Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 4 Julai 2011

TITAH TUANKU PATIK JUNJUNG

RD Hanim   
Ampun Tuanku beribu ampun, Titah Tuanku Patik Junjung
Prihatin Tuanku patik sanjung
Tuanku  pelindung keluhuran
Tuanku  Payung kesejahteraan

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun
Mohon patik  masuk mengadap
Mohon patik merungkai khilaf
Mohon patik  persembah rasa

Patik rakyat jelata-Dewasa di pangkuan bonda
Mana hati tidak sengsara
Kalau kezaliman terus berleluasa
Ada Bendahara haloba kuasa
Ada Penguasa rakus harta
Ada Pengaman tiada bermata
Ada Lebai  bisu suara

Mereka tiada melihat rakyat
Memandang  pada yang lunak
Mendongak ke puncak lazat,
Menunduk ke lembah nikmat

Patik rakyat jelata-Melata di bumi tercinta,
Mana jiwa tidak terseksa
Kalau Keadilan terus dinoda
Membantah sudah merayu sudah
Diam diam tiada penentu
Meratap sudah merintih sudah
Tiada siapa yang ambil tahu

Patik rakyat jelata-Menangis di pusara bangsa
Mana lagi tempat mengadu
Mana lagi harus dituju
Kalau bukan kepada Tuanku

Dengan Bersih dan tulus hati
Titah Tuanku Patik Junjung.
Ampun Tuanku beribu ampun
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan