Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 13 Julai 2012

WAN AZIZAH SOKONG MUSA HASSAN

Ehsan : Malaysian Insider

PETALING JAYA, 13 Julai — PKR mendesak kerajaan Persekutuan supaya menangani peningkatan kes jenayah, dan bukannya memberikan keutamaan kepada pengurusan persepsi awam.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, juga turut mempertikaikan kenyataan PEMANDU semalam yang mengumumkan pihaknya telah menggunakan 0.75 peratus daripada Program Transformasi Kerajaan untuk pengurusan perhubungan awam terhadap jenayah.
“Rakyat mahukan tindakan diambil terhadap jenayah, dan bukannya pengurusan persepsi,” kata Wan Azizah kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.
Jelas beliau lagi, “PEMANDU hanya memilih untuk menyerlahkan salah satu perkara istilah ini dalam perhubungan awam, dan bukannya menangani gambaran besar kes jenayah.”
Malah, Wan Azizah juga turut menyokong kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa pentadbiran kerajaan menyembunyikan fakta daripada rakyat dan keselamatan awam kini berada di tahap “membimbangkan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan