Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Ahad, 12 Ogos 2012

WAJARKAH LEE CHONG WEI BERTANDING PRU 13 ?


SHAH ALAM - Sebahagian besar peminat Datuk Lee Chong Wei, yang mengharumkan negara dengan dua pingat perak dalam Sukan Olimpik, berpendirian bahawa bintang badminton itu tidak wajar menyertai politik dan tidak harus diperalatkan oleh mana-mana parti sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu disuarakan menerusi bancian online yang diadakan oleh Sinar Harian Online dan juga respons kepada berita bertajuk Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?' yang diposkan lewat petang semalam.

Kepada soalan online, "Datuk Lee Chong Wei" wajar diberi peluang tanding PRU13?", respons setakat 6 pagi tadi menunjukkan, 83 peratus tidak bersetuju.

Semalam, beberapa peminat termasuk artis terkenal menyuarakan pandangan bahawa mereka akan mengundi Chong Wei jika bertanding dalam PRU13.

Sementara itu, analisis ke atas respons pembaca berita berkaitan menunjukkan ramai tidak mahu imej 'bersih' Chong Wei tercemar kerana politik.

Ada pembaca yang bimbang bahawa sebagai orang yang tidak berpengalaman, beliau tidak wajar menyertai politik.

Ada pembaca berkata mereka menyokong Chong Wei kerana sukan, bukan kerana sentimen politik dan tidak wajar dijadikan calon PRU13.

Berikut pandangan beberapa pembaca:

Lan XCassanova: "Chong Wei bertanding atas tiket MCA... haramjadah, saya tidak akan undi dia."

Akira Bakhtiar: "Chong Wei kalau tanding atas tiket BN jawabnya Chong Away le. Pandai orang Malaysia dalam berpolitik... orang yang tak ada pengetahuan tentang politik di berikannya jadi calon."

Shaz Hafizi: "Saya cadangkan beliau bertanding di kawasan (Adun Kota Alam Shah) Manoharan, tengok macam mana."

Farouq Omar: "Itu betul... baru panas..."

Mohd Fuad: "Saya sangat setuju di atas jasa serta sumbangan beliau yang telah mengharumkan nama negara. Beliau adalah seorang yang sangat komited terhadap apa yang beliau lakukan sementara disiplin diri yang telah membawa kepada kejayaannya akan menjadi kayu pengukur kepimpinan beliau terhadap masyarakat sejagat."

Ari Zain: "Tidak usahlah masuk politik, politik Malaysia ini banyak sangat mengarutnya baik PR or BN."

Ahmad Nordin: "Kalau (artis) Adibah yang masuk, boleh ke pangkah dia? Datuk LCW elok kekal je dengan badminton kerana itu kepakarannya tersendiri."

Shaikh Mohamed Noordin: "Aku tidak setuju Chong Wei dijadikan 'winnable candidate' oleh mana-mana parti politik lebih-lebih lagi jika beliau masih ingin berkecimpung dalam bidang sukan. Ini adalah kerana ahli sukan sama saja kedudukannya dengan artis, mereka seharusnya tidak dijadikan hak milik oleh mana-mana parti politik kerana mereka adalah hak rakyat. Rakyat tampa mengira latar belakang politik seharusnya memberi penghormatan dan sokongan di atas bakat dan sumbangan mereka terutama yang sudah mengharumkan nama negara. Jika mereka mengambil sikap berpihak, sudah tentu mereka akan dikritik oleh pihak lawan lebih-lebih lagi tak kala prestasi mereka sudah menurun. Akhirnya diri mereka sendiri yang menjadi mangsa kerana diperalatkan oleh parti politik berkenaan. Bagaimanapun secara peribadi mereka berhak untuk sokong siapa saja yang mereka suka tetapi sokongan mereka itu hendaklah disimpan sebagai hak peribadi mereka saja. Kecualilah bila mereka sudah bersara dari bidang sukan dan mempunyai minat pula dalam bidang politik, ketika itu tidak ada siapa lagi yang boleh membidas mereka sekali pun mereka mahu menyokong mana-mana parti secara terbuka atau berhajat menjadi wakil rakyat untuk parti berkenaan."

Zayyadi Salleh: "Jangan diberi amanah kepada yg bukan kepakarannya"

Pakatan Gemilang: "Elok elok sekarang ni disanjung, kalau masuk politik ramai yang menyampah... baik jadi jurulatih...bantu anak Malaysia lagi bagus..."


Sumber : melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan