Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Isnin, 13 Ogos 2012

TERMA RCI DI SABAH TIDAK BERTARING



ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat gejala pendatang asing dan peningkatan populasi yang mencurigakan selama dua hingga tiga dekad yang lalu. 

RCI tersebut akan dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah, dan sama ada mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

azlan
RCI Sabah yang baru ditubuhkan ini merupakan satu penipuan semata-mata serta wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot di BN Sabah ekoran pembelotan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen dan seorang senator yang tidak puas hati kerana ditipu BN selama 25 tahun.

Namun begitu, jelas bahawa terma panel tersebut terlalu terhad kerana ia tidak menyebut tentang kuasa untuk mengenal pasti kenapa ia dilakukan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kerakyatan secara tidak sah, tiada kuasa untuk membuat cadangan hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ini bermakna bahawa RCI Sabah untuk pendatang asing ini tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah yang sudah pun ditipu selama 25 tahun. 

Masa penubuhan RCI Sabah ini juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya. Sekiranya merdana menteri betul-betul ikhlas, RCI ini sepatutnya sudah lama ditubuhkan. 

Tindak balas pada MP tinggalkan BN

Setelah enggan selama bertahun-tahun dan kemudiannya melengah-lengah lagi selepas pengumumannya awal tahun ini, penubuhan RCI secara tergesa-gesa ini di ambang pilihan raya umum menimbulkan persoalan. 

Tambahan, jelas bahawa pengumuman RCI oleh Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti. 

maijol mahap anwar sabah 120812
Dalam beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan BN Sabah seperti ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap (kiri) meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. 

Sebab utama mereka meninggalkan BN adalah kerana kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah.

Unjuran jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390 peratus daripada 651,304 pada tahun 1970 - peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200 peratus di Semenanjung Malaysia. 

Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut.

Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata.


Sumber : malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan