Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Jumaat, 1 Mac 2013

SITUASI TERKINI DI LAHAD DATU


Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.


Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Minda KS : Doakan keselamatan kami di Lahad Datu. Semoga situasi ini akan berakhir segera. Sebenarnya Lahad Datu ni telahpun diduduki oleh orang-orang Sulu ini sejak sekian lama tanpa apa-apa gangguan dan sekatan dari pihak kerajaan. Mereka bebas menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual rokok seludup dan sebagainya dengan tanpa sekatan.

                Nasib penduduk tempatan di Lahad Datu ini telah lama terancam dengan kehadiran pendatang baik yang datang dari Indonesia mahupun Filipina. 

Betapa bebasnya pendatang ini menjual mercun dan rokok seludup tanpa sekatan seakan mereka berada di negara mereka sendiri. Kenapa jadi begini ? Adakah ini tidak menggugat keselamatan negara dan penduduk tempatan seperti dakwaan seorang menteri kita ?


2 ulasan:

  1. Tu nnti kowg tanya le ngan KDN sendiri la yer. kita semua rakyat malaysia bukan tau pun pe citernye...

    BalasPadam
  2. Saudara dan saudari yang dikasihi ke dalam Dhamma

    Kami ingin memaklumkan kepada semua penganut Buddha di Malaysia tentang Datuk YIP KUM FOOK yang merupakan presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. Orang Buddha perlu mengikut banyak peraturan sila, tetapi YIP KUM FOOK tidak ada sebarang peraturan sila dalam agama Buddha, ia sangat memalukan kepada orang ramai

    Juga, dia memanggil polis untuk mengganggu Sami Buddha di kuil. Menambahkan dia menipu wang Rm20,000.00 Sami Myanmar (Ven. Nandiya) tidak pernah membayar balik, ramai orang tahu mengenainya.

    Sebaliknya, Datuk YIP KUM FOOK ini tidak malu dan segan terhadap penganut Buddha atau Buddha, dia berpendapat, dia seorang yang sangat berjaya, juga dia kotor dalam politik MCA.
    Terima kasih banyak-banyak dan tolong kongsikan dengan semua
    Encik Fong, Kajang
    Diterjemahkan oleh Dr. Chew

    BalasPadam