Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 12 Julai 2012

PENGUNDI TAMAN MEDAN TOLAK HANIZA PKR DALAM PRU 13


Ehsan : Malaysia Today

Bancian bebas menunjukkan mereka mahu PAS bertanding di kerusi tersebut.
(FMT) - PAS mahu meletakkan calon di kerusi DUN Taman Medan yang kini diwakili PKR dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
PAS menggunakan ukuran itu berdasarkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS di DUN Taman Medan.
Kerusi Taman Medan diwakili Timbalan Speaker kerajaan negeri Selangor, Haniza Talha yang menang dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti lebih 4, 000 undi.
Bagaimanapun, Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari parti itu mahu bertanding di DUN Taman Medan dalam pilihan raya umum kali ini kerana mendakwa pengundi telah menolak wakil rakyat PKR itu.
Katanya, bancian oleh sebuah syarikat bebas mendapati pengundi menolak Haniza serta calon PKR lain dalam PRU 13 kelak.
“Tinjauan  itu dibuat oleh sebuah syarikat bebas membabitkan 800 penduduk dan penyokong parti politik di Taman Medan tetapi tidak membabitkan penyokong dan ahli PAS.
“Dalam tinjauan tersebut, 85 peratus pengundi  India dan Cina mahu calon PAS. Manakala 35 peratus pengundi Melayu mahu calon PAS.
“Kira-kira 25 peratus sahaja pengundi Melayu mahu PKR,” kata Ghazali lagi.
Kerusi majoriti Melayu
Menurutnya, bancian itu dibuat bagi mengetahui sikap pengundi Taman Medan selepas pilihan raya umum 2008 dengan tidak membabitkan pengundi PAS.
Ghazali berkata, ada kira-kira 40, 000 pengundi di Taman Medan dan 60 peratus adalah pengundi Melayu.
“Hasil bancian itu menunjukkan pengundi Taman Medan akan menolak Haniza jika beliau bertanding sekali lagi dalam PRU 13.
“Mereka mahu calon PAS kerana kerusi Taman Medan merupakan kawasan tradisi parti Islam itu,” kata Ghazali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan