Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Selasa, 10 Mei 2011

AIMI JARR MENINGGAL DUNIA

Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas penyunting berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.

Romy Jarr berkata bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Romy berkata Allahyarham merupakan seorang yang aktif sebagai aktivis dalam bidang seni.

"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan