"Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM
PETALING JAYA: Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba E-Book.
Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.
“Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja,” katanya.
Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.
Apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih, tambahnya.
Di Singapura, kata Dr. Kamaruzaman, pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.
Katanya, pemberian E-Book, bukanlah ‘tidak elok’ tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.
Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.
“Maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book.
“Bila diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,”jelasnya.
Usaha untuk menghubungi exco pendidikan kerajaan Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman bagi mengulas perkara tersebut gagal.
Minda KS : Berbaloikah pelajar kita dibekalkan denganAdakah kajian dibuat dengan e-book ini adakah akan berupaya melahirkan modal insan yang akan menerajui negara pada masa akan datang
atau kita hanya membekalkan keseronokan kepada pelajar-pelajar ini ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan