Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 3 Ogos 2012

KES HASUTAN KARPAL MINTA MAHATHIR DISAPINA


Peguam veteran Karpal Singh mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain disapina oleh Mahkamah Tinggi untuk menjelaskan mengapa mereka tidak dakwa dengan tuduhan hasutan berkaitan apa yang mereka katakan semasa perbahasan parlimen sewaktu pindaan perlembagaan pada 1993 yang memansuhkan imuniti Raja-Raja Melayu.

Ketika membela diri terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, Karpal meminta sepina dikeluarkan kepada Mahathirdan yang lain itu, atau menimbang membatalkan tuduhan terhadapnya.
 

NONE
Beliau telah memohon untuk membatalkan tuduhan terhadapnya itu atas alasan Peguam Negara telah tidak menggunakan kuasanya dengan adil.


Karpal dituduh menghasut kerana mengatakan dalam satu sidang akhbar pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh dimulakan terhadap Sultan Perak kerana peranannya dalam krisis perlembagaan negeri itu pada awal tahun berkenaan

Katanya, Mahathir, bekas menteri besar Perlis Tan Sri Shahidan Kassim, yang merupakan ahli Parlimen Arau ketika itu; Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan bekas ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul telah berkata perkara yang lebih keras mengenai raja-raja Melayu di Parlimen semasa perbahasan pindaan perlembagaan tersebut.

Peguam kanan itu juga menegaskan bahawa ahli Parlimen tidak mempunyai kekebalan daripada tuduhan hasutan ketika membentangkan atau membahaskan undang-undang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana Perkara 63 (4) perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa walaupun tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding undang-undang di mahkamah berkaitan apa yang berlaku di Parlimen atau dewan undangan negeri, tetapi kekebalan itu tidak terpakai kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Berhujah bahawa haknya untuk kesamarataan di sisi undang-undang, seperti yang dilindungi di bawah perlembagaan, telah dicabuli oleh pertuduhan terhadapnya, Karpal berkata beliau mahu Mahathir, Shahidan, Ibrahim dan Othman disapina kerana beliau perlu belajar mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka kerana berkata perkara yang lebih teruk daripada apa yang dituduh terhadapnya.

Peguam kanan itu juga mahu Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abu Talib Othman, turut disepina kerana tidak mendakwa keempat-empat mereka.

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata dalam Hansard Parlimen, Mahathir ketika membentangkan pindaan perlembagaan pada 1993, telah menggesa supaya kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dihapuskan kerana Malaysia mengamalkan raja berperlembagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan