Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat
diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan
tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun,
Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di
Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah
apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid
di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa
menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya.
Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga
mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah
kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya
seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan
Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan,
Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan
penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan
Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan
Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang
menjadi inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota
Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di
kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa
bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di
antara lima imam Masjid besar di Jepun.-DI
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam