Pengikut

AGUS SALIM VS UMNO

UCAPAN ANWAR DI TUARAN 29/7/2012

JALAN RAYA DI SABAH

INI KALILAH !!

KALAU BUKAN KITA SIAPA ? KALAU BUKAN SEKARANG BILA ?

Video tembak-menembak di Lahad Datu

Rabu, 1 Ogos 2012

MALAYSIA SELAMAT - PEROMPAK AMBIL MASA 40 SAAT ROMPAK KEDAI EMAS


KLANG: Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar tutup muka penuh mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.   "Ketika kejadian terdapat   seorang pekerja dan pelanggan di dalam premis itu yang sedang berurus niaga. Empat daripada lelaki berkenaan memecahkan cermin pameran manakala seorang lagi mengambil beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini. 

Beliau berkata kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran CBG 5610 yang merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seksyen 15, Shah Alam semalam. 

Mohamad berkata kumpulan penjenayah itu yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai melarikan diri ke arah Kampung Jawa. 

"Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kumpulan penjenayah terbabit masuk dari arah pintu tepi pasar raya berkenaan dan menuju ke kedai emas itu serta melarikan diri mengikut laluan sama. 

"Kita juga percaya kumpulan ini baru terbabit dengan aktiviti jenayah berdasarkan cara rompakan mereka serta gagal melarikan barang kemas dalam jumlah yang banyak," katanya. 
Beliau berkata kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan. 
Mohamad menasihatkan pemilik kedai emas memasang CCTV pada tempat strategik bagi memudahkan kamera berkenaan merakam penjenayah sekiranya berlaku kejadian samun atau rompak. 

"Jangan letak (CCTV) terlalu tinggi kerana kamera tidak boleh rakam penjenayah dengan jelas. Pada masa sama, semua pemilik (kedai) diminta lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan