAR AKAN DIKURANGKAN DI KELANTAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR,  13 Dis — PAS Kelantan telah memuktamadkan senarai pusingan pertama bakal calon yang akan diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 termasuk kemungkinan membawa seorang pemimpin kanan negeri bertanding kerusi Parlimen.
The Malaysian Insider difahamkan dewan harian PAS Kelantan yang bermesyuarat malam kelmarin telah bersetuju dengan nama-nama yang dikemukakan kepimpinan kawasan.
Sumber berkata, kali ini kebanyakan nama yang disyorkan diterima tanpa sebarang masalah kecuali bagi kerusi-kerusi Parlimen yang pernah ditanding dan dimenangi PKR tiga tahun lalu.
“Hampir kesemua nama disyorkan telah diterima kelmarin. Setiap kawasan menghantar dua hingga tiga nama, kali ini hampir kesemua nama diterima, di peringat pusingan pertama ini, tiada yang ditolak,” kata sumber dari Kelantan kepada The Malaysian Insider.
Menurutnya, PAS Kelantan kemungkinan akan membawa empat hingga lima muka baru di peringkat negeri.
“Kebanyakan penyandang akan kekali, kecuali empat lima muka baru sahaja,” kata sumber itu lagi.
Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding kali ini.
Nik Aziz (gambar), 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Kelantan menawarkan 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PAS dan PKR, komponen Pakatan Rakyat, memenangi 39 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 12 bahagian Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
PKR bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kawasan Parlimen.
Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang bertanding menggunakan tiket PAS mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas kemudian.
“Di peringkat PAS, pusingan awal pemilihan sudah selesai, kemudian apabila dekat dengan pilihan raya, nama-nama ini akan dihantar kepada majlis syura pusat untuk pengesahan akhir,” kata beliau lagi.
Sumber itu juga memberitahu bahawa PAS Kelantan juga mencapai beberapa keputusan, antaranya mengurangkan calon-calon luar bertanding di Kelantan.
“Kali ini, Kelantan memutuskan untuk mengurangkan calon luar bertanding... angka itu akan dikurangkan kali ini berbanding sebelum ini,” kata beliau.
Tiga ahli Parlimen dari Kelantan iaitu Salahuddin Ayub, Nasharudin Mat Isa dan Dr Hatta Ramli, masing-masing naib presiden, bekas timbalan presiden dan pengarah pilihan raya pusat PAS merupakan orang luar yang bertanding kerusi Parlimen negeri itu.
Cadangan ke arah itu pernah dicetuskan sebelum ini.
“Ini antara kelainan yang kita boleh lihat di peringkat Kelantan pada kali ini, dan kemungkinan Datuk Husam Musa akan dibawa ke peringkat pusat,” katanya lagi dengan menyebut bahawa Husam kemungkinan bertanding di Kubang Kerian, kerusi disandang oleh Salahuddin.
Salahuddin disebut-sebut akan bertanding di Pasir Mas ataupun dibawa ke Johor.
Kata sumber,  buat masa ini Husam telah dinamakan sebaagi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen.
Husam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Salor.
“Kemungkinan beliau akan tanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ataupun satu sahaja. Pertimbangan masih diteliti,” kata beliau.
Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri merupakan Naib Presiden PAS dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

--MI

Isnin, 12 Disember 2011

PAKATAN YAKIN TAWAN NEGERI SEMBILAN,KAMARUL BAKAL MENTERI BESAR

 







KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Pakatan Rakyat (PR) mempertingkatkan usaha untuk menawan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, sementara pemimpinnya telah mengenal pasti Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas sebagai bakal calon jawatan menteri besar.
The Malaysian Insider difahamkan, wakil rakyat PKR itu telah disenarai sebagai antara calon berpotensi untuk mengetuai jawatan tertinggi negeri jika PR dapat mengatasi kerajaan negeri BN.
“Beliau merupakan pemimpin kanan di negeri, ahli politik veteran, berpengalaman. Ia belum muktamad, tetapi beliau antara beberapa nama PR sedang mempertimbangkan,” kata seorang pemimpin kanan PR kepada The Malaysian Insider.
“Saya tidak fikir PKR akan ada masalah dan parti-parti lain perlu berbincang sebelum menerimanya, tetapi buat masa sekarang beliau merupakan calon utama,” katanya lagi.
Pemimpin PR itu menambah, langkah menyenarai pendek nama Ahli Parlimen Teluk Kemang menunjukkan bahawa perikatan tersebut sudah bersedia untuk bertapak dengan kukuh di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13.
“Negeri Sembilan dalam fokus kami, memandangkan kami kalah dengan tipis dalam pilihan raya umum lalu. Kami tidak kata kemenangan yang mutlak, tetapi ada peluang yang baik di sana,” kata sumber itu lagi.
PR percaya peralihan lima peratus undi di empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan sudah cukup untuk menggulingkan kerajaan negeri BN.
Jun lalu, pemimpin-pemimpin PR memberitahu The Malaysian Insider, kemenangan di Pilah, Kelawang, Lenggeng dan Linggi, yang dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis pada 2008 akan membolehkan perikatan itu memperoleh majoriti tipis dalam Dewan Undangan Negeri yang menawarkan 36 kerusi.
BN menang di Pilah dengan 1,258 undi, Kelawang (1,167), Lenggeng (1,285) dan Linggi (1,575).
Bagaimanapun Kamarul enggan mengulas perkara itu dengan berkata, “belum diputuskan dan belum dimuktamadkan lagi.”
“Saya tidak ada kerusi negeri, perkara itu tidak timbul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Kamarul berkata, PR akan melancarkan manifesto peringkat negeri di Negeri Sembilan bulan depan.
“Kemungkinan anda akan mendapat gambaran sebenar mengenai rancangan PR (bagi Negeri Sembilan),” katanya.

Ahad, 11 Disember 2011

RAMASAMY SEDIA TINGGALKAN DAP

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP  jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai ‘godfather’ atau ‘bapa angkat.

penang dap convention 111211 karpal guan eng ramasamyKatanya, beliau tidak berniat memperkecilkan mana-mana pemimpin DAP dan tidak bertujuan membidas mereka dengan dengan sebarang kenyataan yang kontroversi.

Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.

"Jika perlu, saya boleh mohon maaf. Tetapi, saya juga mesti diberi muka. Saya bukan orang biasa, saya juga mempunyai maruah. Sekiranya parti mahu saya tinggalkan DAP, saya akan tinggalkan,” katanya kepada 1,000 perwakilan pada konvensyen tahunan DAP negeri di Pulau Pinang, hari ini.

"Saya tidak berminat memegang kuasa atau mengejar kedudukan. (Saya katakan ini) kerana ada  dakwaan dan komplot (menuduh) saya sedemikian," katanya.

--MK

Minda KS: Masa sekarang ni dah dekat sangat dgn PRU. Elakkanlah perkara-perkara yang boleh menjejaskan peluang dalam PRU nanti. Begitu juga di Selangor, Jangan sampai kerana nak sangat bercakap akan memecahkan semangat penyokong yang ada di bawah sana. Bertindak biar berhemah bercakap biar berpada...

Selasa, 6 Disember 2011

PROTON KELUARAN TERBARU 2012 - BERGAMBAR


PROTON TUAH


PROTON KASTURI


PROTON LEKIU


PROTON LEKIR


PROTON JEBAT

Minda KS : Warna dan harga bagi kereta-kereta ini belum diketahui. Pelancaran secara rasmipun belum
                     belum diketahui.   



Isnin, 5 Disember 2011

BETULKAH UMNO DAH PULIH SEPENUHNYA ?

4 DIS — Umno akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi: Umno sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui.
Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri.
Jika Umno dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua.
Kerana rasa ketakutan Umno telah bertindak dengan mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada Umno dalam menghadapi pilihanraya ini. Ini di sebabkan ada para perwakilan kalau tidak silap saya perwakilan Pulau Pinang yang mengatakan salah satu dari sebab besar kekalahan calon-calon Umno di mana-mana ialah kerana ahli-ahli Umno sendiri telah memberikan undi dan sokongan kepada parti lawan.
Kata-kata Musa Sheikh Fadzir ini benar. Saya telah menulis banyak kali tentang isu ini. Dalam ucapan penangguhan petang semalam, Presiden Umno telah mengatakan PKR sedang menghadapi ahli-ahli parti yang keluar dari parti itu. Kata beliau 6 ahli parlimennya dan beberapa orang ADUN PKR telah keluar parti kerana tidak berkeyakinan terhadap PKR kononnya.
Tetapi elok kita ingatkan pucuk pimpinan Umno yang telah hampir berucap bagaikan halalintar semalam yang sebenarnya yang paling ramai meninggalkan parti mereka ialah ahli-ahli atau apa yang di sebut sekarang ini sebagai orang Umno.
Dalam pilihanraya yang lepas lebih dari satu juta ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang di dalam peti undi… bukannya enam orang atau lima orang sahaja. Itu merupakan jumlah yang terbesar meninggalkan Umno selepas Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno dan membawa ahli-ahli Umno kedalam parti yang baru yang meminjam nama Umno itu.
Mengenali sikap dan perangai ahli-ahli Umno, bai’ah yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong itu tidak akan pergi ke mana pun. Bai’ah itu hanyalah melibatkan 5,447 orang perwakilan sahaja. Silap-silap ramai di antara mereka juga akan tidak membantu Umno dalam pilihanraya nanti.
Saya yakin kerana ada empay atau lima orang perwakilan yang saya kenal telah datang ke TTDI berjumpa dengan saya dan mereka sendiri berkata mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Umno kerana kepada mereka Umno sudah begitu teruk tercalar dan tidak lagi di hormati oleh orang ramai.
“Umno sekarang ibarat dahan yang telah rapuh. Kalau dahan dah reput bang, takkanlah kita nak bernaung di bawahnya lagi! Takut-takut dahan itu patah dan jatuh, mati kita di hempapnya” kata salah seorang yang berjumpa dengan saya yang masih berbaju Melayu yang keluar dari Dewan Perwakilan PWTC itu.
Perwakilan yang datang dari dua bahagian di Johor ini mengakui yang keadaan di Johor pun tidak begitu sedap bagi Umno ini.
“Lantak dia oranglah bang. Dia orang kata Umno boleh menang selepas perhimpunan agong ni, itu dia punya pasallah. Kalau dengan perhimpunan agong boleh menang, panggil lah perhimpunan agong khas sehari dua sebelum mengundi nanti. Lebih indah khabar dari rupa bang! Walhasil balik asal bang! Biarkanlah dia orang buat kerja. Kita releks,” kata seorang lagi.
Sesungguhnya Umno bermusuh kepada dirinya sendiri. Umno memusuhi siapa sahaja yang buat kritikan. Umno masih lagi melakukan mengambil wang rakyat secara haram tetapi dengan penuh sistematik dengan berbagai-bagai cara.
Pemimpin-pemimpin rasuah ini akan bermati-matian untuk mempertahankan Umno kerana Umno itu merupakan modal perniagaan mereka. Kalau Umno jatuh ia bermakna mereka akan hilang modal untuk berniaga dan “commission” yang mereka selalu dapati.
Umno sekarang sudah takut kepada bayang-bayang sendiri. Pemimpin-pemimpin Umno tahu yang ramai ahli-ahli Umno akan sabotaj calon mereka sendiri.
“Kita tunggu bang, apabila Umno mengumumkan senarai calon nanti. Umno akan kalah dalam banyak kerusi yang mereka pegang sekarang nanti. Cakap bolehlah! Pembangkang tidak payah berkempen sangat nanti,” bentak seorang dari mereka.
“Kalau Umno merasa kuat apa payah-payah hentam pembangkang gila-gila? Dah kuat! Tak payah hentamlah! Jemu lah! Tiga hari kami mendengar kata-mengata orang lain. Parti sendiri tidak terjaga nak ambik tahu parti orang lain…menghina orang lain, mencaci... tak habis habis,” kata seorang perwakilan yang hanya di panggil dengan nama rengkas Man.
Kata seorang lagi, “Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji… pendusta besar!”
Dalam pilihanraya nanti mereka akan bercakap agenda Melayu lagi tetapi Melayu tidak maju juga. Pendeknya Umno telah gagal sama sekali untuk memperjuangkan agenda Melayu sejak beberapa ketika dahulu.
Umno hanya mengutamakan agenda “kronism” mereka sahaja. Itu sebab mereka memaki hamun tanpa batas dan segala-gala kelemahan mereka, Umno lemparkan kesalahan kepada parti-parti pembangkang. Apabila ramai ahli-ahli Umno mengundi pembangkang, mereka menyalahkan parti-parti pembangkang. Ketakutan mereka terhadap pengaruh pembangkang memaksa mereka bertindak melakukan ikrar serta bai’ah dalam perhimpunan agong baru-baru ini.
Mana ada parti dalam dunia ini terpaksa melakukan bai’ah untuk mengekalkan kuasa. Semua yang tidak pernah di lakukan oleh manusia yang berfikiran dilakukan oleh Umno semata-mata untuk kuasa. Tindakan berbai’ah itu sahaja menunjukan yang Umno tidak berkeyakinan untuik mendapatkan sokongan dalam pilihanraya yang akan datang.
Umno mengaku hebat tetapi kelemahan-kelamahan mereka di tayang-tayangkan kepada rakyat. Kuat apa namanya itu? Hanya seorang penakut sahaja yang selalunya menjerit-jerit serta terlolong-lolong minta tolong seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu.
Rupa-rupanya kepada pimpinan Umno telah kembali pulih setelah berbai’ah dan berikrar di dalam Dewan Merdeka. Semuanya sudah selesai dan “Umno akan menang besar dalam pilihanraya nanti”.
Mereka (pimpinan Umno) sebenarnya tidak dapat merasakan apa yang sebenarnya berlaku di bawah-bawah ini. Ramai yang tertunggu-tunggu di kawasan masing-masing, siapakah gerangan-gerangan yang akan di umumkan sebagai calon boleh menang itu.
Jangan pula personaliti Abdul Wahab yang ada di dalam Umno sekarang ditukar pula dengan Abdul Wahib seperti watak-watak dalam filem Tiga Abdul. Hendak mencari watak Abdul Wahub itu tidak mungkin dapat di cari dalam Umno sekarang ini. Kalau ada pun Abdul wahub itu ia hanya merupakan kejadian yang kaddang…kaddang sahaja dalam Umno.
Tetapi kalau nak cari “winnable candidates” dalam Umno, yang perlu dipastikan ialah Umno itu sendiri adalah “winnable party”.

-- aspanaliasnet.blogspot.com

Sabtu, 3 Disember 2011

MTUC MENDESAK AGAR AKTA PEKERJA DITARIK BALIK

SHAH ALAM, 2 Nov: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan menarik balik Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober lalu di Parlimen.
Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah, N.Gopal Krishnan sewaktu berucap menjelaskan akta tersebut bersifat akta 'bapa ayam' yang jelas zalim dan bersikap kuku besi.
"Saya nyatakan dengan perlaksanaan akta ini kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan sebelum ini dan dengan perlaksanaan ini jelas menunjukkan kerajaan bersifat zalim malah umpama 'bapa ayam'.
"Kita tidak mahu pekerja dinafikan hak di negara ini dan secara tidak langsung taraf pekerja warganegara kita hanya setanding dengan pekerja warga asing," jelasnya.
Beliau menyatakan bantahan it akan terus dilakukan kerana hak pekerja itu perlu ada pada tahap yang sepatutnya.
"Kita tidak mahu pekerja ditekan dan terus ditekan oleh pemerintah sekarang, kita akan terus mendesak serta menentang habis-habisan sehingga kerajaan menarik balik akta tersebut," sambung beliau lagi.
Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani yang turut hadir berkata, selama ini menentang perlaksanaan akta tersebut di Parlimen memberitahu akta tersebut bersifat 'rejim Israel'.
"Apa yang ingin saya katakan akta ini bersifat seperti 'rejim Israel' yang sikap ganas serta memijak kepala pekerja.
"Secara jelas saya membantah akta tersebut dan semua pasti tidak mahu masalah menimpa anak-anak mereka yang sudah pasti mangsanya mereka.
"Kita tahu akta ini sudah berulang kali ingin dibentang tetapi gagal, dan disebabkan majoriti yang besar penyokong kerajaan Barisan Nasional maka ia diluluskan pada sesi Parlimen kali ini," ucapnya.
Beliau berkata akta itu akan dimansuhkan jika berlakunya perubahan politik negara pada masa akan datang.
"Ini janji saya dan juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, jika berlakunya perubahan lanskap politik di negara ini, maka hak pekerja akan dipenuhi selain memansuhkan akta yang zalim ini.
"Kita mahu meletakkan pekerja pada tempat yang sepatutnya ia berada bukannya di bawah tapak kasut kerajaan sekarang," sambungnya lagi.
Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud memberitahu dengan terteranya akta itu maka pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan syarikat-syarikat swasta akan menggunakan khidmat pekerja kontrak.
"Akibat dan kesan kepada perlaksanaannya menyebabkan pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan semua akan menjadi pekerja kontrak.
"Kita pasti ini semestinya akan berlaku kerana pihak swasta dapat menjimatkan kos operasi mereka, jadi apa hak yang kita akan dapat dan apa akan jadi kepada anak-anak kita nanti.
"MTUC bersama pekerja serta Pakatan Rakyat akan terus mendesak agar akta ini ditarik balik, kita mahu kerajaan yang kejam serta menindas rakyat itu faham apa yang di alami oleh pekerja," ucapnya.
Sebelum itu perhimpunan bantahan yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam merupakan susulan bantahan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini.
Turut hadir ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Presiden MTUC, Malaysia Mohd Khalid Atan dan juga kesatuan-kesatuan pekerja kilang di seluruh Shah Alam.
Satu resolusi dan ikrar telah dibaca oleh seribu pekerja dan akan dibawa ke peringkat MTUC Malaysia bagi membincangkannya.

--HD

Khamis, 1 Disember 2011

"RASUAH MEGA" DI SEBALIK REFORM KERAJAAN

Usaha baru dan berterusan kerajaan BN untuk memerangi gejala rasuah gagal menyaksikan negara daripada terus terjerumus dari tangga Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang dikelolakan Transparency International.

Ini kerana Malaysia dikatakan gagal bertindak ke atas "rasuah besar".

Menurut badan integriti global itu antara punca kemerosotan adalah kerana amalan lazim dalam pemberian projek-projek mega tanpa tender terbuka, perolehan tentera yang melambung dan pertalian rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik yang diselubungi rahsia.

Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia (TI-M) Josie M Fernandez berkata meskipun pendakwaan dijalankan terhadap mereka yang terbabit namun "ikan besar" masih tetap bebas.

"Saya diberitahu betapa menyedihkan apabila ada beberapa pegawai kecil yang menerima  jumlah wang yang kecil tetapi diheret ke mahkamah dan disiarkan di televisyen. Tetapi pegawai-pegawai atasan dengan gaya hidup mewah tidak diseret ke mahkamah," katanya.

-- mk