Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 25 Julai 2011

KELUARGA BAHARUDDIN TOLAK VIDEO,TUNTUT SIASATAN KHAS

KUALA LUMPUR: Keluarga allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, tetap mahukan siasatan khas diwujudkan bagi menyiasat punca kematiannya.
Ia bagi mengenalpasti punca kematian allahyarham yang turut mengalami patah gigi dan tulang rusuk ketika dikejar pasukan polis di KLCC.
Menurut peguam mewakili keluarga Baharudin, Ahmad Jufliz Faiza, kenyataan yang dikeluarkan polis berhubung kematian Baharudin  membelakangkan undang-undang, sedangkan laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan.
“Kenyataan yang dikeluarkan polis berbaur politik, kes masih disiasat dan kita di pihak keluarga masih menunggu laporan dikeluarkan.
“Sepatutnya tanya kepada peguam dahulu, ini terus keluar kenyataan. Polis sendiri tidak ikut undang-undang,” kata Jufliz kepada KeadilanDaily.com.
Katanya, sehari sebelum kenyataan yang dikeluarkan polis itu, pihak keluarga menghantar surat permohonan siasatan khas di bawah prosiding jenayah kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dan Majlis Peguam Negara.
Ekoran pendedahan itu, katanya keluarga allahyarham dijangka mengadakan sidang media bagi menjawab spekulasi dan kenyataan yang dikeluarkan polis Rabu ini.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa keluarga Baharudin tidak dapat menerima klip rakaman yang dikeluarkan oleh polis yang menunjukkan arwah masih sihat semasa melarikan diri ke bangunan Avenue K, berdekatan KLCC.
“Rakaman video yang ditunjukkan itu kita tidak tahu sama ada benar atau tidak, keluarga tidak dapat terima.
“Kenapa tidak ditunjukkan sebelum arwah memasuki Avenue K, dan keadaan huru-hara apabila gas pemedih mata ditembak ke arah mereka,” soal Jufliza yang juga Ketua Cabang KEADILAN Setiawangsa.
Ditanya mungkin wujud pemalsuan laporan bedah siasat ekoran kelambatan pihak hospital mendedahkannya kepada keluarga, beliau enggan memberi komen berkenaan perkara tersebut.
“Kita tidak mahu jadi seperti polis yang tergesa-gesa keluarkan kenyataan, sepatutnya sebagai pihak berkuasa, mereka sepatutnya tidak memberi komen selagi kes dalam siasatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan