Sumber : Harakah Daily
KUALA LUMPUR: Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.
Apabila
terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke
negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk
Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran
royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum
akan datang.
"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah
sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh
dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri
sebelum diagihkan ke negeri lain.
"Justeru, untuk mengagihkannya
(hasil negeri) untuk negeri lain dengan meninggalkan Sabah terus
terpinggir dari arus pembangunan, merupakan satu perkara yang tidak
boleh diterima rakyat Sabah," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari
ini.
Tambah beliau lagi, mengapa Sabah perlu berkongsi kemakmuran
bersama di saat Sabah ketinggalan dari pelbagai aspek keperluan asas.
Katanya,
Sabah masih ketinggalan dari segi jajaran jalan rayanya, bekalan air
terawat, kemudahan elektrik yang menghantui penduduk Sabah sekian lama.
"Kenapa
hasil dari Sabah itu tidak ditawarkan kepada Sabah terlebih dahulu?
Jika selesai masalah di Sabah, tidak mengapalah jika hendak diagihkan
kepada negeri lain sekalipun," kata Aminuddin lagi.
Sambil
menyifatkan Shafie sebagai pemimpin yang tidak memahami denyut nadi
penduduk Sabah, Aminuddin berkata kerana ketakutan mereka terhadap
kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak
sedar apa yang mereka ucapkan.
Shafie, yang juga Naib Presiden
Umno, sebelum ini berkata tawaran royalti minyak 20 peratus kepada
negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun
menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.
Menteri itu juga sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan