Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Khamis, 2 Ogos 2012

TAN SRI ROBERT PHANG KATA PEGUAM NEGARA BATU PENGHALANG BAGI BN


lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patailPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digesa supaya menggantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara kecuali Abdul Gani secara terbuka menangani senarai panjang dakwaan terhadapnya mengenai penyalahgunaan kuasa.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, bekas anggota 
panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang berkata Najib perlu sedar bahawa Abdul Gani adalah liabiliti kepada BN.

 "Jangan jadi batu penghalang terbesar kepada usaha BN, terutama memandangkan BN cuba untuk mendapatkan matlamat terbaik dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika anda (AG) terus berdiam diri, tidak menangani tuduhan-tuduhan serius terhadap anda, ia pasti akan menjadi batu penghalang kepada semua usaha mereka," katanya.

Phang mendakwa Abdul Gani (kanan) mempunyai dendam terhadap peguam Rosli Dahlan, mempunyai hubungan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Tajudin Ramli, yang telah disaisat oleh SPRM berhubung dakwaan rasuah, dan didakwa berpihak dalam perebutan lembaga pengarah Ho Hup Bhd.

Phang berkata kerana beliau telah menimbulkan isu-isu di atas sebelum ini, maka beliau telah menjadi sasaran "serangan yang berniat jahat" oleh penulis blog tanpa nama yang beliau percaya telah diupah untuk mempertahankan Abdul Gani.

Sumber : malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan